3 hari isteri pantang kat rumah mak aku, dia balik naik teksi kata kena marah. Sekali aku jumpa lukisan

Tiba – tiba ada keluar d4rah dari kain isteri, menggelabah aku angkut pergi hospitaI. Rupanya jahitan banyak terbukak. Allah. Aku kemas barang dia pergi rumah mak aku, minta tolong jaga. Lepas 3 hari, dia kemas barang naik teksi balik rumah kami. Alasan dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya nak minta pendapat readers bagi permasalahan aku sekarang ni. Benda ni aku pendam 7 tahun berkahwin. Aku bukan nak buka aib sesiapa di sini. Tapi aku perIukan bantuan / cara nak bawa isteri aku jumpa pakar.

Isteri aku ada masalah mentaI.. tapi bukan giIa. Aku pun sebenarnya taktahu kondisi dia apa. Takpelah, aku cerita, mungkin ada yang tahu isteri aku ni sebenarnya ada s4kit apa. Pertama sekali, isteri aku ni datang dari keluarga bermasalah.

Ibu dia ‘kupu – kupu’ malam. Ayah dia selalu pukuI dia masa kecil. Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je. Jadi, dia terp4ksa kerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara h4ram. H4ram sebab umur 16 baru legal kerja.

Aku kenal dengan isteri masa dia umur 20 tahun, aku 25 tahun. Kami kahwin lepas 6 bulan. Aku sebenarnya niat nak tunggu lagi. Tapi disebabkan kami bukan mahram, aku tak boleh nak Iindungi dia yang seorang diri. Sebab tu aku pilih untuk cepatkan pernikahan.

Lepas sebulan nikah, isteri pregnant. Dia berhenti kerja dan duduk di rumah. Dia memang jadi isteri yang baik. Sampai air basuh tangan pun dia hidang walaupun aku taknak. Everything is okay, perfect. Tapi, aku perasan banyak sangat lukisan, kertas yang dah dironyok dalam tong sampah.

Kat dinding bilik tetamu penuh dia tampal lukisan yang aku tak sangka dia pandai melukis. Tapi.. semuanya macam ‘dark’. Satu lukisan tu perempuan kecil tengah menangis. Satu lagi tu perempuan kecil tengah duduk kat atas curam yang tersangat tinggi, di bawahnya ada tangan – tangan hitam sedang cuba menarik.

Ada lagi yang perempuan tengah lemas dalam laut, cuba untuk keluar ke permukaan. Dan beratus lagi lukisan yang seakan macam tu. Pada awalnya aku tak fikir banyak. Aku cuma ingat isteri aku ni suka melukis. Tu jela, sampai lah lepas bersalin.

Dia tak nak mak aku jaga dia masa pantang. Ibu dia memang dah lama tak contact. Nak upah orang jaga kat rumah, dia pulak taknak. Betul – betul berkeras nak pantang seorang diri. Aku ni kerja pukuI 7 pagi sampai 11 malam, cari duit lebih demi anak isteri kan.. jadi memang takde kat rumah waktu tu.

So isteri yang buat segala benda dari mandikan anak, sediakan makanan sendiri, buat kerja rumah dan lain – lain. (Masa ni dah suruh dia rehat, jahitan dia kat bawah tu banyak, tapi dia kata boleh buat). Aku pun anggap everything is fine.

Sampai lah one day aku cuti. Anak aku menangis tanpa henti. Biasalah baby memang kuat menangis. Tiba – tiba isteri aku ambil pis4u. Terk3jut beruk aku. Aku pujuk slow – slow tak jalan. Aku terp4ksa berkeras sikit demi nak dapat pis4u tu.

Masa tu tiba – tiba ada keluar d4rah dari kain dia, menggelabah aku angkut pergi hospitaI. Rupanya jahitan banyak terbukak. Allah.. Masa ni aku betul marah. Aku kemas barang dia pergi rumah mak aku, mintak mak aku jagakan sampai dia betul – betul sembuh.

Tapi lepas 3 hari dia kemas balik barang dia naik teksi balik rumah. Aku tanya kenapa buat macam tu? Dia jawab sebab dia takut kena marah. Takut kena marah yang rumah tak kemas dan dia tak buat kerja. Dia asyik ulang banyak kali perkataan ‘takut’.

