Adik bongsu pemalas, pengotor. Pad bersepah dalam jamban. Aku ambik letak dalam bilik dia. Aku warning mak siap2

Kant0i kawan dengan suami orang. Bini orang tu mengadu dekat aku. Aku call tapi adik tak angkat. Aku kenal kau dik. Tak payah nak tipu. Akak kau tak b0doh, aku search find my phone, aku dah tau kau kat mana. Aku terjah kau masa check out hotel. Aku panggil adik – adik lelaki yang lain..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak berkongsi pasal adik bongsu yang manja teruk. Aku nak korang yang ada masalah macam ni ubah diri jadi lebih baik. Aku pening dengan masalah jiwa member0ntak dia. Kasar, kurang ajar, takde common sense, play v1ctim semua ada kat diri dia.

Aku kesian mak ayah aku. Sebab selalu mak aku nangis bila adik bongsu aku buat per4ngai. Geram jer aku nak hempuk dia. Tapi mak aku pun satu, bila aku tegur adik aku ni dia nangis. Sebab adik aku akan buat hal. Aku pesan dekat mak, jangan nangis.

Mak doa, doa mak kuat. Doa adik ni jadi lembut hati. Lepas tu kalau adik buat silap jangan nangis – nangis, tegur elok – elok jangan jerit – jerit. Mak aku ni orang kampung, so cara dia lain. Kadang – kadang aku pun tak faham.

Mak jangan bandingkan anak – anak lain, jangan sesekali bandingkan aku dengan dia sebab apa yang aku nampak budak ni member0ntak. Kadang – kadang puas aku tegur dan nasihat adik aku elok – elok. Tapi dia tak nak dengar pun.

Dia m4ki aku balik. Dan dia rasa apa yang dia buat tu tak salah langsung. Susah nak lafazkan perkataan maaf dan paling buat hati aku s4kit tak reti nak hormat mak ayah aku. Kasar!!! Adik perempuan aku ni umur 22 tahun, ya muda lagi.

Aku tak nafikan mak aku, memang kuat membebel. Tapi dengan bebelan mak aku tu, aku jadi manusia. Aku reti hormat mak aku sebab aku tau mak letih siang malam bekerja, uruskan rumah. Mak aku amek upah menjahit baju.

Ayah aku kerja kampung biasa aja. Tapi kami adik beradik yang lain reti hormat mak ayah. Adik aku ni memang sp0il. Dia habis belajar mak suruh kerja ofis dia tak nak. Apply pun tak nak sebab suka ikut kawan. So dia kerja retail.

Mak belikan kereta second hand supaya dia senang nak tempat kerja, risau mak ulang alik naik moto sebab duduk kawasan kampung jarak nak gi tempat kerja adalah dalam 18 km. Balik kerja sampai malam. Lepas kerja dia suka lepak dengan kawan – kawan, pergi makan. Setiap hari!!!!!

Dah macam per4ngai lelaki. Pada aku kita perempuan tak perlu melepak mana – mana kalau dah malam. Abis kerja balik rumah, makan mak ada masak bukan tak masak. Yang buat aku menyampah, bila dia keluar balik lewat tak reti nak call mak tu satu hal, mesej maklumkan pun tak. Bila call tak jawab.

Mak aku susah hati. Risau sampai selalu call aku nangis – nangis risaukan adik. Aku ni duduk jauh, kadang – kadang berjangkit risau tu kat aku. Terp4ksa aku hello kawan – kawan sekampung, contact bos adik aku, contact kawan – kawan dia tanya ada jumpa atau nampak tak?

Dia tak suka aku call semua orang yang kenal dia. Dah dia tak cakap kat mak buat apa, kot eksiden ke apa. Bos cakap dah lama balik jam 6 petang, kawan – kawan dia kata takde keluar dengan dia orang. Kalau kau jadi aku risau tak????

Ye risau sampai aku s4kit kepala. D4da rasa nak pecah sebab risau!! Rupanya dia pergi keluar makan dekat tempat viral contoh, pergi kl, melaka, jb, naik camaeron highlands. Aku tau sebab dia atau kawan rapat update status kat social media. Aku kena jadi pegawai penyiasat plak.

Bila dah selalu keluar berjalan, duit manjang takde walaupun gaji dia sebulan RM2500 termasuk ot, duit manjang tak cukup suka ngepow mak ayah. Macam mak ayah tu kaya. Bila minta duit tau dia manja – manja. Kalau mak tanya pergi mana, dijerkahnya mak ayah besarkan mata.

