Suami beriya yakinkan aku, mak mertua boleh jaga anak kami baru lepas pantang. Dalam perjalanan anak aku menangis tak henti sampai la dia tidur sebab letih menangis. Waktu aku baring tu, aku nampak dekat kepala anak aku ada d4rah dan ada garisan yang macam terseret kena benda taj4m / keras.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Aku Laila. Berumur 38 tahun dan menetap di utara tanah air. Cerita aku agak panjang tapi ianya bukanlah rekaan. Aku ingin meluahkan dend4m aku yang aku kira masih membara di dalam diri ini.
Cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang. Bismillah, aku mulakan. Sejak aku kecil lagi, mak dan abah aku telah mengamalkan sikap pilih kasih. Paling ketara mestilah mak aku. Dia punya taksub untuk menyanjung anak lelaki tu masya-Allah, memang pada dia, anak jantan adalah MALAIK4T.
Buatlah apa pun, tetap abang aku dibeIa. Aku anak kedua. Beza umur aku dengan abang aku cuma dua tahun. Nasib aku tak baik. Sebabnya, abang aku ni jenis kasar, kepala angin dan b0doh pun ya. Jadi, kami memang tak rapat.
Berg4duh tu sampai tahap membenci. Aku memang benci abang aku atas perbuatan dia. Bayangkan la (bukan bayangkan tapi memang betul – betul berlaku), dia rosakkan barang rumah, basikal, kereta, tapi dia tuduh aku yang buat.
Part rosakkan kereta tu, dia kant0i la, aku mana pandai bawa kereta. Masa ni umur aku baru 15 tahun dan abang aku 17 tahun. Sampai kemek kereta ayah aku dia kerjakan. Tapi ada hati nak tuduh aku. B0doh kan dia? Lepas tu, memang kena b4ntai la dengan ayah aku.
Cuma, perkara jadi tak panjang sebab mak aku masuk campur. Of course lah dia membeIa anak lelaki dia. Abah aku pulak, dia sayang adik aku yang bongsu tu. Aku ada enam adik beradik, semua lahir rapat – rapat. Adik aku yang bongsu ni, nak apa semua dapat.
Baru – baru ni dapat motosikal. Kami yang lain memang tengok saja la mampu. Bab makanan, memang dia lah pemenang sampai gedempol badan. Mana taknya, cakap saja lapar kat abah aku, pukuI 12 malam pun sanggup drive pergi beli nasi kandar untuk adik aku.
Anda semua mungkin akan kata, eleh yang tu pun nak jeal0us ke? Sehari dua, mungkin lah aku boleh katakan yang aku ni cemburu. Kalau daripada kecil sampai umur aku 38 tahun ni? Ni aku pendekkan saja cerita bab pilih kasih daripada mak dan abah.
Sebab kalau aku cerita detail, aku rasa sebulan pun aku masih tak dapat siapkan confession aku. MaIangnya, j0doh abah dan mak aku tak panjang. Masa ni umur aku 18 tahun. Baru saja habis SPM. Ni lagi satu part yang aku nak cerita sebelum masuk ke cerita aku.
Mak aku ni bukan menantu yang disukai la. Nak kata mak aku tak cantik, lawa saja aku tengok waktu dia muda – muda. Bukan menantu pilihan kut yang lebih sesuai. Nenek (mak kepada abah) buat macam – macam untuk pisahkan mak dan abah aku.
Nenek aku ni pun mengamalkan sikap pilih kasih. Sayang sungguh kat pak cik aku (adik bongsu abah) macam mak aku sayang dekat abang aku. Sebijik! Lepas pakcik aku kawin, nenek aku dapat menantu baru. Aku masa tu umur 10 tahun, mestilah aku memahami apa yang berlaku.
Nenek aku buat mak aku macam tak wujud sebab dapat menantu lawa. Tapi pada aku tak lawa sangat pun, cuma putih saja. Mak aku ni kulit macam kajol. Tapi mentaliti orang kan kalau kulit putih saja mesti lawa. Sebenarnya, sejak mak aku kahwin dengan abah aku pun, nenek aku tak pernah ambil tahu pun pasal keluarga abah hatta kami adik beradik.
Lepas dapat menantu lawa, terus terputvs rasanya hubungan kami dengan nenek. Aku pun tak rasa nak melawat nenek sebab aku memang rasa benci sangat dekat dia. Waktu mak dan abah aku berpisah, umur aku 18 kan? Sekarang umur aku 38, sekali pun dia tak pernah jejak ke rumah kami untuk tanya khabar atau melawat cucu – cucu dia sedangkan dia tahu mana kami tinggal dan rumah aku tak lari pun dari tanah asal.
Penceraian mak dan abah pun sebab dia tak habis – habis suruh abah aku kawin lain. Sekali abah aku pun kawin lain dan aku rasa dia puas hati. Cuma aku rasa dia lupa ALLAH tu wujud. Anak jiran nenek aku yang kenal dan agak rapat dengan mak aku pernah cerita pada mak aku yang nenek sekarang hanya menunggu m4ut.
Anak cucu menantu kesayangan buat dia seperti h4mba (mengasuh cucu, masak, tukang basuh, semualah). Sekarang terketar – ketar badan dan tak boleh nak buat apa dah. Abah aku lah yang hari – hari pergi hantar makanan dekat dia.
Aku tak pasti pakcik aku jaga nenek aku ke tidak. Yang paling lucu, asyik sebut nama mak aku sebab nenek aku rindukan mak aku. What The Fish kan? Mak aku memang tak la nak pergi menghadap. Aku kira mak aku punya Iuka tu, memang tak boleh sembuh sampai m4ti.
Ini aku cerita bahagian permukaan saja, dalaman terlalu panjang. Cukuplah muqadimah untuk anda semua menilai, salah akukah? Dipendekkan cerita, bila aku dah habis belajar dan dah dua tahun bekerja, aku nyatakan hajat aku untuk berkahwin dekat mak aku.
Aku memang duduk dengan mak lepas mak dan abah aku berpisah. Masa tu umur aku 24 tahun. Bakal suami aku tu aku geIarkan N la ye. N ni anak yatim. Ayah dia meninggaI sewaktu dia tadika. Tapi dia pandai. Kami kenal masa aku melawat kawan baik aku di sebuah IPTA di ibu negara.
