7x aku berjaya patahkan skandaI suami, kali ke-8 aku dapat tahu bila dia dah selamat kahwin

Memang habis aku pukuI suami aku ni. Aku keluar dari rumah tu, madu aku dah ambil alih bilik aku. Beberapa mingu selepas tu keluarga beIah perempuan buat majlis kahwin. Aku tak dapat kawal perasaan, aku pergi majlis mereka, aku sampai je mereka tengah berpeIuk nak ambil gambar atas pelamin.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Dah lama aku teringin nak tulis pasal ni sebenarnya. Tentang kisah kami. Kami berkenalan dalam satu program outdoor university, dua universiti berbeza yang jarak keduanya agak jauh.

Pertama kali aku tengok dia memang aku tak berkenan langsung sebab tengok dia dengan pakai seluar pendek atas lutut dan waktu tu aku nampak rambut dia per4ng – per4ng macam dia colour rambut.

Waktu program nak mula sesi baca doa, laju je dia ni ketuai baca doa, tak senang betul hati aku tengok dia ni, dengan seluar pendek tak tutup aur4t tu. Tapi bacaan doa dia ni bukan biasa – biasa, sebutan dia, doa dia, terkesima juga aku sekejap bila aku dengar.

Sepanjang program tiga hari dalam hutan ni, dia ni peramah sangat, sembahyang pun dia jadi imam sentiasa, dengar suara dia baca surah cukup sempurna bacaannya. Memasak pun dia yang jadi tukang masak, dan memang sangat sedap. cuma aku memang masalah dia duk pakai legging pendek dia atas lutut tu.

Kalaulah dia pakai tutup aur4t, aku rasa lama dah aku ngorat dia dulu.. haha. Habis program, aku pun kembali ke desasiswa aku. Dua hari lepas tu dia hubungi aku atas urusan macam – macam lah. Pandai la pulak dia cari macam – macam alasan nak bagi boleh berjumpa.

Tapi kebanyakan alasan pasal program outdoor. Dah j0doh, kejap je kenalnya, kami terus kahwin. Zaman belajar lagi dah kahwin, muda belia lagi. Tahun ni genap 12 tahun kami bersama. Masa yang sangat lama.

Subhanallah perkahwinan usia muda dan jarak jauh bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak ujiannya. Kalau di ingat. Masalah kewangan yang paling utama, ye lah bila dua – dua belum bekerja. Macam – macam kami usaha bersama mencari rezeki.

Alhamdulillah kami berjaya menghabiskan pengajian kami dalam masa yang ditetapkan dan Alhamdulillah kami berdua bekerja di dalam bidang profesional dengan pendapatan yang agak stabil. Kami siap buat rumah kami bersama, semua kami beli bersama.

Perabot – perabot dalam rumah, bilik kami siap aku pilih warna kegemaran aku, warna biru, corak syiling lantai semua kami pilih bersama, 2015 anak kami dah ada 3 orang. Cukup sempurna hidup kami. Suami aku juga antara orang yang disegani di dalam komuniti masyarakat kami.

Dia sentiasa jadi imam di surau kampung kami, raya kadang – kadang dia yang baca khutbah. Terlalu sempurna suami aku ini di mata orang. Ciri dia yang ni juga yang buat aku jatuh hati kat dia sebenarnya. Kadang – kadang bila aku mengaji sorang – sorang, dia duduk dengar sambil main telefon pun dia boleh tegur lagi tajwid bacaan aku.

Oh ya, suami aku dah tak pernah pakai seluar pendek atas lutut lagi, itulah kali terakhir dia pakai seluar macam tu. aku ada tanya juga kenapa pakai seluar pendek atas lutut waktu mula jumpa hari tu, dia kata dia tersalah bawa seluar.

Habis ujian kewangan, ujian lain pulak Allah bagi. Suami aku ni memang masalah dia dari awal kahwin lagi suka betul mengorat perempuan. Tak silap aku dalam 7 orang perempuan yang berjaya aku tamatkan skandaI mereka.

Berapa banyak telefon dia yang aku dah h4ncurkan. Jangan tanya berapa kali cerai yang aku dah minta, tapi dia ni, tak pernah sekalipun lafaz. Sampailah perempuan yang ke lapan ni, aku tak dapat nak haIang dah, sebab aku tahu setelah mereka dah kahwin.

Masa aku tau ni, aku punya giIa, MasyaAllah. Memang habis aku pukuI suami aku ni. Aku pergi rumah perempuan tu, jumpa mak ayah dia. Aku masa tu punya lah s4kit hati, aku keluar terus dari rumah kami, Sewa bilik kosong.

Aku terperap dalam bilik tu macam orang takde hala tuju, kerja pun aku tak pergi. Dua minggu aku duk dalam bilik tu. Adalah juga sekali sekala kawan yang baik datang bawa makanan. Suami ada juga datang pujuk ajak balik.

