Suami aku kata mak dia nak jaga anak kami. Aku memang tak berkenan sebab cara mak mertua yang bising, mencarut, dengan cakap pelat lepas tu bagi nama mengarut – mengarut dekat anak aku. Baru ni mak mertua dukung anak sambil bagi tengok HP, suami aku tegur jangan ajar tengok HP, sekali mak dia menjawab..
#Foto sekadar hiasan. Aku tak tau nak cerita benda ni dengan siapa, sebab aku dah rasa kosong, tak tau nak fikir apa dan macam mana. Sekarang ni, hubungan rumahtangga kitorang jarak jauh. Aku tak kerja dan selalunya dalam masa sebulan atau dua bulan sekali aku akan ke KL (bergilir – gilir).
Sebelum kahwin, aku dan dia dah rancang dalam 2 tahun baru aku akan mintak transfer ke KL, so awal – awal tu PJJ la. Tapi family dia dan orang – orang rapat sentiasa cakap isteri tempat dia dengan suami sampai bila kitorang suami isteri nak kena duduk jauh.
Suami aku pun termakan kata – kata diorang lepas tu tak habis – habis suruh aku mintak transfer KL. Aku mengalah dan pindah ke KL walaupun sebelum tu asyik berg4duh boleh kata hari – hari berg4duh sebab suami tak ikut plan asal dan aku kena duduk rumah mertua.
Aku tak berkenan nak kena duduk dengan mertua aku sejak aku pertama kali kena datang rumah dia sebagai menantu. Aku kena tidur dekat ruang tamu, rumah sewa mertua ada 2 bilik saja, satu bilik dia dan satu lagi bilik anak perempuan dia.
Situasi tu aku dah rasa, wahhh macam tak dialu – aIukan dan tak diraikan untuk masuk dalam keluarga ni. Masa kat kampung, sebelum dan selepas kahwin duit tak ada masalah sebab aku duduk rumah family, gaji aku cuma bayar semua bil – bil dekat rumah.
Kereta pun guna kereta family, servis dan semua benda aku settle sendiri. Bila nak minta transfer ke KL, aku kena beli kereta sendiri sebab laki aku tak ada kereta. Maka bertambah lagi satu komitmen aku untuk bayar kereta.
Masa aku kerja pun, walaupun PJJ suami aku ni boleh dik4takan ada masa culas bagi nafkah kat aku, ni salah aku sebab aku sendiri cakap tak pe, aku kerja ada duit sendiri. Bila gaji dia lewat masuk untuk bayar motor dia akan mintak aku dahuIukan gaji aku, memang dia akan bayar balik la.
Dalam fikiran aku okay la susah senang suami isteri kan. Tapi, akhir – akhir ni aku rasa dah dipergunakan. Nak diikutkan cerita, dah aku pindah KL aku tak suka dan aku jadi tertekan. Mak mertua aku baik, tapi jenis bising (aku tak suka bising – bising ni), suka mencarut pun satu hal.
Itu takpe lagi satu per4ngai dia, orang sekeliling mesti kena dengar kata dia, kalau A mesti A, kalau kau tolak mesti nak buat muka, lepas tu tak nak bercakap. Suami aku pulak, jenis tak faham apa perasaan aku. Masa tu, aku transfer waktu pandemik, jadi setiap selang seminggu aku akan WFH.
Waktu kerja aku 8.30am – 5.30pm, kadang – kadang breakfast aku sediakan roti je. Mak mertua aku ni pulak datang baik dia, dia buat breakfast lain, dia hantar dalam bilik. Masa tu aku tengah kerja, jadi aku makan jela dalam bilik.
Malam tu, suami aku balik, dia dapat tau aku makan dalam bilik, dia kata aku tak ada adab makan dalam bilik biar mak dia makan sorang – sorang kat depan. Aku terkedu. Tak lama lepas tu, kawasan tempat tinggal dia kena PKPD ke apa ntah aku pun tak ingat, jadi kitorang pun lari la dari situ.
Aku dengan suami sewa bilik dengan kawan dia, masa tu aku rasa bahagia la. Sampaikan boleh mengandung. Oh, masa ni suami aku kerja dengan ayah dia tapi tiba – tiba jadi masalah keluarga, suami aku berhenti la kerja dengan ayah dia, dan aku kena kembali duduk dengan mertua.
Duduk dengan mak mertua, aku dapat tau aku mengandung sebenarnya aku tak bersedia untuk ada anak sebab dari segi kewangan kitorang tak kukuh lagi. Masa ni la masalah rumahtangga kitorang bertambah buruk, aku tak ada morning s1ckness yang teruk pun, cuma aku loya kalau bau goreng – goreng.
