Aku beria lamar dia ajak kahwin, bila tahu hal sebenar terus aku lari. Jahatkan aku?

Aku rasa dah ready nak kahwin sebab tu aku lamar Maisarah. Tapi aku pelik muka dia berubah bila aku bagi cincin, siap minta masa lagi. Lepas beberapa hari barulah jelaskan ‘rahsia’ dia, bila aku bagitahu mak, mak terus tak setuju. Aku pun tak rasa nak kahwin dengan dia dah. Jahat kan aku?

#Foto sekadar hiasan. Harap admin sudi siarkan cerita aku ni ye, terima kasih aku ucap dulu awal – awal. Cerita yang aku nak share ni agak macam drama sikit tapi ni bukan rekaan dan betul – betul jadi pada aku. Aku lelaki ye dan aku nak cerita pasal kisah aku 4 tahun lepas.

Aku ada kenal dengan sorang minah ni, nama dia Maisarah. Bagi aku dia taklah cantik mana tapi entahlah aku rasa macam ada magnet antara aku dengan dia. Senyuman dia manis sangat bagi aku. Aku kenal dia masa aku tengah praktikal pasang aircond kat butik yang dia kerja.

Lepas jumpa dia aku jadi tak tentu arah. Selalu teringat kat dia. Aku saja datang kedai dia konon nak beli tudung la, baju. Aku cakap aku nak belikan untuk mak aku tapi aku memang bagi betul – betul kat mak aku. Pernah sekali tu aku patah balik sebab konon – konon nak tukar baju yang dah beli saje buat alasan.

Aku pun beranikan diri untuk mintak number telepon dia dan aku terus terang je cakap aku suka dia. Mula – mula tu dia macam tak nak bagi tapi akak – akak kat sana pujuk dia pun bagi jugak. Sehari, seminggu, sebulan, setahun kitorg bercinta.

Aku ingat lagi masa cukup annivesary kitorang yang pertama aku bawak dia makan kat restoren kt Shah Alam. Yup, aku bagi cincin aku melamar Nur Maisarah sebab aku yakin kerja aku pun dah stabil dah ada kewangan sikit.

Aku lamar dia macam tu je la takdelah adegan melutut bagai siap supr1se mengarut – ngarut tu takdelah sebab tak mampu. Tapi aku ingat dia suka, bila aku ajak dia kahwin, tetiba muka dia berubah. Masa tu aku tak tau lagi kenapa reaksi dia jadi macam tu.

Dia tak bagi jawapan. Aku pun tak nak lah p4ksa si Maisarah ni. Dia cuma cakap bagi masa. Aku okay aku pun taknak la fikir bukan – bukan. Lepas kejadian tu, Maisarah macam jauhkan diri dari aku. Call tak jawab, whatsapp tak reply.

Tak lama lepas tu dia ajak aku jumpa ada benda nak cakap katanya. Hati aku masa tu sump4h rasa tak sedap. Tak tidur aku malam tu. Lepas aku jumpa dia, barulah aku faham kenapa dan apa dia jadi macam tu. Terduduk jugak bila aku dengar.

Rupanya selama ni Maisarah ada masalah jantung. Maisarah guna jantung plastik dan peny4kit dia agak kr0nik. Perasaan aku jangan cakap lah, sedih rasa macam tak percaya. Tapi yang paling aku sedih, bila aku bagitau kat mak aku pasal peny4kit Maisara, mak aku terus tak setuju aku nak kahwin dengan dia.

Aku pun dah start berbeIah bahagi sebab aku rasa aku tak mampu nak jaga dia, jahat kan aku? Mak aku tak jahat, dia nak yang terbaik untuk aku. Peratus untuk dia lahirkan anak – anak aku nanti pun aku tak pasti. Aku tak sanggup nak buat drama lagi dalam bilik bersalin tu bila doktor suruh pilih baby atau isteri aku nauzubillah..

Aku pun yakin aku tak mampu tanggung rawatan si Maisarah ni, jahat kan aku? Takkan faham perasaan ni selagi korang tak hadap benda ni. Cakap senang la hidup la dengan dia habiskan sisa akhir dengan dia. Bila seluruh keluarga men3ntang keputvsan kau. Tak.. bukan semudah tu.

Maisarah perasan yang aku mula diamkan diri. Dia pulak yang call aku tapi aku tak angkat mesej dia aku biar je, jahat kan aku? Tak lama lepas tu, aku dapat surat dia kirim pada kawan kerja dia untuk aku. Sump4h menitik airmata jantan aku bila baca.

Nur Maisarah, nama seindah dan sepadan orangnya. Apa yang dia tulis dalam surat tu, dia cakap dia minta maaf sangat – sangat sebab tak jujur dengan aku. Dia nak bagitau awal – awal, tapi takut akan aku pergi kalau aku dapat tau peny4kit dia.

