Ibu kata punca ayah curang sebab dia tak ada HP, tak tahu teknologi. Ibu canang dekat semua orang ayah ada masalah m4ti pucuk. Sebabkan kesian aku hadiahkan ibu HP. Tapi masuk tahun kedua ibu yang berubah, bila anak cucu datang ibu masuk bilik tutup pintu supaya takde orang kacau dia main HP..
#Foto sekadar hiasan. Ibu.. Manusia keramat untuk setiap manusia. Ibu yang mengandung kita dalam rahimnya, menanggung s4kit sepanjang 9 bulan, bert4rung nyawa melahirkan, menyusu dengan susu di d4danya dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang serta cinta.
Sebab itu ibu dimuliakan dari ayah. Ibu aku wanita yang hebat, surirumah yang banyak mencari duit poket sendiri dari muda demi kelangsungan hidup kami. Jual tudung, kerepek, goreng pisang, kain pasang dan jual bermacam lagi demi mencari duit tepi selain mengharap gaji ayah yang sedikit.
Walaupun belajar setakat darjah 1, ibu berjaya membesarkan anak – anak sampai ke menara gading. Namun, zaman kecanggihan teknologi berganti musim membuat ibu berubah identiti seperti perkataan orang putih ‘cuIture sh0ck’ kalah budak sekolah.
Permulaannya begini, ibu mengesyaki ayah curang dengan rakan sekerja, sampai ke tahap tuduhan ayah berz1na. Ayah pula kebetulan ada masalah ‘m4ti pucuk’ entah dek sebab k3ncing manisnya atau apa. Habis dijaja benda yang tiada bukti jelas ayah curang, m4ti pucuk serta terkena buatan betina itu kepada kawan – kawan baik ibu, adik beradik ibu, malahan ibu mentua aku juga selamba ibu bercerita.
Undur semula cerita, semasa awal kes ayah dituduh curang, ibu menangis makan hati. Selalu member0ntak dan perg4duhan selalu terjadi di rumah. Ayat ibu sebab ibu tidak tahu teknologi sekarang, smartphone pun tiada. Masa itu aku baru mula bekerja.
Dapat gaji terus aku hadiahkan kan smartphone untuk ibu. Ibu gembira bukan main lagi. Itulah titik permulaannya. Kisah ayah, aku tidak tahu benarkah dia betul bersalah kerana wataknya biasa – biasa. Solat seperti biasa, mengaji seperti biasa, tidak pernah marah tengking ibu (terjadi jika ibu terlalu prov0kasi), dengar saja cakap ibu, redha dan pasrah ibu menjaja hal kain sendiri kepada semua orang.
Suami dicop m4ti pucuk dan semua orang tahu.. Bukan kah itu keaiban yang besar? Ada juga adegan berubat dengan beberapa b0moh untuk mengubati kunun kegiIaan ayah kepada betina tempat kerjanya dan isu m4ti pucuk ini yang akhirnya b0moh pun mengambil kesempatan ke atas ibu aku.
Dengan mengawal ibu aku dengan sy4itan mereka. Tiba – tiba ibu tergiIa – giIa kan b0moh itu. Sebab itu diIarang Islam jangan dicanang aib perkahwinan itu, jangan dibuka kelemahan kita sampai orang luar mengambil kesempatan.
Berbalik kepada smartphone tadi. Setahun pertama masih elok. Masuk tahun kedua sudah pandai berfacebook. Masih ok lagi, aku tolong join kan dan like page – page yang elok, seperti berkaitan ustaz ustazah, pertanian, masakan dan lain – lain yang biar lalu di wall kita perkara elok – elok.
Tapi ibu dah terjerumus pada group – group cintan jiwang yang merepek sangat. Sudah pandai buat akaun palsu yang guna identiti palsu malahan gambar palsu, nama palsu umur palsu. Sehingga rakan – rakan Facebook ibu fikir itulah real wanita muda yang setiap hari post ayat – ayat skema bermadah.
