Aku sengaja ingatkan suami aku tentang hari jadi aku dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku sengaja usik “Abang, teringin nak tu. Teringin nak ni”. Sedangkan aku tak ade lah nak sangat barang yang diidamkan tu. Masa tu aku tengah duduk atas katil. Tetiba suami aku tundukkan lutut dia depan aku kemudian genggam tangan aku..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih untuk admin kerana sudi siarkan luahan aku. Moga jadi iktibar buat semua, terutama mereka yang bergelar isteri. Kalian yang bernama isteri, pernah tak kalian sedar tentang peng0rbanan dan kasih sayang seorang suami kepada kita?
Kita sebagai isteri selalu rasa kita jelah yang berk0rban, kita jelah yang tunjuk rasa cinta dan sayang. Tapi kita tak sedar, sebenarnya suami kita pun berk0rban. Suami kita pun tunjuk rasa sayang dan cinta dia. Cuma cara mereka tunjuk berbeza.
Semuanya bermula bila aku sengaja mengusik suami aku tentang hari jadi aku dalam beberapa hari sahaja lagi. Aku sengaja usik “Abang, teringin nak tu. Teringin nak ni”. Sedangkan aku tak ade lah nak sangat barang yang diidamkan tu.
Masa tu aku tengah duduk atas katil. Tetiba suami aku tundukkan lutut dia depan aku kemudian genggam tangan aku “Kalau lah abang banyak duit, macam – macam abang nak bagi pada sayang. Dalam keadaan sekarang, apalah agaknya abang boleh bagi sayang hadiah ye..hmm..” Lepas tu dia usap rambut dan pipi aku.
Masa tu terus aku rasa macam serba salah dan berd0sa dengan suami aku. Aku rasa macam dah bebankan dia untuk fikirkan apa nak bagi untuk hari jadi aku. Terus aku menangis depan dia (ye aku em0tional dan aku senang tersentuh).
Terus aku mintak maaf sebab aku betul – betul tak ada niat. Aku faham keadaan duit sekarang tak berapa nak memberangsangkan. Kami baru pindah rumah sewa. Dia pun sekarang tengah berusaha cari kerja yang lebih bagus.
Lepas aku mintak maaf dia terus senyum dan peIuk aku untuk tenangkan aku semula. Aku lupa bahawa ‘suami’ aku inilah hadiah paling tak bernilai yang aku dapat. Kepada isteri semua, hargai dan kasihi suami kalian. Berapa ramai perempuan single di luar sana yang masih mencari calon pasangan.
Andai sahaja kalian tahu mempunyai suami itu juga satu rezeki. Aku ada baca post dari Wardina Safiyyah di FB, “mempunyai pasangan itu juga satu rezeki. Mencintai dan dicintai juga satu rezeki”. Maha Suci Allah, betapa kita leka dan alpa dengan nikmat yang satu ini.
Aku sedar kekurangan aku sebagai seorang isteri. Sejak kahwin, aku tak nafikan selera makan aku lain macam. Aku nak KFC, Sushi King, Secret Recipe dan percaya atau tidak, dia sentiasa kabulkan walaupun aku selalu je masak kat rumah.
Nampak tak kuat makannya aku ni. Dia kata dia suka tengok aku makan. Setiap kali kalau makan sama – sama dia mesti akan cakap “Makan banyak – banyak. Jangan fikir abang”. Tapi aku tetap suapkan jugak makanan ke mulut dia.
Mana boleh aku tak fikir pasal suami aku? Tentu lah aku nak kongsi sama makanan dengan dia. Suami itu ibarat LADANG PAHALA buat seorang isteri. Maka gunakan lah peluang itu sebaiknya. Lelaki sangat suka dihorm0ti. Maka sentiasa lah senyum depan mereka, maniskan mulut.
Sentiasalah ramah tanya nak makan atau minum ke walaupun mungkin sebenarnya suami korang tak berapa lapar dan dahaga. Paling penting, lepas solat (isyak misalnya) c1umlah tangan suami dan minta maaf pada dia.
Aku selalu praktikkan mintak maaf sebelum tidur. Tak perlu lah tunggu hari raya baru nak mintak maaf. Turun kan eg0. Aku perasan suami aku akan senyum gembira je everytime aku mintak maaf pada dia. Aku dapat rasa dia suka dihorm4ti.
