Aku kesian tengok ibu terp4ksa jaga cucu 4 orang. Pagi – pagi nak kena mandikan, masak bagi makan. Ibu tak berani nak tegur, nak minta kak ipar bagi anak kat pengasuh. Aku ni d4rah muda, kadang – kadang rasa nak ‘bagi’ bila dorang buat sepah, tantrum. Sehinggalah satu hari abang datang sound aku. Dia kata aku takde hak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku bukan nak kongsi pasal kisah rumahtangga yang cliche atau pasal masalah menantu dengan mentua. Aku ni masih bujang dan makcik kepada 6 orang anak buah. 4 orang anak saud4ra dari yang sulung dan 2 orang lagi dari yang kedua.
Umur dalam lingkungan 4 tahun hingga 3 bulan. Sebagai makcik yang baik, layanan sama rata untuk semua anak buah aku. Kalau beli baju, mainan, atau makanan, semua kena beli sama rata, dari yang besar ke yang kecil. Bukan apa, jaga hati para abang dan kakak.
Aku masih tinggal dengan ibu ayah sebab baru habis belajar. Baru – baru ni, kakak ipar aku dapat tukar kerja berdekatan area rumah ibu ayah. Jadi, mereka sekeluarga tinggal dengan ibu ayah sekali. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu jaga cucu – cucunya, 4 orang. Boleh tahan penatnya.
Tapi ibu tak berani nak tegur kakak, nak minta kakak bagi anak kat pengasuh. Sementara aku ada kat rumah, jadi sedikit sebanyak aku lah yang tolong ibu jaga cucu – cucunya. Al-maklum laa, bila jaga budak – budak ni, kadang – kadang kita d4rah muda ni, ada juga rasa nak ‘bagi je’ bila mereka buat sepah.
Tapi, rasa je laa, tak pernah lagi tahap naik tangan tu. Biasa laa, anak abang, kakak kita ni dah diibaratkan anak sendiri dah, sebab tu namanya ANAK saud4ra. Ya la, kita yang tak kahwin lagi, tak kerja lagi, jadi tak kisah pun nak tolong-tolong jaga.
Bagi aku biasa la kan, kadang – kadang rasa nak marah juga bila budak buat per4ngai. Lagi – lagi bila budak tu, umur dalam 3 – 4 tahun, masuk tahap tantrum, macam – macam ragam. Abang dan kakak aku okey, mereka faham per4ngai anak – anak mereka.
Tapi aku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di siang hari. Ada suatu hari tu, tak tahu ribut mana datang, tiba – tiba je abang aku serang aku, cakap kau jangan pandai – pandai nak marah, nak cubit anak aku ya. Kau ingat kau tu siapa nak marah anak aku.
Fuhhh… rasa dia menik4m kalbu. Aku akui memang kadang – kadang aku cubit juga budak – budak tu, tapi kita sebagai makcik ni, cubit acah – acah nak bagi warning je tapi benda ni jadi masalah bila AKU yang cubit. Kalau ibubapa sendiri, mereka tak kisah cubit anak sendiri kan?
Aku tak sanggup dah tinggal di situ, tapi kesiankan ibu yang kena jaga budak – budak tu. Aku tahu, memang penat. Kemas rumah awal – awal pagi sebelum dorang bangun sebab pukuI 10, budak – budak bangun, Pagi bagi mereka makan, mandikan, siapkan apa yang patut.
Tengahari, rumah kembali bersepah. Sebelum abang, kakak balik kerja, kena settlekan anak-anak mereka, mandikan, bagi makan minum yang cukup, tidur yang cukup. dan kemas rumah. Sebagai adik kepada ipar, kadang – kadang segan jugak, bila mereka balik, rumah bersepah.
Risau dik4takan pemalas, goyang kaki di rumah. Jadi, kena settlekan semua sebelum pukuI5 petang. Dari pagi sampai petang, memang tak berhenti buat kerja. Tapi tak terhenti di situ, bila abang, kakak balik kerja, mereka mandi dan siapkan diri sendiri dulu, baru lah boleh pegang anak.
