Aku kelirulah, aku jaga opah ni dpt pahala ke dpt d0sa sbb aku selalu marah dia

Umur opah aku ni baru pertengahan 70-an tapi aku nampak macam dah 90-an. Aku ni sibuk kerja dari rumah tapi setiap hari dia suruh aku urut. Opah tu muda je lagi, boleh uruskan semua sendiri tapi bila datang per4ngai malas dia, makan pun kena hulur kat tangan. Ada satu benda yang dia tak malas..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, maaf kalau tulisan aku berbunyi entah apa – apa. Aku bukan jenis yang pandai bercerita, bercakap pun jarang. Aku nak minta padangan. Aku masih ada seorang opah (mak kepada ibu aku).

Sejak arwah atuk meningg4I 10 tahun lepas, opah tinggal di rumah anak – anak secara rotation. Balik kampung hanya waktu raya sahaja atau waktu rotation. Opah ni kiranya mudah jaga. Siapkan air teh o dan nasi putih ikan masin seekor pun dah cukup.

Lauk lain dia reject, tak nak makan. Air kosong lagi la dia tak nak minum langsung. Aku yang cucu ni yang risau sebab opah dah tahap 4 buah pinggang rosak, tambah peny4kit lain lagi. Hidup berg4ntung pada ubat.

Nampak macam senangkan kutip pahala? Opah hanya makan, tidur seharian. Umur baru pertengahan 70-an. Kadang  – kadang aku lupa ingatkan umur dah cecah 90-an dari gaya bahasa tubuh dan pembawakan opah.

Kenapa aku tanya lubuk pahala ke lubuk d0sa? Ibu, abah, kakak dan adik lelaki bekerja seperti biasa. Opah hanya nampak aku kerja dari rumah dan adik student saja kat rumah 24 jam. Tapi kami pun busy urusan sendiri.

Tiap pagi sebelum mula kerja, aku / ibu akan prepare air teh o panas dalam satu jug dan ikan masin untuk opah letak atas meja makan. Nasi saja tak hidang awal sebab opah makan nasi panas saja. Kalau opah nak makan nanti baru dia panggil.

Bermula fasa aku meIenting sebab aku dan adik student dah jaga siang hari, mengharap penghuni rumah lain jaga malam hari pulak. Tapi sorang pun hanya pandang sepi. Langsung buat opah tak wujud.

Opah ingat kami yang 24 jam dirumah tak ade urusan sendiri. Tiap kali nampak muka / dengar suara kami mesti panggil suruh urut dia. Ibu? Jangan bagi ibu uruskan opah. Kami anak – anak yang s4kit telinga dengar bebeIan ibu tak henti.

Urut opah 5 minit saja pun. Sekolahkan opah yang lama. Dah la suara sekuat – kuatnya macam kawal 100 murid kat dewan perhimpunan. Opah kalau ikut umur masih muda, masih boleh uruskan diri sendiri. Mandi sendiri, berjalan, cuma solat saja kena duduk atas kerusi sebab s4kit lutut.

Tapi malas opah ni meletihkan mentaI. Sepanjang hari tidur, kena k3jut bangun untuk makan / mandi. Kena p4ksa untuk solat. Kadang – kadang dia tak bangun walau kena k3jut macam mana sekalipun untuk solat.

Tapi kalau sebut pasal makan, panggil nama sekali saja dah bangun. Bab solat paling “Iiat”. Ada saja alasan s4kit, tak Iarat. Padahal bangun duduk pegi toilet, makan laju saja. Time nak dekat maghrib dia akan tidur sampai ke isyak.

Lepas tu bangun untuk minta makan dan urut belakang mengadu s4kit sendi. Setiap hari. Kalau waktu siang, time dia tak tidur, dia akan merungut, “Ya Allah, kenapa tak Iarat sangat ni. Kenapa s4kit belakang sangat ni.”

Meminta untuk cucu – cucu urut belakang. Lepas tu sambung baring / tidur. Dengar saja orang masak kat dapur, keluar suara happy tak s4kit tanya, “masak apa tu?”. Bab makan tak pernah lupa. Siap marah aku kalau lambat masak / hidang makanan kat dia.

Tapi bab ubat yang dah 10 tahun makan tiap hari tu dia buat – buat lupa. Malasnya opah kalau boleh dia tak nak berganjak dari tempat tidur (depan tv ruang tamu). Air / makanan / ubat semua kena hulur kat tangan.

Jangan harap dia nak bangun sendiri ambil padahal semua dah hidang atas meja makan. Dah habis minum / makan, akan p4ksa aku ambil bekas dia bawak masuk dapur. Walhal nanti dia akan menyusul basuh tangan jugak.

Opah takut gelap, tidur nak kena ada lampu. Takut s4kit, kalau rasa tak selesa sikit saja mengomel tak henti. Takut m4ti tu lagi la… Tapi dia tak takut Tuhan. Takkan la tiap kali waktu aku dan ibu kena bebeI cerita az4b kubvr?

Tapi hanya bebeIan ibu saja buat opah bangun dan solat. Tapi satu waktu tu saja la. Kadang – kadang dia tak buat pun. Duduk dan termenung, lepas tu sambung tidur. Aku jenis mulut takde insurance. Dengan sapa – sape saja aku boleh temb4k kalau aku rasa tak betul.

“Ibu, opah ni ada s4ka ke sampai malas teruk macam ni?” Kadang – kadang aku pasang zikir kat tv, opah suruh tutup sebab ulang benda yang sama saja. Zikir kan kalau sejam tu memang ulang ayat yang sama saja.

