Takkan aku nak hidup untuk anak je? Jadi h4mba anak? Jadi h4mba suami? Memang perempuan perlu berk0rban macam tu ke? Ini ke yang dinamakan sebuah keluarga? Apa benda lah best sangat jadi seorang mak ni? Mulia apanya…
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Kali ni memang nak meluah rasa yang terbuki di hati. Sungguh, aku benci jadi mak. Rasa nak tinggal anak jauh – jauh. Tak pun baik aku tak payah wujud lagi. Sebelum korang nak hukvm aku tak bersyukur.
Dengar cerita aku dulu. Aku dah penat dah layan orang cakap aku tak bersyukur bla bla bla. Membebel je tahu. Situasi korang lain, aku lain, faham? Sebab pertama aku benci jadi mak, ialah aku gagal. Aku tak suka perasaan ni.
Bukan aku tak belajar itu ini cara jaga anak, cara menyusu, cara bermain, development semua tu. Tapi bila nak apply, anak aku bukan reti apa pun. Asyik menangis, menjerit, meraung. Dan bila aku str3ss aku pun sampai menangis, menjerit, meraung jugak.
Aku sendiri ada masalah em0si tak stabil, macam mana nak tenangkan anak aku tu. Aku memang akan lari jauh daripada anak aku tu sebelum aku apa – apakan dia. Aku memang ada p0stp4rtum depr3ssion dan baby blues.
Nak ber4k mandi makan pun susah. Takde privacy. Takde space. Takde time for myself. Aku ingat lagi aku pernah doa kat Allah, mintak Allah jaga anak aku daripada diri aku sendiri yang hampir giIa nak buat benda yang tak elok, marah budak tu sampai dia susah nak bernafas.
Kedua, sebab aku benci jadi mak, sebab aku lost. Hari – hari hidup aku untuk apa? Aku dah hilang makna dah. Takkan aku nak hidup untuk anak je? Jadi h4mba anak? Jadi h4mba suami? Memang perempuan perlu berk0rban macam tu ke?
Ini ke yang dinamakan sebuah keluarga? Sungguh aku tak bahagia. Aku tak suka. Bila aku membesar dulu aku susahkan mak ayah aku juga ke. Kenapa proses membesarkan anak susah sangat. Aku tak faham apa anak aku nak, anak aku pun tak faham aku.
Apa benda lah best sangat jadi seorang mak ni? Mulia apanya. Anak pijak kepala kau. Anak marah kau. Anak gigit kau. Anak tepuk – tepuk, main kaki dekat engkau. Then what is the point? Bila kau dah hilang diri kau. Ketiga sebab aku benci jadi mak, rasa serba salah.
Memang semua salah aku kalau anak aku buat per4ngaikan. Aku yang s4kit takde orang kisah. Anak aku buat aku pun aku kena hadap je. Tak boleh ke aku pert4hankan diri dan bertegas ajar anak aku tak boleh tvmbuk aku?
Aku kena diam je ke tak boleh marah? Serius aku benci kena pukuI dengan anak aku sendiri. Kurang ajar betul. Dia baIas balik aku buat dia ke? Memang la aku ada cubit dia bila geram tapi takde la sampai naik tangan Iebam badan dia.
Aku w4ras lagi untuk tak ced3rakan anak aku. Tapi aku akan ced3rakan diri sendiri, biar s4kit tu aku je rasa. Lempar sep4k barang. Memang kalau marah penat str3ss aku hilang kawalan Lepas tu, perasaan serba salah tu datang.
Bila aku tak dapat jadi contoh yang baik pada anak aku. Aku tahu anak ni tiru acuan mak ayah. Aku bukan tak cuba. Aku sedang cuba. Aku cakap tolong, maaf, terima kasih. Aku peIuk dan civm. Tapi sungguh aku penat em0si.
MentaI aku serabut. Hati aku kadang – kadang dah m4ti rasanya. Keempat, aku benci jadi mak sebab aku takut. Bila dia besar nanti dia buat aku sama macam aku buat dia. Ada orang cakap begitu pada aku. Aku menjerit pada anak aku masa dia kecik ni, tengoklah nanti anak kau menjerit balik pada engkau bila dah tua.
Aku memang terkesan dengan pernyataan tu. Walau ia belum terjadi kenyataan. Aku takut. Kelima, aku benci jadi mak. Sebab aku seakan dihukvm, diatur keputvsan berdasarkan anak aku. Macam aku tak boleh hiking lagi sebab ada anak.
Aku tak boleh keluar sesuka hati sebab ada anak. Aku mengeluh dan mendengus pun tak boleh. Aku takde hak untuk meny4kiti anak aku tu. Ayah dia sayang sangat anak dia tu sampai aku naik benci. Biar ayah dia la yang jaga senang.
Lepaskan aku, biar aku bebas. Boleh tak aku nak kembali hidup single balik. Hari demi hari aku rasa susah, bernafas pun salah. Aku nak tinggal semua. Dan merantau. Tu je cita – cita aku sekarang. Adakah itu pun salah? Sebab aku akan dilabel tak bertanggungjawab?
Hanya pandai buat anak tak pandai jaga anak? Adakah betul aku ni memang kurang sabar dan tak layak untuk berkeluarga? Aku nak buktikan aku boleh bertahan. Tapi memang perit perju4ngan ni. Kerana semuanya pada diri aku. Diri aku yang hampir menggiIa ini. – Mak (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Saya harap confessor ‘Aku Benci Jadi Mak’, sentiasa dalam keadaan yang baik hendaknya. Saya harap confessor sudi luangkan masa sedikit untuk baca luahan saya ini. Saya memang sangat memahami perasaan saudari.
