Aku doa nak jodoh yang baik, sekali dapat perempuan pen4gih. Tiba2 wajah dia muncul lepas istikarah

Tinggal lagi beberapa bulan aku nak bertunang, dia terus terang dia pen4gih, siap buat perkara terkutuk dengan lelaki. Aku terus letak telefon. Takkan aku nak ambik bekas pen4gih jadi isteri aku, takde d4ra plak tu.. 2 bulan aku diam tiba – tiba wajah dia muncul..

#Foto sekadar hiasan. Salam geng apa kabar? Moga sihatlah semua lagi – lagi zaman penuh dengan bermacam – macam wabak ni. Banyak plak masa nak karang panjang – panjang, tak apalah aku nak gak share dengan korang semua.

Bercinta dengan seorang gadis yang mana bekas pen4gih d4dah. Bahagia atau d3rita? Pengalaman ni sangat luar biasa dan aku pun tak sangka akan lalui perkara yang macam ni punya giIa. Kisah ni berlaku beberapa tahun dulu.

Lama dah tapi aku ceritakan balik. Panjang namun aku cuba ringkas ya? Umur aku memasuki 34 tahun sekarang. Dulu zaman bujang, aku pernah bercinta 2 kali saje dengan perempuan sejak sekolah menengah. Tapi sampai 1 tahap, aku rasa perempuan ni merimaskan.

Lebih – lebih lagi masa zaman aku belajar di universiti. Kuat merajuk, marah tiba – tiba, asyik nak menang dan pentingkan diri. Aku sayang sangat seorang perempuan ni maIangnya dapat tahu dia jenis buaya d4rat. Apa korang ingat buaya d4rat tak ada version perempuan ke? Ada.

Aku jadi malas nak bercinta lepas dapat tahu dia pasang lelaki lain. Dipendekkan cerita aku tawar hati apabila dipermainkan. Sedangkan aku terlalu sayang. Dulu aku minta masa pada dia bila habis belajar aku akan segera cari kerja. Kumpul duit untuk melamar. Tapi lain pula yang jadi.

Okey pasrah la mungkin tiada jodoh. Selama 2 tahun aku tutup hati aku. Belajar redha dan move sangat sangat perit. Aku berdoa pada Allah, bukalah hati aku semula ketika ia bukan untuk dis4kitkan lagi. Alhamdulillah ia seakan terkabul.

Sampai 1 masa, aku akhirnya tiba – tiba tergerak download 1 aplikasi dating. Kawan aku yang suruh. Aku ikut saja. Bila daftar memang ramai perempuan like, tapi hanya beberapa orang sahaja yang nampak serius. Banyak yang cuba bermain – main saja.

Panjang proses di sini, dekat 2 – 3 bulan aku cuma keluar dan masuk saja. BerbaIas chat juga kadang – kadang ia kadang – kadang tidak. Tapi dalam ramai – ramai, cuma seorang sahaja yang melekat. Maksudnya perkenalan kami terus berlangsung lama di Whatsaap.

Mula – mula aku tak letakkan harapan langsung. Tapi m4kin lama mengenali, m4kin jatuh suka. Masuk bulan ke 8 kenal, kami akhirnya ambil keputusan berjumpa. Aku adalah orang Perak dan dia pula orang JB. Kami ambil keputusan berjumpa di tengah – tengah iaitu KL.

Aku drive kereta dan dia naik bas. Aku jemput dia di TBS. Mulalah detik pertama kami jumpa. Agak janggal sebab selama ini kami cuma berhubung di telefon. Kali ni nak kena berdepan. Hanya whatsaap atau call sahaja.

Orangnya tidaklah terlalu lawa namun cukup manis di mata aku. Selepas pertemuan pertama, aku rasa begitu berkenan kerana tertarik dengan perwatakannya yang pemalu, kelakar serta polos. Bila berjumpa depan – depan, lagi terserlah kecomelannya.

Sepanjang 1 tahun lebih kenal, kami hanya berjumpa 2 – 5 kali sahaja. Sebabnya dia sibuk di kampung dan aku pun lagi sibuk. Kami jarang dating tapi selalu in contact by Whatsaap. Aku ajak dia untuk betul – betul serius.