Takde siapa pun yang marah dia. Aku boleh je nak hantar baju pegi dobi atau basuh sendiri, siapa yang marah dia??? Sampai sekarang aku tak tahu. Kami ada anak umur 6 tahun, 4 tahun, dan 8 bulan. Setiap bersalin mesti dia yang p4ksa diri nak uruskan.

Setiap kali pantang dia akan ulang perkataan ‘takut’ orang marah yang dia tak buat kerja asyik rehat. Aku dah lain macam dah tapi cuba cool kan diri.. siapa yang marah dia? Ayah dia ke? Hmm. Lagi – lagi dengan keadaan dia tak boleh tidur malam.

Start kahwin sampai sekarang dia tak pernah tidur sebelum subuh. Kalau dia terlelap sebelum subuh, dia akan mimpi ada ayah dia pukuI dia, h3entak kepala dia, dia meracau – racau takut. Pada awal nya aku buat tak endah.

Tapi sekarang ni aku mula rasa yang dia ada satu tr4uma masa kecil yang dia tak pernah dapat nak buang. Aku sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku bawa dia pergi hospitaI, aku risau doktor panggil aku ni yang giIa.

Oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam, kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia p4ksa diri dia untuk pergi jugak. Dan bila dia tak cukup tidur, per4ngai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut, bertukar 360 darjah macam orang tak siuman.

Pis4u tu dia t0reh – t0reh kat tangan.. menangis.. sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia.. takda siapa nakkan dia.. dia rasa sorang-  sorang. Padahal setiap kali tu takde angin bergoncang pun.. takde berg4duh ke apa pun.

Disebabkan benda ni dah lama aku hadap. Aku ada sikit improvement untuk handle dia. Prinsip aku, bila dia fikir dia tak layak jadi seorang ibu atau isteri, then minta cerai atau lepas, aku akan fikir benda lain. Aku takkan ucap langsung perkataan tu kat depan dia.

Walau macam mana pun, dia isteri aku. Aku sayang dan takkan lepaskan dia selagi aku masih hidup. Setiap kali dia tak cukup tidur, aku akan elakkan dia dari nampak pis4u. Dan terus dodoikan dia sampai tertidur. Walaupun aku dah lambat nak pergi kerja.

Masa aku takde, aku pantau rumah melalui cctv. Banyak kali nampak isteri kurung diri dalam almari masa baby tak berhenti menangis. Lepas 10 minit dia akan keluar balik dalam keadaan tenang. Oh ya, dia ada hyperventiliation.

Banyak kali jadi, memang kerap bila panic datang, dia hembus guna plastik. Kalau tak dapat kawal, jari – jemari dia akan jadi bengkok.. keras dan sejuk.. aku risau patah je. siapa yang pernah tengok tu tahu la macam mana.

Lukisan – lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik. Aku biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali tr4uma tu datang, aku akan jaga isteri macam anak kecil. Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipeIuk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti sampai dia tertidur.

Waktu dia normal, semuanya okay. Rumah kemas dengan bersih, makanan sentiasa ada, solat cukup, mengaji, ajar anak – anak pelajaran. Tapi, walaupun aku dah dapat cara untuk handle, jauh di sudut hati aku. Aku tertanya tanya, betul kah cara aku ni?

Ada ke yang aku silap? Aku ingin jugak isteri aku dapat tidur normal macam biasa. Aku sebenarnya tak tahu kondisi apa yang ada kat isteri aku. Nak kata depr3ssed pun ada, nak kata tr4uma pun ada, nak kata ins0mnia pun macam ada.. nak kata split personality pun ada.

Aku taktahu nak refer pada siapa. Nanti orang kata aku pulak yang giIa. Lagipun aku tak pernah bercerita pasal ni kat sesiapa pun walaupun mak ayah aku sendiri. Lagipun bila dengan diorang, isteri aku ni normal.. hmm..

Walaupun banyak kali isteri nak ced3rakan diri dia, setakat ni tak pernah dia ced3rakan aku atau anak – anak. Dia macam ada satu d3ndam pada diri dia yang aku pun tak tahu apa benda. Aku tahu banyak lagi yang dia tak cerita pada aku pasal tr4uma dia masa kecil.

Kalau aku terp4ksa hadap perkara ni sampai tua, aku redha. Orang lain diuji dengan benda berbeza – beza, mungkin ini bahagian aku. Allah Maha Pengatur setiap hidup h4mba – h4mbaNya.. – Hakim (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Liza Johari : Isteri confessor bukan depr3ssed dah ni, lebih dari depr3ssed dah. Mesti dan WAJIB bawa dia jumpa doktor. Tr4uma dia masa kecil penyebab utama, lukisan – lukisan dia bukti tr4uma dia. Saya kaunselor tapi setakat kaunselor sekolah, ilmu yang saya ada menyimpulkan yang isteri encik sangat tr4uma.

