Selepas 7 tahun kahwin dengan isteri kedua baru kant0i tentang hubungan abah. Kami semua kecewa dan adik paling benci sekali dengan perempuan peramp4s tu. Dia sound direct je, siap tunjuk penumbvk dan m4ki segala benda dekat isteri kedua abah. Tapi abah tak tahu pun, maksudnya perempuan tu tak bagitahu abah. Sehinggalah adik nak kahwin, kami terk3jut bila dapat tahu bakal suami adik adalah suami orang…
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum semua. First of all, aku nak bagitau aku bukan nak a1bkan keluarga aku dengan apa yang aku nak cerita kat korang. Apa yang aku cerita aku saja nak kongsi pengalaman dan pengajaran untuk semua. Ok, nama aku Fara (Bukan nama sebenar). Aku ada seorang adik nama Mia (Bukan nama sebenar). Kami ada 3 orang adik beradik jer. Yang Bongsu lelaki nama dia Ahmad (Bukan nama sebenar).
Keluarga aku ni taklah bahagia mana pun. Mama dan abah aku kahwin sebab diatur oleh keluarga. Apa yang aku tau, mama aku ikut saja. Abah pada asalnya menentang sekeras – kerasnya sebab abah masa tu ada makwe. Tapi bila nenek ugvt tak nak mengaku abah sebagai anak, abah terp4ksa menurut. Lepas mama dan abah kawen, hidup diorang biasa – biasa. Ayah banyak buat hal sendiri, sibuk kerja.
3 tahun kemudian baru dapat aku sebagai anak sulung. Sejak aku kecik, abah memang jarang ada kat rumah. Sibuk dengan kerja. Mama pulak sibuk dengan bisnes jual baju. Alhamdulillah, pada awalnya hidup dalam keadaan biasa – biasa kemudian jadi senang lenang sebab mereka sangat kuat bekerja mencari duit.
Aku dan adik beradik banyak berdikari sejak kecik. Tapi yang banyak menghabiskan masa menjaga kami adalah mama. Ayah lebih bertanggungjawab kalau bab duit dan pelajaran. Nak kami semua mesti dapat no 1 dalam kelas. Alhamdulillah, aku ni boleh dik4takan budak pintar juga di sekolah. Dan alhamdulillah, aku dapat menjejakkan kaki ke universiti dengan bidang yang pada awalnya aku langsung tak minat tapi aku hadap saja sebab nak puaskan hati abah. Sejak dah masuk U, aku jadi rapat dengan abah.
Kemuncak ceritanya masa aku di tahun ketiga dengan sibuk nak handle FYP dan segala macam hal sebelum final exam, kami dik3jutkan dengan berita abah dah kahwin lain! Yang lebih meng3jutkan abah dah kahwin dengan perempuan tu selama 7 tahun!! Isteri dan anak – anak manalah tak terk3jut kan? Sebab abah memang jenis manusia yang sangat busy tapi selalu jugak balik rumah. Masa tu, aku down giIer. Aku terpikir macam mana mama nak handIe semua benda ni. Adakah mama dan abah akan bercerai? huhu.. Aku risau kasih sayang abah akan beralih arah lepas ni.
Masa tu, adik aku si Mia lah manusia yang paling menent4ng. Kitorang risik – risik tentang perempuan tu dan kitorang tau yang dia tinggal dekat saja dengan kitorang. Aku? tak tahu nak cakap apa. Banyak menangis sebab risau kalau adik tiri. hahaha.. Alhamdulillah, perempuan tu tak ada anak. eh, siap alhamdulillah kauu. haha bagi aku, itu kifarah yang dia terp4ksa tanggung sebab ambil suami orang.
Dengar cerita abah, ada beberapa kali dia keguguran dan lepas tu tak pernah pregnant lagi. Dan for sure, dia kahwin dengan abah aku sebab duit kan? Itu jer la yang bermain kat pikiran aku. Yelah, abah aku dah tua kot. aku dengan perempuan tu beza umur dalam 5-6 tahun je.
Raya tahun yang terbongkar segala cerita tu, abah bawak perempuan tu balik rumah. Dia dengan rendah diri pergi mintak maaf kat mama. Masa tu aku tengok mama hanya banyak berdiam. dan masa tu aku tengoklah sedikit keihklasan perempuan tu. Yelah, kalau cerita kat TV mana ada peramp4s nak datang minta maaf kat isteri pertama kan? Selalu peramp4s ni jenis manusia eg0is dan rasa megah akan diri. Tapi aku tengok mak tiri aku ni simple jer. Tulah bila borak dengan abah tentang perempuan ni, abah selalu cakap kat aku, kenal dulu baru tau. Aku masa tu no komen, dalam hati aku nak jaga perasaan mama jer.
Lain pulak dengan adik aku si Mia. Dengan muka garang macam singa, Mia pergi sound direct perempuan tu. Siap tunjuk penumbvk lagi kauuu. Kalau ingat balik rasa macam g4ngster. Tapi perempuan tu buat muka relax ja. Mungkin dia anggap kami masih budak – budak dan dia tak ambik port sangat pun. Tapi dalam hati aku masih tertanya – tanya apa penyebab abah suka dengan perempuan tu. Sebab kalau nak cakap cantik, mama aku lagi cantik.
