4 tahun aku bercinta dengan Khai, aku tahu dia suami orang tapi masih belum ada anak. Nak jadikan cerita masa aku plan nak nikah, isteri Khai mengandung. Sayangnya dia keguguran.. Aku rasa bersalah sangat. Aku nangis tepi bucu tenung langit. Aku nekad baIas d3ndam..
#Foto sekadar hiasan. Cerita aku agak panjang, aku nak bercerita sebab aku nak terapi dan semoga ada yang boleh dijadikan pengajaran untuk mereka di luar sana. Aku minta maaf dulu kalau tulisan aku bercampur bahasa dan english.
Aku nak taip cepat, otak aku tak boleh nak translate perkataan english dalam otak aku ke bahasa dengan cepat. Jadi aku tulis ikut keselesaan. Cerita aku mungkin agak cliche sebab berkisarkan suami orang, tapi tunggu dulu, semoga ada yang baca sampai habis.
Aku cerita dulu latarbelakang aku, aku Nani, dilahirkan di kampung, aku dulu budak famous dekat sekolah sebab aku pandai dan aktif. Dekat universiti pun aku antara budak pandai, aku dekan semua semester kecuali semester 1. Jadi aku tak dapat ANC la.
Walaupun aku aktif dan famous aku bukan jenis yang suka bercouple sampai la umur aku 25 tahun. Aku tak pernah bercinta, sebab aku memang sangat memilih, senang cakap aku fussy kalau bab “suami”, dan aku t4rget bercinta untuk kahwin, gitewww. Tapi betul..
Aku ni banyak kawan (lelaki dan perempuan) sebab aku happy go lucky dan peramah, senang mesra la kira. Nak dipendekkan cerita karakter aku ni sebenarnya seorang yang naif, baik dan tak boleh kata tidak, dan tak pernah rasa orang yang datang nak berkawan dengan aku ada niat jahat.
Mak ayah aku pulak jenis oldschool yang memang menitip beratkan bab agama dan pendidikan, cuma aku je yang jenis kuah tu tak tumpah ke nasi kalau bab agama. Jadi aku ada “sikap member0ntak” yang nak cuba dunia luar. Nak hidup di bandar.
Aku bersyukur setakat ini perjalanan hidup aku sangatlah lancar je. Aku tak pernah rasa ada masalah. Aku habis final exam aku dah dapat kerja dekat audit firm dekat KL dan gaji permulaan aku boleh dikira tinggi masa zaman tu.
Dari aku grad umur 23 aku duduk KL sorang je. Masa tu la semua ni bermula. Aku kenal dengan Khai masa umur aku 25 tahun, Khai sebaya, masa ni aku yang naif tak pernah terpikir Khai dah berkahwin, aku layankan perasaan seronok disayangi, dicintai dan dibelai.
Aku suka Khai yang protective, disebabkan Khai tak macam lelaki yang aku kenal sebelum ini, Khai sangat memahami, sangat bertanggungjawab, dan muka agak berupa, aku memang aiim, “yes, dialah orangnya, husband material”.
Selalu jumpa texting, sekting, video call selalu selama 6 bulan. Betul la kalau kita selalu berdua akan ada yang ketiga. Dari awal aku dengan Khai ringan – ringan sahaja, kerana masa tu aku masih berkeras menolak, masih menjaga maru4h aku, sampai la 6 bulan, sy4itan berjaya hasut, kami berjaya tidur sekali dan aku hilang d4ra hari tu.
Masa ni kerana nafsu aku belum sedar aku dah hilang segala – galanya hari tu. “Ampunkan kami berdua Ya Allah.” Di sini la bermulanya detik hitam d3rita aku. Satu hari tu,aku terdetik nak cari tahu pasal Khai, masa tu la aku staalk FB dan kant0i dia suami orang yang dah kahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan zuriat.
Khai kahwin muda, sebab tu pada awalnya aku tak sangka dia dah kahwin. Aku berdepan dengan dia, tapi bila dipujuk untuk teruskan hubungan dan aku setuju. Masa ni aku sedar aku akan s4kit, tapi aku tertipu dengan janji Khai yang akan kahwin dengan aku, dan aku tertipu dengan expectation aku sendiri yang Khai akan jadikan aku nombor 2 “Masa ni b0doh, ya, aku tak nafikan”.
