Abah aku baik sangat dengan anak – anak, aku sayang sangat dekat abah. Masa aku umur 9 tahun, aku ingat lagi abah tunjuk dekat aku satu kotak penuh dengar gambar – gambar perempuan. Abah cerita perempuan – perempuan tu semua bekas kekasih abah dulu. Aku pelik satu pun takde gambar mak, kenapa abah masih simpan…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Thank you admin jika sudi kongsi confession aku. Terdetik nak post pasal abah. Jangan risau, abah aku tak jahat atau kej4m. Sekurang – kurangnya tak jahat dekat aku dengan adik beradik yang lain.
Umur abah nak dekat 60 tahun dah sekarang, masih bekerja dalam bidang professional. Mak dan abah sama University tapi abah tak kenal mak, tapi mak kenal abah sebab abah macam “b4d b0y” dekat U. Abah jenis selalu show off moto scrambler beliau dan macam antara pelajar yang famous lah kat U.
Mak pulak macam yang jenis nerdy dan pelajar pandai, top. Abah 3 tahun lebih tua dari mak.. Tapi graduate sama – sama sebab abah banyak kali tukar U. Abah aktif dalam co-curricular activities, sampai banyak dr0p subjects.
Last – last asyik tukar U. Mak dan abah jumpa balik sebab kerja di bangunan kerajaan yang sama lepas habis U. Abah berkenan dekat mak, dan 3 bulan perkenalan, diorang terus kahwin. Mak tak banyak tahu pasal abah tapi bila dah kahwin baru mak tau.
Abah seorang kaki perempuan. Mak kerap g4duh dengan abah dan masa tu aku dan adik kecik lagi. Mak jenis panas baran dan abah pula jenis yang cool. Office abah dalam rumah, mak tak dibenarkan masuk. Tapi aku dapat masuk.
Masa aku umur berapa entah tak ingat, mungkin 8 – 9 tahun, abah tunjuk 1 box dekat aku. Box tu ada banyak gambar perempuan yang sememangnya bukan gambar mak aku. Gambar – gambar tu gambar kekasih lama abah.
Abah cerita ni girlfriend masa bila dan bila sebagainya. Masa ni, aku tak tau apa yang salah dan betul. Jadi aku iakan aje abah cerita. Mungkin juga sebab benda dah lepas kan, jadi aku rasa tak ade apa – apa. Cuma aku ada satu persoalan, ‘kenapa masih simpan?’
Abah dan mak berlarutan berg4duh, bertumbvk sampai aku umur 12 tahun. Masa ni adik aku dah besar sikit, dia asyik nangis pelIuk aku tengok mak dan abah g4duh. Mak suka c4bar abah dan abah dari jenis yang cool dan tak pernah nak pukuI – pukuI, abah baIas balik bila mak pukuI abah.
Abah tarik mak masuk tandas, mak tengah pegang pis4u, abah tutup pintu tandas, aku tak tau apa berlaku kat dalam tu tapi yang pasti mak abah masih bertempik – tempik. Ya, walaupun dah hampir 20 tahun yang lalu masih rasa segar dalam ingatan.
Sikap panas baran mak m4kin menjadi – jadi. Mak tak dapat lepas marah kat abah, mak lepas marah kat aku dan adik. Aku akan dibeIasah dan macam – macam lagi. Abah kan jenis lembut hati kat anak – anak, kalau lagi abah tegur mak, lagi kuat mak beIasah.
Akhirnya abah yang nangis bila tengok aku kena pukuI. Sebelum tu aku nak cakap dulu, ya mak memang kurang penyabar, tapi lagi bertambah dengan per4ngai kaki perempuan abah. Mak banyak susah sorang – sorang dan walaupun masa mengandungkan kami, abah tak pernah teman mak pergi check up ke, beli makanan yang mak mengidam ke, tak pernah.
Pendek kata, mak memang str3ss hidup dengan abah. Sebab abah tak ambik berat pasal mak, tak jaga hati mak. Lagi bertambah str3ss bila masih kerja 1 tempat yang sama. Ye sampai sekarang dorang masih kerja tempat yang sama (tapi sekarang dah ok la).
Aku tak tau la macam mana dorang boleh hadap hari – hari dekat office walaupun bukan satu department. Padahal kat rumah berper4ng. Okay, berbalik pada cerita aku ni. Abah selalu datang rumah arw4h nenek sebab mak sembunyikan aku dan adik dekat situ dari abah.
Kadang – kadang dengar abah dekat pintu pagar rumah nenek panggil, “kakak, adik, abah kat luar ni!” Kami nak keluar tapi mak, makcik dan pakcik tak bagi. Aku kesian dengan abah tapi apakan daya. Buntu nak dengar cakap siapa.