Akhirnya aku ungkapkan. Andai ada jodoh dan rezeki, aku nak menjadikannya sebagai isteri. Peribadinya sangat baik, sedikit kelakar tapi lemah lembut. Sebelum aku beranikan diri membuka semula hati dahulu, aku sudah niat dan berdoa “Allah kau berilah aku jodoh yang baik. Tidak kira rupa, asalkan menyenangkan hati”.

Aku tidak mencari yang cantik, aku mencari wanita yang berakhlak baik. Memahami kerja aku, ikhlas menyayangi aku dan sebagainya. Oh ya sebelum terlupa, aku mungkin seorang lelaki yang nampak smart di mata dia.

Katanya pakai kereta besar dan kerja besar. Sesekali dia akan malu dan merendah diri sebab dia hanya bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket. Awalnya aku berfikir aku perlu cari yang setaraf dengan aku. Tapi selepas beberapa wanita yang aku kenali, dia sajaIah yang berjaya ambil hati aku.

Dari segi wajah, mungkin dia tak secantik orang lain. Namun personalitinya buat aku jatuh sayang. Dia cuma bekas pelajar SPM yang tidak sambung belajar. Kekangan menjaga ayah dan ibunya yang sem4kin tua ketika itu, dia decide bekerja di kampung saja.

Dia sangat memahami dan bukan jenis mendesak. Mengongkong dan kuat merajuk? Tidak dan jarang sama sekali. Walaupun dia takde pendidikan yang tinggi, pemikiran dan akhlaknya jauh lebih matang daripada gadis berpangkat ijazah atau PHD yang pernah aku kenali sebelum ini. (Segelintir sahaja bukan semua).

Tapi sesuatu yang meng3jutkan berlaku. Saat kasih sayang aku tengah menggunung, dia mendedahkan kisah silam yang sukar untuk aku terima. Ya. Dia membuka cerita bahawa dia adalah bekas pen4gih syaabu. Pernah terlibat dengan banyak isu moral yang lain. S*ks bebas pun pernah dia laIukan.

Akibat rakan sebaya kan. Aku terdiam dalam panggilIan. Dia menangis ceritakan segalanya. Ketika itu adalah 3 bulan sebelum aku bercadang nak meminang dia. “Awak perlu tahu. Awak berhak tahu pasal masa lampau saya”. Itulah ayat dia yang takkan aku lupakan.

Aku terus m4tikan telefon. Aku remuk, tergamam kerana gadis yang aku sayang dan sangka baik rupanya bekas pen4gih? Hati aku dah diracik 1000. D4da sesak dan aku mengeluh, Allah kenapa kau bagi aku dugaan macam ni selepas aku dah sayang dia?

Keesokannya dia terus menghantar Whatsaap meminta maaf berkali – kali. Dia menelefon namun aku biarkan je. Aku perIukan masa. Aku terduduk. Wanita yang aku nak jadikan isteri, bekas pen4gih? Dia jelaskan juga selepas setahun terjebak dengan benda tu dulu, dia berubah terus sebab ibunya meninggaI.

Dalam keadaan dia belum berubah dan masih budak jahat, ibunya meninggaI sebab kena str0ke di bilik air. Jadi dia sangat ralat. Itulah semangat dia mula berubah perlahan – lahan. Ah, aku tak kisah. Yang penting dia dah tipu aku.

Itulah tekanan yang aku rasa ketika itu. Hampir 2 bulan aku mendiamkan diri. Hidup aku jadi sedih dan serabut. Pada satu malam selepas aku penat menangis, akul lipat sejadah dan baring atas katil. Aku tertidur dan wajah perempuan tu asyik muncul di dalam mimpi.

Bila buka mata, basah alis mata aku penuh dengan air mata. Aku berdoa setiap malam minta Allah padamkan kasih sayang aku pada dia. Sebab aku benci pada dia. Kerana aku tak dapat terima benda tu! Pen4gih, tiada d4ra pula tu?

Walaupun banyak kali dia minta maaf, aku tetap s4kit. Menangis meratap. Lelaki memang nampak kuat, tapi mereka sentiasa kalah dengan perempuan yang dia sayang. Akulah insan tu. Berbulan – bulan aku cuba lupakan tapi gagal hingga hati aku tak tenang.

