Sebelum kawen aku pergi rumah family suami mmg bersih, lepas kahwin aku terk3jut

Bayangkan sebeIah tempat masak ada sangkar kucing sekali dengan naj1s sampai dah kering tak ada yang buang. Sampah pun lama tak buang sampai berulat. Yang peliknya apabila keluar rumah diorang nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tidak mencerminkan diri mereka apabila di rumah.

#Foto sekadar hiasan. Saya seorang wanita sederhana berasal dari kampung dan berkahwin dengan seorang lelaki bandar. Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami berkahwin. Ketika datang ke rumah tersebut, saya lihat rumah mereka bersih dan kemas. Selepas beberapa bulan berkahwin, lama kelamaan saya perasan keadaan rumah keluarga suami bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas.

Sebagai contoh, baju kotor dibiarkan di celah – celah tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam sinki, tandas berlumut dan kuning. Yang paling saya terk3jut, ulat – ulat sampah bersepah dekat kawasan tong sampah kerana mereka tidak buang sampah selama beberapa hari.

Saya bertanya kepada suami, kenapa jadi sampai macam ni. Suami hanya diam dan tiada jawapan. Untuk pengetahuan, saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua tetapi rumah saya sangat dekat dengan mereka. Jadi, seminggu sekali saya dan suami akan datang melawat.

Pada awal nya, saya ambil inisiatif sendiri dengan tolong kemas ruang tamu, dapur dan cuci tandas. MaIangnya, pagi saya kemas, petang sudah bersepah semula. Lama kelamaan saya jadi str3ss dan beng4ng dengan ahli keluarga suami.

Saya bukan lah terlalu pengemas dan pembersih, tapi cukup lah nampak sedap mata memandang. Contohnya, atas meja bersepah dengan botol air, pinggan kotor, majaIah, plastik makanan yang telah kosong. Saya kemas dan susun sebeIah pagi, petang mesti dah berselerak semula.

Kadang  -kadang, saya tolong Iipat baju adik beradik suami, saya datang semula 2, 3 hari baju masih lagi di tempat yang sama. Paling saya tak tahan, salah seorang adik beradik suami ada membeIa kucing. Tetapi, dibiarkan t4hi kucing sampai kering dan penuh bekas t4hi kucing.

Boleh bayangkan bau t4hi kucing tu macam mana. Ada dalam 15 ekor kucing di beIa di luar rumah (dalam cage) dan 3 ekor kucing dalam rumah. Paling saya tak tahan, dalam rumah bekas t4hi kucing diletakkan di dapur sebeIah tempat memasak.

Bayangkan kita nak masak kat dapur, sebeIah ada bekas t4hi kucing yang penuh dengan t4hi. Siksanya saya Allah yang tahu. Dan tak ada siapa yang tegur. Saya jadi buntu fikir, tak ada ke orang dalam rumah ni yang bau t4hi kucing ni?

Awal – awal, saya tak tahan saya tolong buang t4hi kucing tapi lama kelamaan saya tengok mereka seperti buat tak kisah. Jadi saya ambil keputvsan untuk biar kan saje. Jika masuk ke bilik masing – masing, saya hanya akan istighfar dalam hati.

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, perkara ini masih belum selesai. Kini saya sudah pon mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya selalu mebgajar anak – anak untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal. Pernah anak saya yang sulung bertanya kepada saya, mama kenapa rumah nenek bersepah dan busuk?

Kakak tak selesa mama. Saya diam dan hanya memberi senyuman nipis kepada nya. Jawapan apa yang saya nak berikan kerana apa yang saya ajar, tak sama dengan apa yang dia lihat di rumah nenek nya? Saya pernah menegur suami tentang keadaan rumah keluarga nya, tapi jawapan suami adalah mereka dah terbiasa hidup begitu.

Tetapi apa yang menghairan kan saya, apabila keluar rumah masing – masing nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tidak mencerminkan diri mereka apabila di rumah. Setiap kali suami ajak datang ke sana saya jadi diIema dan str3ss.

