Aku nampak bos dia. Bos dia buat isyarat supaya tenang. Apa jadi ni. Kawan – kawan dia ceritakan apa yang jadi. Eksiden motor dengan motor waktu nak keluar makan. Sangka aku tak teruk. Sehinggalah 27 jam dia bert4rung nyawa, aku tak mampu rebut dia dari ALLAH..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin approve confession ni, kalau approve la. Sejak dua menjak ni banyak confess tentang cinta dan kahwin. Jadi, kat sini aku pun nak cerita tentang cinta dan kahwin.
Taknak panjang sangat confess ni sebab tak larat nak taip. So aku cuba cerita seringkas yang boleh. Nama aku Ain, 31 tahun, ada anak sorang. Aku kenal dengan suami aku, Ahmad masa sama – sama belajar di UA di KL. Pada awalnya kami hanya kawan baik tapi disebabkan baiknya dia lah aku terjatuh cinta tanpa sengaja.
Aku cerita tentang Ahmad pada mak ayah, dorang pun berkenan dengan Ahmad. Aku dan Ahmad lalui susah payah bersama – sama dari awal hingga akhir, sampailah jodoh kami datang. Alhamdulillah masa habis belajar bisnes Ahmad menjadi.
Jadi kami bebas dari loan. majlis pun bukanlah grand sangat tapi cukuplah kami bahagia, keluarga gembira. Selepas kahwin kami diuji, bisnes Ahmad turun naik, seolah – olah apa yang dia buat tak menjadi. Pada awal sesuatu bisnez tu, memang berjaya tapi di pertengahan mesti akan ada halangan.
Aku pula tak bekerja sebab Ahmad kata takpe kalau aku tak kerja selepas kahwin. Tapi Ahmad memang seorang yang sangat berusaha mencari rezeki. Lepas satu, satu bisnes dia cuba. Kami juga diuji dengan cahaya mata tapi kami fikir Allah akan bagi pada masa yg terbaik.
Mungkin kami belum bersedia fizikaI dan mentaI untuk ada anak. Selepas beberapa kali bisnes tak berjaya hingga ke puncak, aku pernah terfikir macam ada yang buatkan rezeki kami sangkut. Kami pernah juga cuba perubatan Islam tapi Alhamdulillah takde apa – apa yang tak kena.
Ahmad tak suka bekerja makan gaji sebab itu dia cuba juga bermacam jenis bisnes. Aku berfikir sampai bila nak macam ni. Aku ajak Ahmad tukar angin, aku ajak berhijrah ke negeri lain. Ahmad ok, memang dia akan menurut segala kata aku.
Aku berhijrah ke negeri kelahiran aku. Senang kalau – kalau ada sesuatu yang terjadi. Bermulalah episod Ahmad mencari kerja. Alhamdulillah ada saud4ra rekomen kerja. Interview kali pertama, kiv. Agaknya nak jadi rezeki kami, bos panggil interview kali kedua.
Walaupun kalau ikutkan kelulusan Ahmad, tak layak jawatan tu, dengan takde pengalaman tapi kalau dah rezeki, mana pernah salah alamat kan. Kami menyewa rumah, dan bulan pertama Ahmad bekerja, bulan tu jugak aku hamil.
Alhamdulillah rezeki, mungkin itulah masa terbaik buat kami. Ahmad dapat kerja tetap, Allah bagi zuriat pada kami. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ahmad sangat baik, dari awal kenal aku bagitahu aku tak reti siang ikan dan ayam.
Jadi setiap kali beli lauk, Ahmad yang akan siang dan cuci. Tugas aku cuma memasak, kadang – kadang baju pun dia yang basuh bila mood malas aku datang. Bilik air memang tugas Ahmad untuk cuci. Ahmad tak pernah marah aku dari awal kenal, dia akan menuruti kemahuan aku kalau dia mampu.
Dia sangat manjakan aku. dan aku tahu dia amat mencintai aku. Ok. sambung part kerja pulak. Saja nak bagitahu serba sedikit kebaikan Ahmad. hehe. Ok, selepas hampir 7 bulan Ahmad bekerja, dah tiba masanya Ahmad dijemput Illahi.
Setakat itu perjanjiannya dengan Allah. Setakat itu jodoh kami di dunia dan memang dah ditakdirkan Ahmad tak sempat bertentang mata dengan anaknya. Segalanya dah ditulis sejak Allah tiupkan nyawa Ahmad ketika dalam rahim ibunya lagi.
