Atuk sering memujuk aku untuk berkahwin dengan Rony. Katanya dia akan menanggung segala perbelanjaan perkahwinan dan hidup aku akan senang dengan Rony kerana Rony bekerja kerajaan. Masalahnya sekarang sepupu aku tu playboy, bersepah gambar dia bertukar perempuan.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Harap sorokkan profile aku. Aku seorang wanita, berumur 23 tahun, masih belajar ditahun akhir di sebuah IPT. Belum berkahwin, tapi masalah yang aku hadapi ini adalah berkaitan perkahwinan yang bakal diaturkan oleh atuk aku.
Aku harap dengan perkongsian dalam page ni, ada yang sudi memberikan pandangan yang terbaik kepada aku. Aku mulakan cerita. Atuk merupakan bapa kepada arw4h ayah aku. Yea, ayah aku telah meninggaI 3 tahun lalu bersamaan tahun aku melanjutkan pelajaran ke IPT.
Buat pengetahuan, arw4h ayah hanyalah seorang peneroka felda manakala ibu aku hanyalah surirumah. Aku merupakan anak ke-7 daripada 10 orang adik beradik dan merupakan satu – satunya anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT memandangkan zaman abang – abang dan kakak – kakak aku dahulu arw4h ayah dan ibu tidak mampu dari segi ekonomi.
Sejak tahun ke-2 aku dalam pengajian, atuk telah menyuarakan hasrat hatinya untuk menjodohkan aku dengan cucunya sendiri iaitu sepupu aku sendiri. Awalnya aku hanya menganggap atuk sekadar menyuarakan hasrat dan tidak serius, lalu aku hanya mengabaikannya.
Apa yang meng3jutkan lagi, Pakngah (ayah kepada sepupu) juga telah meluahkan sendiri hajatnya kepada aku sendiri untuk bermenantukan aku. Namun, aku telah menolak secara lembut dengan mengatakan bahawa aku telah menganggap Pakngah seperti ayah sendiri dan sepupu sudah seperti adik beradik kandung.
Tanpa aku sedari, Makngah (isteri Pakngah) juga telah menyatakan harapannya kepada ibu aku. Perkara ini m4kin menekan aku. Untuk penilaian pembaca, mari aku ceritakan sedikit berkenaan keluarga sepupu aku yang menguatkan alasan mengapa aku tidak mahu menyambut hasrat hati atuk.
Pakngah merupakan abang arw4h ayah, beristeri 3. Mak sepupu (Rony) adalah isteri ke-2 Pakngah dan merupakan orang Thai. Rony adalah anak sulung daripada 4 beradik. Umur Rony muda setahun daripada aku. Apa yang aku kenal Rony sejak kecil ialah dia merupakan seorang playboy.
Terlalu ramai teman wanita dan terlalu bebas bergaul dengan perempuan. Macam mana aku tahu? Sebab aku kawan melalui laman sosiaI Rony dan aku sering lihat dia upload gambar dengan teman wanita yang sering bertukar, tambahan pula cara mereka bergambar seperti seorang suami isteri.
Per4ngai Rony saling tak tumpah seperti Pakngah semasa muda (menurut cerita ibu aku). Pakngah sendiri sudah maklum akan per4ngai anak lelakinya itu. Namun begitu, atuk tidak pernah mengetahui per4ngai cucu kesayangannya itu.
Biasalah warga tua seperti atuk tidak tahu menahu berkaitan media sosiaI dan Rony pula terlalu menjaga rahsianya di hadapan atuk. Sekarang Rony bekerja sebagai ATM. Atuk m4kin menekan aku untuk menjodohkan kami.
Atuk mengungkit seperti mengugvt aku bahawa kakak – kakak dan abang – abang aku yang berkahwin dengan pasangan yang bekerja biasa tiada seorang pun mampu hidup mewah. Yea, adik beradik aku yang lain tiada seorang pun bekerja kerajaan dan pasangan mereka juga bukan bekerja kerajaan.
Pada pandangan atuk aku, adik beradik aku hanya mampu hidup kais pagi makan pagi. Buat pengetahuan pembaca, atuk aku memang seorang yang kaya dan berharta. Asetnya banyak tapi amat berkira dengan kami cucunya sebeIah arw4h ayah.