Aku bagitau mak mertua aku, aku tak tau la dia buat lupa atau apa, tapi hari – hari dia menggoreng. Masa ni, adik ipar aku dah kahwin, jadi bilik dia dah kosong dan aku duduk bilik dia. Bilik adik ipar aku ni mak mertua aku jadikan tempat simpan tuala kain – kain cadar ETC.
Kadang -kadang bila dia nak ambil tuala dia main masuk je, tak ketuk tak minta izin atau apa, terus terjah masuk sampai sekarang yaaaa. Tak selesa betul! Lagi satu suami dan mak mertua aku ni ada satu per4ngai yang suka melepak rumah saud4ra mara berjam – jam lamanya sampai boleh tidur, pergi nampak matahari, balik nampak bulan.
Jadi bila dah mengandung ni, dengan aku s4kit pinggang diorang langsung tak pandang kiri kanan tengok aku selesa atau tak. Masa aku dekat KL ni, aku sendiri tak boleh jelaskan tiap – tiap malam aku menangis. Masa suami dan mak mertua aku lepak dekat rumah saud4ra, aku buat alasan konon adik aku call, aku duduk luar rumah tu, aku rasa nak terjun aku nak bvnvh diri (saud4ra dia duduk rumah tingkat 15).
Bila aku cakap dekat suami yang aku tak selesa berlama – lamaan dekat rumah sed4ra mara dia, dia kata aku kena ikut cara dia bila datang KL sebab dekat kampung aku, dia dah ikut cara aku. Bila dia tertidur dekat rumah sed4ra, dia cakap aku pun pandai – pandai la duduk rehat, tak pun bergaul la dengan sed4ra mara dia yang lain. Terkedu lagi.
Masa aku mengandung, suami aku ada berjanji kalau aku mengandung dia akan berhenti mer0kok dan vape. Aku tuntut la janji tu, tapi hampeh bangga cakap dengan aku, janji tu untuk dimungkiri. Kecewa aku tak payah cakap la.
Sama la dengan mak mertua aku, masa aku mengandung ni aku cepat penat dan aku kerap sangat s4kit kepala. Kadang – kadang hujung minggu tu aku nak rehat je kat rumah, tapi mak mertua ajak pergi ke rumah saud4ra.
Untuk pengetahuan korang, rumah saud4ra tu rumah sama yang suami selalu lepak. Aku pernah tolak tapi mak mertua mesti tarik muka, kadang – kadang tu tidur rumah saud4ra, dia tak balik. Masa ni, suami dah dapat kerja tapi tempat jauh, duduk rumah company, jadi kalau dia penat sangat tak larat nak balik, dia akan tidur rumah company.
Aku kat KL kadang – kadang duduk sorang. Sampaikan aku makan hati sebenarnya. Suami pun, tak ambil tahu penat lelah aku mengandung apa semua. Tengok sekeliling, orang mengandung, suami ambil berat itu ini. suami sendiri?
Susu untuk ibu mengandung aku beli sendiri, vitamin itu ini semua aku beli sendiri. Bila cakap dekat suami, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sampai satu tahap, yang aku memang makan hati sangat – sangat. Suami aku kononnya nak cari kerja lain, dekat hotel PD, dia cakap jangan bagitau mak dia.
Sebelum keluar rumah nak gerak, civm dahi aku segala bagai, janji dengan aku esok pagi balik. Tunggu punya tunggu, call pun tak. Petang tu baru sampai rumah. Tapi pagi tu mak mertua selamba masuk bilik, tunjuk whatsapp group family dia tunjuk suami aku dengan saud4ra mara dia konvoi pergi PD sambil gelak – gelak.
Aku malas la nak layan, sebab aku pun tau suami aku nak pergi sana cari kerja katanya. Satu hari tu, aku saja check phone suami, aku tertengok whatsapp dia dengan sepupu, dari awal aku baca conversation tu, suami aku ajak pergi tengok sunset.
Keseluruhan conversation tu, tak ada langsung ayat nak pergi cari kerja. Aku masa tu rasa kecewa yang giIa – giIa, sanggup tinggal isteri yang mangandung nak tengok sunset, pakej menipu lagi. Ada sampai satu tahap, aku tumbvk perut aku rasa mengandung ni menyusahkan aku, semua orang menyusahkan aku. Aku siap cakap nak cerai apa semua.