Dia jenis yang macam alim jugak la. Kami baru saja kenal tapi dia mintak nak halalkan hubungan terus. Pada aku, aku sukakan sikap N ni sebab dia tak main – main dan dia sangat bertanggungjawab. Kami berjumpa pun mesti di tempat awam, macam restoren, KLCC.
Tak pernah berdua – duaan di tempat sunyi sepi. Jadi, aku bersetuju untuk menjadi isteri N. Aku pun beritahu pada mak yang aku nak kawin. Aku bagi mak aku tengok gambar N. Aku cerita latar belakang N. Bersungguh – sungguh aku yakinkan mak aku tentang N.
N juga akan bekerja sebagai seorang jurutera. Rezeki N dapat kerja selepas saja tamat belajar. Rezeki nak kawin kut? Tapi, ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nak tahu apa mak aku kata? “H4ng tak padan la dengan dia. Dia handsome, h4ng tak lawa. H4ng nak ka jadi macam mak?”, mak aku terus keluarkan statement begini yang aku rasa aku amat berkecil hati.
Ya betul, N memang kacak, berkulit cerah, memang pakej lengkap. Aku pula, hitam manis. Aku ikut kulit mak aku. Tapi, bukan lah hitam yang legam. Hitam manis macam Kajol dan Rani Mukherjee tu. Manis kan diorang? Macam aku cakap la, mentaliti orang tua, berkulit cerah itu cantik!
N tak pernah kisahkan warna kulit, malah dia sentiasa menyokong aku sejak daripada kami kenal. Aku tahu mak aku tak mahu aku terima nasib seperti dia yang dipulaukan mertua. Lepas pada itu, aku terus down. Down yang teramat sebab aku ibaratkan melepaskan sebutir permata iaitu N ke dasar lautan.
Kalau dah sampai dasar laut, macam mana nak cari semula? Tak habis setakat itu, mak aku memperlekehkan aku, mengh1na aku dan buat aku seperti insan yang tiada perasaan. Diejeknya aku tak sedar diri. Bila aku fikirkan semula, apa yang tak sedarkan dirinya?
N ada degree, aku ada master. N tak ada apa pun harta sebab dia baru mula kerja, aku pula ada kereta dan rumah. Aku lebih sikit dari N. Yang membezakan hanya warna kulit. Aku dah cakap, aku cuma gelap. Tapi aku cantik! (Aku tak perasan sendiri, tapi orang sekeliling yang kata).
Namun, N tak pernah give up dengan aku. Walaupun aku katakan putvs, dia masih seperti biasa. Malah lebih caring dan memahami. Yang bagusnya, N tak pernah suruh aku membenci mak aku. Tapi aku yang m4kin benci dengan mak. MAK TAK ADIL!
Dengan kuasa Allah, suatu hari aku terdengar mak bercakap dengan adik dia (maksu aku) melalui telefon. Mak ingat aku ke tempat kerja sebab kereta aku tiada di parkir. Tapi adik aku guna pagi tu pergi beli sarapan. Aku berada di dalam bilik.
Hari tu public holiday di negeri aku bekerja. Mungkin mak tak perasan sebab rumah kami di negeri sebeIah negeri aku bekerja (faham – faham sendiri la ye). “Kalau aku bagi dia kawin, satgi sapa nak bagi duit kat aku?” aku dengar suara mak.
“Biaqla dia tak payah kawin, susah aku satgi. Hat lain bukan boleh tulong aku pon”, mak sambung. Aku tak sedar bila air mata aku jatuh. Mak tak izinkan aku kawin sebab dia takut aku tak bagi duit bulanan pada dia. Aku memang bagi duit kat mak aku setiap bulan RM700 tanpa miss.
Gaji aku masa tu dekat RM4000 juga la sebab ikut tangga master. Abang aku dah kawin waktu ni, dia cuma p0tong bulanan RM150 dekat mak. Adik – adik aku? Kawin tapi tak kerja, yang kerja tapi tak menghulur pun pada mak aku.
Jadi, mak aku memang mengharapkan aku 100% untuk duit bulanan dia. Tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku untuk stop bagi duit belanja pada mak aku. Malah aku sudah pun berbincang dengan N yang N akan biayai loan rumah RM650 sebulan.
Aku beli rumah semi-D waktu tu. Hutang aku cuma kereta, aku ada myVi yang aku perlu bayar RM500 sebulan. Jadi, RM4000 tolak RM500 (bayar kereta) = RM3500 baki untuk aku belanja. Kalau aku bagi pada mak RM700, aku masih ada RM2800. Sangat banyak lagi untuk aku.
Lepas mak selesai bercakap dengan maksu, aku keluar dari bilik. Aku menangis semahu – mahunya. Aku tanya mak, kenapa buat aku macam ni? Mak memang speechless habis – habisan. Aku terangkan pada mak calculation aku yang kat atas ni.
Aku pujuk dia bahawa aku masih punyai duit belanja bulanan yang banyak. Aku memberi jaminan yang aku boleh bagi duit pada dia. Aku bekerja dalam sektor kerajaan, mesti lah aku tak takut berjanji. Insya-Allah selagi aku kerja, aku akan tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Tapi nak tahu respond mak aku? Dia tak bercakap dengan aku berbulan lamanya. Apa salah aku? Tiba – tiba abang aku balik suatu malam tapi agak lewat. Aku yang hampir tidur terk3jut beruk bila dengar ketukan pintu yang umpama gegaran tsun4mi di Acheh.
Aku buka pintu dan dia tarik rambut aku menuju ke ruang tamu. Terk3jut campur marah, aku menjerit. Dia humb4n badan aku atas sofa. Mak aku ada di situ. Adik – adik yang tinggal dengan aku pun ada. “Berani h4ng meIawan mak noo! H4ng ingat h4ng dah besaq aku tak boleh buat apa ka? Har4mjadah!”