Aku selalu dengar mak mengadu jer kat aku. Kalau depan aku dia buat macam tu, aku tegur elok kalau dia meIawan memang aku kasi jer penampar dekat dia. Sebab sabar aku ni tak macam mak. Aku cakap elok tak dengar, lagi nak meIawan.

Ayat standard kata dia keluar malam dengan kawan – kawan pompuan bukan dengan lelaki. Bukan buat benda tak elok pun. Kata dia. Ye aku paham, tapi takkan hari – hari berlagak macam anak orang kaya? Then ko keluar malam kalau bukan dengan laki pon bah4ya, malam. Banyak benda tak elok dari yang helok.

Kot dalam perjalanan kereta rosak ke, tayar pancit ke. Aku bukan nak minta, tapi zaman sekarang ramai penyamun. Siangkan ada, kenapa keje nak merambu sampai ke malam. Gaji tu beringat la sikit, simpan masa kec3masan. Ni keje belanja jer tinggal apa.

Patut dah bekerja bantu mak ayah, bukan tambah menyusahkan. Bila kita tegur dia ajelaa yang terpaling betul. Bila kurang ajar sangat dengan aku memang aku kasi je penampar dua tiga kali, memang dia senyap lepas tu hempas pintu!!!

Aku cakaplah, depan orang bukan main lagi kau cakap lembut dengan mak ayah sendiri, dengan aku bukan main kasar lagi bahasa kau. Tidur sampai tengah hari. Kalau hari dia off day satu hari tak mandi, selekeh. Dia bersiap bila keluar rumah je, kalau ada kat rumah ntah macam apa.

Dengan pemalasnya, bilik bersepah tak reti nak kemas. Iyalah ada mak kan jadi bibik dia. Pakai baju, lempar merata. Sama macam confession yang suami beng4ng isteri pengotor tu sebijik main sepah je pad dalam jamban. Bila balik kampung, aku bengang aku kutip pad tu letak kat bilik dia.

Baju kotor dia yang bertimbun tu aku kutip masuk plastik hitam. Aku buang letak depan tong sampah. Aku dah larang mak aku basuh baju dia, angkat, lipat. Tak payah kemas bilik dia, dah tua bangka mak plak yang kemas. Dia timbunkan banyak – banyak.

Lepas tu heboh takde baju nak pakai. Tau adik aku mer0yan macam orang giIer. Bila dia khinzirkan aku, aku terajang jer dia. Mak aku nangis. Jangan gado, jangan gado. Tapi aku dah fed up dengan budak ni, cakap elok – elok tak jalan.

Dah kena makan kaki elok laa dua tiga minggu. So dia memang tak berani bila aku bersuara. Ko boleh message berjela dengan kawan – kawan dengan mak payah betol nak bagitau ko ke mana. Pantang betul aku. Aku suruh dia share live location kat aku bila dia merayap. Senang aku nak pantau.

Aku pesan tak nak cakap dengan mak, bagitau aku kalau tak nak kampung aku bergegar, jangan buat per4ngai! Aku sanggup drive balik kampung tengah malam walaupun esok aku kerja. Aku pernah kutip dia kat kedai makan. Jangan main giIa dengan kakak kau.

Kalau nak kata mak ayah tak ajar, aku kakak dengan adik beradik lain (lelaki) pun takde per4ngai buruk macam si bongsu ni. Apa yang aku nampak silap mak aku suka bebel jer tu budak tu rebel. Mak bebel tapi mak settlekan untuk adik.

Takde motor mak belikan, dah ada motor mak belikan kereta. Aku dulu takde senang macam adik, jalan kaki, naik bas. Tu pon kata mak tak adil. Pelik aku! Baru ni, dia dah tak share live location kat aku. Aku tanya kenapa, dia kata lupa, bateri hp abis kalau aku call. Dia jangan ingat aku b0doh.

Aku kakak kau, dan aku tak b0doh. Kant0i kawan dengan suami orang. Bini orang tu roger aku. Sebab bila adik aku MIA, aku update kat wall sesapa yang berkaitan, agaknya bini orang ni rajin st4lk. Kant0i dalam keadaan mengaibkan. Adik aku check in hotel bajet.

Memang aku meng4mok macam orang giIa. Aku tak leh terima bila alasan dia aku call tak jawab, sebab bateri habis. Aku kenal kau dik. Alasan tak dengar ringing semua tu. Tak payah nak tipu. Akak kau tak b0doh aku search find my phone, aku dah tau kau kat mana.

