Aku kena langgar masa nak pergi sekolah, bila aku pandang belakang ayah takde..

Aku anak bongsu perempuan sebab itu ayah terlalu meng0ngkong aku. Aku member0ntak sebab nak pergi sekolah sendiri dengan kawan – kawan. Tapi bila aku naik basikal, rupa – rupanya ayah diam – diam ikut aku dari belakang. Aku marah ayah tapi dia diam. Sehinggalah aku kemaIangan, aku tengok belakang ayah takde..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Kisah yang aku nak kongsikan tentang orang yang paling aku sayang dan mungkin boleh bagi sedikit sebanyak pengajaran buat korang supaya tak ulangi apa yang dah aku buat.

Ayah aku meninggaI 9 tahun lepas semasa aku tingkatan 5. Entah kenapa hari ni aku teringat banyak kenangan aku dengan arw4h ayah. Aku anak bongsu dan aku adalah satu – satunya anak perempuan. Aku hanya dua beradik iaitu seorang lelaki (abang aku) dan seorang perempuan (aku).

Beza aku dan abang aku tak jauh, 2 tahun sahaja. Ibu bapa aku kahwin agak lewat. Masa tu umur mereka hampir 40 tahun. Dari kecil aku dan abang aku ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi perhatian sebenarnya lebih banyak ayah aku berikan kepada aku kerana aku anak perempuan dan bongsu.

Oleh itu dia sangat overpr0tective terhadap aku. Dia tidak pernah mengizinkan aku berdikari. Sedangkan sekolah yang jarak 50 meter sahaja dari rumah aku, aku tidak dibenarkan untuk pergi sekolah sendiri atau dengan kawan – kawan.

Ayah mesti nak hantar aku. Balik pun begitu. Ayah akan ambil aku dari sekolah juga. Ayah aku kerja sendiri, jadi masa dia agak fIeksibeI. Aku ingat lagi masa tu. Pernah satu hari aku member0ntak. Aku tengking ayah aku.

Aku cakap dengan ayah aku yang aku malu pergi sekolah berhantar dan balik sekolah berambil. Aku nak berdikari macam kawan – kawan yang lain. Ayah aku hanya mendiamkan diri. Dia sedikit pun tidak memarahi aku.

Dia hanya mengangguk. Esoknya aku pun gembira la sebab dapat green light untuk pergi sekolah sendiri dengan kawan – kawan. Alih – alih masa ktorang nak sampai sekolah, kawan aku tegur aku bagitau ayah aku ada kat belakang dengan motor dia.

Aku pun toleh la pastu nampak ayah aku. Rupa – rupanya ayah aku follow aku senyap – senyap dari belakang. Balik sekolah hari tu aku apa lagi. Member0ntak lagi la aku. Aku tengking ayah aku sebab follow aku. Pada masa tu aku rasa ayah tak percayakan aku.

Tu sebab dia follow aku. Dan lagi sekali ayah aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa – apa. Esok dan esoknya aku terus pergi sekolah dengan kawan – kawan aku. Dan ayah masih follow aku. Dia tak hiraukan walaupun aku cakap jangan follow.

Hubungan aku dengan ayah aku jadi dingin. Ayah tanya aku sepatah, aku jawab sepatah. Aku malas nak ada pr0per c0nversation dengan ayah aku. Masa tingkatan 5. Ayah aku meninggaI secara tiba – tiba dalam tidur.

Walaupun aku ni selalu berg4duh dengan ayah aku, aku sayangkan ayah sebab dia la nadi dalam keluarga aku. Masa ayah aku tak ada, baru aku sedar betapa pentingnya ada ayah. Selepas ayah aku meninggaI, aku diIanggar kereta sewaktu melintas jalan ke sekolah.

Masa aku jatuh tu, aku toleh belakang. Sebab selama ini aku tahu ayah aku akan sentiasa ada di belakang aku untuk ke sekolah. Tapi sayang, masa tu aku teringat kembali yang ayah aku sudah tiada. Menangis aku waktu itu bukan kerana Iuka kemaIangan tapi kerana sedar ayah aku tiada ketika aku sangat memerIukannya.