PANG! PANG! Aku kena t4mpar dan aku ditumbvk bertubi – tubi. Aku cuba meIawan. Aku tanya abang aku apa yang aku dah buat. Abang aku kata, mak aku cerita pada dia bla bla bla bla sambil menangis. What?? Aku pandang mak. Mak buat – buat menangis. Mak fitnah aku. Mak kata aku anak kurang ajar sebab meIawan dan mengugvt dia.
Aku tanya mak aku malam tu, bila aku buat semua tu? Apa bukti mak? Mak aku krik.. krik dan terus masuk ke bilik dia. Abang aku pula terus balik ke rumah dia. Adik – adik aku memujuk aku. Tapi apa yang aku buat, aku terus kemas kain baju.
Aku keluar rumah malam tu juga. Aku tidur dalam kereta. Aku park kereta di Petronas. Aku call N. N datang teman aku. Sebenarnya N pelawa aku tidur di rumah maknya, tapi aku menolak. Aku malu. Demi Allah aku malu punyai keluarga begini.
Aku pesan pada adik – adik aku untuk jaga diri. Kalau perIukan duit, jangan malu bagitahu aku. Aku tak kedekut dengan adik beradik aku. Aku bertekad untuk jauhkan diri aku. Kecewa aku pada waktu itu, Allah saja yang tahu.
Kawan baik aku (masih single) ajak aku duduk rumah dia. Aku memang tak duduk lagi di rumah aku sebab masih kosong. Besar pun besar. Takut eh nak duduk sorang – sorang. Sebulan kemudian, entah siapa yang r4suk aku. Aku ajak N kahwin.
Maka bermulalah persiapan aku untuk berkahwin. MaIangnya, bila aku pergi ke rumah abah untuk minta abah jadi wali, mak tiri aku kata abah takda. 100 kali pergi, masih abah tak ada. Rasanya abah aku ni dah kena nasi kangkang.
Sebabnya, dari umur aku 18 tahun sampai 24 tahun, aku tak pernah jumpa abah. Pergi rumah abah, abah tak ada. Aku rasa hidup aku complicated sangat. Suatu hari, aku cadangkan pada N untuk nikah di Siam. Aku rasa N pun tengok aku macam tak terurus dah, N setuju.
Aku suruh N beritahu mak dia tapi N cakap tak apa, bila selesai semuanya, dia kan beritahu. Aku yang waktu tu terumbang – ambing, setuju saja apa yang N katakan. Jadi, bermula lah kami bersiap – siap untuk ke Thailand. Aku yang susunkan semuanya (hari, tarikh) sebab N tak sempat.
Tapi dia memang tolong apa yang patut dari segi persiapan duit, baju, cincin, gelang dan semuanya. Aku rasa amatlah bahagia dengan N. Mak aku? Memang aku ignore habis – habisan. Aku stop transfer duit, aku block number dia.
Aku pun tak pernah tanya pasal mak dekat adik – adik aku sejak dari malam itu. Adik – adik pun tak pernah beritahu aku pasal mak. Mungkin mereka mahu menjaga hati aku juga. Alamak, panjng betul aku karang. Hurm, aku rasa aku stop dulu cerita aku kat sini.
Kalau anda semua mahukan sambungan, like banyak – banyak, nanti aku keluarkan cerita aku yang seterusnya. Kalau tak dapat sambutan, aku tak teruskan lah. See ya!
Sambungan… Assalamualaikum semua.. Ingat aku lagi tak? Laila Atheerah of course bukan nama sebenar. Jangan lah cari nama aku di FB ke IG ke mesti tak akan jumpa sebab ini nama samaran aku saja. Ramai juga yang baca kisah aku.
Aku nak minta maaf sebab aku berhenti tiba – tiba. Nanti di akhir kalam, aku cerita kenapa aku tak ada banyak masa untuk menulis confession aku. Aku nak ucapkan terima kasih juga sebab ramai yang bersimpati. Tujuan aku suruh like banyak – banyak tu bukan aku nak jadi famous atau ‘batak like’ pun.
Tau tak maksud batak ni? Aku rasa orang utara tahu kut. Alah, yang terhegeh – hegeh nak kan perhatian tu. Bukan aku nak ye. Aku cuma nak tahu sama ada orang baca ke tidak cerita aku. Nanti macam syok sendiri pulak confess benda yang entah apa – apa.
Bila aku baca komen anda semua dan aku tengok like yang aku dapat, ianya umpama memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus bercerita. Ha gitu ye kawan – kawan. Aku baca setiap komen tau. Gigih tak? Tapi aku happy.
Masa aku menaip ni, like yang aku terima dah 2000. Terima kasih! Ada yang kata aku berdrama. Aku kira yang cakap aku macam tu punyai ibu ayah yang baik dan keluarga yang sempurna. Ucapkan lah syukur dik. Allah tak uji adik dengan jalan berliku begini.
Tapi ada juga punyai kisah yang sama atau hampir serupa dengan aku. Aku harap kita sama – sama kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh liku ini. Yang kata aku mereka cerita tu, percayalah, aku bukan jenis yang buang masa untuk perkara yang tak dapat manfaat pun.
Aku confess ni bukan dapat duit atau dibayar. Tapi aku nak hilangkan perasaan dend4m dan marah aku ni sebab aku bukan jenis bercerita kisah aku pada orang walaupun kawan baik sendiri. Sebab aku tahu manusia sekarang ramai yang bertopengkan manusia.
Jadi, aku elakkan. Juga, aku tak mahu aib keluarga aku disebar – sebarkan. Aku malu. Jadi, aku cerita di sini sebab tak ada siapa kenal aku. Sebelum tu, tolong faham kron0logi kisah hidup aku ni. Cerita aku di bahagian pertama tu bukan berlaku sekarang.
Tapi 14 tahun yang lepas sewaktu umur aku 24 tahun. Sekarang umur aku 38 tahun. Jadi, cadangan anda semua untuk aku atur hidup aku seterusnya itu memang tak boleh aku nak ambil peduli sebab dah berlaku pun. Sebelum aku mulakan, aku nak berikan penjelasan kepada yang tertanya.