Kalau tak silap masa ni tengah diambang penceraian dah, sebabnya entahlah kami kejap kejap balik rumah, kejap duduk rumah nenek. Abah seorang yang sangat penyabar, mengaji, zikir selalu saja dimulutnya, malah nak tidokan kami dua beradik, abah yang sering zikir sampai kami tertidur.
Abah juga rajin solat di masjid, dhuhaa boleh katakan setiap hari. Abah selalu je luangkan masa dengan kami, bawak pergi hiking, mandi sungai, mandi laut, pancing ikan, masuk kampung melawat makcik – makcik yang dah uzur dan lain – lain.
Abah sangat okay orangnya cuma beliau tidak setia pada mak. Aku tak tau kenapa. Per4ngai kaki perempuan ni memang tak boleh diubah ke macam mana? Aktiviti tahunan kami masa bulan Ramadhan, abah akan beli borong banyak kismis, kurma – kurma import dan agihkan kepada orang – orang tak mampu.
Bawak aku dan adik ikut masuk kampung cari makcik pakcik yang dah uzur, agihkan beras dan bagi duit zakat kepada mereka. Abah juga kerap ajak kami berbuka di masjid, buka dalam talam berjemaah lagi berkat katanya.
Abah juga pernah join tabligh sekejap. Ya abah memang rajin join aktiviti – aktiviti masjid. J0doh mak dan abah tak panjang, mereka bercerai masa aku umur 12 tahun. Tapi, abah tak pernah lepaskan tanggung jawab beliau terhadap kami.
Setiap bulan mesti bagi duit belanja dan setiap minggu giliran abah untuk bersama kami. Biasanya dia selalu bawak kami pergi camping sebab abah ada tanah yang abah buat ladang buah. Dekat situ ada air sungai dan abah ada rumah kayu macam homestay kecik untuk kami stay sana bila kami pergi camping.
Masa aku sekolah menengah baru aku macam sedar yang abah ni kaki perempuan. Kes abah dengan mak tak habis – habis lagi dekat mahkamah sampai aku tingkatan 5 sebab mak tuntut segala benda hak dari abah.
Oh lupa, abah dah kahwin lain lepas setahun bercerai ngan mak. Isteri baru abah muda. Dalam 10 tahun je tua dari aku. Abah ni jenis dia nak buat apa dia tanya pendapat aku. Malah gambar aku masa kecik masih ada dalam wallet abah sampai sekarang.
Abah tanya ok tak kalau dia nak kahwin dengan orang ni? Sambil dia tunjuk gambar. Aku cakap tak ok. Abah tanya sebab. Aku jawab sebab dia free hair. Nampak s3ksi. Abah cakap slow – slow la nanti dia berubah.
Terus aku member0ntak, “kenapa tanya kakak buat apa kalau abah memang nak kahwin jugak??” Abah diam. Dalam masa ni abah ada bawak jumpa 2 – 3 orang perempuan yang katanya “kawan”. Tapi aku bukan budak – budak lagi abah nak tipu.
Akhirnya abah kahwin juga dan ada anak seorang. Abah selalu jumpa aku kat sekolah, dan ini menambahkan str3ss aku kat sekolah sebab ramai je yang tak tau mak abah aku dah bercerai. Aku tension bila ada soalan, “eh asal bapak kau datang sekolah eh?” aku jawab “nak jumpa aku la.”
Diorang tanya lagi, “kat rumah tak jumpa ke??” aduh. Last – last aku jadi pendiam dan kurang keyakinan diri sebab over str3ssed dengan mak abah aku yang masih berg4duh walau dah lama bercerai (berg4duh sebab tuntut harta tu).
Ada sekali tu paling aku ingat abah bawak perempuan datang sekolah aku, masa tu abah lunch time. Abah cakap ni kawan dia. Aduh kamon la abah, abah nak tipu siapa ni? Aku bukan budak 8 tahun lagi. Bila aku dah masuk U, buat pertama kali mak tiri mesej aku, sampai masuk zaman whatsapp beliau whatsapp aku.
Aku dan mak tiri ok je. Dia memang baik dan aku kesian dekat dia sebab aku tau abah macam mana. Mak tiri mengadu dekat aku. Dia tunjuk screensh0t whatsapp abah aku dengan sorang perempuan, video dan gambar.
Perempuan tu pun bini orang. Aku terkedu. Jijik dan geIi. Aku dah nangis giIa – giIa dekat bilik kat campus. Dia cakap abah tak mau lepaskan dia (ceraikan). Aku tak tau nak cakap apa. Aku sedih tengok apa yang abah aku buat.
Aku hanya mampu suruh dia bersabar. InshaAllah ada ganjaran buat mak tiri aku. Mak aku pernah cakap, abah seorang ayah yang baik tapi bukanlah seorang suami yang baik. Dan memang aku rasa benda ni betul sebab dengan kami, anak – anak beliau sangat baik.