Hubungan kami berlanjutan sampai 4 tahun kami rahsiakan hubungan ni dari si Ain, isteri Khai sampai umur aku 29 tahun. Aku terlupa nak cerita pasal latar belakang Khai, dia ni kontraktor, bekerja sendiri, masa mula – mula kenal dengan aku, business dia baru nak naik, dan masa business dia nak berkembang dia perIukan pertolongan aku, aku tolong Khai secara separuh masa (kerja aku uruskan akaun dan kira cukai).
Dalam 2 tahun aku tolong Khai sampai la business dia agak stabil. Selalu lelaki curang akan buruk – burukkan isteri dia kan, Khai tak macam tu, seorang yang sangat ambil berat pasal aku, bertanggungjawab dengan isteri dia, kalau Khai balik rumah, aku tak kan kacau.
Aku fokus dekat kerjaya aku. Untuk pengetahuan korang, aku ada karier yang sangat stabil masa ni dan aku suka kerja aku, ini cita – cita aku. Kami pernah rancang nak nikah di Thailand, tapi disebabkan Khai seorang yang bertanggungjawab, dia cakap, kalau dia nak jadikan aku isteri kedua, dia akan buat dengan cara yang betul.
Dia nak dapatkan persetujuan isteri dia dulu. Dan dia nak ambik aku elok – elok dekat mak ayah aku. Tapi nak dipendekkan cerita, dan mungkin Allah nak selamatkan aku, selepas 7 tahun kahwin isteri Khai, si Ain tiba – tiba mengandung, selama ni memang tak pernah lekat.
Jadi izin untuk berkahwin lain ditangguhkan sampai la hubungan aku dengan Khai kant0i masa kandungan Ain dah masuk 3 bulan. Hari ni kami g4duh, Khai block aku kat semua social media, keesokan harinya Ain disahkan keguguran.
Selepas seminggu kejadian ni baru aku tahu kisah sebenar kawan Khai beritahu aku. Dalam seminggu tu aku dah mer0yan sebab aku takut kehilangan Khai, dalam masa yang sama perasaan bersalah mengh4ntui aku, “Ya Allah apa aku dah buat ni, diorang g4duh pasal aku ke? Ain gugur sebab aku ke?”
Aku dengan Khai putvs hubungan lebih kurang setahun. Dalam masa tu, aku jadi sunyi, depr3ssed, keinginan untuk dibelai, rindu peIukan dia, rasa berd0sa sebab berzina, rasa takut kalau aku tak kahwin dengan Khai siapa lagi nak kahwin dengan aku?
Aku nak anak jugak ye tapi dalam masa sama perasaan bersalah yang aku rasa berd0sa sebab isteri dia gugur. Benda tu makan diri aku, aku keluar masuk hospitaI, badan aku jadi lemah, aku jadi m4kin tak berkawan, aku balik kerja aku nangis tepi bucu katil.
“Serious talk, aku memang nangis tepi bucu katil hanya berpakaian dalam tenung langit”, nak menambahkan lagi kesedihan aku, aku duduk sorang, tiada housemate. Disiplin aku dekat tempat kerja merosot, dan aku buat keputvsan untuk berhenti kerja tanpa backup plan.
Ini yang aku nak kongsi dengan korang, kita ni perempuan, bila sekali dah rasa s33x kau memang payah nak buang, kau tak dapat kau akan depr3ssed. Kau jadi lonely, psik0 segala macam tambah pulak kau kurang redha dan tak kembali dekat pencipta.
Aku bukan tak pernah buat macam orang selalu nasihat, keluar nanti happy, kau tahu aku keluar tapi otak aku dekat lain, aku keluar gelak – gelak, balik aku masih depr3ssed dan kesunyian, aku still ingat Khai, aku nak dia je.
Aku pernah buat benda drastic, aku kenal lelaki dekat dating apps, aku ingat nak lampiaskan nafsu aku, tapi betul Allah nak betulkan aku, bila aku nak jumpa lelaki lain, aku rasa semua tak kena, ann0ying, akhirnya aku setia dalam hati tunggu Khai akan datang cari aku.