Str3ss sebab saya kena hadap bau dan suasana rumah yang kotor dan bersepah. Belum cerita lagi anak – anak akan kena gatal – gatal bila balik dari sana. Keluarga mertua saya sangat baik terhadap saya dan anak – anak. Saya cuma buntu dan tertekan dengan masalah kebersihan dan per4ngai buat tak tahu mereka. Apa yang patut saya buat? – Shima (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Izyan Abdul Hamid : Memandangkan tak dok sekali, so tak ada issue sangat la. Susah nak ubah mentaliti pengotor ni, depa dah terbiasa. Tiap – tiap kali balik tu, buat tak tahu sudah (pejamkan mata dan lihat saja semua kekotoron tu).

Buat b0doh sudah, tak payah nak jadi menantu baik sangat nak tolong cuci dan kemas semua tu. Asalkan rumah sendiri terjaga sudah. Didiklah anak – anak untuk kemas dan pembersih. Itu yang paling penting.

Faten Fadhlin Amir : Pada pendapat saya, untuk menghilangkan rasa str3ss dan serabut tu, tt kena terima yang ada orang hidup dah biasa macam tu dan dah susah untuk kita ubah. Jadinya kalau tt nak tolong kemas, tolong jelah. Tapi buat setara yg mampu.

Jangan str3ss – str3ss pening hal orang kalau orang tu sendiri taknak ubah. Untuk hal anak tu, teruskan saja didik anak jadi pembersih. Dan ajar juga anak, biarlah orang lain nak kotor pun, yang penting kita jaga tempat kita.

Dan kita nasihat mana boleh je ok. Alhamdulillah keluarga mertua tt baik layanan, jadi jangan str3ss lebih – lebih. Fokus kepada baik mereka daripda kekurangan mereka.

Aida Joseph : Percayalah sis, susah ubah sebab sudah sebati. Sis pejam mata, rasa nak kemas (make sure tak s4kit hati), kemas, rasa tak nak, tengok arah lain. Kalau sis lepas kemas, then keadaan sama (sepah, kotor), sis s4kit hati, sis berhenti buat. Tak perlu masak, bawa makanan dari rumah, air bawa sendiri. Kalau sis nak bawa pinggan sudu garpu sendiri pun boleh.

Nurul Aini : Jagalah kebersihan, hidup dalam keadaan bersepah dan kotor boleh mengundang bah4ya dengan b4kteria dan kuman membiak serta menjadi jijik orang lain untuk mendekat. Sikap pemalas tu kena buang jauh – jauh.

Macam mana boleh hidup dengan naj1s yang tak dibersihkan, macam mana dengan ibadah semua kalau tempat bernaj1s dibiarkan tak disucikan. Allahul musta’an. Seram, macam mana boleh hidup dalam keadaan sebegitu.

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Dulu masa saya kecik, balik kampung mandi sungai kan, sungai tu cetek jer, saya dengan adik buat macam tembok pasir untuk bagi air sungai bertakung supaya jadi dalam. Tapi bertahan sekejap saja sebab aliran sungai tu akan tetap runtuhkan tembok pasir tu.

Sama juga dengan situasi awak. Awak boleh tolong kemaskan rumah mak mentua, tapi akan tetap bersepah juga kemudian. Sebab apa? Usaha awak kemas ibarat tembok pasir yang dibina, per4ngai pengotor mereka pula adalah aliran sungai yang runtvh tembok pasir tu.

Jadinya kalau keluarga mentua tak nak ubah diri mereka ke arah lebih baik, suami pula diam seribu batu tak nak nasihat keluarga sendiri, selagi tu mereka akan teruskan buruk mereka, mereka dah selesa jadi pengotor agaknya. Kita akan jadi str3ss apabila kita tak boleh ubah perkara di luar kawalan kita.

Jadi, my advice to you, kalau awak str3ss sangat cakap dgn suami supaya nasihatkan lah keluarga, jika tak jalan juga, awak kurangkan balik ke rumah mentua, mungkin sebulan 2 kali instead of seminggu sekali. Ini untuk kurangkan str3ss awak, takdalah hadap benda yang str3ss kan awak setiap minggu.

Mungkin suami adalah terdetik “kesian bini aku str3ss setiap minggu, takpelah aku nasihatkan keluarga aku, takpelah aku tolong kemaskan rumah mak ni Sementara aku dah balik ni, takpelah kurangkan balik pun okay agaknya, musim covid19 pun tak reda, 2025 baru reda kutttt, risiko kena pikir jugak ni”. Terpulang ya confessor, moga dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.