Kadang – kadang aku pasang surah harian, dengan harapan opah ikut sebab bila aku suruh baca Quran alasannya mata dah kabur. Tapi tahu – tahu opah masuk tidur siap berselimut. Tapi !!!! Kalau aku bukak lagu sepanjang hari, lagu yang sama berulang, dia tak tegur pun bosan ke suruh tutup ke.

Kalau buka cerita Pramlee lagi la dari awal sampai akhir boleh tengok. Tak tidur pun takpe. Tiap hari ibu tanya aku, “kakak, apa yang kita buat ni berd0sa ke? Marah – marah opah. Kita ni dapat pahala ke dapat d0sa jaga opah ni?” – Kakak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shamsul B Abdull : Kepada confessor, anda sekeluarga belum layak menjaga opah. Dari pengakuan confessor kata dia mulut memang tak jaga, keIuhan dan kutukan dan bebeIan, mungkin anda dan ibu hanya menjemput d0sa (saya tak pasti, tuhan lebih mengetahui).

Banyak lagi yang nak kena belajar adab, sopan, sabar dan kendalikan orang tua. Sebaiknya, putvskan rotation dan skip turn family anda. Tunjukkan confession ni kepada adik beradik yang lain. Mungkin mereka faham. Kesiannya orang tua tu.

Biskut Marie : Tak boleh move on dengan confession ni. Ada sedih, marah, kesian. Semua bercampur aduk. Dik, Makcik ni baru awal 40an, s4kit k3ncing manis, d4rah tinggi dan buah pinggng (buat diaIisis). Memang dah macam nenek adik tu lah.

Selalu s4kit – s4kit badan, s4kit – s4kit sendi, penat (kalau ikut istilah confessor : malas). Masih tetap bekerja sebab banyak hutang nak bayar tapi balik kerja memang melepek lah. Balik diaIisis pun memang lembik terus.

Nak minum air pun terp4ksa mintak anak tolong ambik. Gerunnya hati bila membayangkan anak makcik yang tulis confession ni. Nak – nak pulak mungkin lepas 10 tahun lagi, waktu dia dah berkerja, berkeluarga, ada laki nak dijaga dan..

Umur makcik dipanjangkan, Allah belum nak ambik. Masa tu mesti lagi lemah, lagi tak larat, mesti lagi sensitif.. Nak main fb pun silap – silap mata dah tak nampak.Kalaulah anak melayan dengan kasar, sambil mengh3rdik atau memetir, mau rasa tak terhalal segala jerih perih membesarkan dia.

Jadi, perIukah makcik doa cepat m4ti biar tak terbaca confession macam ni dari anak – anak sendiri?? Terasa sangat rasanya pagi ni..

Suhaila Syahida ; Sesiapa yang nak komen suruh sabar, cakap biasalah per4ngai org tua, mengata TT dah penat nak jaga dan cuma bagi alasan itu ini. Mohon sendiri bersabar dan muhasabah dulu. Kalau belum pernah jaga orang tua begitu, jangan komen.

Kalau ada anak yang buat kita sendiri hilang sabar bila diorang buat per4ngai, jangan komen. Betul, orang tua ni diorang akan berbalik jadi per4ngai budak tapi bawa eg0 org tua. Susah ke senang? Ada pengalaman jaga full time baru komen ye.

PS : TT, buka saje ayat – ayat ruqyah dan ayat quran tu, kalau Opah tak ada s4ka pun, biarlah hari – hari tua dia diiringi alunan al Quran. Dan saling beri motivasi pada ibu anda untuk terus jaga Opah. Tak apa, s4kit hati dan kecewa diIukai boleh diubati, tapi kecewa meny4kiti orang ni boleh bawa m4ti.

Aufa Kayla : Saya faham apa maksud confessor. Ye, 70-an masih muda, lebih – lebih lagi bila pencen umur 60. Masa untuk pertingkatkan secara eksponen amal ibadah. Tapi tu lah. Ada kala uban di rambut, rasa s4kit yang berpanjangan tidak menyebabkan kita sem4kin hampir dengan Allah.

Kita tahu m4ti itu pasti dan sangat hampir tapi amalan kita seolah – olah kita akan hidup seribu tahun lagi. Ini saya mengata diri sendiri. Cuma, bersabarlah menjaga org tua, baca ruqyah, sesungguhnya Allah yang memegang hati h4mbaNya. Semoga ada peluang taubat, semoga s3tan tak mengganggu jiwa yang lemah.

Mila Suriani Ab Rahman : Saya dah lalui semua ni masa jaga arw4h nenek, memang menguji kesabaran kita yang menjaganya. Setiap kali nenek buat macam – macam per4ngai dia yang menyusahkan kita, saya akan istighfar untuk diri saya dan untuk nenek.

Masa dia ok, saya akan duduk dekat dia, saya ajak dia sama – sama berselawat. Saya akan layan dia sampai dia kata penat dah berselawat. Tak kira la berapa kali di baca selawat tu. Kadang – kadang nenek mintak saya urut belakang dia, saya akan urut dan selitkan bab agama, kadang – kadang saya akan tanya dia apa yang dia ingat masa muda dia.

Dia akan cerita macam – macam kenangan dia, lepas tu saya akan tarik dia baca selawat pulak. Bila dia nak tido saya cakap kalau nak tido nenek kena baca syahadah dulu. Baca 3 kali pun tak pe dah. Masa tu saya pun ikut la bertahliI dengan dia sampai dia lena.

Tapi, kalau masa dia tengah naik angin, macam – macam akan keluar dari mulut dia. Dia m4ki kita yang basuh b3rak dia, suap dia makan ni. Sekarang semua dah jadi kenangan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.