Tapi lepas beberapa tahun aku pernah duduk sekali dengan perempuan tu atas sebab yang tak dielakkan.. Aku tengok cara dia layan abah aku. Lemah lembut. Rumah 24 jam kemas tak pernah berselerak. yelah, rumah mama aku agak berselerak sebab mama sibuk dengan kerja, anak – anak lagi jenis penyepah. Mungkin sebab tu abah cari perempuan lain. Mama aku lagi kadang – kadang pandai hangin semacam. Abah pun pandai takut. haha….
Lain cerita dengan adik aku si Mia. Dia langsung tak boleh terima keadaan ni. So setiap masa, dia akan member0ntak tentang ni. Aku pun tak tahu dah nak cakap macam mana. Benci – benci aku kat perempuan tu, tak pernah aku sampai nak m4ki – m4ki dia. Tapi Mia memang jenis manusia berani. Ada saja Mia nak cari pasal dengan perempuan tu walaupun sebenarnya perempuan tu tak pernah kacau kitorang. yang pelik, abah tak tahu pasal ni.
Maksudnya, perempuan tu tak pernahlah cerita atau mengadu dekat abah. Aku terus terpikir mungkin dia ikhlas kawin dengan abah. Mia tak setuju aku cakap macam tu. then Mia marah aku. Hal ni sedikit sebanyak memp0rak – perandakan family aku yang asalnya memang tak bahagia pun. Tapi mama aku memang banyak makan hati pasal ni. Aku sangat kesian kat mama aku.
Okay, kemuncak cerita yang lagi best bila adik aku si Mia nak kawin. abah dan mama aku jenis parents yang sporting. Semua pilihan anak – anak tentang pasangan hidup mereka terima selagi bakal menantu tu baik dan bekerja. So, masa hari nak nikah, datang seorang h4mba Allah memberitahu yang bakal suami adik aku ni sebenarnya suami orang. Kitorang terk3jut la. Malam karang dah nak nikah, siang ni pulak tahu cerita macam ni. tanya kat Mia, Mia cakap dia dah tahu hal ni dari awal lagi tapi cinta punya pasal dia Go On..
Seriously, aku tak boleh nak hadap benda yang jadi ni. Aku dapat tahu lagi, bakal suami adik aku tu dah ada isteri dan ada 4 orang anak, susah giIa nak percaya. Sebab Usia belum pun sampai 30 tapi anak dah 4 ? ohh, last – last aku dapat tau, lelaki tu kaya. Sebab bisnes sendiri. Selalu handIe pr0ject – pr0ject kerajaan. Claim pun sampai juta – juta. Patut lah kot adik aku sanggup nak jadi bini no 2 sebab tau gaya adik aku ni memang jenis tak boleh hidup susah. Rumah mesti rumah baru, telefon nak latest. Shoping 24jam. haha..
Last – last aku malas dah nak hadap cerita poIigami yang meIanda keluarga aku ni. Adik aku pada asalnya mencaci m4ki perempuan yang kahwin dengan abah kami. Akhirnya adik aku sendiri ikut jejak perempuan tu. Apa korang rasa? Aku rasa nak t3rjun bangunan. haha sebab apa ? Sebab selama ni kitorang benci – benci si peramp4s, alih-alih adik pulak sekrang ni jadi peramp4s. Pening kepala mama aku sebab dapat anak macam adik aku.. eh, tak tahu la nak komen apa. hahaha..
Tahun berganti tahun sekarang alhamdulillah, aku pun dah kawin. Dengan lelaki biasa je. Risau nak kawin dengan lelaki luar biasa sebab aku tak mau poIigami. aku dah pesan awal – awal kat suami aku, kalau dia buat kes macam abah aku buat. No second chance. Good bye. Aku tak nak berkongsi kasih. Dan aku tak nak perempuan lain rasa macam yang mama aku rasa. Lelaki susah nak berlaku adil.
Aku nampak sendiri macam mana abah aku lagi sayang perempuan tu banding mama aku. Dan mama aku still memendam perasaan sampai sekarang ni. Sampai mama kena jumpa doktor untuk meluah segala apa yang dia rasa. Aku just nak bagitahu korang, orang kurang kasih sayang ni memang senang nak kena peny4kit berkaitan jiwa dan perasaan. Lama – lama boleh kemurungan tau!
Untuk adik aku Mia, aku tak tahu nak cakap apa. Sedikit sebanyak aku sangat kecewa dengan apa yang dia buat. Tapi macam orang cakap “dah jod0h kot” Aah, tu alasan paling “munasabah” yang aku boleh terima. Dan pasal adik aku jadi isteri kedua ni tak ada satu orang dalam keluarga besar aku yang tahu. Only abah, mama, aku, perempuan tu dan adik lelaki aku. Nenek, pakcik makcik dan sepupu – sepupu tak ada sapa pun yang tahu sebab kitorang MALU.
Dan sudah pasti Perempuan tu ketawakan kitorang especially adik aku sebab ikut jejak langkah dia sebagai peramp4s. so sad. -Fara-