Eh, takkan 24 tahun dah ada master dan kerja 2 tahun? Ye betul. Aku habis master umur 22 tahun. Sebenarnya, aku masuk darjah 1 masa umur aku 6 tahun. Aku tak pasti kenapa boleh masuk tapi yang aku pasti, kawan abah aku guru besar di sekolah rendah aku tu.
Sebelum tu aku masuk tadika, waktu umur 4 dan 5 tahun. Mungkin abah aku rasa buang masa nak masuk tadika lama – lama, dia masukkan aku ke sekolah rendah terus. Jadi, aku ambil UPSR umur 11 tahun, PMR umur 14 tahun, SPM umur 16 tahun.
Dulu walaupun tak cukup umur 17 tahun, masih dibenarkan untuk duduki SPM. Sekarang KPM dah ketatkan. Umur 17 tahun baru boleh ambil SPM. Kalau lebih tak apa, kalau tak cukup umur tu, kena ulang la tingkatan 4 atau 5 sampai lah umur dah 17 tahun.
Jangan persoalkan tentang perkara ini, tapi ini lah yang berlaku dalam hidup aku. Lepas SPM pulak, aku dapat asasi setahun dan degree 3 tahun. Umur 21 tahun aku dah habis belajar tapi masa tu aku dapat tawaran untuk sambung master setahun.
Peluang dah ada, apa lagi, terus aku melangkah. Ha sebab tu lah umur aku 22 tahun aku dah ada master dan lepas tu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku. Faham dah? Sorry agak panjang muqadimah bahagian dua ni. Baik, sekarang aku sambung cerita aku.
Ye, aku dan N pergi juga nikah di Siam. Sebelum aku meneruskan niat aku ni, aku dah pergi pejabat agama untuk dapatkan penjelasan dan pertolongan. Tapi prosesnya sangat rumit dan mengambil masa yang lama. Anda rasa aku boleh tunggu ke dengan keadaan aku yang terumbang ambing?
Str3ss yang aku dapat ni bukan baru tau tapi sejak aku kecil. Aku kira kalau aku tak bertemu N, aku dah dapat depr3ssion tahap teruk dan mungkin aku dah arw4h sebab bunvh diri. Aku tak ada siapa – siapa ye. Hanya adik – adik aku yang kesemuanya perempuan tak mampu untuk menolong kakak mereka ketika itu kecuali dengan sokongan. Dan, aku ada N.
Seawal 6 pagi kami berangkat menaiki kereta ke sempadan. Dari tempat aku nak ke sana ada lah dalam 3 jam. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, semuanya selesai dan aku sah menjadi isteri kepada N. Sambil – sambil tu kami honeymoon di sana. Aku bahagia!
Balik dari Siam, aku dan N terus kemas – kemas rumah yang aku beli tu untuk kami diami. Start dari situ, N mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia sediakan semuanya termasuk membayar loan rumah seperti yang kami bincangkan sebelum ini.
Oh ya, jangan risau tentang pendaftaran di Malaysia. Walaupun aku tak boleh berfikir secara waras waktu tu, tapi aku belum betul – betul b0doh. Aku dah cari peguam untuk tolong aku hadap proses mahkamah untuk daftarkan pernikahan kami di Malaysia.
Aku ambil private lawyer sebab aku malas nak turun naik mahkamah lama – lama. Aku kena bayar 4 ribu lebih untuk perkhidmatan peguam ni. 14 tahun lalu, 4 ribu ringgit adalah jumlah yang banyak ye. Tapi N top up juga. Sorang separuh.
Walaupun dia baru saja kerja, simpanan biasiswa dia waktu belajar sangat banyak. Aku pun terk3jut sebab first time jumpa manusia yang berjimat tahap dewa ni. Tapi, itulah N. Dalam 3 ke 4 minggu saja aku dan N dah dapat surah nikah Malaysia.
Peguam tu sangat membantu. Aku dah tak risau kalau termengandung. Aku penjawat awam dan aku kena denda tapi N tak sebab dia bekerja di syarik4t GLC. Tapi aku tak kisah sebab aku sekarang dah ada kawan menangis, kawan ketawa, kawan bercerita, kawan makan, kawan g4duh pun ya.
Biasalah, datang hormon wanita, tak boleh nak kawal em0si. Tapi, N tetap N. Dia sangat lah tenang dalam melayani aku. Lagi sekali aku cakap, aku bahagia! Tiada siapa yang tahu aku dan N sudah bernikah kecuali jiran – jiran kami dan adik – adik aku.
Aku beruntung sebab adik – adik aku menyebeIahi aku. Mereka selalu juga datang rumah aku jika berkelapangan. Macam biasa, memang kami akan elakkan untuk bercakap mengenai mak. Aku juga masa tu masih marah tahap gunung berapi memuntahkan lava.
Aku tak boleh dengar pun perkataan ‘mak’ dan ‘abang’ aku. Kalau tengok drama pun, pasti N akan tapis seboleh – bolehnya untuk aku tidak terfikir tentang mereka ini. Selepas setahun, kami bercadang untuk beritahu keluarga N.
N ada mak, sorang kakak, sorang abang dan sorang adik. Aku tengok N rapat dengan kakak dia berbanding abang dan adik. Selama setahun ni, kami berlakon seperti pasangan kekasih di depan keluarga N. N pun kerja di negeri yang sama dengan aku dan dia sebelum ni menyewa bersama rakan – rakan.
Jadi, bila N dan aku di rumah kami, keluarga N tak pernah syak apa – apa. Ye la, mak N ingat N duduk dengan kawan – kawan dia. Rumah yang aku beli tu dekat dengan tempat aku bekerja. Pasal anak? Ye kami merancang. Kami sebolehnya tak mahu anak lagi sehingga semua orang tahu yang kami dah nikah.
Jangan marah kami. Kami nak beritahu awal dan aku sendiri mintak N beritahu mak dia sebelum kami bernikah. Tapi N cakap mak dia minta N kerja lebih lama lagi untuk kumpul duit sebelum mendirikan rumahtangga. Aku rasa mungkin mak dia ingat anak dia tak ada duit lagi, macam mana nak jaga anak orang kan.