Sehingga ada yang sudah bank in duit dan pos hadiah. Akaun ini tidak menerima friend request anak – anak mahu pun sed4ra. Sememangnya identiti palsu. Setiap hari jika di rumah, selesai buat kerja rumah terus bermain Facebook, melayan pm, post status, reply komen berjam – jam (orang tua lama sikit mahu menaipnya, mahu merujuk kitab bukunya yang penuh ayat – ayat dan wording).
Melayan personal WhatsApp lagi. Mujur tiada Instagram. Jam 3 baru solat zuhur, sambung lagi main Facebook tertido sebentar, sambung lagi dan lagi dan lagi. Ntah apa disembang mesej – mesej privasi, sebab aku pernah terlihat bahasakan diri abang, sayang, rindu dan macam – macam lagi.
Agaknya lagi sama naik dengan budak sekolah zaman sekarang. Jikalau anak cucu balik banyak habiskan masa berkurung dalam bilik. Kadang – kadang tutup kemas pintu tidak mahu cucu usik kitab buku catatannya atau kacau ibu main smartphone.
Ipar aku pun ada sebut, ‘ibu asyik main phone dalam bilik’. Ada satu lagi hal ibu yang aku tak berkenan, 0bses dan taksub pada b0moh. Sudah 3 – 4 tahun ibu asyik berubat dengan b0moh yang sama, b0moh lelaki ditemani seorang b0moh muda perempuan (bukan suami isteri) yang datang ke rumah di tengah malam sehingga pagi untuk berubat.
Ritual itu ayah aku juga sertai. Sebulan sekali sebaik saja ayah gaji mesti ibu panggil b0moh ini konon untuk buang gangguan dari betina yang dik4takan menghantar j1n sy4itan pada ibu ayah aku. Kalau tidak ada duit bulan ini.
Bulan depan lepas gaji b0moh datang lagi. GiIa bukan, seperti satu komitmen untuk membayar orang melakukan perkara bukan – bukan selama bertahun. Kami anak – anak selalu pertikaikan, kalau hebat kenapa tidak baik sudah keluar duit setiap bulan.
Ayat 0bses ibu aku, ‘betina itu pergi jumpa b0moh asli pula hantar lagi barang’ atau ‘ibu s4kit – s4kit beriya sekarang, betina sundaI itu t3mbak ibu lagi dari jauh’. Begitulah alasannya. Pengaruh kuat b0moh jah4nam. Kini ayah sudah pencen, kami anak – anak mengharap pengakhiran yang baik dan titik permulaan yang cantik kepada ibu dan ayah.
Ibu ayah sedang membina rumah di tanah mereka jauh berlainan daerah dari rumah asal. Ujian Allah bagi bukan melapangkan, ada saja tidak kena. Rutin mereka masih sama. B0moh itu pun sudah datang memulakan rituaI pembersihan di tanah itu.
Maka senanglah setiap bulan berterusan b0moh itu makan duit dari ibu. Terkini, ibu galak bercerita kalau ayah m4ti, nanti ibu terus kahwin lain. Ibu bangga bercerita juga pada semua orang sudah 2 orang lelaki tunggu ibu untuk berkahwin.
Ibu seperti perasan jiwa muda. Walhal sudah s4kit kaki dan lutut. Kami perasan ibu di fasa pra-men0pause. Kami sudah kaji hal ini. Panas badan yang ibu cakap sebab buatan sih1r betina itu pun adalah simptom – simptom men0pause. Tapi kami pula dimarahi ibu.
Ibu pert4hankan dirinya haid konsisten datang bla.. Bla.. Bla.. Kami pula ditegur jangan tunjuk pandai dengan ibu. Seperti biasa, ibu sentiasa perasan muda. Aku sebagai anak malu seorang ibu berubah drastik di umur senja ini.
Sangat malu ibu bercerita selamba kepada ibu mentua aku walhal aku tidak pernah bercerita buruk hal keluarga aku. Aku malu juga bila balik ke kampung, mak – mak sed4ra sibuk sebut, ‘kenapa, anak – anak tidak bagi kahwin lain ke jika suami m4ti’ bila ibu berbicara hal kahwin ini depan aku.