Hidup aku sekeluarga terumbang ambing selepas kem4tian ayahku. Kami dihalau dari rumah oleh adik beradik ayah aku sebab tanah yang kami duduk adalah milik arw4h nenek aku (emak ayah aku). Katanya keluarga aku tak ada hak nak duduk atas tanah tu sebab ayah aku sudah meninggaI.

Ibu aku pula hanya la surirumah. Dia tidak tahu nak memandu pun. Naik basikal pun ibu aku tak tahu. Ni lebih menyukarkan hidup aku dan ibu aku sebab pergerakan kami terbatas. Abang aku masa tu tinggal di asrama universiti.

Hanya aku dan ibu aku terp4ksa hadap d3rita hidup tanpa ayah aku. Nasib baik aku ada lesen moto sebelum ayah aku meninggaI. Jadi dapat la aku bawak ibu aku pergi beli barang dapur. Melihat kereta ayah aku hanya terletak sahaja di garaj, adik beradik ayah aku tuntut supaya diberikan kereta tu kepada mereka.

Aku enggan sebab bagi aku, aku mahu gunakan kereta tu selepas aku lulus ujian memandu. Akhirnya hubungan aku dan bapa – bapa sed4ra aku jadi keruh. Mereka seperti tidak hirau lagi kewujudan kami. Selepas beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk matrikulasi di Perak.

Masa ni aku cuak sebab tiada siapa yang boleh hantar aku ke sana. Adik beradik ayah aku dah sisihkan kami. Adik beradik ibu aku pulak tak reti nak bawa kereta jugak. Abang aku ada kat universiti Pantai Timur. Takkan aku nak susahkan abang aku.

Tiba – tiba aku teringat. Alangkah bagus kalau ayah ada. Aku kembali sesal dengan sikap aku dahulu. Dulu nak sangat berdikari. Sekarang jadi kenyataan. Dan akhirnya aku mendaftar masuk matrikulasi seorang diri. Datang naik bas seorang diri.

Cemburu melihat pelajar – pelajar lain yang datang mendaftar dengan keluarga masing – masing. Bergitu juga bila tamat belajar di matrikulasi. Aku balik dan angkut barang – barang seorang diri naik bas. Dan sekali lagi aku terfikir.

Kan bagus kalau ayah ada. Sem4kin dewasa aku menjadi m4tang. Aku sedar apa yang ayah aku buat selama ini, ikut aku pergi sekolah semua tu kerana dia risaukan keselamatan aku bukannya kerana dia tidak percayakan aku.

Aku sangat menyesal dengan sikap aku semasa ayah aku ada. Aku tidak menghorm4ti ayah aku dan aku nak ayah aku dengar cakap aku. Bila ayah aku meninggaI, sangat terkesannya hidup aku. Justeru, aku nak menyeru remaja – remaja kini supaya menghargai ibu bapa anda.

Masa remaja kita hanya fikir nak seronok, semua benda nak buat sendiri. Tolong la jangan jadi macam akak. Walaupun sekarang akak dah 26 tahun, tiada sehari pun yang akak dapat lupakan sikap kurang ajar akak dengan ayah akak semasa remaja dulu. Tolong doakan ayah akak ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah. – Suria

Komen Warganet :

Fatehah Halim : Ya Allah, sedihnya. Memang betul waktu zaman remaja kita anak – anak selalu Iawan dan member0ntak tak dengar cakap mak ayah. Sekarang bila kita dah besar, ada keluarga, ada anak – anak, baru kita faham kenapa mak ayah kita terlalu ‘k0ngkong’ kita dulu. Alfatihah buat arw4h ayah tt dan juga ibu saya.

Khairul Afiq : Aku dulu memang antara anak yang bermasalah. Aku rasa dah banyak kali buat mak ayah aku nangis dengan per4ngai Iiar aku dulu. Biasalah kita baru nak kenal dunia, mer3mpit sampai tak balik rumah.

Bapak aku cari h4mbat aku dengan ekzos. Sekarang nak patah balik pun tak boleh, cuma boleh cuba sebaik mungkin bahagiakan diorang. Cuba bagi yang terbaik dari segi duit, masa dan perhatian. Aku sayang mak bapak aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.