Takkan nak bagi makan pasir. N pulak tak pernah bercerita pasal kewangan dia dengan sesiapa pun termasuklah aku. Tapi aku kan isteri, mestilah aku korek – korek sampai ke lubang cacing dan password akaun bank dia dan segala transaksi pun aku tahu. Well.
Ok, kami pun dah bersedia dan kami berterus terang. Kami berdua duduk depan mak N. Mak N agak terk3jut dan macam tak percaya. Tapi dia tak marah. Dia cuma tanya kenapa jadi macam ni. Aku dan N cuma cerita pada mak N yang abah tak mahu jadi wali.
Itu sahaja. Mak N tahu mak dan abah aku dah berpisah. Tapi, peristiwa yang berlaku pada aku sejak aku kecil sehingga ke malam tu, aku kunci rapat dan aku tak izinkan N cerita pada keluarga dia. Aku memang tak mahu orang lain tahu aib keluarga aku.
Aku bersyukur jugak sebab mak N jenis yang menyimpan rahsia. Dia tak bagitahu pada sesiapa pun kecuali kakak N. Mak N nampak okay tapi yang tak okay adalah kakaknya. Amat jelas kelihatan kakak N benci dekat aku. Bila aku datang rumah mak N dan kalau kakaknya ada sekali di rumah tu, memang dia menjeling – jeling dekat aku.
Aku nampak la kadang tu, aku ada saja depan mak dan kakak N, tapi mereka sembang berdua saja. Mak N mungkin pura – pura okay sebab ye lah kami dah kawin kan. Aku yang aku boleh buat? Padan muka aku kan? Gagah pergi kawin tanpa pengetahuan mak dan abah.
Mungkin ramai yang akan cakap macam tu. Aku terima semuanya. Kalau aku ada keluarga yang elok, mana mungkin aku akan belakangkan mak dan abah dalam urusan kehidupan aku. Malah aku cuba tanpa lelah untuk berbincang dengan abah.
Tapi abah tak muncul. Aku ambil jalan short cut sebab aku dah nak tumbang. Aku memang sorang – sorang. Aku tak ada sesiapa yang aku boleh rujuk waktu tu. Ok, bagi aku teruskan cerita aku lagi sebab ini bukan lah main point aku dalam tajuk aku, salah aku kah?
Aku hadap saja apa saja tindakan mak N dan kakaknya. Mak N nak kata tak suka aku tu, tak pernah la dia marah atau jeling aku macam kakak N. Dia buat macam biasa dan aku pun buat macam biasa juga. Tak lama lepas kami beritahu, mak N cadangkan untuk kami buat kenduri sikit.
Ye la, nanti tiba – tiba beritahu saud4ra mara yang lain kami ni suami isteri, mesti mereka akan bertanya, bila nikahnya? Tambah – tambah lagi bila mak N ni rapat dengan jiran – jiran. Of course, lah makcik – makcik di kawasan sekitar akan tertanya – tanya kan.
Masa ni kami kaget. Kalau nak buat kenduri, mesti lah dikedua beIah pihak. Mak N tak tahu yang aku dengan mak dah setahun tak bertegur sapa. Kami cakap, kami nak berkira – kira dulu bajet semua. Mak N kata okay. Masa aku tengah hadapi masalah yang satu ni, aku memang minta sungguh – sungguh pada Allah supaya Allah mudahkan urusan aku.
Nak tahu apa jadi? Ni betul tau bukan aku reka cerita. Aku dapat call dari nombor yang aku tak save atau nombor yang baru aku lihat. Aku angkat call. “Assalamualaikum, Lela.. mak ni” aku dengar suara yang aku memang kenal di hujung talian.
Aku terdiam. Aku tak tahu nak respond macam mana. Walaupun dia mak aku, tapi kami tak rapat macam mak dan anak. Aku tak k3jam. Aku sambut panggiIan mak aku dengan baik. Aku masih bercakap macam biasa. Aku tak rasa nak menangis pun. Sebab Iuka aku dalam sangat.
Mak mintak aku balik rumah dia. Walaupun dia yang salah, tapi tak pernah dia katakan maaf pada anak – anak dia. Dia seorang mak yang sangat eg0. Aku berani kata sebab pada dia, ibu tak boleh menyembah anak. Jadi ibu saja yang betul, anak akan terus disalahkan.
Aku anak dia, aku tahu baik buruk mak aku. Jadi, jangan cakap aku k3jam sebab aku kata mak aku macam ni. Aku pun ego. Setahun aku tak contact mak. Tapi, eg0 aku bersebab. Aku pun balik rumah mak aku dengan N. Aku terus beritahu mak yang kami dah kawin.
Mak aku nampak tenang. Dia kata yang sudah tu sudah la. Dia nampak macam boleh terima. Mungkin dia tengok N handsome juga kut. Mak aku ni memang kalau nampak orang tu handsome / lawa dia akan jadi lembik lutut. Bukan gatal ye, tapi lebih kepada lembut hati.
Dalam hati aku terus aku bersyukur. Bersyukur sebab Allah mudahkan kerja aku satu dan bersyukur sebab N handsome. Bayangkan kalau N tak handsome? Apalah agaknya reaksi mak aku kan? Kami pun buat kenduri. Kenduri kedua belah pihak.
ALHAMDULILLAH, aku lega yang teramat. Aku dan N buat sujud syukur. Kami officially dah jadi suami isteri di mata orang. Ada juga adik beradik yang tanya bila nikah dan sebagainya. Mak N dan mak aku kata, majlis nikah buat antara kami ja atas permintaan aku dan N.
Lepas tu, semuanya kembali normal. Dah tak ada yang bertanya lagi. Aku nak cerita dulu pasal mak aku. Mak aku buat baik dekat aku bersebab. Masa dia call aku hari tu kan, mak aku kata dia dah tak nak kerja. Dia dah tua dan dah penat.
Mak aku ni kerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah. Mak aku tak ada SPM sebab dia bagi peluang pada adik – adik dia untuk sambung belajar. Aku sebenarnya bersimpati dengan mak. Tapi apakan daya, per4ngai mak aku macam tu.
Lepas tu dia kata, kereta mak tak ada siapa nak bayar. Aku dah agak. Ada udang di sebalik batu. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aku anak dia. Takkan aku nak kata padan muka mak? Aku pun cakap tak apa mak, Lela tolong bayarkan.
