Aku dah kahwin 13 tahun dan ada 5 orang anak. Suami aku sangatlah baik dan bertanggungjawab. Namun naluri seorang isteri tiba – tiba aku seIongkar HP dia. Terk3jut aku, dia ajak perempuan lain nikah di Thailand untuk jadi isteri ke-2. Apa yang lagi buat aku terk3jut, masa aku mengandung anak ke-4…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Karina (bukan nama sebenar). Aku sendiri tak sangka yang aku akan tulis kisah aku di sini. Selama ni aku hanya jadi pembaca sahaja.
Aku dan suami sudah berkahwin selama 13 tahun. Kami baru sahaja sambut anniversary pada bulan 9 yang lalu. Kami kahwin muda, umur 20 tahun dan kami sebaya. Suami aku ni seorang yang jaga solat dan boleh dik4takan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.
Dia tak pernahlah habiskan duit untuk hobi dia seperti kebanyakan suami yang aku selalu dengar. Dia banyak habiskan duit untuk kami sekeluarga pergi bercuti atau beli barang – barang untuk anak – anak. Oh ya, kami dikurniakan dengan 5 orang anak.
Kisahnya bermula apabila pada bulan Oktober yang lalu, aku dapat tahu dia ada kawan perempuan. Dia ajak perempuan itu berkahwin untuk jadi isteri no 2. Ajak nikah di Thailand. Aku dapat tangkap rahsia ni bila semua wassap dia dan perempuan tu aku dapat baca walaupun dia dah simpan dalam folder rahsia.
Seperti biasa, apa yang menyebabkan aku berusaha seIongkar handphone dia adalah asbab naluri seorang isteri. Ada rasa tak sedap dalam hati.
Alhamdulillah perkara ini selesai, suami aku tak kahwin pun. Sebab perempuan tu tak mahu. Bila aku tanya, perempuan tu nafi dan kata suami aku yang kacau dia. Walhal dia tak tahu aku dah baca semua wassap gedik dia melayan suami aku.
Sejak peristiwa itu, hati aku sentiasa tidak percayakan suami. Walaupun dia dah minta maaf. Aku maafkan, tapi aku tak boleh lupa. Aku sedih dan kecewa sangat – sangat.
Oleh kerana aku dah tak percayakan dia sepenuhnya maka aku ambik keputvsan untuk k0rek semua rahsia dia. Adalah cara yang tak dapat aku nak jelaskan panjang lebar di sini bagaimana aku buat untuk tahu rahsia – rahsia dia.
Dalam banyak – banyak rahsia, ada satu rahsia yang buatkan aku rasa, bahawa selama ini, hanya jasadnya berpura – pura bahagia tapi hatinya tidak. Aku rasa, dia tak bahagia dengan aku selama ni. Dan aku adalah penghalang besar untuk dia mencari wanita yang dia suka dan cintai.
Tak ramai wanita yang nak jadi isteri ke-2. Jadi, mesti suami aku mengaIami kesukaran nak berkahwin lain dengan perempuan yang lebih cantik dengan wujudnya aku sebagai isteri.
Pada tahun 2013 dia telah mendaftar di laman cari kekasih, jod0h. Aku dapat masuk halaman ini dengan emel dan password suami. Jangan tanya macam mana aku buat. Tapi aku ada caranya.
Pada tahun 2013 bulan Ogos. Pada masa itu aku sedang hamil anak ke 4. Dalam profile dia tulis dia single dan tiada anak. Ya Allah…. sedih sangat aku. Dan tujuan join jadi member dia tulis untuk cari kekasih.
Aku dah screensh0t segala bukti. Dan bercadang ingin mohon cerai dengan t3bus taIak. Apa pendapat kalian semua? Patutkah aku memaafkan dan melupakan semua ni?
