Isteri saya ni kerja menjahit kecil – kecil je, tapi kena bagi mak mertua RM100 sebulan. Kami ni dah la banyak komitmen, pinjaman ASB RM400k, rumah ada dua. Saya dah cakap kalau mak mertua nak duduk rumah kedua kami, kena bayar sewa bulan – bulan. Hari ni mak mertua merajuk dengan saya sebab teguran saya.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile saya ye. Saya cuma sekadar nak meluahkan masalah yang saya sedang hadapi. Saya kerja kilang sahaja manakala bini pula menjahit kat rumah, anak ada 4 orang, semua dah sekolah.
2 tahun lepas saya beli rumah kedua selang 4 pintu dengan rumah saya tujuannya nak bagi bapa saya duduk situ. Saya buat begitu sebab bapa saya tinggal sorang – sorang kat kampung.
Kita pun risau la juga bila orang tua duduk sorang – sorang. Saya juga rancang kalau bapak duduk rumah baru, rumah dia kat kampung tu saya nak bagi sewa supaya boleh tampung bulanan rumah kedua saya.
Tapi aduhai, bila rumah kedua saya dah siap diubah suai, bapa tak mau pindah sebab sayangkan rumah dan masyarakat di situ. Bulanan pinjaman rumah nak kena bayar.
Jadi saya pun beli sedikit demi sedikit barang – barang rumah seperti mesin basuh, peti ais, sofa, tv, katil, tilam sebab nak buat bilik sewa. Dalam saya tengah rancang nak buat bilik sewa, adik ipar perempuan yang jaga mak dia terp4ksa pindah rumah sebab tuntutan kerja.
Adik ipar perempuan dah berkahwin dan kerja kerajaan, suami dia pun kerja kerajaan. Duduk pula sebeIah daerah dengan saya. Kemudian mak mertua tak nak ikut sebab anak bongsu lelaki (adik ipar lelaki saya) kerja dekat dengan rumah saya.
Jadi saya pun tawarkan untuk duduk rumah kedua saya ni. Tapi bulan – bulan kena bayar la juga sebab rumah tu masih ada pinjaman bank. Anak – anak mak mertua saya yang berkerjaya pun setuju nak bagi duit kat mak depa.
Supaya mak mertua saya ada duit untuk bayar sewa rumah. Tapi sekarang dah 8 bulan mak mertua dok rumah tu. Apa yang saya lihat.
1) Kakak ipar yang sulong seorang surirumah, jadi saya pun tak harap la sangat dia nak bagi duit kat mak dia sebab dia pun ada mak mertua yang nak dijaga. Diorang dok kampung, suami pun kerja kampung jugak.
2) Kakak ipar kedua kerja cikgu, suami dia pun kerja cikgu. Mak mertua dia pula bekas cikgu jadi bulan – bulan dapat duit pencen 3-4 ribu. Jadi kewangan diorang ni memang kukuh tapi kakak ipar buat peraturan.
Semua anak – anak wajib bagi kat mak duit tiap – tiap bulan. Tak kira la anak tu kerja kais pagi ke, surirumah ke tapi mesti wajib bagi duit kat mak sebab nak tampung duit belanja mak. Dia bagi sebulan RM300 dan beli barang – barang dapur.
3) Yang no 3 ni bini saya, kerja menjahit. Jahit pula kat rumah bukannya bisnes besar pun tapi wajib bagi RM100 kat mak. Padahal saya ni laki dia cuma kerja kilang je, saya sekolah pun setakat tingkatan 2 ja.
4) Adik ipar perempuan yang kerja kerajaan, suami dia pun kerja kerajaan. Mak pak mertua dah meninggaI jadi kita boleh agak kewangan diorang tak membebankan. Anak pun tak ada lagi tapi bagi sebulan kat mak RM100. Kau rasa??