Jadi sekarang aku faham, kenapa Alah uji kami dengan bisnes yang tak jadi. Mungkin Allah nak uji sejauh mana kesabaran kami, sekuat mana kesetiaan kami. Ahmad meninggaI kerana kemaIangan ketika bekerja. dan disebabkan itu aku dan anak dapat pencen dari perkeso.
Bayangkan kalau bisnes Ahmad menjadi, dan Ahmad meninggaI, yang ada hanya simpanan. Sedangkan yang aku dapat sekarang pencen seumur hidup dan anak sampai umur 21 tahun. Aku tak payah kerja pun takpe. Basic gaji Ahmad tak banyak mana tapi Ahmad sangat rajin buat kerja lebih masa.
Sebab apa? Excited nak sambut baby la kan. Sebenarnya Allah yang gerakkan Ahmad untuk rajin bekerja sebab Ahmad akan tinggalkan rezeki buat isteri dan anaknya. Kerana pencen yang kami terima dinilai 90% dari gaji keseluruhan Ahmad.
Memang la tak banyak mana bagi orang lain tapi bagi aku sangat cukup. Ye la. tak bekerja dapat duit kan. Rezeki la tu, nafkah dari barzakh. Mungkin juga Ahmad kerja dari pagi hingga malam sebab Allah nak aku belajar erti rindu.
Waktu Ahmad ada, dia hanya tidur sahaja di rumah, selebihnya bekerja. Allah nak bagi aku rasa hidup tanpa Ahmad sebab sekarang aku betul – betul dah kehilangan Ahmad. Kehilangan yang tak akan dapat semula. Dan hikmahnya Ahmad bekerja di negeri kelahiran aku, segala urusan ketika Ahmad kemaIangan, dipermudahkan.
Kerana di sini ramai saud4ra mara aku. Jadi aku tak keseorangan sementara nak tunggu keluarga kami sampai. Kalaulah jadi di tempat yang asing dengan tiada kenalan, Allahu. Tak dapat aku bayangkan, Allah sebaik perancang.
Allah baik kan? Dia uji aku tapi Dia juga bagi kekuatan pada aku. Kalau Ahmad masih ada, mesti aku tak sekuat sekarang sebab Ahmad terlalu manjakan aku. Ahmad sangat baik pada semua. Mungkin Ahmad penat nak jaga hati banyak orang, Allah bagi Ahmad berehat awal.
Jadi sesiapa yang diuji dengan kesusahan, teruskan bersangka baik dengan Allah. banyakkan bersabar. ingat, Allah takkan uji kita di luar kemampuan kita. yakinlah di sebalik ujian itu, ada hikmah yang tersembunyi. Hidup ini penuh dengan ujian, kaya ujian, miskin ujian, sihat ujian, s4kit ujian dan lain – lain.
Jangan tengok orang yang lebih dari kita, tapi tengoklah orang yang kurang dari kita. Bersyukur dengan setiap apa kita perolehi. Ujian itu tanda sayangnya Allah pada h4mbaNya. Ok lah. setakat ni sahaja. Terima kasih yg baca sampai habis. maafkan salah silap aku kalau ada yang ann0ying dengan confession aku. Aku cuma share serba sedikit apa yang aku lalui. peace 🙂 Salam sayang, – Ain (bakal jen4zah)
Sambungan..
“Abang, kalau sayang dah takde, abang jangan kahwin lain ye?” aku memecah sunyi.
“Yeee. Sayang tu kot. ”
“Haa laa. Kubvr abang merah lagi sayang dah kahwin lain. Hehe. ” Aku berseloroh. Dia buat muka cemburu dia.
“Orang perempuan tak macam lelaki. Senang ganti tempat di hati. ” Aku cuba memujuk. Dia senyum je. Kembali diam. Tekun memandu.
Seminggu sebelum kejadian itulah yang aku rasa. Seakan ajaI aku m4kin menghampiri. Apatah lagi ketika itu aku sedang berbadan dua. Banyak kemungkinan boleh berlaku. “Abang, sayang takutlah. Rasa macam ajaI m4kin dekat. Mungkin perasaan sayang je kot kan. Moga Allah panjangkan usia abang, sayang dan anak – anak. Aminn”
Whatsapp sent. 1.16am. 6.00am bluetick. 5 hari sebelum kejadian, aku maklumkan pada dia apa yang aku rasa. Hanya melalui pesanan ringkas. Dia sudah tidur ketika itu. Aku tengok dia tidur. Kepenatan. Letih bekerja. Dengar dengkuran halusnya. ‘Jangan ambil nyawaku lagi ya Allah. Sungguh aku belum bersedia. ’
“I Love You Sayang. Sayang minta maaf belum jadi yang sempurna untuk abang. Sayang harap abang terima baik buruk sayang macam mana sayang terima abang. ” Lagi sekali hati tak tenang. Pesanan ringkas aku kirim lagi tika dia bekerja, sehari sebelum kejadian.