Aku sebenarnya tak sangka suami aku begini. Selama ni aku tak pernah selidik apa – apa. Kerana aku percayakan dia. Jika dia tak bahagia… dan ingin cari kebahagiaan yang lain, memang patutlah aku berundur kan? Kerana ada aku sebagai isteri, macam mana dia nak kahwin lain dan bahagia? Aku nak mengalah…. aku dah penat. – Karina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Neuro Shewazni : The power of wife. Korek sampai dapat. Kalau rasa tak nak berkomitmen, tak payah gatal – gatal nak kahwin. Tapi gitulah, Allah hantarkan naluri kepada isteri yang terni4ya. Walaupun mungkin lambat tahu kerana Allah bagi peluang kepada anda untuk insof. Dah kalau tak reti insof, akhirnya bini tau ler.
Kaca = Once br0ken consider sold.
Kepercayaan = Once br0ken consider gone.
Mina Muhammad : Tinggalkan hubungan t0ksik, s4kit memang s4kit mula – mula dik. Ingat mak ayah, mereka besarkan kita dengan doa untuk melihat anak dia bahagia. Tinggalkan je bila orang dah tak suka kan. Kalau bersemuka dan tanya pun lepas ni akan ada 1001 lagi alasan. Semua jari tuding muka kau dik, lagi str3ss. Jangan buka ruang untuk kita diskiti lagi, Bawa semua 5 orang anak dan bina hidup baru. Dia lelaki boleh dapat anak lagi dengan bini baru. Sementelah dia pun sentiasa mencari yang baru, mungkin seumur hidup dia akan mencari yang baru, yang sempurna, sampai m4ti. Kita hidup bukan nak kejar apa yg kita nak saja. Allah bagi yang kita perlu, bukan semua yang kita mahu. Semoga Allah mudahkan hidup adik. Buat keputvsan yang bijak. All the best!
NurAz Wan : Hakik4tnya, bukan semua orang dapat apa yang dimahukan.. Walau mungkin kahwin atas dasar cinta, bersama masa, kadang – kadang orang berubah. Malahan yang dicintai pun bukanlah 100 peratus menepati selera kita, yang penting kita sedar hakik4t yang manusia, tiada yang sempurna.. Pasangan tak sempurna, tapi kita juga tak sempurna. Jadi kita saling melengkapi.. Bukan untuk diri kita, tapi keluarga yang kita bina, sebab semua ini adalah amanah..
Tiin We’en : Dear Karina, dia bukan tak bahagia. Dia bosan je tu. Yelah, bosan hadap benda – benda yang sama setiap hari. Perangai isteri, ragam anak – anak. Dia lupa nak kena hadap perangai dia tu lagi meIuat. Ok back to my point. Cuba puan hilangkan diri sekejap, cantikkan diri. Yelah anak dah 5 shape tak cun macam anak d4ra kan. Mula dengan jaga badan kemudian pakai cantik – cantik. Jangan lupa pergi facial tiap – tiap bulan. Nanti kalau ada orang lain puji puan cantik baru dia berakal. Percayalah cakap saya.
Akif AkIm : Kepada puan Karina, tiada manusia yang sempurna dalam hidup ni. Maka, belajarlah memaafkan dan melupakan detik sedih, pahit dalam kehidupan. Setiap manusia juga berhak diberikan peluang kedua dan cubalah untuk masing – masing berubah menjadi lebih baik agar dapat membentuk keluarga yang lebih bahagia selepas ini. Be positive and be strong…
Faezah Hamzah : Saya cadangkan puan berdepan dgn suami. Berbincanglah dari hati ke hati. Tanya suami jika dia rasa tak bahagia selama ini dan ingin kebahagiaan lain. Tanya juga kat mana yang tak bahagia tu. Bincang, mungkinkah kebahagiaan yang dia nak tu boleh dicapai bersama puan dengan sedikit perubahan. Takkan tanpa apa – apa perbincangan tiba – tiba puan nak minta cerai berdasarkan andaian dari siasatan puan saja. Penjen4yah pun perlu disoal siasat sebelum jatuh hukvm..