5) Adik ipar laki pula kerja perodua servis, dah kawin. Isteri pula kerja kerajaan dan mereka duduk kat kuarters kerajaan. Tapi bagi sebulan kat mak dia tu saya tak pasti sebab dia duduk selang 2 negeri dengan saya. Lagipun setahun 5-6 kali dia jumpa mak dia
6) Adik ipar lelaki yang bongsu, masih bujang. Kerja juruteknik aircond dengan gaji sehari RM85. Dia kuat main jvdi online. Bila dia menang jvdi, dia bagi mak dia seratus ringgit tapi bila dia kalah jvdi, dia minta balik kat mak dia 2-3 ratus.
Api, air, Astro tak pernah bayar. Duit gaji habis kat jvdi ja sebab dia bukannya ada komitmen bank walaupun nak masuk umur 30-an. Semalam saya tegur mak mertua saya, saya kata yang kami ni dah tak boleh bagi wang tunai kat mak tiap – tiap bulan.
Saya dan bini saya ada buat pinjaman ASB RM400k. Sebulan kena bayar RM2000 nanti umur 65 tahun baru boleh merasa duit tu. Kami bukannya ada pencen pun, kalau kami ada pencen macam anak – anak mak yang lain, kami tak menyimpan.
Kami boleh bagi duit gaji kami banyak – banyak kat mak. Mak kena faham masa covid, tempahan dah kurang, kerja 0vertime pun kurang. Jadi memang duit kami cukup – cukup untuk bayar hutang dengan makan ja.
Lagipun saya sendiri tak bagi wang tunai kat bapak saya tapi saya beli barang makan kat bapak saya. Itu jer yang saya mampu dan bapa saya faham. Saya pun dah kata kat bapa saya, nak duit tunai, minta kat anak – anak yang sekolah tinggi melangit supaya depa kenang jasa bapa.
Adilkah saya membiar bapa saya yang tidak ada pencen dan duduk seorang diri membayar sendiri bil api, air, cukai pintu cukai tanah tapi saya pula membayar bil api, air, astro kat mak mertua di mana dia duduk bersama dengan anak bongsu dia yang kaki jvdi tu????
3 bulan lepas saya minta duit sorang sikit kat ipar – ipar saya untuk beli katil dan almari untuk mak mertua. Sampai sudah diorang buat senyap je. Kalau diorang boleh berkira dengan mak sendiri, saya pun boleh berkira dengan mak mertua saya. Hari ni mak mertua merajuk dengan saya sebab teguran saya. Sekian luahan saya
Komen Warganet :
Faridah Yusup : Faham, bila hal yang berkaitan duit dan kebajikan banyak melibatkan soal hati dan tanggungjawab. Tak ada tertulis pun dalam buku teks, jadi yang belajar tinggi pun belum tentu faham.
Dengan izin Allah hanya anak yang Allah pilih sahaja boleh faham tanggungjawab tersebut. Banyakkan berdoa. Encik dah buat yang terbaik. Bantu mertua macam bantu keluarga sendiri. Memang kena cakap elok – elok dan berbincang.
Komunikasi secara berhemah. Bertuah keluarga mertua dapat menantu yang sangat prihatin dan bertanggungjawab. Mungkin suIit di dunia, InshaAllah akan dipermudahkan di sana nanti.
Ekin Akim Akim Ekin : Senang kata dengan orang luar lagi senang berurusan, dengan family kena mengena sed4rah sedaging ni payah ya amat. Banyak yang jenis suka mempergunakan, bukan lagi mudah, lagi susah ada la.
Kalau dengan famili, sed4rah daging kita nak kena fikir hati diorang, tapi diorang tak akan fikir hati kita. Lagi pergunakan kita ada la. Sebab tu la orang kata dengan famili, sedaging boleh sampai bermusvh.
Salah satunya macam ni la, kita dah mudahkan bukan nak hargai, jasa kita pun tak ingat, naik t0cang plak. Kena pij4k – pij4k lagi. Jenis manusia macam ni memang asyik menyusahkan sebab tu penting perjanjian surat hitam putih ni walau adik beradik sed4rah daging bagai.