Saya juga pernah lalui perkara yang sama dengan saudari. Rendah diri, rasa diri tidak berguna, saya selalu persoalkan kenapa saya sahaja yang perlu berk0rban untuk suami dan anak – anak. Saya memang terIampau fedup dengar tangisan anak saya.
Saya tidak bekerja kerana semasa mengandungkan anak saya, prestasi kerja saya sangat menurun. Saya mengalami alahan yang sangat teruk sehingga boss di tempat kerja menasihatkan saya untuk berhenti kerja. Saya mengalami kemurungan yang sangat teruk.
Setiap hari saya menangis mengenangkan hidup saya yang telah terbuang begitu sahaja. Sampai saya berfikir adakah tujuan saya dilahirkan hanya untuk berk0rban demi orang lain sahaja. Hidup saya memang terasa kosong.
Tidak ada tujuan hidup. Hidup hanya kerana nyawa tidak ditarik lagi. Sehinggalah satu hari saya memang nekad taknak hidup dalam stagnant phase. Saya kena cari jalan keluar. Bukan sebab anak dan bukan juga sebab suami.
Tapi sebab saya kesian dengan diri sendiri. Saya hilang diri saya yang dulunya ceria, suka bergelak ketawa. Saya berterus terang dengan suami. Saya ada suic1daI thought dan saya terIampau penat untuk menjaga keluarga kami.
Barulah suami saya tahu rupanya selama ni saya tersiksa. Suami saya hantar balik ke kampung untuk beberapa minggu. Pulihkan semula em0si saya. Keluarga saya pun tahu dengan keadaan sebenar saya. Semua berganding bahu bantu pulihkan saya.
Selepas ins1den saya berterus terang dengan suami, suami saya tukar pekerjaan yang lebih sesuai dengan keluarga kami. Saya mula aktif mencari pekerjaan semula. Saya juga mula mencari kawan baru untuk dijadikan kawan sembang.
Setiap petang saya akan bawa anak keluar bersiar – siar. Depan rumah je pun boleh. Asalkan anak terdedah dengan cahaya matahari. Badan saudari pun akan terasa lebih sihat selepas itu. Buat kawan dengan jiran – jiran juga.
Saya rasa saudari juga berada dalam situasi yang sama di mana “me time” adalah satu privilege yang saudari tidak ada. Saya pun begitu kerana anak saya masih diumur tidak boleh berjauhan dari saya walaupun ayah dia sendiri yang ambil jaga dia.
Buat aktiviti bersama keluarga. Libatkan suami. Banyakkan berkomunikasi dengan suami. Kadang – kadang suami mereka terleka dengan masalah kerja sehingga terlupa fizikaI dan minda mereka juga diperIukan di rumah.
Ingatkan suami saudari selalu. Akhir sekali, saya betul betul mendoakan agar dipulihkan semula jasmani dan rohani saudari. Semoga saudari kuat dan tabah dalam menempuh dugaan sebagai seorang mak. Saya sayang saudari walaupun saya tidak kenal saudari siapa pun sebenarnya. – K (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
NuRina LyLia : Kerja please puan. Anak hantar sekolah tadika / taska. Di sekolah anak boleh ikut kawan – kawan dan cikgu belajar, dia pun seronok. Sekarang sekolah ada yang ambil dari 2 tahun dah. Puan pun boleh kerja 8-5 dengan tenang, dan dapat bagi perasaan rindu kat anak.
And at least you have some time on your own. Takla rasa besalah duk rumah tak ajar anak atau tak dapat jadi mak yang baik. Kerja katala gaji minimum 1500, minus sekolah anak dalam 600, ada baki untuk pengangkutan dan apa – apa yang puan nak.
MentaI health matters. Ibu yang baik kena jaga diri sendiri dulu, baru dapat jaga anak. Kalau tak boleh nak kerja full day pun, ambil half day, hantar anak sekolah sesi pagi / petang. Bincang dengan suami elok – elok, fahamkan dia that you need this to be a better wife and mother. Anak pun terjaga.
Sarah Aina : Menjadi mak ni perlu betul – betul sedia. Dengan keadaan hari ni ramai perempuan berkerjaya. Tekanan macam – macam. Kepada yang baru kahwin, jangan ambil mudah nak cepat dapat anak. Konon rezeki, konon fefeling nak mom to be. Sangat penat.
MentaI dan FizikaI boleh l0st kalau support surrounding takde. Rancang anak. Ikut kemampuan badan dan financial. Tak perlu ikut kata orang tua nak cucu cepat, suami pun fahami dan bagi masa isteri betul – betul sedia. Benda macam ni tak bagus untuk ibu dan anak.
Shahrul Bariah : Pernah terbaca 1 artikel, seorang ibu ni pernah share kalau dia rasa Str3ss nak marah, malam – malam dia akan meluahkan dan menulis surat untuk diri sendiri sepanjang apa yang dia buat untuk hari tu. Bila dia menulis dia akan rasa lega, cara dia menjaga em0si.
Sampai la anak dia dewasa. Bila kemas – kemas terjumpa balik surat – surat yang dia tulis untuk diri sendiri dia rasa bersyukur sebab tak buat perkara yang tak diingini. Mungkin boleh cuba. Sending virtual hug for you.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.