Aku malas masak sbb suami cerewet. Aku terbaca suami mengadu dekat mentua aku masak tak sedap punca dia maakin botak

Suami cakap rambut dia banyak gugur akibat selalu makan di kedai yang banyak ajinomoto. Mak mertua ada cakap suruh la aku masak tapi suami cakap aku masak tak sedap. Kalau aku balik rumah mertua, aku ada nak tolong dia memasak tapi da suruh aku duduk depan je. Macam mana aku nak pandai masak?

#Foto sekadar hiasan. Hai, aku pembaca setia ruangan ini, sejak awal – awal page ni wujud. Rasanya kebanyakan follower dekat sini perempuan jadi aku harap sangat dapat nasihat yang membantu. Aku dah berkahwin sejak 2018 dan dikurniakan dua orang anak lelaki. Suami berniaga sendiri dan kebanyakan masa dia di kedai dan apabila di rumah banyak dengan handphone melayan customer online.

Apa aku nak ceritakan berkenaan diri aku sendiri. Sebelum kahwin aku seorang suka food hunting dan banyak berjalan ke tempat – tempat viral. Sayangnya selepas kahwin, suami taknak PJJ jadi aku terp4ksa meletak jawatan dari tempat kerja dan pindah tinggal bersama suami di negeri yang aku langsung tiada saud4ra mara atau kawan terdekat.

Awal perpindahan aku ada dapat tawaran untuk bekerja di satu company tapi dah masuk satu hari, suami tak benarkan kerja pula dengan alasan tiada transport untuk aku dan tempat kerja kami tak sehaluan. Aku agak terkilan sebab niat aku nak bekerja salah satunya nak cari kawan di tempat baru.

Jadi bermulalah perjalanan aku sebagai surirumah sepenuh masa. Disebabkan waktu belajar aku tinggal di asrama, aku kurang kemahiran dalam memasak. Tapi bila cuti semester aku akan cuba untuk memasak resepi – resepi baru yang aku rasa sedap.

Jadi bila dah kahwin, aku dah berazam betul – betul nak belajar memasak. Tapi aku baru tahu yang suami sangat cerewet bab makan. Aku baru kenal suami kurang setahun kemudian berkahwin jadi banyak perkara tentang dia aku baru kenal selepas kahwin.

Aku excited ya nak mencuba resepi baru setiap hari tapi kecewa bila dah penat memasak suami tak habiskan dengan alasan tak suka makan makanan tu. Bila dah terlalu banyak dia komplen, aku mula malas nak memasak. Bila nak makan beli je dekat kedai.

Lagipun hanya kami berdua nak makan kos tak terlalu banyak berbanding masam sendiri dan membazir tak habis. Gaya hidup ni berlarutan sampai sekarang aku dah beranak dua. Tapi untuk makanan anak, aku masakkan cuma bila makan aku dan suami kami beli sahaja.

Kalau ada apa – apa yang aku teringin nak makan, aku masakkan untuk aku sahaja. Takda pun aku pelawa suami untuk makan sekali sebab aku takut dan taknak kecewa dengar komplen dia pasal makanan aku masak. Baru – baru ni aku ada terbaca WhatsApp antara suami dan mak mertua.

Suami cakap rambut dia banyak gugur mungkin akibat selalu makan di kedai yang bahan – bahan banyak ajinomoto. Mak mertua ada cakap suruh la aku masak tapi suami cakap aku masak tak sedap. Kecewa sangat – sangat aku bila baca apa yang dia bagitahu mak dia.

Aku mula nampak selama ni aku jadi perempuan tapi tak pandai apa – apa pun. Aku sebagai isteri pun gagal. Tak cantik, gemuk, tak pandai bergaya, suka cari g4duh dengan suami. Selalu apa yang aku g4duh berkenaan masa suami dengan ex gf dia.

Aku tahu cerita dia dan ex gf dia dan bila dia dah putuus dengan ex gf dia, sebulan lepas tu dia ajak aku kahwin. Jadi selalu aku terasa aku ni hanya rebound relationship dia. Ada la beberapa perlakuan dia yang menampakkan dia nk ex gf dia jeles awal perkahwinan kami tapi aku baru betul – betul sedar selepas dia kant0i berhubung dengan ex gf dia waktu aku berpantang anak pertama di kampung.

6 bulan ye aku tak tahu diorang masih berhubung. S4kit hati tu masih tak hilang sampai hari ni. Tu jadi point aku selalu berg4duh dengan dia. Aku gagal jadi cantik depan dia. Aku gagal masak sedap – sedap untuk dia. Aku gagal hilangkan kenangan dia dengan ex gf dia.

Aku pun gagal sebagai ibu. Aku gagal didik anak aku baik – baik. Aku banyak biarkan anak aku main sorang – sorang. Aku marah anak aku bila aku berg4duh dengan suami. Aku banyak tengking anak aku sebab aku geram dengan suami yang kurang membantu.