Tapi sambil tu aku cari agama, tak banyak aku buat, aku betulkan solat aku, aku cuba solat awal waktu, aku tahajud. Sebulan lepas aku hantar notis berhenti aku dapat kerja dekat satu Public Listed Company dan stepping stone untuk career aku (Notis dekat company lama aku 3 bulan).
Aku nekad aku nak buka buku baru. Umur 30 tahun, Khai datang balik cari aku, kami jumpa dekat tempat kerja baru aku. Lepas kami lampiaskan apa yang dah lama terpendam, Khai pujuk aku untuk tolong dia balik, kerja dengan dia balik (separuh masa) sebab dia dapat kontrak lagi masyuk dan perniagaan Khai m4kin berkembang.
Aku terima sebab sayang dan nak tolong susah bersama – sama kekasih yang akan halalkan aku kononnya. Aku tolong sampai dia boleh buat loan beli rumah, dan beli kereta mewah rolls royce. Masa ni aku nangis ajak dia kahwin dengan aku, sebab aku tak sanggup hilang dia lagi.
Khai yakinkan aku, kitorang akan kahwin, aku kalah lagi. Aku punya cuba jadi skandal yang sangat memahami, aku tak pernah mintak apa – apa dekat Khai dari kami mula kenal, lagipun apa je aku nak, aku boleh beli sendiri.
Khai mewahkan aku masa birthday pun aku dah bersyukur sebab aku tahu dia perlu berjimat untuk tanggungjawab dia dekat isteri dan aku. Tapi tanpa aku sedar sebenarnya waktu ini.. Satu hari tu, Khai bagitahu dia perIukan seorang admin untuk submitkan claim – claim untuk dapat duit dengan lagi cepat dalam syarik4t senang nak pusing modal, Khai ambik sorang admin separuh masa nama dia Laila.
Aku okay, tak pernah pikir Khai akan curang. Naifnya aku. Awal – awal masa Khai datang balik cari aku, dia macam biasa, m4kin penyayang. Dipendekkan cerita, company baru aku beban kerja aku m4kin besar (gaji besar beban lagi besar) dengan aku sambung belajar nak dapatkan professional certificate aku lagi, jadi aku tak berapa nak ada masa untuk dia, dengan freelance job lain jugak aku masih c0mmit.
Khai m4kin menjauh, bila aku ajak keluar dia cakap ada meeting tak sempat dan sebagainya. Bila aku susah aku pergi settlekan sendiri aku tak cari dia sebab aku pikir dia sibuk dengan kerja dan isteri. Satu hari tu, aku phone call dengan isteri Khai kitorang sembang lama, dan masa tu Ain cerita sebenarnya Khai skandal dengan Laila dari tahun 2020, masa yang Khai datang cari aku balik tu.
Sump4h aku nak menangis, tapi aku buat tenang, sebab sebelum ni aku memang dah agak dari bank statement Khai, banyak transfer duit dekat Laila, aku pernah persoalkan, tapi dia nafi. Aku dah tak percaya tapi aku layankan je per4ngai dia, sebab aku tak de bukti.
Aku pujuk hati aku “Kalau dia boleh curang dengan isteri dia, apa yang buatkan dia tak akan curang dengan kau?”. Aku diamkan semua cerita yang aku tahu dari Ain, aku jauhkan diri aku dari Khai perlahan – lahan, aku nampak Khai tak cari aku pun, selama berbulan – bulan aku senyap dia tak cari aku langsung.
Aku sedar diri, tapi aku start depr3ss balik, tapi kali ni aku dah tak macam dulu, aku tak mer0yan, aku deactivated semua social media aku, aku off phone dalam 6 bulan. Aku cari Allah, aku dekatkan diri dengan Allah balik supaya tunjuk aku jalan terbaik.
Aku jadi m4kin tenang, tapi perasaan sayang masih belum boleh buang. Satu hari tu bila aku cukup kuat, Ain ajak aku jumpa, kami jumpa dan sesi luahan perasaan bermula, tapi aku okay, Ain pun cool, cumanya dia belum puas hati dengan si Laila.
Ain ni tak ada lesen kereta, ke mana – mana naik grab. Ain luah dia nak pergi rumah skandal Khai, Laila, tapi tak berani, aku cakap takpe aku bawak. Bukan nak meny3rang tapi nak bertanya. Aku drive bawak Ain ni pergi rumah mak ayah Laila, bersembang la dekat situ sampai berg4duh la si Laila dengan Ain.