Apa – apa kita boleh buat kes, kalau tak ada perjanjian surat hitam putih memang makan hati, putih mata je la. Tak ada cara nak halau selain kena bermusvh, ade perjanjian suruh kuar diorang tak boleh cakap ape, melainkan sekadar boleh minta tempoh untuk cari umah lain sementara kan.
Nak beIit pun tak boleh sebab memang dah setuju dalam perjanjian. Nak tak nak kena ber4mbus, kalau tak panggil polis. Apa – apa pun semoga dipermudahkan segala urusan ko. Semoga rezeki sentiasa meIimpah ruah, amin.
Sarinor Fatihha Mahusin : Saya nak bagitahu encik kerja kerajaan ni bukan gaji banyak. Tambah – tambah pangkat SPM bawah ni. Walau dua orang kerja pun masih semput. Saya suami sorang kerja kerajaan pangkat bawah.
Bulan – bulan 2k belum tolak loan anak – anak lagi, rumah pun tak beli lagi, kereta pun beli yang second ja. ASB saya ja yang buat, suami punya dah p0tong kes tak mampu.
Jadi kerja kerajaan ni gaji banyak sangat ke, cukup makan pakai ja. Bagi saya encik ni walau belajar sampai tingkatan 2, mewahlah rumah dah 2 biji, belum kereta lagi, loan ASB 2k sebulan.
Kategori encik mampu, kemudian merungut bagi kat mak bulan – bulan, entahlah. Jangan ingat orang kerja kerajaan ni banyak duit, rasa – rasa encik yang kerja sorang kilang ni gaji banyak kot.
Iziqah DawZain : Jangan buat mak mertua macam tu. Apa – apa pun cuba ikot istilah tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putvs, tepung tak selerak.
Awak jaga mak mertua awak, tak mampu tak pe sebab dah tinggal sebumbung, apa yang awak makan itulah yang dia makan.
Awak anak menantu yang baik pasti hebat. Jika awak boleh jaga dan urus tanpa fikir orang lain atau adik beradik ipar layan mak mereka macam mana dan untuk adik ipar kaki jvdi tu, mintak dia cari kehidupan dia.
Dan sekiranya mak mertua awak nak ikot dia, terpulang tapi pujuklah baik – baik. Semoga dia nak duduk dengan awak supaya satu hari nanti awak tak menyesal kemudian hari.
Mak mertua tu ibarat syurga awak jugak. Jangan kasar sangat, tak cium bau syurga nanti. Setting niat kerana Allah taala.
Iziqah DawZain : Saya tau penulis bukan orang senang, dia beli rumah lagi satu untuk ayah dia tapi ayah dia pula tak nak duduk situ dan dia tak mampu nak bagi duit kat ayah dia pasal dia dah punya komitmen baru.
Tapi dia offer dengan mak mertua dia dengan syarat bayar sewa tapi adik beradik ipar lain kedekut nak bagi duit belanja dekat mak mertua. Dah tu ada pulak adik kaki jvdi.
Yang ni sebenar puncanya, buat semua adik beradik ipar tak nak bagi extra duit sebab mak dia akan lebihkan si anak kaki jvdi ni.
Pada mereka buat apa bagi lebih kalau mak lebih kepada menolong pada si kaki jvdi ni. Jadi apa lagi yang boleh buat, nak tolong apa lagi. Tak kan nak haIau mak mertua keluar rumah??
Tanpa arah tujuan melainkan dia beIa dan rumah tu bagi orang lain sewa. Walau saya paham penulis bukannya mampu tapi rezeki ni Allah yang tentukan. Mungkin mertua ni bawa Rahmat, rezeki mencurah – curah.
Siapa tahu kan. Walau adik beradik ipar penulis tak ambil endah pasal mak mereka, saya harap penulis tak macam tu laa. Janganlah nak buat perkara yang sama macam mereka.