Banyak perkara yang aku nampak anak aku mula ikut aku antaranya dia dah mula menjerit bila apa dia nak aku tak bagi. Aku pun gagal sebagai menantu. Kalau ke rumah mertua aku tak pernah tolong mertua masak. Aku ada nak tolong dia memasak sewaktu awal kahwin tapi mertua tak benarkan aku tolong dia. Disuruhnya aku berehat saja.

Sekarang dah ada anak 2 lagi aku tak dapat tolong. Disuruhnya aku jaga anak – anak sahaja. Aku nak sangat belajar memasak dengan mertua tapi sampai ke hari ni tak pernah. Ini bila nampak WhatsApp suami dan mam mertua aku jadi sangat – sangat malu dah nak berhadapan dengan mertua. Semua benda tak pandai.

Ni saat aku benci jadi perempuan. Aku tak pandai masak, masak tak sedap, jaga anak pun tak pandai, gemuk, tak pandai bergaya. Semua perkara yang sinonim dengan perempuan semua aku takde. Oh ya, mertua aku bekerja sampai usia dia pencen. Kerja kerajaan.

Anak perempuan dia dan menantu perempuan dia atas aku pun kerja kerajaan. Ni satu point lagi aku sangat kecewa dengan diri sendiri. Aku tak bekerja selepas kahwin. Mertua ada juga tanya – tanya bila nak kerja tapi suami aku tak benarkan katanya anak nanti takde yang jaga.

Hermmm aku penat nak mentafsir fikiran orang2 sekeliling aku. Selalu aku fikir diorang merendahkan aku. Ada juga mertua suruh aku beli emas untuk diri sendiri tapi suami tak nak beli katanya takda faedah beli hanya untuk simpan.

Setiap kali aku balik rumah mertua ya dia cakap pasal emas. Aku tak kisah sebenarnya ada emas ke tak sebab aku tak pakai pun. Tapi aku nampak mertua nak bagi hint yang aku takda harta, miskin tak kerja. Entah la. Aku sekarang dalam keadaan yang sangat tertekan.

Baru berg4duh dengan suami katanya jumpa youtuber. Beria dia cerita pasal youtuber tu aku naik angin suruh dia tackle je youtuber tu. Biar dia dapat bini cantik, muda, bergaya, famous. Boleh tolong bisnes dia bila gunakan perempuan cantik. – Fie (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Bunga Bunga : Kalau awak pandai masak, cantik, bekerja pun kalau suami tak pandai menghargai tetap takkan dihargai. Mulakan dengan bina keyakinan diri. Tak kisah apa komplen suami belajar saja masak sampai kena dengan selera suami.

Tanya suami nak makan apa google resepi cuba, cuba dan cuba masak. orang yang biasa masak 20 tahun pun tetap akan ada kekurangan. Jadi mula – mula nak belajar ni pasti banyak cela. Takpe terima saja. Sesekali rasa down tu biasa.

Kedua, layan anak elok – elok. Dah sedar kan layanan sekarang tak elok. Jadi ubah layanan tu. Dah sedarkan kat mana yang awak rasa rendah diri, cuba perbaiki. Minta maaf dengan suami, restart balik hubungan. Apa pun perubahan yang kita nak, kena mulakan dengan diri kita.

Kita ubah diri kita, dunia keliling akan ikut berubah. Cuba dulu. Masih ada peluang. Saya cakap berubah ni bukan suruh taat membuta tuli ya, kena tahu beza tu jangan nanti suami dah aniaaya teruk – teruk pun duk tunggu lagi. Kalau lepas kita berubah suami tetap tak berguna boleh cari next step nak buat apa.

Fairuz Ashikin : Sis cuba ikut resepi Che Nom. Biasanya resepi dia tak mengecewakan. By the way kadang – kadang letak bawang putih banyak sangat masakan jadi tak sedap. Orang baru belajar masak selalu tersilap letak bawang putih huhu.

IzyAn ComEy : Dik, kekadang kau kena juga backup diri depan mentua. Mentua kau tak tahu cerita sebenar. Dah anak dia tak bagi kerja, tak bagi beli emas cakap je direct. Faham sangat. Kita diam sebab hormat. Tapi kalau dah mula nampak nak merendahkan kita baik terus terang.

Sayang diri sendiri. Nak cantik, nak kurus biar untuk diri sendiri. Baru puas hati. Tak pandai masak, boleh belajar. Jadikan kritikan sumber improvement. Aku pun tak pandai masak. Sejenis tak minat masak – masak ni. Tapi ada masakan yang aku improvise suami suka.

Suami pun kalo dia masak nak jugak ikut resepi mak dia. Tapi kalau aku masak ikut suka resepi aku la. Duk rasa benda sama berkurun tak salah rasa yang lain pula kan. Haha. Lama – lama dia boleh terima la tu. Kalau suami kau tak nak makan jugak, nak beli luar jugak biaq p. Biar dia botak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.