Suami aku tak kisah langsung dengan apa yang aku hadap hari – hari, dia lebih pentingkan game dia. Hidup aku macam tak berlaki. Dia cakap aku ni tamak nak kasih sayang dia. Aku cuba cara halus – halus ajak dia keluar sebab aku nak pegang tangan dia..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Sorry ini confession je. Harap ada yang boleh bagi kata semangat. Sebab aku betul – betul takde sesiapa. Aku dah kahwin, sekarang tengah mengandung anak pertama. Tapi hidup aku tak ubah macam tak berlaki.
Suami aku tak kisah langsung dengan apa yang aku hadap hari – hari, dia lebih pentingkan game dia. S4kit aku, pening aku, tak sihat aku, mual aku. Dia cuma tahu suruh makan ubat, suruh rehat. Dia tak kisah pun aku macam mana.
Kadang – kadang aku mengadu bukan nak suruh dia hilangkan semua s4kit aku. Bukan nak suruh dia rasa apa aku rasa. Aku cuma nak belas, nak kasih sayang, nak perhatian. Aku memang terasa. Terasa tiap kali aku tak sihat dia macam endah tak endah. Aku terasa.
Terasa bila s4kit tengah malam dia boleh kata, “Tiba – tiba s4kit perut pulak.” Aku terasa sangat dengan semua benda yang dia cakap kat aku. Dia pernah ambil berat. Dia pernah kisah. Dia pernah prihatin. S4kit sikit pun dia tanya. Tapi sekarang semua tu tak ada apa – apa.
Pitam tu tak ada apa – apa, mengidam tu tak ada apa – apa, semua yang aku rasa sepanjang aku mengandung ni tak ada apa – apa. Tapi kalau aku cakap macam ni dengan dia, dia yang rasa aku tak bersyukur. Dia yang rasa aku ni tamak nak kasih sayang dia, tak cukup – cukup dengan apa dia bagi.
Dia takkan pernah nampak dan faham aku rasa macam mana dan apa yang aku sebenarnya perlu. Aku tak pernah tamak nak duit dia ke apa, sebab aku lebih berduit dari dia. Kalau aku beremosi, dia tak pernah rasa emosi aku valid.
Yang dia rasa, aku beremosi sebab aku mengandung saja. Jujur. Aku rasa sunyi sepanjang mengandung. Sunyi sebab aku rasa sesorang dalam perjalanan ni. Tak ada sesiapa tahu aku tengah mengandung melainkan dia.
Yalah, kandungan awal lagi. Aku tak ada support system yang boleh bagitahu aku untuk kuat. Hari – hari aku rasa nak pitam, perut angin, makan tak semua benda kena. Siapa turun berat sampai 5kg lebih kurang dari sebulan?
Aku. Tak boleh salah makan, tidur pun tak lena, perut angin, mual. Nak puasa pun tak mampu, memang akan pitam walaupun tak buat kerja berat. Aku str3ss, aku sunyi. Aku cuba cara halus – halus ajak dia keluar. Teman aku berjalan, sekurangnya dapat pegang tangan, peIuk dia tapi dia tak nampak. Dia tak nampak keperluan batin aku.
Bila aku cuma luah perasaan aku, dia boleh p0tong apa yang aku cakap. Dia tak pernah dengar pun. Aku tak tahu nak cakap dengan siapa lagi. Dengan kawan – kawan? Aku malu. Aku bukan ada kawan ramai pun. Dari dapat tahu mengandung, sampailah sekarang, aku sunyi.
Entahlah. Aku terasa sangat – sangat. Terasa dengan keb0dohan dia. Terasa sebab dibiarkan sesorang hadap s4kit pening ni. Tahu tak bila aku happy? Bila aku scan baby. Aku nampak baby tu dalam rahim aku. Aku happy sangat.
Rasa macam hidup aku berguna. Tengok baby m4kin besar, aku rasa happy. Aku happy jumpa doctor. Sebab dengan doctor saja aku dapat rasa manisnya pregnancy tu. Sedih juga bila doktor tanya “Datang sorang je ke?” tiap kali pergi scan.
Dia tak pernah nak ikut pergi scan. Bila aku tunjuk scan baby tu, dia tak peduli mana. Bila aku tarik muka dan berdiam, barulah dia jawab sepatah, “Comelnya dia.” Jujur. Aku tak nak hilang baby ni. Aku rasa macam dia teman aku pergi mana – mana.
Aku kuat demi dia. Aku sayang dia. Aku cuma harap Allah bagi petunjuk dan kekuatan. Aku cuma nak rasa dijaga, dilindungi, disayangi. Cuma itu saja. Kalau aku s4kit, pening, mual, sekurangnya pujuk, tanya apa yang aku perlu, urutkan, belai, ciuum. Itu dah cukup.
Aku sampai kadang – kadang nak ced3rakan diri sendiri supaya dia menyesal layan aku macam ni. Entahlah, nasib aku sekarang tak ubah macam tak bersuami. – Lisa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Hayati Hamdan : Sis, sabar sikit lagi beberapa bulan Nanti tak dan nak tengok rupa laki tu pun sebab sibuk mengurus anak kecil. Sis fokus kebahagiaan diri, kalau kita letak bahagia kita pada orang lain, bila orang tu tak respon apa kita nak, kita akan rasa mend3rita.
Saya faham bab mengandung tu, melepek macam mana. Memang ada berlaku perubahan hormon, kita jadi sensitif, em0si kita lebih intense. Jangan difikir tak bahagia tu sangat waktu ni, bimbang jadi perinatal depr3ssion.
InshaAllah semuanya akan berlalu. Nanti dah tengok muka baby, fokus pada baby untuk membuat sis bahagia. Kalau kita tak sayang diri kita camna kita nak expect orang sayang kita. Saya doakan semoga semua urusan sis dipermudahkan. Untuk melalui dugaan awal perkahwinan dan fasa – fasa menjadi ibu.
Syuhada Suhaimy : Mengandung jangan sedih, lepas beranak ambik perancang, ni jenis laki anak depan mata confirm buat dekkkkk je, u kata u banyak duit, huhhhh! Ape lagi, kumpul harta banyak – banyak demi anak, kalau nnati dia buat b4ngang dia, u boleh ugvt dia,
Tapi kadang – kadang laki ni beng4p, kena cakap direct, kena protes baru otak berjalan, kena ajar macam budak – budak, sebab dah biasa hidup bujang, tetiba kawen per4ngai bujang bawak ke bini pulak, naya anak orang.
Nurul Hazwani : Kuatkan diri tt.. kenapa setiap kali orang buat kita rasa tak bahagia.. kita selalu nak rosakkan diri sendiri? Cuba kita guna kaedah lain. Contohnya kalau orang tu selalu buat kita tak bahagia. Kita bole buktikan kita akan lebih bahagia tanpa dia.
Kita boleh gembira dan selalu jugak ksihatan. Jangan pedulikan dengan tindakan buruk dia tu. Biarkan dia dan game dia mereput sampai m4ti. Yang penting kita bahagia bersama anak – anak tercinta. Bahagia itu tak semestinya dapat dengan belaian dari dia aje.
Kita boleh bahagia dengan pelbagai cara. Lagi – lagi kita plak berduit. Dunia ni luas dan nikmat Allah pun luas. Jadi hargailah diri sendiri dan insan – insan yang mencintai kita. Semoga sis jaga kesihatan dan baby. Jadi orang yang selalu bahagia.. aminnn.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.