Sebabnya arw4h ayah bukan anak kesayangan berbanding Pakngah yang sentiasa mendapat apa sahaja kemudahan daripada atuk. Balik kepada cerita, atuk sering memujuk aku untuk berkahwin dengan Rony. Katanya dia akan menanggung segala perbelanjaan perkahwinan dan hidup aku akan senang dengan Rony kerana Rony bekerja kerajaan.
Allahu, aku terasa amat tertekan. Atuk seolah – olah memperjuudikan aku dan memandang harta, dalam masa yang sama memandang rendah kepada abang dan kakak yang lain. Adakah tidak layak kami adik beradik memilih jodoh sendiri dan adakah patut atuk mempertikaikan rezeki kami adik beradik yang bekerja mencari rezeki halal?
Lagi memberatkan kepala aku apabila atuk terang – terangan mengatakan dia akan berkecil hati dengan aku sekiranya hajatnya tidak dipenuhi. Allah Allah terasa ingin menangis. Seluruh keluarga aku tidak bersetuju akan aturan atuk memperjodohkan aku, tapi tiada siapa berani menentang termasuklah ibu aku.
Ibu mngatakan dia takut sekiranya atuk meninggaI, atuk pergi dengan hasrat yang tidak tercapai (hasrat untuk menjodohkan sesama cucu). Atuk telahpun tua sekitar 80 tahun lebih usianya dan sering saja s4kit – s4kit. Allahu sekali lagi aku terpempan, adakah perlu memperjuudikan hidup aku semata – mata untuk penuhi kehendak atuk?
Sedangkan tidak pernah dan tidak ada sedikit pun perasaan aku kepada Rony. Dalam masa yang sama, aku telah lama berkawan dengan seorang pemuda yang amat baik pada pandangan mata aku. Aku mengenali Hafiz semasa taun ke-2 aku di IPT.
Hafiz amat baik orangnya, seorang yang berlatar belakangkan keluarga yang mementingkan ilmu agama, sentiasa menolong aku saat waktu diperIukan dan sangat mendahuIukan keluarga serta mentaati orang tua. Dia lah tempat aku mengadu pelbagai perkara.
Kami sama – sama sejiwa dan banyak berkongsi persamaan dalam banyak perkara. Rupa paras dan akhlak Hafiz terlalu elok dibandingkan dengan Rony. Aku pula bukanlah dik4tegorikan perempuan cantik, tetapi bak kata orang tua sedap mata memandang dan manis.
Lahiriah juga aku merupakan seorang gadis yang sopan dan menjaga susila biarpun bukanlah seorang yang w4rak. Pendekkan cerita, hubungan kami lebih dari seorang kawan biasa dan hati kami sudah terpatri. Hafiz pernah datang kerumah aku, ibu aku telah berkenan kepadanya.
Aku juga telah menemui mak Hafiz dan hubungan kami juga telah direstui oleh mak dan ayah Hafiz. Hafiz bukanlah seorang yang bergaul bebas dengan perempuan, sebaliknya begitu juga dengan aku. Kami juga telah merancang untuk berkahwin lagi 2 tahun selepas tamat belajar. In shaa Allah jika Allah mengizinkan.
Kalau ikutkan syarak, kami telahpun bertunang. Hukvm orang bertunang h4ram menerima orang lain sekiranya masih bergelar tunangan orang. Hal berkaitan atuk dan Rony juga telah diketahui oleh Hafiz. Dia seolah – olah berasa bersalah kerana menganggap dia orang ke-3 padahal aku telah menegaskan aku tidak akan pernah bersetuju untuk berkahwin dengan Rony.
Masalahnya sekarang atuk ingin mengahwinkan aku dan Rony pada tahun depan, sedangkan aku dan Hafiz ingin bekerja terlebih dahulu dan berkahwin dalam dua tahun lagi. Tolong lah aku, berilah pandangan yang sebaiknya kepada aku.