Aku sayangkan dia namun kisah silam dia cetuskan dilema. Akhirnya aku menangis sepuasnya dan buat solat istikarah setiap malam. Setiap malam juga wajah dia muncul. Selepas membisu aku akhirnya menelefon dia. Malam itu kedua – duanya senyap tapi diselangi dengan air mata tersedu – sedu.

Dia masih meminta maaf dan aku? Diam dan menangis. Aku tanya dia adakah dia benar – benar dah berubah? Dia jawab ya, lillahitallah. Bila aku perhatikan semula peribadinya, ya dia perempuan yang baik. Aku? Aku lelaki yang kononnya hebat tapi kenapa sebegitu jijik dengan perempuan yang dah bertaubat daripada masa silam dia?

Apa hak aku untuk merasa jijik dengan h4mba Allah yang berusaha berubah? Siapa kita nak menghukvm? Sedangkan kita sendiri penuh dengan d0sa. Selepas dapat banyak petunjuk, aku belajar menerima perlahan – lahan dan kembali mencintainya.

Eh tidak. Yang sebenar – benarnya aku tak pernah berhenti menyayangi dia walaupun sesaat. Cuma ini adalah ujian untuk aku. Ujian untuk dia. Allah seakan menjawab doa aku. Semua dipermudahkan kembali. Aku yakin dia adalah jodoh yang dah diberikan pada aku.

Aku kena jaga dan lindungi dia. Cerita ni terus mekar. Alhamdulillah perkahwinan kami memasuki 4 tahun pada 2022 ni, ada seorang anak lelaki yang comel. Ya. Inilah kisah aku. Lelaki yang mulanya terp4ksa belajar menerima jodoh.

Jodoh aku adalah seorang perempuan bekas pen4gih d4dah. Yang masa silamnya penuh kekotoran, namun ikhlas bertaubat. Malah selepas berkahwin, aku sem4kin menyayanginya lebih daripada zaman bercinta. Dia wanita yang baik, sangat menyenangkan sampai sekarang.

Yang kotor dan jijik cuma masa silamnya, bukan dirinya yang sekarang. Tidak pernah aku bayangkan akan berjodoh dengan orang sebegitu, tapi inilah jodoh aku. Jodoh yang aku akan jaga dan sayang sampai m4ti. D3rita? Tidak, aku sangat bahagia. Terima kasih Allah. – Idlan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Faz Li Dya Midd : Sebenarnya, saya sangat kagum dengan mereka yang mampu menerima kisah silam pasangan, tak kisah la lelaki atau perempuan. Tapi pasangan tu pun bila ada yang mampu menerima seadanya, pastikan lah diri benar – benar bertaubat.

D0sa besar atau kecil, memang semua pun kena bertaubat. Tapi saya tak juga judge kalau ada yang tak mampu terima kisah silam pasangan (atas pilihan sendiri dan bukan m4ngsa). Tak mahu tak bermakna menghukvm, cuma hati dan penerimaan kita masing – masing tak sama.

Walaupun benda dah jadi sejarah tapi level ikhlas kita berbeza. Kalau tak mahu pun cukup stop sampai situ tapi jangan pertikaikan taubat mereka dan jangan sesekali rasa diri lebih baik, sebab kita tak tau pengakhiran kita sendiri bagaimana. Buat confessor dan isteri, moga bahagia hingga jannah.

Peah Peah : Iye betul. Setiap manusia ada ujian yang kita kena lalui, sama ada kita berjaya atau gagal. Setiap kita akan diuji, ambil sebagai pengajaran dan jangan mengh1na menilai atau menghukvm seseorang disebabkan kisah silam mereka.

Manusia tidak ada yang sempurna dan tidak terlepas dari melakukan d0sa. Hanya Allah yang layak menilai menghukvm dan memberikan baIasan kepada setiap perbuatan manusia. Sesungguhnya Allah maha pengampun, maha pengasih dan penyayang. Jagalah amanah Allah sebaiknya. Jangan diukit kisah silamnya. Semoga kalian kekal bahagia hingga syurga.

Daeng Sulong Raja Aman : Subhanallah.. yang paling penting adalah bagaimana pengakhiran hidup kita bukan bagaimana kita bermula atau pada fasa peringkat pertengahan umur kita. Pintu taubat dibuka Allah sehinggalah nyawa di hujung kerongkong. Ingatlah bahawa rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya! Alhamdulillah semoga Allah memberkati umur kita semua aamiin Ya RabbulJalil.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.