Laila marah aku sebab kata aku penghasut Ain, sebab kalau Ain dia takkan buat macam tu. Sebab tu Khai berani curang dengan Ain, sebab Ain sangatlah baik. Khai terk3jut kami semua berjumpa. Kant0i segala perbuatan busuk dia.
Kami plan nak berdepan semua dalam satu masa tapi Ain tak sanggup nak hadap. Khai salahkan aku. Mempersoalkan per4ngai aku. Aku terus lari dari hidup Khai tanpa jelaskan apa – apa. Aku cerita semua benda ni dekat sepupu aku dan sepupu aku kata “lelaki macam ni yang kau nak lagi?”.
Dan tanpa aku tahu, sepupu aku email majikan si Laila, mengadu pasal per4ngai si Laila dengan Khai. Dan disebabkan itu, syarik4t Khai ditamatkan kontrak dengan syarik4t si Laila. Bulan yang sama aku stop kerja dengan Khai.
Aku hantar saman dekat Khai tuntut hutang gaji aku yang dia tak bayar selama ni. Dia hilang banyak duit. Dalam masa yang sama ramai pekerja Khai berhenti, bulan lepas Khai disahkan bercerai dengan si Ain, selepas lebih kurang 10 tahun mereka kahwin.
Dan baru ni jugak aku tahu, Laila tinggalkan Khai sebab rupanya Khai ada skandal baru Zizie ni jugak salah satu penyebab Ain nekad untuk bercerai dengan Khai. Apa yang aku belajar dari sini, kalau tujuan kau kahwin hanya kerana ada orang sayang kau, kau salah.
Kau kahwin sebab nakkan ketenangan, nak orang yang boleh hilangkan resah kau bila kau ada masalah dekat luar. Wang tak menjamin kau bahagia, perempuan pun takkan menjamin kau puas dengan nafsu kau. Satu aku tahu, Khai tak pernah duIukan solat, walaupun dia baik, bersedekah, hormat orang tua, solat dia abaikan.
Sama macam aku dulu, kami terlalu seronok dihanyut nafsu, d0sa z1na, sampai lupa Allah yang pegang hati kita ni, Allah tunjuk kekuasaan dia kat aku. Ni la yang aku dapat. Aku rasa Allah menjawab doa aku, masa aku off segala social media, aku buat solat istikharah 40 kali.
Aku minta Allah tunjukkan jalan terbaik, lepas tu yang si Ain datang cari aku ajak jumpa si Laila. Dan aku berani angkat kaki tinggalkan Khai tanpa ada rasa sedih pun. Sekarang aku dah 32 tahun. I have matured enough to know what best for me and untuk tahu apa yang terjadi Allah dah tentukan untuk mengajar aku jadi lebih baik.
Aku tahu benda ni takkan jadi kalau aku pergi masa awal – awal dulu, tapi ingatlah aku bukan kaki s0ndol yang mahukan suami – suami anda hanya untuk aku. Aku tahu tak mudah untuk bermadu. Dulu aku ingat aku mampu nak berkongsi kasih, tapi sekarang aku sedar aku perIukan seseorang yang hanya untuk aku sorang.
Tapi tanpa aku sedari, aku jadi m4kin ins3cure dengan lelaki. Aku rasa aku tak mampu untuk kahwin di dunia ni. Nasihat aku kepada perempuan – perempuan di luar sana, dunia m4kin dekat dengan kiaamat, dan m4kin banyak perempuan yang hilang malu, sanggup rendahkan maru4h hanya untuk bermewah – mewah dengan duit suami orang, hanya untuk bergaya, hidup meminta – minta hanya ingin disponsor.
Be your own moneymaker, mahalkan diri anda perbaiki diri anda untuk orang yang tepat. Tahu tak mudah, jika ujian dalam bentuk jodoh Allah pilih untuk kita, semoga Allah tinggikan darjat kita di sisiNya di sana. Aku bukanlah baik, tapi aku cuba untuk jadi baik, nasihat yang aku beri dari pengalaman yang aku tempuh.
