Aku tak sangka ibu yang aku sangka selama ni ibu kandung rupanya hanya ibu tiri. Ketika itu baru aku teringat semula peristiwa waktu kecik. Aku ingat semula, ayah aku melarikan aku dari Umi aku. Dikuncinya aku dalam kereta sambil bertengk4r. Umi menangis teresak – esak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Aku merasa dekat sekali dengan penulisan salah seorang confessor. Berkenaan dengan kehidupan seorang kanak – kanak yang masa kecilnya sangat susah akibat saud4ra – saud4ra kandung.
Sangat dekat sekali. Tetapi aku mempunyai penyudah yang agak berbeza sedikit. Mungkin dari segi em0si dan hati. Seawal usia aku 8 tahun aku dik3jutkan dengan berita yang disampaikan guru kelas aku bahawa ibu aku sudah tenat di hospitaI.
Petang itu, aku menangis melihat sekujur tubuh gempaI yang diselimuti kain putih dari van jen4zah hospitaI sampai di hadapan rumah. Bermula la urusan menggunting pakaian untuk memandikan dan mengk4fankan jen4zah.
Tangisan aku didengari oleh makcik aku iaitu Makcik Lili. Makcik Lili ialah isteri kepada pakcik kandung aku, Pakcik Zain. Aku sangkakan Makcik Lili nak menenangkan aku tetapi disentaknya aku dengan ayat yang tak akan aku lupa.
“Buat apa kau menangis, itu bukan ibu kau pun. Lainlah diorang, itu baru ibu diorang.” Hah…. tercengang. Apa maksud Makcik Lili. Lepas itu baru lah aku tahu ibu aku hanyalah ibu tiri aku. Yang menjaga aku yang menyusui aku dengan susunya sendiri selepas penceraian ayah dengan Umi aku.
Umi aku (ibu kandung)? Entah ke mana, benci aku padanya kerana meningaIlkan aku. Lama kelamaan, ingatan aku seakan – akan flash back. Aku ingat semula peristiwa ayah aku melarikan aku dari Umi aku. Dikuncinya aku dalam kereta sambil bertengk4r.
Umi menangis teresak – esak. Pernah aku membuat karangan BM bertajuk “Umi aku Sy4itan” gara – gara ayah pernah kata Umi aku anggap aku anak sy4itan. Budak, dia terima saja apa orang cakap tanpa proses. Maafkan aku Umi.
Aku di bawa ke rumah Mummy. Iya.. isteri pertama ayah aku. Tetapi Mummy adalah BFF Makcik Lili. Mereka buat apa saja untuk s4kitkan hati aku. Mengumpat meng3ji. Gara – gara Umi adalah musvh ketat mereka dan isteri terakhir ayah pada waktu dulu.
Ibu pula isteri kedua. Tetapi Ibu berasal dari keluarga senang dan berpendidikan tinggi serta cantik dan baik hati. Mungkin bukan Iawan mereka. Jadi Umi adalah sasaran mudah. H1na, per4mpas, miskin dan lain – lain.
Sedangkan Umi dan ibu okey saja semasa arw4h ibu masih hidup. Tak tahan dengan semua itu, aku dipujuk nenek untuk tinggal dengannya. Nenek sangat baik dan warak. Rezeki nenek pula tidak putvs dan meIimpah ruah.
Dik4tanya orang aku mahu menumpang senang nenek. Mahukan emas dan berlian nenek. Masyallah, aku adalah budak 9 tahun. Tidak maIukah mengata seorang budak yang tak mampu nak mempert4hankan dirinya?
Aku sangkakan langit sentiasa cerah, rupanya hujan di tengah hari. Nenek jatuh s4kit. Masih aku ingat nenek meminta segelas air. Aku hulur dan aku tatap wajah suci nenek. Nenek minta tolong. Jiha, nenek nak ambil wudhuk.
Bawak nenek ke bilik air. Aku papah dan nenek semput. Aku panggil Makcik Lili dan Pakcik Zain yang tinggal bersebeIahan dengan rumah. Nenek dikejarkan ke hospitaI. Baru saja aku melabuhkan punggvng, satu persatu anak – anak nenek sampai.
11 orang semuanya. Termasuk menantu. Makcik Lili menunding jari ke arah aku. “Kau yang susahkan nenek sampai nenek jatuh dalam bilik air!!”. Masyallah, aku terkedu. Sejak hari itu, aku menjadi susah – sesusahnya.