Aku terjah kau masa check out hotel. Masa ni luluh hati aku. Aku dah roger adik – adik laki kitorang. Memang h4ncur hati aku masa tu. Aku tak nak settle dengan budak laki tu, maksudnya takkan sebab adik aku z1na dengan dia, kita orang kena kahwinkan diaorang kan????

Angkut pergi rumah mak bapak laki tu, aku bagi amaran kalau dia berhubung lagi dengan adik aku, aku pijak jer!!! Balik rumah, aku balun adik aku. Mak aku melalak, iyalaa nasi dah jadi bubur. Itu yang dia kata keluar malam takde buat apa – apa kan????

Itu yang dia keje ratib dia tau jaga diri dia kan???? Mak aku minta aku jaga adik. Aku tolak cara baik. Itu bukan jalan penyelesaian untuk pisahkan adik aku dengan laki orang tu. Buat masalah kat aku plak nak menjaga dia kat sana nanti.

Sebab mak aku tak boleh nak handle anak bongsu dia. Aku cakap, kalau dia kawan lagi dengan laki orang tu, taulah aku nak buat apa. Apa kalau adik aku duduk dengan aku, boleh sekat ke diorang nak berhubung??? Takde maknanya.

Aku bagi tau adik aku, walau aku jauh bekerja, aku ada mata – mata pantau gerak geri dia. Aku pun kawan ramai walaupun aku tak melepak sampai ke malam la. Jangan ingat ko punya garam jer dik, akak kau lagi makan garam daripada kau.

Kita ni hidup berkeluarga kena amek berat hal adik beradik. Amek tahu. Aku yang sibuk kepit adik aku pun leh kant0i macam ni. Mak ayah yang lepaskan anak – anak bekerja ni kena rajin ziarah anak – anak yang duduk asing ni.

Tengok dia duduk dengan siapa, kot tiber dok menyewa bilik dengan lelaki tak ke naya. Aku cakap sebab benda ni jadi. Lepas tu, jadi manusia tak kira lelaki ke perempuan kena pandai jaga diri, jaga maru4h kita. Kita ada otak nak fikir mana baik buruk, dan jangan salahkan 100% kat mak ayah kalau kita tak jadi manusia sebab kita semua Allah kurniakan akal fikiran, kita sendiri yang buat keputuusan dan pilih jalan tu.

Aku nak pesan sebab benda ni dah jadi dalam keluarga aku. Adik yang duduk serumah dengan mak ayah pun boleh kant0i macam ni. Adik yang aku jaga sejak kecik boleh mer0bek hati aku. Adik aku. Adik yang aku ambil beratpun boleh kecewakan aku.

Buruk baik dia, dia tetap adik aku. Dan aku nak dia jadikan perkara ni sebagai pengajaran terbesar dalam hidup dia dalam usia yang masih mentah. Jangan anggap kami yang concern akan diri dia ni sebagai musuuh. Musuuh sebenar tunggu masa jer nak ambil kesempatan. – Kakak sayang adik. (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Dee Ya : Nasihat mak. Kalau tak nak bagi adik langkah panjang. Sekat bagi duit kat dia. Jangan masakkan dia. Jangan sediakan kelengkapan dia. Biar dia kekurangan duit. Baru la langkah dia tak panjang. Mak terlalu manjakan dia sebab tu dia rosak akhlak. Sebab dia rasa mak akan backup dia walau dia buat salah. Awak kalau nak bagi mak duit, jangan bagi kat tangan. Masukkan terus duit dalam tabung haji.

Tipah Adelyn : Ya Allah, s4kit jiwanya baca story ni. Adik tt ni kalau dapat kek tip ni, memang kena penampa jopun yo tip bagi. Zaman kak tipa marin, pandangan mata mak ayah tu pun dah goyang. Tacod oi dengan mak ayah.

Reti hormat dekat mak ayah takde tinggi suara. Tapi memang betul, keluar malam merambu tak tentu pasal ni banyak datang masalah jer dari yang baik. Duduk rumah apa la salahnya tolong mak tu bersih – bersih rumah ke, lipat kain baju ke.

Macam takde siang plak nak jumpa gebang dengan kawan – kawan. Kesian mak tt, dah tua patut relax – relax jer. Ni anak dah besar pun pening kepala. Nikahkan je, sok baru dia tau pahit manis alam perkahwinan. Dah ada anak sendiri tau la mcm mana susah jaga anak.

ام ايمان : Allahu.. ujian bagi ibubapa bila ada anak bermasalah macamni, tunggu dia ada anak sendiri nanti baru dia ingat balik per4ngai dia zaman muda – muda dulu. Kifarah sentiasa ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?