Dia hanya baIas ‘Love U Too’ bersama emoji love. Pagi kejadian, macam biasa, bangun tidur, dia k3jut aku waktu subuh. Bergurau macam biasa. Manis senyumannya pagi itu. Dia bekerja hari tersebut walau cuti umum. Aku salam dia.
Pipi dia aku civm macam biasa. ‘Sejuknya pipi’ . Getus hati aku. Dia civm dahi aku. Lama. Dia kuncikan pintu, kuncikan pagar rumah. Aku panjatkan doa semoga Allah permudahkan segala urusan dan Iindungi dia dari sebarang musibah. Dia lambai aku. Yang terakhir kalinya.
Tengahari. Telefon berbunyi. Sepupu aku, kakcik. Aku jawab dengan seronok. Tapi yang aku dengar buat aku hilang pedoman. “Pak ngah dia eksiden. H4ng siap nah. Sat gi abang cik pi ambik. Siap nah”. Aku dah terjerit.
“Teruk ke kakcik?”. Kakcik tahu aku macam mana.
“Tu kakcik malas habaq. H4ng siap nah”.
Itu je jawapan kakcik. Aku tak puas hati. Telefon aku berdering tanpa henti. Kakak ipar aku telefon tanya pasal suami. Aku tak tahu keadaan dia. Aku hanya mampu menangis. Aku hubungi ayah aku, maklumkan tentang kejadian. Ayah aku kata dah tau. Ayah aku kat Pahang boleh tahu keadaan di tempat aku? Tak puas hati, aku hubungi telefon dia. Makteh jawab
“Ain sabaq. Ain siap nah. Mai sini. ”
“Teruk ke makteh?” Makteh senyap. Lagi sekali aku tegas bertanya teruk ke.
“Ain mai nah. Mak pun nak mai kan. ” Mak aku dari Pahang nak balik kedah? Untuk apa? Aku dah m4kin pelik.
“Makteh habaq la teruk ka dak?”
“Haa. Teruk. ”
Ya Allah. Lindungi dia. Aku pakai je baju apa pun. Aku hubungi sepupu aku supaya cepat sikit sampai. Mak saud4ra aku sampai bersama abang cik. Dalam perjalanan ke hospitaI, tak henti aku menangis. Kakak aku juga maklumkan akan datang ke kedah. Apa yang berlaku ni. Eksiden apa sampai semua nak balik ni. Aku mohon abang cik lajukan pemanduan.
‘Abang, kuat abang. ’ doaku.
Sampai di hospitaI, kakcik laju mendapatkan aku. Dia peIuk aku bawak ke zon merah. Ramainya orang beruniform macam dia. Aku nampak bos dia. Bos dia buat isyarat supaya tenang. Mana boleh tenang selagi aku tak tahu apa yang jadi.
Kakcik ketuk bilik rawatan, doktor buka pintu, aku masuk. Aku nampak kaki dia. Dia terbaring di atas katil. Aku dah jerit. Aku peIuk doktor. Aku tanya doktor, doktor diam. Doktor cuma minta tandatangan aku untuk merawat dia. Aku nak tengok dia, doktor kata nanti. Doktor nak jahit dulu.
“Suami saya ok kan doktor?”
“Dia ok puan, cuma…. Kritikal. ”
Doktor minta aku keluar dahulu. Rakan sekerja dia datang berikan handphone dan wallet dia. Allah. Apa jadi ni. Kawan – kawan dia ceritakan apa yang jadi. Eksiden motor dengan motor waktu nak keluar makan. Sangka aku tak teruk.
Orang yang Ianggar siap nak larikan diri lagi. Mestilah tak teruk. Ya, jasadnya memang elok. Tapi doktor maklumkan berlaku pend4rahan di kepala. Allahu. Aku keluar masuk bilik zon merah. Dia dah kaku. Sepenuhnya berg4ntung pada bantuan mesin.
Sehinggalah doktor maklumkan dia dah tak dapat diselamatkan. 27 jam dia bert4rung nyawa. Tak henti aku mengharapkan keajaiban dari Allah. Tapi apalah daya bila mana aku perlu berebut dia dengan Allah. Sudah pasti Allah lebih berhak.
Apa yang berlaku sepanjang di zon merah, aku pernah kongsi di Facebook aku. Mungkin ada dari kalian yang pernah membacanya. Sebelum dia disemadikan, aku sempat tidur peIuk dia buat kali terakhir. Aku baring sebeIah dia, peIuk dia yang kaku dan sejuk.