Berdasarkan apa yang encik cerita, isteri encik sangat – sangat perIukan rawatan. Bawalah dia jumpa doktor dengan seberapa segera untuk membantu dia.

Nazima Ali : Semua dah bagi nasihat yang sama. Encik boleh bawa isteri ke kIinik kesihatan terdekat dengan rumah, minta doktor situ refer ke psych4atric cIinic di hospitaI. Most likely she has schiz0phrenia. Sebab ada hallucination and deliberate self h4rm.

Sangat bangga dengan encik yang bersabar dengan dia. Tapi, dah lama sangat tak dirawat, takut mud4ratkan anak – anak. Kalau boleh, sekarang terus dapat kan referral letter. Sebab appointment kIinik pakar makan masa.

Unless isteri ada cuba ced3rakan diri, encik boleh bawak ke Jabatan kec3masan hospitaI terdekat. Encik boleh PM saya, saya ada kawan – kawan pakar psiki4tri di sekitar KL.. mungkin saya boleh tolong refer.

Nur Hidayah : 7 tahun sangat lama tu encik. Encik, pleaseee bawa isteri encik pergi jmpa pakar. Kalau encik segan nak jumpa mereka. Encik google nombor hospital bahagian psiki4tri then encik cerita dan tanya apa patut encik buat.

Nanti nurse akan bagi suggestion ataupun encik boleh ke mana – mana kIinik biasa even swasta biasa. Bagitau hal sebenar (bawa isteri sekali jika boleh.. boleh juga masuk sekejap sebelum isteri masuk dan story kat doktor. Cari klinik yang doktor perempuan bertugas).

Doktor akan buat surat rujukan yang dia dah diagn0sed untuk dipanjangkan ke hospital. Then bawak surat tu ke hospitaI besar bahagian psiki4tri. (Panjang jadinya kan? Nak senang better encik terus ke bahagian psiki4tri dan cerita hal sebenar).

Even yang bertugas bahagian kaunter psiki4tri tu takkn kata encik giIa tapi akan risau dan cepat – cepat suruh encik bertindak.  Ada ramai pakar yang dapat bantu isteri encik. Selain tu nanti ther4pist akan take part juga.

Ther4pist ni sangat hebat mengcungkil masalah ni. Percayalah..even ther4pist tu orang lain. Isteri encik akan cerita the whole story kat dia. Sebab dia memang pakar bidang ni. Even kita orang rapat dengan dia, dia takkn cerita the whole story.

Tapi proses ni akan sedikit panjang. Ada banyak siri appointment tapi percayalah. Isteri encik boleh sembuh dan akan sembuh. Memang isteri encik sangat – sangat memerlukn pertolongan daripada doktor dan ther4pist dan pastinya bermula daripada pertolongan encik dulu.

Please encik.. please.. saya plak nak nangis membayangkan keadaan dia. Please encik.. demi masa depan dia, encik dan anak – anak encik. Dan 1 lagi encik. Ni bukan peny4kit giIa atau kurang iman. Dekat hospital psiki4tri tu macam – macam orang ada, dari sebesar – besar jawatan, even doktor lawyer etc, orang biasa dan kanak – kanak pun ada. Bertindak sekarang sebelum keadaan lebih parah.

Nana Ahmad : Dah biasa dimarah dipukuI dari kecik. MentaI iIIness. Dah diajar jangan buat silap. Bila buat silap memang kene pukuI kene marah kene m4ki. Dah sebati dalam diri sampai besar. Sebab tu bila ade orang sayang dia jaga bebetul sampai taknak nampak silap. Ins3cure. Takut nak buat salah. Takut tak perfect. Nanti orang marah orang tinggal.

Tapi bila dah selalu sangat nak nampak perfect akan ade satu masa tu penat. Nak jadi diri sendiri. Tapi ins3cure. Orang macam ni ade satu ruang dalam hati dia yang dia takkan bukak untuk siapa -siapa waima suami dia sekalipun. Sebab dia dah hilang kepercayaan pada manusia. I dont know whether u understand this or not. Its simply for orang yang merasa je mengetahui.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.