Ibarat diluah m4ti emak, ditelan m4ti bapak. Sekiranya aku menerima Rony, aku telah meIukakan hati Hafiz dan hati aku sendiri yang berkahwin tanpa rela. Aku risau tidak akan taat kepada Rony sebagai suami lantaran hanya terp4ksa memenuhi hasrat atuk.
Tapi, sekiranya aku tidak memenuhi hasrat atuk, aku juga risau atuk sem4kin tidak mempedulikan nasib kami adik beradik dan kemudiannya tidak menyerahkan harta peninggalan arw4h nenek yang diwasi4tkan kepada arw4h ayah kepada keluarga kami yang masih dipegang oleh atuk.
Allahu, aku buntu memikirkannya. Ini soal jodoh dan kahwin di mana suami itu perlu aku hadap seumur hidup aku, bukan sekadar seperti memilih lauk untuk dimakan seharian. Ada yang menyarankan aku berbuat istikharah tapi aku tidak mahu kerana sebetulnya aku amat yakin aku tidak pernah menyukai Rony.
Aku tidak nampak apakah senangnya jika aku memilih Rony. Jika atuk terlalu melihat orang yang bekerja kerajaan itu bergaji besar, tapi atuk lupa mungkin aku yang bakal lulusan ijazah juga mampu meraih gaji aku sendiri.
Tambahan, seperti yang sudah aku bagitahu keluarga aku juga tidak ada yang bersetuju. Bantulah aku, apakah pandangan pembaca semua? – Insan Buntu
Komen warganet :
Sizuka Miaomiao : Atuk haang sapa? Dia takda hak nak tentukan hidup hang. Dengan sapa haang patut kawen. So pers3tankan apa saja buah fikiran dia yan b0do dan tak logik. Harta boleh cari. Duit boleh cari sendiri. Buat apa nak harap harta atuk haang tu yang sah – sah bila dia m4ti berebut pak menakan haang nak ambil. Hahahah..
Hajat tak sampai ke sampai ke, kalau merosak hidup cucu sendiri pun tak guna uolls. Kalau dia tau per4ngai s3tan cucu dia sekor lagi tu, taraknya dia nak suruh kawen. Sepupu kalau dah per4ngai s3tan, jangan dibuat laki. Jangan sia – siakan hidup dengan jantan keparat. Tak berbaloi ok. K bye!
Fadzilah A Kadir : Pada pandangan saya ikut cara Islam memilih bakal pasangan hidup. Masih kuat tali persaud4raan kurang elok. Keluarga adik pun tak setuju. Kalau boleh biarlah mendapat restu ibu dan keluarga terdekat.
Atuk adik lebih mementingkan harta nampaknya. Pada pandangan saya, agama adalah asas untuk berjaya dimasa depan. Jadi kalau berlaku kat anak – anak saya, mentah – mentah saya tolak, walaupun akan merenggangkan tali persaud4raan sebab yang akan menempuhnya dimasa hadapan adik bukan atuk atau pakngah adik. Jika diizinkan Allah masih panjang lagi perjalanan hidup adik.
Hajarulaswad Yusof : Tunjuk bukti dekat atuk pasal per4ngai playboy si rony tu. Kalau dah hobi bersilih ganti perempuan ibarat laki bini, apatah lagi bab – bab berkenaan hukuum hakam dan solat. Paling dekat kita ambik berkenaan penjagaan solat.
Solat tiang agama. Kalau tiang utama pun tak kukuh, macam mane nk jadi tunjang keluarga. Kalau si hafiz, dari penceritaan saudari, keluarganya pun baik – baik, arif juga serba sedikit bab – bab agama. Itu yang kita cari dik.
Kita cari tiang yang utuh untuk membawa kita ke syurga bukan ke ner4ka. Bab kahwin ni bukan kerja main – main dik. Kita nak hidup lama dengan dia, hafiz tu pilihan yang terbaik. Kita nak tumpang kasih bukan untuk dunia je, untuk akhir4t jugak, InsyaAllah..
Bab harta semua tu pedulikan aje, percaya pada rezeki, qada’ dan qadar Allah. InsyaAllah, tak m4ti kalau tak dapat harta tu dik. Jangan tersalah pilih pasangan dik, mer4na hidup.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.