Bila suami rasa dihorm4ti, dia akan tunjukkan rasa sayang pada kita. In return, kita akan rasa disayangi. Wahai isteri, apabila kau bangun tidur dan kalau lihat suami kau sedang lena di sisi maka panjatkan lah kesyukuran setingginya pada Allah.
Berapa ramai isteri di luar sana yang tidur bersebeIahkan ruang katil yang kosong? Berapa ramai yang rindukan kehangatan peIukan dan c1uman suami tapi tak mampu merasai semua itu hanya kerana Allah lebih sayangkan suami mereka?
Aku baca banyak kisah seorang isteri kehilangan suami akibat kemaIangan, keceIakaan dan paling menyedihkan, para isteri itu sedang menghitung hari melahirkan zuriat mereka. Sorry kalau aku kedengaran em0si. Aku cuma mengharapkan isteri sekarang lebih menghargai suami mereka dan tolong lah mengerti bahawa suami itu lah asbab kalian ke syurga atau ke ner4ka.
Perempuan senang masuk syurga, tapi at the same time perempuan juga lah paling banyak dalam ner4ka. Ambil yang baik dan semoga kita menjadi isteri yang solehah.. inshaa Allah aamin. Isteri cerdik yang solehah, Penyejuk mata, penawar hati, penaj4m fikiran, Di rumah dia isteri, di jalanan kawan, Ketika kita buntu dia penunjuk jalan.. – Puteri
Komen Warganet :
Maziana Mohamad : Suami dan isteri saling memerIukan ke arah kebahagiaan! kita perlu berusaha ke arah itu bersama – sama! Kalau hanya 1 pihak sahaja berusaha kebahagiaan itu tidak akan menjadi realiti! Mungkin juga Allah ingin menguji keimanan pasangan itu jika masih gagal menemui kebahagiaan walaupun telah berusaha keras ke arah kebahagiaan itu!
Oleh itu redha lah kerana tak semua org berjaya menemui kebahagiaan di dalam rumahtangga! Mungkin Allah swt telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dr kebahagiaan di dalam rumahtangga! Bahagia ada dimana – mana! inshaaAllah.
Khairzaki Bin Abdul Razak : Alahamdulilah, terima kasih isteri andai kamu menghargai sebesar ini kerana aku yang selama ini telah serahkan segala jiwa raga sehingga tidak pernah mengira masa untuk mencari sesuap nasi dan sebutir bintang hanyalah untuk mu isteri dn anak – anak. Maafkan aku andai masih ada kekurangannya.
Mohd Helmy : Dalam melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan dug4an sebenarnya kita dah ‘memperjvdikan’ nasib kita bersama – sama pasangan tanpa sedar. Ye, mungkin bahagian nasib tak menyebeIahi kita dalam perkahwinan.
Ada si suami baik tapi si isteri tidak, si isteri baik tapi si suami tidak. Bila difikirkan seakan – akan Allah swt sengaja menjod0hkn kita dengan ‘sesuatu’ yang berIawanan dengan kita. Kalau tak banyak pun, sikit mesti ada Iawannya kan?
Kita selekeh, isteri pengemas, isteri malas, suami rajin, lebih kurang macam tu lah. Tapi percaya atau tidak sebenarnya Allah swt memberi peluang tuk kita ‘GRAB’ semua pertikaian tu sebagai 1 pahala yang amat besar di sisinya Subhanallah. Wallahuallam.
Marilah sahabat, kita rapati diri, muhasabah diri, kenali diri, demi menjaga perkahwinan yang mampu membawa kita ke Syurga Allah swt. Saling menghargai antara satu dengan yang lain, inshaAllah, ada jalan ketakwaan di situ. Amin.
Diana Safura Danish : Terima kasih dan syukur atas nikmat mu ya Allah. Suami yang baik yang menjagaku penuh kasih sayang. Bukan sahaja dalam pant4ng malah hingga sekarang, banyak membantu jaga anak. Sama – sama beri semangat untuk aku berjaya. Keikhlasnnya membuatkan aku merasai indahnya cinta. Tak nak tag nama suami. Segan. Heee.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.