Sambil – sambil tu, makcik ni laa bawa anak – anak buah jalan pergi taman sementara tunggu ibubapa mereka siapkan diri. Sebagai mak cik, Risau mereka bosan je terperak atas rumah je kan. Bila malam, seorang ibu yang berkerjaya, kadang – kadang pukuI 10, dah kena tidur.
Budak – budak ni kadang – kadang boleh dip4ksa tidur, kadang – kadang dibiarkan makcik kesayangan ni jaga sampai mereka tertidur. Kakak ipar, abang ada la juga bagi upah Rm30 sebulan jaga anak – anak mereka.
Selebihnya, mereka belikan barang dapur, dan bagi ibu Rm200 upah jaga anak. Jadi, aku tak mengharapkan pun bayaran tu. Sebab bagi aku, jaga budak – budak ni, sambil – sambil je hilangkan bosan. Tapi penat dia tu, aku rasa mak mak faham la kan jaga anak, urus rumah lagi.
Rasa macam terpukuI jugak bila abang aku ser4ng aku macam tu, bagi aku dia tak patut ser4ng aku macam tu. Dan sampai sekarang, dia pulaukan aku. Macam aku tak wujud je dalam rumah tu. Oleh kerana, aku terik4t dengan jasa – jasa dia terhadap aku, jadi aku tak boleh meIawan, tak boleh membantah.
Sebab dalam masa yang sama, Aku tak boleh biarkan budak – budak tu dengan ibu sorang jaga. Ibu tak berani nak bagitau abang dan kakak ipar, risau mereka merajuk bawa diri, dan tak datang jenguk ibu ayah dah nanti.
Tapi satu je harapan aku, agar mereka sedar kesilapan biarkan ibu yang jaga cucu – cucunya. Bayangkanlah umur 50an kena jaga budak – budak. Aku yang kudrat 20-an pun rasa nak pengsan jaga budak – budak ni. – Mak Cik
Komen W4rganet :
Farah Julkaply II : Ni ambil kesempatan. Cakap dengan abang awak tu hantar rumah pengasuh, and sewa sendiri. Dahla menumpang rumah orang, lagak macam tuan. Benda macam ni tak elok diamalkan. Boleh menyebabkan pecah belah keluarga.
Mula – mula niat menolong lama – lama nanti jadi lain. Bukan bersangka jahat tapi orang macam tu kena ada kesed4ran sivik. Mula – mula macam nilah, lama – lama nanti dia pula minta kita duit. Saya dulu pernah ada pengalaman, kita ni manusia.
Mendengar kata emak, lama – lama tak boleh tahan meletus semuanya. Alhamdullilah, dah tak jadi macam ni lagi. Seeloknya, mintalah dorang cari rumah sewa sendiri. Cari pengasuh sendiri. Mat salleh cakap, respect others privacy. Walaupun adik beradik tapi kena tahu batas nak menolong.
Yaya Qiestina : Eh makcik, jangan pikir banyak. Kalau kau rasa perlu tegur, tegur je budak – budak tu. kalau kak abang kau marah, kau cakap kau marah tegur tu sebab sayang la. Bukan nak ani4ya. Kau yang jaga budak – budak tu masa depa pi kerja.
Gini makcik, dah mak kau takut – takut nak tegur, kau yang kena bertegas. Jangan takut berg4duh. G4duh demi kebaikan. Supaya kak abang kau tu tak terus terusan berbuat d0sa kat mak kat tanpa sengaja. Paham tak?
Aku pesan sebab aku pun alami benda yang sama je dengan kau. Dari sebelum kahwin, sampai lepas kahwin. Sekarang alhamdulillah dah pindah duduk sekali dengan suami. Dulu PJJ atas tuntutan kerja. Depa ni kadang – kadang tak nampak apa kita buat. Depa pentingkan diri, janji lepas tengkok depa ja. Kita ni kalau salah sikit, terus satgi sampai wassap la, konon nak tegur, pada hal..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.