Tapi aku memang keras hati. Dua minggu tu, 10kg berat aku turun. Sejak aku keluar dari rumah tu, sampai ke hari ini, aku tak pernah tidur lagi atau duduk rumah tu lagi. Madu aku dah ambik alih bilik aku tu. Memang aku yang tak nak balik.

Beberapa mingu selepas aku tahu suami aku berkahwin lain ni, keluarga beIah perempuan buat majlis kahwin diorang. Jangan tanya betapa s4kitya hati melihat suami sendiri naik pelamin dengan perempuan lain, di saat pulak hati ni tengah r3muk lagi.

GiIa! Aku tak dapat kawal perasaan, aku pergi majlis mereka, aku sampai je mereka tengah berpeIuk nak ambil gambar atas pelamin. Agak dahsy4t drama yang berlaku ketika itu. MasyaAllah. Belum ditambah lagi s4kit hati tengok isteri dia up masuk gambar kahwin mereka di FB.

Aku pindah bawa anak – anak jauh dari suami. Aku nekad nak bercerai, setahun turun naik mahkamah urusan cerai kami. Tak pernah sekalipun suami aku setuju nak ceraikan. Dia tetap datang melawat anak tiap bulan, bagi duit belanja.

Aku memang keras hati, dia datang aku memang tak keluar, tak tengok pun muka dia. Memang aku benci dia sangat. Kuasa Allah, tengok usaha dia, kesungguhan dia. Aku jadi lembut hati. Selepas hampir dua tahun kami baik semula.

Selepas itu hampir dua tahun dia ulang alik melawat anak – anak. Jarak dia ulang alik adalah 350km, pergi balik 700km juga. Kadang – kadang dia memandu, kadang – kadang dia tak larat dia naik bus.

PJJ ni ujian ni siksa juga, tapi suami usaha juga untuk sentiasa datang, paling lama dua minggu dia akan datang. kesian juga kadang – kadang tengok dia letih ulang alik tu. Allah permudahkan urusan aku, aku boleh tukar semula ke tempat asal aku bersama suami dulu.

Tapi aku tak duduklah di rumah asal aku, sebab dah ada isteri baru dia. Aku sewalah rumah lain. Tibalah part yang lagi tak best. PoIigami. Madu pulak duk dekat je dengan rumah aku ni. Dalam 5 minit je. Rumah yang aku duduk dulu lah, rumah yang sampai sekarang aku masih lagi bayar ansurannya.

Tapi sebenarnya, suami aku sudah berubah 360 darjah. Jadi suami yang sangat baik. Tersangat baik. Aku sebenarnya takut nak bercerita pasal ni, sebab bila hidup poIigami ni, penuh dengan cemburu ni, menda macam ni pun perkara sensitif.

Ye lah kita manusia kan selalu tengok orang lain, sedangkan bahagian kita yang meIimpah ruah kita tak nampak. Aku cakap ni umum, kepada semua, kepada diri aku juga. Sebab aku pun selalu je g4duh dengan suami tak puas hati macam – macam, cemburu bagai. sana lebih lah apa lah.

Takde menda nak cari g4duh pun aku cari jugak. Suami aku ni, aku buatlah nak buat apapun, dia tak pernah bising. Aku pergiIah nak pergi mana pun, dia tak pernah haIang, aku nak belilah apapun, dia tak akan haIang.

Kadang – kadang dia bagi lagi duit. Aku nak tido dua hari tak bangun pun dia tak marah. Aku tak nak masak sebulan pun dia tak marah. Aku bungkus lauk kat kedai tiap hari pun takpe, dia tetap akan makan tanpa komen apa – apa.

Aku masaklah tak sedap macam manapun dia tak pernah komen, dia makan je. Kadang – kadang aku tak mampu habiskan sebab teruk sangat rasanya, elok je dia habiskan sepinggan. Sampai kadang – kadang aku terfikir, suami aku ni dah kena mandrem dengan aku ke, hahaha.

Dan yang memang dari dulu, dia pandai masak, dia akan selalu masak apa yang aku minta dia masak. Aku ni je yang setiap hari kerja buat dia s4kit hati, ade je menda yang aku nak ungkit, ade je menda yang aku nak cari g4duh.

Kadang – kadang datang angin aku, aku m4ki hamun dia tak ingat dunia dah. Dia diam je, sabar dia tahan marah, sampai merah merah telinga, paling teruk dia keluar rumah naik kereta. Lama sikit dia balik semula.

Tak pernah tak adil giliran bermalam dia. Dah bertahun tahun sejak dari aku kerja jauh tu lagi, tak pernah dia lupa setiap malam mesej i love u dan telefon sebelum dia tido kalau kami tak tido sekali. Walaupun kadang mai angin aku, berhari – hari aku tak baIas pun mesej dia.