Banyak lagi sebenarnya, sampaikan aku tekad berhenti kerja balik ke kampung. Aku cerita dekat mak aku, sebab aku tak ada sesiapa dah nak kongsi masalah. Mak aku cakap sebenarnya dari awal mak aku tak setuju aku kahwin dengan dia, tapi dah sebab aku nak sangat kahwin.
Family suami aku ni tak ada rumah tetap sentiasa berpindah randah dan mak aku tak berkenan benda tu. Sampai ke hari ni yaaaaa, rumah yang diorang duduk sekarang, tuan rumah dah nak tuntut. Jadi, sepatutnya awal tahun ni nak kena keluar, tapi mak mertua aku mintak tangguh sebab terlalu singkat masa nak cari rumah sewa baru.
Sekarang, suami aku mintak aku balik ke KL, tinggal dengan dia, dia kata akan cari rumah sewa dan dia suruh aku kerja sebab dia tak mampu untuk bayar semua komitmen, rumah, kereta,motor, makan minum, lampin, susu anak dan dia nak simpan duit untuk ambil sijil.
Anak aku pulak, suami aku kata mak dia nak jaga, ni pun satu hal yang aku tak berkenan sebab cara mak mertua aku yang bising, mencarut, dengan cakap pelat lepas tu bagi nickname mengarut – mengarut dekat anak aku. Aku pernah ya bagitau suami tegur mak dia jangan buat benda – benda tu dekat anak aku, depan aku mak dia boleh jawab biarlah nak cakap macam mana pun.
Paling terbaru ni, dia sibuk nak dukung pegang anak aku, tapi sambil pegang telefon dan dia ajak anak aku tengok telefon. Suami aku tegur, jangan ajar anak dia tengok telefon, dia menjawab jugak, biarlah nak bagi tengok pun.
Jadi, aku memang pangkah mak mertua aku bela anak aku. Sekarang ni, aku rasa mak mertua aku punya plan untuk aku duduk sana, sebab dah dia sendiri cakap kalau aku kerja KL, dia nak jaga anak aku. Aku sebenarnya tak rela, tak ikhlas untuk duduk dekat KL.
Aku cadangkan dekat suami untuk dia pulak duduk kampung aku, duduk sini sewa rumah pun murah nak banding KL, sebab aku dah pernah duduk KL, kerja KL dan aku str3ss. Baru je g4duh dengan suami dalam phone tadi.
Haihhhhhh.. aku tak tau la kalau aku pentingkan diri sendiri atau apa sekarang. Tapi, yang pasti berat sangat rasa hati ni untuk tinggal sana. Benarlah kata Wana Ali, cari lah suami kaya sebab diri sendiri dah terbiasa hidup mewah kenapa tiba – tiba dah kahwin nak kena hidup susah pulak. Sekarang ni, aku dah buntu. Apa patut aku buat.
Komen Warganet :
Aje Ali : TT banyakkan bersabar ye.. TT kuat sebenarnya sebab tu ujian begini TT dapat. Pada i kan.. TT cuba bincang dan cari kata sepakat secara tuntas. Selagi tak capai kata sepakat. TT mintak la izin dengan Hubby untuk stay kampung sebab lesson that i haved learn from others ialah hubungan yang smooth perIukan komunikasi.
Selagi komunikasi tak clear. Nanti g4duh lagi dan lagi. Dalam Islam suami wajib sediakan tempat tinggal dan nafkah pada isteri. Sewa pun sewa lah asalkan TT selesa dan rasa serenity di mana – mana korang stay. Bukan kemewahan tapi cukup apa yang ada (benda basic). Tengok gaya TT orang yang boleh give n take.
TT kalau ada ibu dan ayah.. mintak mereka slow talk dan nasihatkan suami TT (i ade baca cara ni berkesan, sebab sesetengah lelaki bila kite tunjukkan kat dia yang kite ade family yang ambil berat, lelaki takut nak buat enteng kat kita next time).
Kalau lelaki tu ade marua4h la. Last sekali, TT jangan lupa doa banyak – banyak ye, Allah bagi jalan keluar dan lembutkan hati suami TT untuk lebih bertanggungjawab. Saya doakan daripada kejauhan, insyaallah. Jadi perempuan zaman sekarang tak boleh pendam lama – lama TT..
(Ni kakak senior tempat kerja i yang bagi Tips, apa – apa awal kahwin kene bincang dan saling ingatkan.. jangan pendam dan diam) nanti jadi s4kit untuk kesihatan mentaI fizikaI dan rumah tangga pun tak de mawwadah. La ilaha illallah..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.