Percaya tak selama aku dah 30 tahun ni, tak pernah sekali pun abah naik tangan, jentik pun tak. Marah tu ada la. Tapi lepas marah abah akan terangkan kenapa abah marah. Abah sangat supportive, sporting. Aku suka sangat Christina Aguilera masa kecik.
Dan kalau abah nampak kat paper ada christina, mesti dia bagi aku paper tu sebab dia tau aku nak ker4t gambar christina dan lekat dalam bilik. Abah siap burn kan CD lagu christina untuk aku. Malah hadiah birthday pernah abah beli CD ori christina untuk aku.
Kalau kat radio tetiba lagu christina keluar, dia akan suruh semua orang senyap. “Diam – diam semua. Ni lagu kakak!” *dia kuatkan radio* Haha.. Abah siap dah tukar nama rumah abah yang kami duduk tu, (rumah tu abah beli loan separuh dengan mak), lepas adik aku dah cukup umur, perjanjiannya abah kena tukar nama bahagian abah ke atas nama kitorang dan bekas isteri abah iaitu mak.
Pegawai yang uruskan tu pun cakap, jarang jumpa orang yang dah lama bercerai tapi masih nak bekerjasama untuk tukar nama ni. Sekarang ni abah, aku tak tau la macam mana. Dia masih lagi selalu ke masjid, buat amal ibadat, dan lain – lain.
Mak tiri aku masih bersama abah.. Alhamdulillah j0doh mereka masih panjang. Aku harap abah dah bertaubat sepenuhnya dari sikap buruk abah. Aku sentiasa doakan abah masih ada peluang dan kekuatan untuk bertaubat atas d0sa – d0sa lalu.
Dah tua, dah ada cucu pun. Kadang – kadang aku takut kalau aku atau adik adik aku akan terikut per4ngai abah. Atau kami pula dapat nasib dapat suami yang kaki perempuan macam abah. Nauzubillahiminzalik.
Aku harap, Allah ampunkan d0sa – d0sa abah yang lalu, dan semoga Abah diberikan kesihatan yang baik selalu. Kakak sayang abah. – Anak sulung abah
Komen Warganet :
Yusmaaniza MY : Mesti bapak confessor ni good looking kan. Dah jumpa banyak good looking man dari zaman muda ke tua selalu terjebak kes camni. Satu sebab rasa diorang masih laku so keep going buat per4ngai curang.
Satu lagi sebab ada perempuan yang still nak dekat lelaki macam ni but yes it is true good father doesnt define a good husband!
Encik Pazil : Berkemungkinan abahmu itu mahu poIigami, mungkin la. Terlebih kasih sayang gamaknya. Ke jenis mata ker4njang, p4ntang nampk dahi licin, kopiah pun terbang.
Asmah Omar : Kisah dia ni hampir sama dengan aku. Dapat suami yang womaniser tapi aku sempat ada anak 4 dan besarkan anak aku serumah dengan dia tapi bila yang sulong umor 17 tahun aku nekad bercerai.
Dah tak tertanggung, dia tudyh aku perempuan jaIang, kaki jantan. Satu sen harta sepencarian pun aku tak dapat. Tak apa harta boleh cari kebahagian tidak. Masa kahwin dengan dia aku baru umur 19 dia 27.
Aku nekad, aku pergi dalam mahkamah sebab aku gaji kecik anak – anak semua dia punya tapi anak – anak cari aku secara sembunyi – sembunyi. Dalam kesedihan Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang muda 5 tahun dari aku.
Bujang dan sekarang aku ada 1 anak dengan dia. Dah 18 tahun pun sibujang aku. Alhamdulillah anak – anak selalu cari aku.
Yuyu Ya : The real her0 here is the confessor’s mother. Bertahun – tahun dia makan hati dan cuba bertahan dengan per4ngai laki dia yang kaki betina tu dia takde pon cuba memburukkan dan mer4cun fikiran anak – anak dia supaya anak – anak jadi benci kat ayah diorang.
Lepas dah cerai pon dia boleh lagi rational what had happened is between them husband and wife, anak – anak tak terlibat dan dia bagi anak – anak membesar dengan involvement ayah diorang walaupon tau dia boleh bagi pengaruh tak baik kat anak – anak. Semoga Allah berikan ketenangan dan rahmat kepada mak confessor dan hidayah kepada ayah confessor.
Rozz Mohamed : Kebanyakan yang jenis womaniser ni sangat sayang kat anak – anak. Bertabahlah sapa antara wife yang boleh bertahan. Yang tak boleh bertahan dan terp4ksa undur diri bukan sebab tak sayang tapi tak sanggup nak hadap per4ngai mata keranjang.
Dan biasanya hensem sampai ke tua cuma per4ngai jer m4kin tua m4kin tersembuI bijik mata. Dan yes, sebab dia rasa market masih ada tu yang m4kin menjadi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.