Lepas tu, mak aku letak telefon. Aku kira dia berhora horey di sana. Sebab ni juga kut dia terp4ksa terima aku dan N dah berkahwin. Kalau tak, tak dapat duit dari aku lah kan? Mulai bulan tu juga, aku bayar kereta mak RM400 sebulan dan aku bagi duit poket RM350 tiap bulan dekat mak. Up RM50 dari sebelum tu.
Tak apalah, sebab tiap tahun gaji aku naik. Aku bukan b0doh tak fikir apa yang mak dah buat. Tapi, buruk manapun dia tetap mak aku. Mak yang lahirkan aku. Cuma, aku pernah beranikan diri cakap, aku takkan bagi muka lagi dah kalau orang buat ani4ya dekat aku.
Aku yakin dia terasa, dia nampak sangat menjaga kelakuan selepas kejadian itu dan aku jadi lebih tegas dengan mak. Tapi masa ni mak aku tak berhenti kerja lagi, dalam proses. Kejap, aku nak cerita satu benda lagi. Anda semua nak tahu sebab apa aku boleh ajak N kawin di Siam?
Aku mengambil ilham daripada mak aku jugak. Masa umur aku 20 tahun, aku sedang menyambung degree di IPTA. Aku dapat call daripada adik aku. Adik aku kata mak aku pergi kawin di siam. Dia nampak sijil nikah siam mak aku dengan lelaki tua nak m4mpus tu.
Aku panggil lelaki tua tu macam tu sebab adik aku kata dia pergunakan mak aku. Mak aku kan walaupun kerja pengawal, tapi gaji 2 ribu juga sebab dia kerja memang lama. Mak aku lah kena bayar itu ini dan kena bagi duit belanja sekali dekat dia.
Tapi, perkahwinan tu tahan selama beberapa bulan saja. Mak aku baru ada akal kut. Kan aku kata, dia kalau tengok lelaki handsome, jadi lembik lutut. Bagi orang yang berumur, lelaki tu nampak kacak la kut. Entah la, aku tak pernah tengok sebab aku tak balik rumah masa belajar dulu.
Aku kerja cari duit poket. Masa setahun aku tak contact mak tu, rupa – rupanya mak kawin lagi. Adik aku kata lelaki ni memang hitam legam. Dasyat betul mak aku. Tapi sama jugak, j0doh tak panjang sebab lelaki tu mengongkong mak tak bagi jumpa anak – anak.
Entahlah, itu apa yang adik aku cerita. Aku malas nak ambik port sangat sebab aku dah tak mahu pedulikan kisah orang. Mak aku ingat aku tak tahu dia kawin sampai 2x selepas abah. Sebab aku tak pernah sebut pun depan dia. Tapi, aku nak jadikan modal untuk aku perli dia kalau dia buat yang bukan – bukan lagi dan aku memang betul – betul ugvt yang aku tak kan balik lagi dah.
Kalau dah tak balik, of course dia tak dapat duit belanja kan? Mak aku menjadi sangat behave tau lepas semua kejadian tu. Semua sebab DUIT. Tapi aku tahu, dia dengan maksu aku tu suka mengutuk orang termasuklah kami adik beradik.
Mungkin anda semua tak percaya kan mak sendiri mengutuk anak? Itu lah yang terjadi dalam hidup aku. Tak kan aku tak boleh merasa sedih? Macam mana aku tahu? adik aku terdengar dan dia rekod. Baru part mak aku. Kan aku kata cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang.
Jadi, aku perIukan masa untuk menulis. Lepas selesai menulis aku kena pastikan pula cerita aku difahami. Nanti kalau tunggang terbalik, mesti ramai yang akan bagi komen negatif. Tapi aku kena cerita juga apa yang berlaku supaya di akhir nanti, anda semua boleh menilai salah aku kah?
Ok sekarang aku masuk part aku pula. Lepas enam bulan buat kenduri, setahun setengah selepas kami nikah, aku pregnant. Masa ni hubungan aku dengan keluarga N so so saja. Tak terlalu baik tapi tak buruk pun. Sebab apa aku kata macam ni?
Sebab sekali lagi aku kena hadap masalah pilih kasih ni. Tiap hujung minggu pasti N akan ajak aku balik rumah mak dia untuk makan – makan. Aku masak di rumah aku dan bawa ke rumah mak N. Kami makan sama – sama. Kadang – kadang kakak N ada, tapi jarang lah dia nak ada.
Mungkin dia tak suka tengok aku kut. Lantak lah, asalkan N ada dengan aku. Kakak N ni ada 5 orang anak. Semua anak – anak dia, mak N yang jaga dari kecik. Aku tak rasa dia mampu nak bagi pengasuh sebab dia saja yang kerja.
Suami dia goyang telur saja. Tu pun kalau ada telur. Ada la buat part time sikit-sikit. Tapi tak bersungguh. Abang N pulak baru ada seorang anak. Isteri abang N, iaitu biras aku ni kecil molek orangnya. Putih pun putih. Aku dari awal lagi nampak sangat yang mak N ni memang sayang lebih dekat abang N, biras aku dan anak mereka.
Aku nampak juga perbezaan layanan mak N dengan anak – anak dan cucu – cucu lain yang ketara. Mak N tak pernah marah anak abang N tapi selalu sangat aku tengok anak – anak kakak N kena marah. Aku memang cuba sedaya upaya untuk jadi menantu yang baik.
Walaupun aku tahu perbuatan aku dan N mungkin sukar untuk keluarga N terima, tapi aku tak putvs berdoa agar aku diterima dan diraikan seperti keluarga sendiri. Tapi takdir tak menyebeIahi aku. Perbuatan mak N m4kin menyakitkan hati.
Di mulut mak N, biras aku saja yang dipuji. Abang N duduk di Selangor. Mereka selalu juga balik dan mak N selalu ke sana menaiki bas. Mulanya aku biasa – biasa saja. Tak ada pun perasaan. Tapi lama – lama siapa yang tak terasa?