Jangan ditanya ke mana ayah aku menghilang. Saban hari bekerja tetapi hasilnya tidak tahu ke mana. Asyik menambah bini entah betul atau tidak. Aku ke sekolah tanpa wang saku. Balik sekolah lapar menvsuk. Aku ambil pesanan kawan – kawan yang mahukan roti sosej atau roti bakar.
Seawal jam 4 sudah aku bangun siapkan. Untung dari itu, aku buat belanja. Umi aku cuba ambil aku tetapi dihaIau Pakcik Zain. Guna cangkuI beb. Umi tak berani. Masuk form 4 aku membilang hari, untuk tamatkan sekolah secepat mungkin.
Hari terakhir di hujung tingkatan 5 adalah hari bahagia. Keesokkannya aku berjalan kaki minta kerja di bandar. Dapatlah kerja sebagai jurujual di kedai fon, di kedai pakaian. Iya, dua pekerjaan dengan hanya berjalan kaki pergi dan berjalan kaki balik di malam hari.
UPU aku isi sebaiknya, alhamdulillah dapat sambung diploma. Wang pendahuluan PTPTN amat membantu. Aku rahsiakan perihal cek dari semua orang supaya tiada ekpl0itasi duit itu. Di tempat belajar aku pulun habis – habisan.
Akedemik mahupun hal lain. Ketua itu ini, jawatan itu ini. Hanya pensyarah kebajikan pelajar sahaja tahu di hujung – hujung semester muka aku je yang isi borang minta duit nak makan. Tabung pelajar amat membantu.
So bagi sape – sape yang aIami nasib macam aku, cuba la tanya di pejabat HEP tentang tabung itu mana tahu ada rezeki. Masuk sem final, aku nak pakai banyak duit, baju kurung tak berganti tak apa. 2 tahun aku pakai 5 helai baju yang sama ke kelas.
Aku perempuan. Baju kurung aku dah lusuh dan kusam. Tapi yang aku pentingkan duit untuk urusan FYP. Jadi aku mula kerja part time seawal jam 5 sehingga jam 10. Syukur aku ditemukan dengan bos yang baik. Mr Heong.
Balik je jam 10, Mr Heong akan collect duit sale dan closing. Mr Heong ada 5 buah kedai waffle dan aiskrim. Mr Heong juga akan jaga keselamatan aku dengan hantar aku balik. Best dapat merasa naik Mercedes.
Tapi selalunya aku akan tolak dan balik jalan kaki sejauh 3km sebab aku takut orang salah sangka dan fikir bukan – bukan. Dan sterusnya aku ambil ijazah, master dan Phd. Umur 31 aku dah ada Phd, kereta dah habis bayar, suami, anak 3 dan kerjaya yang stabil di bank terkemuka.
Tetapi hingga sekarang aku tidak membenci Makcik Lili, Pakcik Zain mahupun pakcik makcik aku yang lain. Bagi aku, what doesnt kiII you makes you stronger. Alhamdulillah atas ujian.. aku bersyukur diberi ujian sebegitu. – Yang Tak Dianggap (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zai VM : Ya.. betul memang bila kita kehilangan orang tua begitu adat si yatim.. Pernah curi makanan nasi kucing dalam tempurung. Tahu Iuka sangat dalam. Tapi kita manusia tak ke mana. Dend4m hanya meny4kitkan. Lepaskan dan kita akan jumpa sinar. In sha Allah..
Natashaa Shaa : Pelik la manusia ni. Benci. Tapi haIang pulak mak confessor dari ambil dia semula. Tak faham. Apa la ada dalam kepala otak dorang.
Firdaus Azmy : Ini contoh orang ambil kesusahan sebagai pengajaran dan menjadi m4kin baik dan berusaha. Ramai yang hanya komplain je bukan usaha nak ubah nasib. Tahniah confessor.
Mak Ety : Cari lah ibumu yang melahirkan. Semestinya kejayaan mu atas doa beliau supaya Allah sentiasa meIindungmu. Pasti.. itulah doa seorang ibu.
Azie Fazila : Please share what happen to your umi? Dah pernah jumpa? Tak boleh bayang perasaan dia dipisahkan dari anak sendiri. Kalau tak pernah jumpa umi, pergiIah cari dia. Boleh jadi setiap malam dia mendoakan kejayaan confessor hari ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.