Dia tulis lagi, dia tak pernah rasa bahagia macam ni bila bersama dengan aku. “Apa yang buat saya kuat selama ni ialah awak. Sejak ada awak, saya jadi kuat untuk Iawan peny4kit saya dan sejak ada awak, saya dah tekad yang saya takkan mengalah.

Tapi saya sedar, tuhan dah temukan saya dengan yang lebih baik dan saya redha. Terima kasih kerana telah beri harapan baru untuk saya walaupun sekejap, saya hargai sangat. Kebahagian awak kebahagian saya jugak, apa saja yang buat awak bahagia saya jugak sebaliknya.”

Tu antara isi yang dia tulis yang paling buat aku rasa nak meraung. Lepas tu dia cakap cukup sampai sini je perkenalan kita. Dia nak putvskan hubungan. Maisarah jugak tak nak aku cari dia lagi. Aku try call dia tapi off. Whatsapp, fb dia dah block.

Aku cuba cari kat rumah dia tapi mak ayah dia tak bagi aku jumpa Maisarah. Sebulan dua jugak lah aku sedih, lepas mak ayah pujuk kawan – kawan pun banyak support aku pelan – pelan bangkit. Aku banyakkan kerja sampai malam pun buat part time jual tolong member jual kasut.

Lepas dua tahun kejadian, aku dapat mesej dari mak Maisarah, Maisarah tengah tenat! HospitaInya memang jauh dari kawasan aku. Terkejar – kejar aku untuk sempatkan masa jumpa dia. Tapi takdir Allah lagi Esa, Maisarah dah pun menghembuskan nafas yang terakhir kat ICU.

Aku pulak sampai waktu jen4zah Maisarah sedang dikebvmikan. Aku tak mampu nak cakap apa – apa, kaki rasa lenguh sangat nak melangkah. Maisarah.. Tenanglah di sana Maisarah, kau dah banyak mend3ita kau dah penat sangat, rehatlah.

Doa aku sentiasa mengiringi kau. Maisarah ada bagi satu balang bintang kertas, dia suruh aku bukak kalau rindu dia. Banyak tengok citer korea betul Maisarah ni. Banyak la kata -k ata cinta yang Maisarah tulis, banjir lagi airmata aku.

Nasihat aku kat kawan – kawan kat luar sana, hargai lah setiap insan yang hadir dalam hidup kita. Terutama lelaki, bertanggungjawab lah dengan apa yang janji masa tengah manis dulu. Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus d3rita dengan mencintai mu.. (ayat google). – Insan k3jam

Komen Warganet :

Ana Stasia : Hmm jahat la juga tapi tah la. Dia pun tak nak la s4kit tu semua. Mesti dia rasa sedih sangat time tu. Tapi tak pe la, yang penting aku nak cari tisu sekarang ni. Sedih laaa.. sabar ya bro. Doakn banyak – banyak untuk dia.

Kheiru Mustafa : Nak kata jahat.. Saya rasa tak jahat. Nak kata tak jahat. Saya rasa macam ada jahat sikit. Cinta itu buta bro. If u really love her. Kamu patut saport. Hahaha cakap blehla. Kena kat batang hidung sendiri baru tau.

Farah Rifhan : Hmm.. Aku pernah kena reject dengan orang yang dah bagi harapan kat aku sebab aku ada asma. Katanya mak dia yang tak benarkan. Tapi, tak apa. Aku tak kisah dan tak berd3ndam pun. Anggap je dia bukan yang terbaik untuk aku dan aku dapat suami yang terbaik sekarang ni.

Kita tak duduk di tempat dia dan kita tak tau apa pula tindakan kita apabila kita hadapi perkara macam ni. Mak di tak salah sebenarnya. Mana – mana mak pun nak yang terbaik untuk anak dia dan mak dia tak nak dia mend3rita apabila kehilangan wanita tu.

Auzaie S Ma’arif : Hm.. Saya ada kawan. Dia tahu yang sister tu ada peny4kit. Tapi dia beranikan diri untuk bina rumahtangga dengan sis tu. Alhamdulillah hidup isteri dia walaupun ada s4kit masuk hospitaI. Kadang – kadang s4kit jiwa lagi teruk efek daripada peny4kit sedia ada. Kesian sis tu. Moga jadi pengajaran untuk bro dan semua.

Fatin Zahari : Dah kata sayang. Pastu tu awak buat dia rasa down dengan berdiam diri. Orang ada peny4kit ni mane boleh down sikit pun. Saya dah biasa jaga orang s4kit. Lepas ni hargai betul – betul orang ye.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.