Dulu gaji aku masa bujang RM3000, aku mampu beli apa – apa je. Sekarang lepas dah kahwin aku mula merungut tak cukup duit pada suami dan selalu cari kesalahan dia. Beberapa hari berlalu dan aku perasan sesuatu. Suami aku kerap keluar malam. Setiap kali balik je dia akan hulurkan duit, aku pun seronok sehinggalah satu hari aku keluar jalan – jalan dengan kawan..
#Foto sekadar hiasan, Dosa Tanpa Sedar. Nama aku Tisya (bukan nama sebenar), aku berumur 26 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Sebelum berumahtangga, aku bekerja di salah sebuah restoran terkenal di Singapura. Gaji aku ketika itu sangat tinggi. Dalam sebulan, gaji aku hampir mencecah sehingga RM3000. Kalau bekerja di Malaysia, belum tentu aku mampu untuk mendapat gaji sebanyak itu dengan hanya bekerja di restoran.
Dengan gaji sebanyak itu, aku rasa seronok berbelanja tanpa had. Kereta, barang – barang rumah, barang peribadi, bercuti sana sini, duit aku habis untuk semua perbelanjaan itu. Tak lupa juga, aku hulurkan beberapa persen dari gaji aku untuk diberikan kepada orang tua aku. Pun begitu, aku tak pernah meminta sesen pun dari orang tua aku. Semua aku usaha atas titik peluh aku sendiri.
Aku berkahwin pada umur aku 24 tahun. Pada ketika itu, aku mengenali suami hanya sebulan lebih sahaja. Kemudian, kami terus merancang untuk mendirikan rumahtangga kerana masing – masing merasakan sudah yakin dan bersedia untuk melangkah ke aIam itu. Berkenalan pada penghujung bulan Disember 2013, bertunang pada Februari 2014 dan seterusnya meng1kat tali perkahwinan pada bulan April 2014. Aku bahagia dengan suami. Sehingga kini pun, aku merasa bahagia dengan perkahwinan ini.
Namun, yang amat aku kesal adalah perbuatan aku sendiri. Setelah setahun aku mendirikan rumahtangga, kami dikurniakan zuriat yang comel. Dipendekkan cerita, aku mula merasakan tidak cukup dengan apa yang aku ada. Aku bekerja dengan bapa mertua. Begitu juga suamiku. Walaupun kami berdua bekerja, namun gaji sebulan kami berdua setelah dicampur bersama, sama banyak dengan gaji aku seorang ketika bekerja di Singapura dahulu.
Kali ini, dengan gaji yang sebanyak itu, aku perlu berkongsi dengan suami dan anak. Aku mula kusut. Bagi aku, segalanya tidak cukup. Mahu membeli apa yang aku hajati juga sangat susah, lantaran mahu memenuhi dahulu keperluan kami tiga beranak seperti bayaran bil air dan elektrik, duit ansuran dan minyak kereta, belanja dapur, pampers anak, belanja untuk orang tua, duit kutu dan bermacam lagi.
Aku sering mengeIuh. Suami aku memujuk aku supaya bersabar. Kadang – kadang aku terpujuk, kadang – kadang tidak. Aku langsung tak mahu ambil kisah tentang perasaan suami aku. Yang aku tahu, segalanya perlu serba cukup. Melihat perangai aku yang mula mencari salah suami, dia mula bekerja sambilan pada waktu malam. Dia meniaga buku – buku yang diambil dari kedai ayah mertuaku dan mendapat sedikit komisen hasil dari jualan tersebut.
Dia selalu berniaga di tapak Bazaar Karat, JB. Ikut nasib juga. Kalau bernasib baik, ada tapak kosong, dapatlah dia berniaga malam itu. Kalau tapak penuh, dia pulang dengan tangan kosong. Begitu juga cuaca. Kalau hujan, tak dapat juga berniaga. Bila keadaan berterusan macam itu, aku kembali dengan perangai aku yang asyik kusut memikirkan soal duit. Itu tak cukup, ini tak cukup. Suami aku kata, sabar sayang. Aku hanya mampu diam dan meneruskan kehidupan macam biasa.
Beberapa hari berlalu dan aku perasan sesuatu. Suami aku kerap keluar malam. Boleh d1katakan hari – hari dia keluar. Bila aku tanya,mahu kemana, mahu berniagalah, katanya. Aku kepelikkan sendiri. Yalah, biasanya dia meniaga berselang hari. Kalau hari ini berniaga, esok mungkin tidak kerana tapak penuh.
Namun, tak pula aku melanjutkan sebarang pertanyaan kepada suami. Aku berasa lega kerana suami kerap menghulurkan wang belanja kepadaku. Dengan wang itu, aku boleh menabung sedikit untuk keperluan akan datang dan membeli apa – apa barangan yang aku suka. Aku gembira kerana suami sudah mendapat tapak meniaga yang tetap di Bazaar Karat.
Pada suatu hari, aku keluar berjalan – jalan dengan seorang kawan. Suami tak mahu turut serta kerana mahu berniaga katanya. Aku hanya mengiyakan saja. Selepas waktu maghrib, aku dan kawanku singgah makan steamboat di Dataran JB. Sedang asyik aku berbual dengan kawanku, mataku tertancap pada satu susuk tubuh yang amat aku kenali.
Aku lihat di tangan kirinya sedang menggendong satu guni berwarna putih jernih. Di dalamnya penuh dengan petai. Manakala tangan kanan sedang memegang beberapa ik4t petai sambil dia sedang berbual dengan salah seorang pelanggan di situ. Dia bergerak dari satu meja ke meja yang lain sambil menjaja petai yang dibawanya.
Dia itu, suami aku. Ya Allah! Rupa – rupanya, lewat kebelakangan ini, suami aku menghulurkan wang belanja padaku hasil dari menjaja petai di kedai – kedai makan. Berjalan ke sana – sini tanpa berhenti. Peluh menitik di dahi dan pipi, baju hampir
basah bermandikan peluh. Dia berjalan sendiri. Tiada kawan atau siapapun yang menemani. Termasuk juga aku.
Suami bersengkang mata, berpeIuh tubuh, bersusah payah mencari rezeki untuk aku dan anak. Tapi aku langsung tidak menghargai, malah terus – terusan mem4ksa suami untuk mempercukupkan segala keperluan dan kehendakku. Apa yang telah aku buat ini! Berd0sanya aku memperlakukan suamiku begini. Aku menjadi somb0ng kerana membandingkan apa yang aku pernah ada dengan apa yang mampu suami berikan kepada keluarga.
Duhai suami, maafkan aku. Aku melakukan d0sa tanpa aku sedar. Aku sepatutnya mengurangi beban di bahumu, tapi aku makin memberatkanmu. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah suami. Suami terk3jut dengan keberadaan aku di situ. Aku pegang tangan suami sambil aku senyum padanya. Aku minta maaf pada suami. Suami berkerut dahi, namun jarinya menyeka lembut airmataku.
Aku mengajak suami duduk makan bersama kawanku. Selepas makan, kawan aku meminta diri untuk pulang sendiri. Dan aku menemani suamiku menjaja petai di jalanan. Alhamdulillah, malam itu semua petai habis dijual. Suamiku tersenyum gembira. Katanya, itu berkat redha seorang isteri juga.
Duhai suami. Terima kasih. Moga Allah sentiasa meredhaimu sayang.