Dan dia tak pernah marah pun. Sentiasa dia mesej minta maaf salah silap dia. Tak pernah dia jemu mesej aku. Aku boleh kata, dia kenal aku sangat – sangat. Takde orang lain yang kenal aku sebaik dia, dia tau semua aku suka makan, dan dia tak pernah lupa untuk beli special part yang aku punya kalau dia keluar beli makanan, selera kami berdua jauh berbeza..

Dia tau macam mana nak handIe kalau aku datang per4ngai giIa aku. Dia memang tahu macam mana nak beli jiwa aku time aku str3ss pasal kerja. Buat suami aku, terima kasih kerana sentiasa sabar denganku, sentiasa redha, sentiasa memaafkan, sentiasa ada setiap saat aku perIukanmu.

Sentiasa memenuhi permintaan aku. Terima kasih, sampai ke hari ini masih menjadi sahabat aku. Sentiasa menjadi imam solatku, menjadi guru dalam setiap keputvsan aku, terima kasih atas nasihatmu. Memang aku sentiasa seperti budak kecik bersamamu walau dunia luar melihat aku seorang insan hebat dan kuat.

Hanya kamu yang tahu betapa tidak sempurnanya diri ini. Minggu lepas ibu mertua aku meninggaI dunia. Melihat suami aku meguruskan segala urusan arw4h, dari mengesahkan kem4tian, laporan polis untuk dapatkan sijil, urusan memandikan dan mengk4fankan, solat jen4zah sampailah memasukkan arw4h ke Iiang Iahad, dan menanam arw4h, semua dia uruskan.

Aku yang melihat dari jauh di tanah perkubvran ketika kamu di dalam Iiang lahad. Hanya satu doaku, semoga j0doh kita ini sampai ku menutup mata, dan kamulah yang menghantarku ke tanah perkubvran dan memasukkanku ke dalam liang Iahadku. InsyaAllah.

Aku minta maaf banyak, aku memang isteri yang tidak sempurna buatmu. Terima kasih atas segala kebaikanmu .Hanya Allah yang mampu membaIasnya. – Anonymous (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Athirah Laksana : I feel you, im in your shoes too. Isteri pertama jugak. Ape amvkan tak buat? Semua dah tapi laki tetap sayang aku, aku tetap sayang laki aku. aku pernah join ask fynn jamal aku persoalkan kenapa Allah uji aku dengan poIigami?

Jawapan simple tapi padat.. Allah uji aku poIigami sebab aku kuat kt ujian tu, Allah uji dia dengan anak aut1sm sebab dia kuat bahagian tu.. betul kan?

Maryam Annur : Sis.. you tulis ni mesti sebab you nak pendapat netizen kan. No satu banyak sis cite pasal rumah tu. Amik jelah balik. Takyah pend4m – pend4m perasaan. Harta sendiri. dan kalau laki sis memang baik dia pulangkan balik rumah tu.

Sebab sis yang usahakan. Kalau tak sampai m4ti sis simpan dalam hati rumah tu aku bayar. Lepas tu akan jadi punca perg4duhan seterusnya. Kedua isteri yang baik tu tidak m4ki hamun suami. Kalau perkahwinan itu tidak mampu menjadikan sis taat dan sentiasa mem4ki hamun itu bukan petanda yang baik. Ape pun semoga yang terbaik untuk sis.

Isterinya Halim : Allahuuu.. Berkat kesabaran Allah baIas dengan kebahagiaan. Saya pon kadang – kadang fikir cam ni juga, sebab suami bukan hak milik kita sepenuhnya,1 hari mesti dia akan pergi di miliki orang lain atau Allah ambil.
Tahniah puan, kerana kuat dan redho ikhlas menerima madu.

Baharudin Ricky : Saya sebenarnya berat nak komen. Sebab nampak dia pun nak terima hakik4t dah dimadukan. Kesian Puan ni sebenarnya. Laki dia hebat bermain. Habis kata – kata manis dia bagi kat Puan. Saya nampak Puan ni macam nak bagi sedap hati dia je ni. Nak pujuk hati dia.

Suami ulang alik jenguk anak, dah anak dia kot. Sape tak sayang anak. Semua barang yang Puan beli tu guna duit Puan juga kan, memang husband tak marah, kadang – kadang je dia bagi. Memanglah dia tak marah.

Bertuah husband dah tak perlu fikir cost untuk beIah Puan. Tambah untung boleh bawak bini muda lagi duk rumah. Bertuah. Setiap malam mesej i love u. Satu je nak cakap, kalau ‘i love u’ dia tu betul – betul dia maksudkan, takkan ada yang kedua. Husband Puan ni nak senang je sebenarnya.

Emam Ismail : Ketahuilah puan tt, walau sekeras mana pun hati puan, walau sek3jam mana pun puan dah buat kat suami puan. Jutaan wanita di luar sana akan tetap cakap puan yang betul, suami puan tetap orang yang paling jah4nam walau dia baik macam mana sekali pun.

Pilihan di tangan puan sama ada nak tunduk dengan pandangan jutaan wanita di luar sana, atau kembali taat kepada suami yang sangat puan benci itu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.