But trust me, once you had depr3ssion, your life gonna be tough. Engkau taknak menyesal kemudian hari. Sayangi maru4h anda dan sayangi kesihatan mentaI anda. Aku Allah bagi peluang untuk ambil tindakan atas hutang dia dengan aku.
Untuk pengetahuan korang, aku dalam proses naik turun mahkamah berkenaan isu hutang ini, doakan semoga dipermudahkan urusan aku. Dan t4rget aku, antara dia dapat notis bankrap atau masuk jaiI. Mesti korang tertanya kenapa aku nak baIas?
Aku tak kisah apa orang nak cakap, “Maafkan jela, kau confirm kau akan menang kes ni? Apa hak kau?.” Aku bukan buat keputvsan ikut nafsu dan perasaan, aku bagi dia peluang lama untuk settlekan hutang ni, tapi eg0 dia masih salahkan aku dan tak pernah salahkan diri dia atau menyesal dengan apa dia dah buat.
Dan untuk pengetahuan korang, hutang Khai dengan aku cecah 12k ye. Kau rasa aku patut ikhlaskan ke? Jadi dengan ada semua bukti – bukti dan aku yakin aku boleh menang, aku buat keputvsan untuk Iawan. Tapi kalau perancangan Allah lain, aku redha.
Sekurang – kurangnya aku dah berusaha buat apa yang patut. Akan datang aku tak nak ada rasa menyesal kenapa aku tak buat sesuatu. Penyesalan tu meny4kitkan. Ini pilihan aku, dan sebagai seorang yang dewasa aku bertanggungjawab atas setiap pilihan aku dan aku nak Khai sedar, dia tak boleh lepas tangan je dengan apa yang dia dah buat.
Aku akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan bakal berlaku. Walaupun aku tak boleh nak tuntut dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah s4kitkan aku, aku pilih ajar dia dengan cara ni. Sebab aku tahu, lelaki macam dia akan kalah kalau takde duit.
Jangan ingat kita tiada hak untuk buat sesuatu jika kita dis4kiti, negara kita ada undang – undang. Let him see, you mess with the wrong woman, man. Bagi aku semoga ini jadi asbab untuk dia berubah jadi lebih baik. Aku masih sayang dia jujur kata, tapi aku takkan kembali bersamanya.
Kalau benda ni viral, dan andai kata sampai kepada Khai, aku nak cakap untuk Khai, I want you to be happy and find your peace in the future. I hope you find someone who really suitable to be your wife and dikurniakan anak. That’s what you really want right? Walaupun you dengan I tak boleh bersama, I doa kita masuk syurga sama – sama. Aamin ya mujib.”
Last, aku nak update aku masih berkawan baik dengan Ain. Aku harap Ain jumpa lelaki yang lagi elok dari K. – N (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet ;
AR Anin : Biar semua orang kecam, akak stand for you. Yes. Akak pun sedia dikecam. Akak hanya tau satu benda, Allah takkan lihat permulaan kita, tapi hanya pengakhiran kita. Istikhamah ya dik dalam hijrah cinta adik dari untuk seorang manusia kepada Rabb yang maha penyayang.
Semoga syurga milik adik yang abadi. Lupakan semua kisah pahit, dan jangan dibuka aib ini kepada sesiapa secara sengaja. Tutup buku semua. Focus life dan focus akhir4t. Semoga ini juga jadi peringatan dan pengajaran buat semua wanita, dan semoga Allah mengampunkan semua d0sa kita. Be strong.
Syamilah Rosli : Lepas baca hmpir berpuluh conffesion berscandal dengan suami orang ni, aku hampir bersetuju dengan ayat sorg member laki aku. “Suami orang duk berscandal dengan perempuan lain ni jarang nak jadi bini, sekadar teman atas katil je, sekian”. Apa pun conffesion tt sangat banyak pengajaran, bagus untuk bacaan perempuan yang masih berscandal dengan suami orang.
فريدة حسن : Allah Maha Pengampun. Alhamdulillah tahniah tt. Semoga K melingkup atau meringkuk dalam penjara. Saya setuju dengan tt, at least lelaki macam K ni memang patut diberi pengajaran, mungkin tak dengan cemuhan m4kian cacian tapi dengan undang – undang. Semoga berjaya tt!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.