Aku cemburu tgk Aina pakai kereta mewah baru, tapi dia bagitahu yang aku ni idola dia

Aku cemburu tengok Aina dan Laila, mereka cantik anak orang kaya. Aku hanya duduk rumah flat dan pakai kereta saga. Aku dengar je apa yang diorang sembang, sekali aku terk3jut dengar apa sebenarnya yang jadi di sebalik kecantikan dan kemewahan mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, harap luahan aku ni dapat disiarkan. Cerita aku ni bukanlah tentang kisah rumahtangga ataupun ibubapa yang mendera anak tapi lebih kepada muhasabah diri supaya sentiasa bersyukur.

Sebenarnya hari ini aku berjumpa dengan kawan lama. Dah hampir dua tahun kami tak jumpa. Terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami bertiga berjumpa semula. Kami memang wapat dari dulu. Dari zaman sekolah aku kawan dengan diorang ni dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh ke belakang dari mereka.

Aku namakan dua sahabat baik aku dengan nama, Aina dan Laila. Diorang ni anak orang berada. Kalau nak bandingkan memang jauh berbeza sangat dengan keluarga aku yang cuma mampu duduk flat kos rendah. Pada mulanya Laila whatsapp ajak keluar untuk makan – makan.

Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 – 3 jam dan lepas minta izin suami aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik. Aku tunggu Aina yang ambik aku. Kereta baru cantik, dia hon aku depan bus stop. Aku masuk kereta, diam.

Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni. Dia diam saja gelak – gelak. Aku tak cemburu, aku kagum. Alhamdulillah murah betul rezeki kawan aku ni. Sampai kedai, aku nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.

Borak – borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang hidup masing – masing. Bukan tentang kehidupan aku tapi kehidupan diorang. Laila dah setahun putvs tunang, tapi masih belum move on. Hidup dia tak tenang, dan dapat anx1ety dis0rder, kurus cengkung.

Tapi masih, dia la yang paling cantik antara kami bertiga. Jauh lebih cantik dari aku. Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuahnya dia. Cari kerja senang, cari teman hidup senang. Tapi tak, dia pun tak lepas dari diuji. S4kitnya jelas.

Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru nak buat pinjaman kereta, kemudian dia plan nak beli rumah. Bertahun buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah. Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada support yang kuat dari bekas tunang.

Kata Laila perjumpaan kita buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati. Gembira. Teruja. Sampai dia bayar semua bil makan kami hari tu. HAHA.. Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina.

Beruntungnya kata aku. Aku tumpang gembira. Dia bagitahu yang dia beli kereta cash puluhan ribu. Cantik betul keretanya. Selasa sungguh. Aku susah betul nak dapat kereta kata aku. Namun ada cerita di sebaliknya yang aku tak sangka.

Suami dia berkali – kali kant0i curang. Pernah sekali kant0i bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia. Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak buat ‘persediaan’ kalau apa – apa jadi dalam rumahtangga.

Sekurang – kurangnya ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang. Aku diam, terk3jut. Apa aku nak cerita tentang hidup aku. Aku kahwin lepas betul – betul habis sekolah. Anak yang sulung dah berumur 10 tahun. Anak no dua 6 tahun. Biasa – biasa saja.

Menyewa rumah flat dan kereta saga. Tak ada yang menarik. Yang aku tahu, aku jauh ke belakang dari mereka. Aina rezeki mencurah – curah. Laila bekerjaya, cantik. Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah. Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.

Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia. Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia. Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak – anak comel yang sihat membesar.

Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan masalah kewangan. Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap. Dia jadikan aku idola sebab selalu tenang dan matang. Aku diam, termenung. Balik rumah lihat suami tersenyum, anak – anak bertalu – talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana?

Mungkin selama ni, aku kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan yang ada. Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak di belakang lagi, aku cuma perlu bersyukur. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain – lain. Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan. – Nazirah (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Saya Ka : Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah, bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.

Sebagaimana janji Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah, 2: 286] Allah itu tidak sekali – kali akan menzaIimi h4mba – h4mba-Nya dengan memberi ujian yang melebihi tahap kemampuan kita.

Ezd Airaniez : Menarik kisah ni. Simple story but full with positive and realistic vibes. Sebenarnya kita akan letih kalau sibuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Memang bersyukurlah cara terbaik dan menghargai apa yang kita ada di depan mata.

Safiah Ahmad : Cerita biasa tapi merembesnya air mata saya. Kan.. kita mungkin rasa hidup orang lain jauh lebih baik dari kita bila mereka nampak serba mewah. Tanpa kita sedar bahawa.. kita .. walau kita tak kaya mana.. Allah kurniakan kita macam macam nikmat yang PERLU untuk kita. Jadinya memanglah sebenarnya kita WAJIB bersyukur kepada Allah.

Siti Rosmiza : Semua orang rasanya pernah hadap apa yang you hadap. Kawan you yang 2 orang tu pun hadap benda sama sebab dia rasa life u best. Dan life dia best. Everyone nak something yang diorang tak ada. You maybe nak kestabilan dan kewangan mereka, dan mereka nak kebahagian yang u ada.

Dan benda tu normal. Bersyukur ni kita tak perlu tahu orang yang kita agungkan tu akhirnya rupanya tak lah seagung kita fikir kan. Cuma, bersyukur dengan hidup kita. Itu sudah cukup. Bersyukur tak lapar, bersyukur ada rumah, bersyukur ada kereta untuk bergerak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.