Aku malukan mak sbb dia tak restu aku kahwin, selepas ditipu suami baru aku sedar apa mak ckp

Mak kahwin dengan bapa tiri tapi bapa tiri langsung tak suka aku. Aku banyak tinggal dengan nenek. Bila aku nak kahwin mak dan mak saud4ra semua haIang aku kahwin dengan suami. Tapi aku nekad nak kahwin, sehinggalah kejadian selepas lahir anak pertama. Baru aku sedar mak sayang aku..

#Foto sekadar hiasan. Aku Leha bukan nama sebenar, ini kisah aku. Waktu aku berumur 5 tahun bapa lari tinggalkan aku. Bapa tinggalkan hutang, mak pun menjual rumah dan barang kemas untuk membayar hutang bapa. Kami pun balik kampung mak dan tinggal dengan atuk. 5 tahun kemudian mak berkahwin lagi dengan lelaki pilihan atuk.

Bapa tiri kedekut, sangatlah kedekut. Dan dia mau mak sayang dia seorang. Dia tidak anggap aku sebagai anaknya dan dia juga tidak suka budak – budak. Kami pergi sekolah nenek yang jaga, nenek sebeIah mak. Nenek terlalu mengongkong, nenek tidak benarkan kami keluar kecuali ke sekolah.

Nenek menyuruh aku untuk belajar sepanjang hari dan membantunya menyiapkan kuih muih untuk di jual. Sampaikan aku jadi penakut orang, pemalu dan tidak bercampur orang. Adik beradik mak ramai, ibu dan bapa saud4ra selalu membuIi aku.

Aku tertekan dari umur 7 tahun. Bapa tiba – tiba muncul, aku pun maafkan bapa tapi tetap tinggal dengan mak walaupun bapa tiri benci aku dan kadang – kadang tinggal dengan atuk dan nenek. Waktu aku berumur 15 tahun aku berhenti sekolah disebabkan faktor kewangan.

Aku pun berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Zahid (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun. Mak dan keluarga tidak setuju dengan hubungan kami. Sepupu mak beritahu mak per4ngai sebenar Zahid tapi aku langsung tidak percaya.

Kami terIanjur dan aku pun mengandung pada umur 18 tahun, kami pun dinikahkan. Aku pun ikut suami. Masa tu suami baik, tidak kedekut. Apa saja yang aku mau makan akan diusahakannya. Mak terima suami, dia selalu ambil berat.

Mak sayang sangat dengan cucunya. Alhamdulillah. Selepas aku sudah berkahwin dan ada anak barulah aku tahu yang mak sayang sangat dengan aku walaupun aku sudah malukan dia. Suami mula berubah, setiap malam berjvdi sampai jauh malam dan rupa – rupanya suami suka menyabung ayam.

Dia ibarat raja jvdi, setiap kali kalau ada orang berjvdi dia mesti ada. Wajib ada. Hidup kami serba susah masa tu aku tidak kisah mungkin nanti dia akan berubah. Lahir anak kedua walaupun masa bersalin dengan alasan segan tinggalkan kawan – kawan baiki dapur rumah kami, suami tumpangkan aku dengan kawan dia untuk ke rumah mak, lepas tu mak yang akan bawa aku ke hospitaI.

Aku sedih tapi diamkan saja. S4kit bersalin bercampur sedih, s4kit hati fuh. Kegiatan jvdi suami sem4kin teruk. Suami dibuang kerja. Kami menumpang rumah mak. Masa tu pula suami pernah kant0i, setiap malam hilang dengan telefonnya.

Rupanya bergayut dengan perempuan rakan sekerjanya. Aku pun m4kin tertekan, selama mana kami tumpang di rumah mak suami kurang kesempatan berjvdi disebabkan tiada geng. Tapi orang beritahu aku dia terlalu rapat dengan janda rakan sekerjanya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Di situ bermulanya em0si aku yang tiada ribut tiada taufan tiba – tiba menangis dan kadang – kadang tiba – tiba terketawa sendiri sebab rasa hidup ini lucu. Aku pregnant anak ke 3 suami pun dapat kerja, rezeki anak Alhamdulillah.

Suami kerja jauh, aku dan anak – anak tumpang dengan mak. Sebulan sekali suami balik, suami beri nafkah 300 ke 500 sahaja. Suami berhutang gara – gara jvdi (sabung ayam). Gara – gara jvdi anak isteri di sara oleh mak. 300 ke 500 tidak cukup untuk kami 4 beranak.

Oh ya lupa, suami juga per0kok tegar. Tapi yang ni aku tidak kisah. Suami dipindahkan kami pun ikut suami disebabkan tempat kerja baru ada rumah. Aku pun ikut lagi pula aku tidak selesa tumpang lama – lama rumah mak. Bapa tiri kan tidak suka budak – budak.

Di sinilah aku sekarang, suami berjvdi tiada henti dan hampir tiada daya menahan kesabaran. Kesabaran yang mungkin akan putvs. Suami jvdi setiap hari, kalah jvdi online sambung jvdi daun sampai jauh malam. Sunyi. Aku seakan akan seorang ibu tunggal hari – hari menangis.

Kewangan pun susah, tidak menentu. Tapi jvdi tetap jalan. Suami sanggup pinjam duit untuk jvdi dan berkali – kali menipu aku. Suami tidak peduli tentang aku. Aku s4kit, aku penat, aku tertekan tiada siapa yang tahu kecuali anak sulung aku yang mulai memahami keadaan aku.

Rasa macam aku terhegeh – hegeh, mengemis kasih sayang dengan orang yang lokek kasih sayang. Aku tetap usaha semampu aku melayan dan mengambil berat dengan suami. Aku sedar suami memang seorang yang baik, pemurah dengan semua orang apa lagi kalau dengan kawan – kawannya.

Em0si aku m4kin teruk, anak jadi m4ngsa sampaikan aku pernah hampir mengg4ntung diri. Doakan semoga aku dapat bertahan sampai suami berubah. Pesanan aku untuk para gadis d luar sana, jangan mudah percaya dengan orang lain. Orang yang betul – betul sayang kita tidak akan buat hati kita s4kit. Tidak akan buat kita menangis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.