Dengan perut yang sarat berisi Umar. Walaupun cuma 3 jam. Cukuplah. Ada juga kesempatan terakhir untuk aku. Aku civm dia yang terakhir kalinya. Sejuk. Wangi. Sama macam pagi terakhir aku civm dia waktu dia masih bernyawa. Bezanya sekarang aku civm dia tanpa dia baIas civman aku.
Sekarang.. Genap setahun pemergiannya. Segalanya masih segar dalam ingatan. Tiada apa aku lupa walaupun satu. Ummar pun dah 10 bulan. Ramai kata Ummar seiras arw4h abahnya. Tak pernah aku lupakan dia walau sesaat. Tak akan ada penggantinya. Kerana dia teristimewa dihatiku.
Al-Fatihah suamiku Ahmad Sayuti. Allah kirim rasa pelik pada aku. Aku sangka aku yang bakal dijemput. Rupanya itu hint untuk aku. Suami aku yang pergi dahulu. Selepas ketiadaannya baru aku faham semua yang berlaku pada aku.
Aku pernah kongsi semua itu pada confession aku yang lepas. Saja aku share dengan korang semua. Orang yang pernah alami kehilangan, pasti faham kenapa aku berkongsi cerita. Aku cuma mengharapkan doa yang baik – baik dari semua.
Terima kasih yang sentiasa bagi sokongan hingga kini. Hanya Allah yang mampu membaIasnya. Maaf kalau ayat tunggang terbalik. Lagi pula aku bukanlah penulis yang hebat. Hanya seorang yang biasa – biasa, meluah segalanya dengan penuh kejujuran.
Bukan nak minta simpati, aku cuma meluah apa yang aku lalui. Aku tahu, bukan aku seorang diuji sebegini rupa. Ramai lagi senasib dengan aku dan Ummar. Doa aku semoga rakan sekasut diberikan kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi jentikan kasih sayang dari Allah ini.
Lahir adalah satu tarikh tak diduga. M4ti pula satu tarikh yang tidak dapat ditunda. Kun fayakun. Moga kita semua dijemput dengan sebaik pengakhiran. Aminn. Terima kasih semua yang sudi membaca sampai sini. Assalamualaikum.
Komen Warganet :
Nor Fadhilah : My mom juga tak kahwin selepas arw4h ayah meninggaI in 1998, dekat 19 tahun juga dia berseorangan. Anak – anak ramai. 8 orang. Namun dia cekal menghadapi kehidupan. Itu yang buat I salute dia.
The most important event, she did gave birth to my youngest sister after my dad passed away and drove all the way herself, accompanied by me who didn’t know how to drive at that time. Anda antara ibu yang cekal. be strong. Allah swt will help you along the way.
Mazliana Addin : Semoga si penulis kuat. Terus kuat. Akak pun kehilangan suami Disember 2017. Anak kita punya nama yang sama, si bongsu akak namanya Ummar. Kehilangan ayah masa dia baru umur 2 tahun. Tak tau kebenda.
Sampai sekarang, dia masih tanya. Mana ayah Ummar. Si abang – abang mungkin dah paham, walaupon kadang – kadang macam tak berape paham. Minum, makan, suruh di asingkan untuk ayah. Nanti ayah balik nak makan.
Mungkin cara suami kita pergi, berbeza. Suami akak s4kit k4nser. Pergi hospitaI untuk check up. Tapi kena admit sebab tiba – tiba sesak nafas, esoknya selepas azan subuh, dia pergi. Tinggal kami 4 beranak. Menjadi balu di usia 33 tahun. Memang perit nak besarkan anak – anak, dengan mulut – mulut orang. Akak agak bernasib baik sebab arw4h keje kerajaan, segala rumah, hutang – hutang insurans dah cover. Semoga penulis kuat dan tabah.
Nur Afifah Azizan : Hati perempuan bukan macam hati lelaki, tak mudah berganti bila hati dah dimiliki. Tu kata – kata saya kat suami saya sebelum dia meninggaI. Dia jugak tanya soalan yang sama 100 hari sebelum meninggaI, kalau abang pergi dulu sayang cari lain tak?
Now dah 4 tahun dia pergi, saya masih lagi setia dan inshallah sampai hujung nyawa cinta hanya untuk suami saya. Dia jugak pergi bertemankan anak kami, satu – satunya. Semoga kita teros kuat, Allah sayang kita.
Di saat kita merasa TIADA siapa yang boleh membantu, ingatlah PERTOLONGAN ALLAH itu sangat dekat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.