Bila aku ajak mak N datang rumah kami, nak tahu apa mak N kata? “Ummmm, Selangor tu gagah la mak pi” mak N jawab begitu sambal mencebik mulut tanda tak mahu. Aku senyum kelat. N pulak diam membatu sebab sebelum tu aku dah cakap pada N yang mak dia ni pilih kasih.
N tahu aku f0bia dengan orang sebegini. Selangor tu boleh pergi tapi rumah aku yang tak sampai sejam ni dia boleh ummmmmmm kan saja? Aku mengandung waktu tu. Serius aku sedih. Tapi N pujuk. Tup – tup nak raya. Sehari sebelum raya aku berikan hadiah – hadiah yang aku beli untuk mak N.
Aku beli kasut raya, handbag dan kuih muih semua handmade. Aku buat kek juga. Aku suka memasak. Memang aku rajin. Pada waktu yang sama, biras aku juga belikan mak N handbag. Tapi mak N dapat dulu handbag yang biras aku beli.
Masa tu kebetulan jiran sebeIah mak N datang. Dia tengok handbag biras aku belikan tu dia terus kata, boleh la nak pinjam nanti. Mak N baIas, mana boleh limited edition tu. Aku dengar sambil senyum. Usai berbuka puasa, aku keluarkan hadiah – hadiah aku.
Masa aku bagi handbag yang aku belikan pula, mak N ambil. Dia angkat dia pusing – pusingkan beg tu. “Hurmm ni boleh la Cik Non pinjam. Mak boleh bawak pi market jugak ni”. (Market tu maksudnya pasar, tak kisah lah pasar pagi, tani, malam).
Beg yang biras aku bagi dia kata limited edition dan dia tak bagi cik non tu pinjam tapi beg yang aku bagi yang boleh kata macam tu? Sump4h balik rumah dalam kereta aku menangis. N tetap pujuk aku. Beg aku belikan lagi mahal daripada beg yang biras aku beli.
Aku tahu sebab aku nampak beg yang sama di The Store. Seminggu lepas raya, aku dan N singgah lagi rumah mak N. N kata dia teringin kek. N tanya mak dia mana kek yang aku buat. Mak N tanpa rasa bersalah menjawab kek tu dah naik kulat.
Linda (anak kakak N) la tak simpan dalam peti ais, dia sambung. Aku buat moist chocolate cake tu. Aku buat dua bekas yang agak besar. Mak N salahkan Linda yang umurnya waktu tu baru 5 tahun. Masa malam raya yang aku bagi beg pada mak N, aku dengar mak N marah anak – anak kakak N sebab tak simpan elok – elok kuih raya yang biras aku bagi.
Lepas marah, dia ambil bekas – bekas kuih raya tersebut dan simpan di atas almari. Kemas dan rapi! Tapi kek aku? Dia biarkan berkulat? Dua bekas weh! Penat aku buat. Sekali lagi aku menangis dalam kereta sampai rumah. N buat apa?
Dia diam membisu. Tak lama lepas tu, aku lahirkan anak sulung aku. Lupa aku nak beritahu, masa tu kakak N mengandung juga anak yang ke enam. Kakak N bersalin awal tiga minggu daripada aku. Anak kakak N keluar putih. Anak aku pulak ikut kulit aku.
Masa ni hebat juga dugaan aku. Mestilah mak N lebihkan cucu yang berkulit putih kan. Anak aku tak habis – habis dia kata, ummmmm tu ikut mak dia la.. hitamm.. Allah! Aku menangis. Hitam macam mana pun, tetap anak aku. Tapi tak lah hitam mana.
Gelap sikit saja dari cucu putih dia. Boleh nampak la, yang dia pegang, dia gendong, dia dodoi cuma cucu putih dia saja. Cucu hitam ni dia pegang gitu – gitu saja. Aku habis pantang, aku kena masuk kerja. Aku dengan N buntu. Kami belum dapat pengasuh yang sesuai.
N cadangkan suruh mak N jaga sekejap. Aku mulanya tak setuju sebab entah la. Aku betul – betul terasa dengan mak N. N tahu tu tapi nak buat macam mana, urgent sangat masa tu. Aku kena berulang hampir sejam untuk hantar anak aku dekat mak N.
Aku pun pergi kerja macam biasa. Aku sediakan semua dalam satu bakul termasuk susu, air suam, botol, pampers. Senang mak N nak ambil. Aku cakap la, aku habis kerja pukuI 3.30. Tapi hari tu, kami semua dibenarkan pulang awal.
Aku sampai depan rumah mak N pukuI 2.30 petang. Aku sampai depan rumah terus aku m4tikan enjin. Itu style aku. Aku keluar dari kereta, masuk kawasan rumah mak N. Tapi, dari dalam kereta lagi aku dengar anak aku melalak teruk.
Bukan menangis biasa tapi melalak. Baby umur 3 bulan menangis umpama di pukuI. M4kin aku mendekati pintu rumah, aku dengar suara mak N membebeI. Aku tak dengar jelas tapi aku yakin suara dia selari dengan suara anak aku menangis.
Aku terus ketuk pintu. Mak N buka pintu. Dia terk3jut tengok aku. Dia tengah pegang anak aku yang melalak teruk tu. “Mak tak tau pasai pa dia nangih lagu ni”, mak N cuba beritahu aku. Nampak sangat mak N macam takut – takut.
Aku kata tak apa lah, aku bawak balik dulu. Aku masa tu kejar masa nak balik rumah. Aku tak ingat kenapa.. dah berbeIas tahun berlalu. Dalam perjalanan, anak aku menangis tak berhenti. Aku call N suruh balik cepat. Aku sampai saja rumah, N dah ada depan pintu pagar.
Dia ambil anak aku dan dia pujuk – pujuk. N tepuk, N dodoi, semua tak jalan. Aku dah menangis dah. N cadang nak bawa ke kIinik saja. Takut apa – apa kan. Tapi lepas tu anak aku tertidur. Aku rasa dia letih menangis. N letak anak kami atas katil.
Aku tak ada mood nak buat apa dah. Aku pun baring tepi anak aku. Mestilah aku menangis sebab pertama kali aku dengar anak aku melalak macam tu. Aku belai rambut anak aku. Masa aku selak – selak rambut anak aku, tiba – tiba aku nampak d4rah.