Ayah tidak m4ti lagi tapi sudah memasang angan. Sudah kami anak – anak tegur ibu, tapi ayat ibu, ‘anak – anak tidak faham ibu, asyik menangkan si ayah’ atau ‘buat penat ibu besarkan anak – anak tapi anak – anak tidak habis – habis cari salah ibu’ atau pun ibu left group whatsapp family.
Rasa tidak berkudrat lagi kami anak – anak nak perbetulkan keadaan kuasa dan level seorang ibu tu terlalu tinggi tidak layak kami buat apa – apa. Sharing perkara baik, teguran atau video agama di WhatsApp family pun ibu tidak cakna.
Kes – kes kec3masan yang di inform pada group family pun ibu jadi orang terakhir tahu walaupun tangan sentiasa pegang smartphone.. Sebab langsung tidak ambil peduli group itu. Aku bercerita sekadar luahan hati seorang anak yang sentiasa kesal dengan apa terjadi.
Sampai bila mahu dibiarkan orang kita sayang h4nyut dengan duniawi ini. Sungguh kesian. Adakah punya penyelesaian hal ini? Aku sentiasa berdoa Allah bagi turning point semula pada ibu ayah aku ini biar mereka jadi h4mba Allah yang soleh dan solehah.
Yang kembali pada Pencipta dalam keadaan sempat segalanya.Maaf, jika jalan cerita agak serabut. Terima kasih kerana membaca. – Si Anak Rindu Ibunya Yang Asal (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cikgu Maryy : Anda sebagai anak anak harus sentiasa hadiahkan Al Fatihah dan ayat – ayat Al Quran kepada kedua Ibubapa. Hadiahkan bacaan t4hlil juga. Beri mereka minuman yg telah dibaca ayat – ayat rukyah. Berdoa bersungguh sungguh agar ke dua ibubapa tersebut diberi hidayah oleh Allah swt.
Berat d0sa memohon pertolongan selain Allah SWT. Anak – anak harus kembali ke jalan Allah. Sandarkan segala pertolongan kepadaNya. Mohon keampunan untuk ke dua ibu bapamu.. Inshaallah atas izinNya jua dan Allah Maha Baik.
Nafisah Said : Biar ayah yang tegur. Ibu tu isteri dia. Ibu ada suami. Cakap kat Ayah jangan menurut sangat. Ibu macam berdend4m dengan ayah. Jika ibu cakap pasal kahwin lain, anak – anak berpakat cakap kepada ibu, ingatkan ibu, boleh jadi ibu m4ti dulu dari ayah.
Atau jika ayah m4ti dulu, anak – anak tak nak berayah tiri. biar tegas, ajar cucu – cucu cakap tak nak atuk tiri. Nanti dia diam lah hendaknya.
Siti Sariff : Masalah ibumu ialah perasan muda hingga lupa diri dan b0moh. Zaman sekarang banyak orang nak berjiwa muda dan awet muda. Tetapi hal ini boleh bawa mud4rat sebenarnya kerana manusia mudah lupa diri. Memanglah nampak fit dan awet gitu, tapi tua tu tetap kelihatan.
Sebab itu kena sedar diri, sebab nampak buruk sebenarnya tua belagak muda ni.. (hhmmmm… bermonolog sendiri sebenarnya ini). Hal b0moh, jangan dibiar dah sy1rik dah tu. Lagi satu, macam mak kau je yang kena game dengan b0moh tu.
Fizah Hashim : Betul tu, peny4kit maksi4t ni bukan berlaku pada orang muda jer, yang tua pun banyak. Suami aku pernah join team pencegah maksi4t. Diorang dapat tangkap atuk dengan nenek dekat area paya bakau. Dua – dua suami isteri orang tu. Yang atuk tanpa seurat benang lagi.
Mawar Kaca : Sisi buruk teknologi kalau salah penggunaan. Besar juga masalah ni. Dalam ramai – ramai tu siapa yang mak awak segani? Mungkin nasihat orang itu boleh dia terima. Faham sangat per4ngai orang tua berjiwa muda ni.
Sebab kita pun dah diambang senja. Semoga urusan awak dipermudahkan. Doa anak yang soleh itu, insyaallah didengar oleh Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.