Bersama dengan d4rah, ada garisan yang macam terseret kena benda t4jam / keras. Tepi ubun – ubun anak aku. Aku terk3jut terus panggil N. Aku memang menjerit panggil N sebab aku rasa marah yang meluap. N yang entah dari mana berlari – lari anak datang kearah aku.
Aku tunjuk dekat N. N tengok sambil beristigfar. Patutlah anak aku menangis teruk. Rupanya dia s4kit. Baby 3 bulan.. bukan 3 tahun.. ya Allah aku dah tak tahan. Aku beritahu N apa yang berlaku bermula aku turun kereta sampai aku ambil anak aku di rumah mak N.
Kalau mak N benci aku sekalipun, kenapa buat anak aku macam tu? Anak aku ni cucu kandung dia!Aku meraung semahu – mahunya. Aku bukan menuduh, tapi aku begitu yakin, mak N membebel masa uruskan anak aku tu sebab aku!
Sebab aku kawin dengan N macam tu! Anak aku yang jadi m4ngsa. Aku m4ki N. Aku m4ki keluarga dia. Aku hamburkan kata – kata kesat. Aku dah tak tahan dengan perbuatan mak N dan kakak N. Aku suruh N ceraikan aku masa tu jugak.
N melutut. N menangis. Aku tahu bukan salah N. N menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Tapi, sampainya hati buat anak aku macam tu. Sehari ja aku pergi kerja, lepas tu aku ambil cuti lagi 4 hari tu. Nasib la orang atasan aku faham.
Aku bersungguh – sungguh cari pengasuh yang ok. N pun sama. Dia ambil cuti. Tapi aku tak bercakap dengan N. N bersungguh minta maaf dekat aku. Sebelum hantar pada mak N lagi aku dah berat hati sebab aku tahu mak N tak bersungguh pun nak jaga.
Aku yakin, naluri aku sebagai ibu sangatlah yakin yang mak N tak suka dekat aku dan anak aku. Aku tak beritahu mak aku. Kalau aku beritahu sekalipun, mak aku tak boleh buat apa. Allah baik sangat. Dia mendengar doa aku siang malam.
Adik aku baru habis sekolah. Dia volunteer nak jaga anak aku. Aku menggeletar jugak lah sampai sebulan. Adik aku datang rumah aku dan jaga anak aku. Alhamdulillah. Aku bagi la duit mengasuh untuk adik aku. Lepas tu, aku memang jarang aku pergi rumah mak N.
N pun sama. Aku dah bertekad, apapun yang berlaku, aku lebih rela berpisah dengan N daripada nak hadap perkara yang meny4kitkan hati. Cukuplah aku merana dari kecil. Aku tak mampu nak terima kekecewaan lagi apatah lagi pilih kasih ni aku kena hadap dari kecik.
Berbulan jugak aku tak pergi. Kalau aku pergi rumah mak N pun mesti sejam lebih saja, N akan ajak aku balik cepat. N betul – betul jaga hati aku. Dalam masa yang sama dia nak jaga hati mak dia juga. Kami pergi tu pun sebab mak N yang call suruh datang.
Nak harap dia pergi rumah aku, memang tak lah. Masa pergi sana pun, aku akan pastikan anak aku berada dekat dengan aku. Aku dah janji dengan diri aku, aku akan Iindungi anak aku. Tak lama lepas tu, biras aku nak lahirkan anak yang kedua.
Due date biras aku nak bersalin lagi tiga minggu. Mak N dah tergedik suruh tempah tiket bas, nak pergi sana awal. Nak jaga biras aku kat sana. Waktu aku bersalin hari tu, h4ram dia nak jejak kaki tengok aku kat hospitaI walaupun jarak hospitaI yang aku bersalinkan anak aku dengan rumah dia tak sampai 20 minit.
Sekali lagi aku terIuka. N diam ja. Sampai rumah pun N diam ja. Aku tak pernah tengok N macam tu. Ye, padan muka aku sebab pilih jalan macam tu. Aku terima saja. Selagi boleh aku tahan, aku tahan. Entah la, aku rasa kalau N kawin dengan aku secara elok pun, aku tak rasa mak N akan layan aku elok macam dia layan biras aku.
Kakak N punya suami pun mak N buat macam aku juga. Mungkin sebab biras aku ni cantik. Tak tahu lah nak kata cantik ke tak, sebab putih saja dan kecik. Aku ni hitam dan berisi. Macam mak aku la, yang putih dipuji, yang hitam dikeji.
Orang tua yang berfikiran macam orang kampung kut? Sebab kalau yang educated, aku tengok elok ja dia layan orang sama rata. Macam ketua di pejabat aku. Macam mak – mak! Aku sayang ketua aku. Aku pendekkan cerita ni lagi.
Anak aku setahun enam bulan, aku disahkan pregnant lagi. Aku rasa aku dah betul – betul protect. Ni kerja N la ni yakin sangat aku tak subur lagi. Sekali haaa… amek kau. N kata rezeki. Aku pun ok saja sebab aku tak rasa susah pun.
N sangatlah membantu aku. Kerja rumah dia tolong, anak lagiIah dia jaga. N betul – betul family man. Aku bahagia walaupun aku d3rita! Langit tak selalunya cerah. Waktu kandungan aku 3 bulan, aku difitnah oleh kakak N! Guys, masa ni kemuncak segala – galanya.
Masa ni juga aku meletus. Mak N, kakak N, semua ahli keluarga N aku block. Aku h4ramkan terus mereka masuk dalam hidup aku. Tapi aku tak boleh teruskan menaip. Aku akan habiskan penulisan aku di bahagian ke tiga. Aku janji bahagian ke tiga nanti, aku akan habiskan cerita aku.
Aku akan beritahu kenapa aku tak boleh ambil masa yang lama untuk menaip. Kalau anda semua masih setia membaca, like dan komen tau. Tak banyak respon, aku malas nak taip. Haha. Sekali lagi aku nak bagitahu, ini bukan novel. Ini cerita aku. Jumpa nanti. – Laila Atheerah (Bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.