Janji tinggal janji. Lelaki tu lari, maka tinggallah saya dengan perut yang ada baby. Sudahlah saya tak dapat habiskan pelajaran dan ada hutang pendidikan yang perlu saya bayar. Lagi perit saya dimasukkan ke penjara atas kesalahan hamil di luar nikah.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya Atun (bukan nama sebenar). Saya nak bercerita kisah silam saya bukan bertujuan nak membuka pekung di d4da tapi, ambillah pengajaran di sebalik kisah saya. Juga bukan bertujuan nak mengalakkan melakukan kesalahan yang sama yang telah saya lakukan.
Janganlah hampiri z1na sebab sengsara atas perbuataan tu sangatlah azab di dunia pun Allah dah tunjuk. Kira – kira berbelas tahun dahulu saya pernah melakukan kesalahan yang sangat besar dalam hidup saya. Saya pernah melanjutkan pelajaran di ipta, saya seorang pendiam dan berasal dari keluarga yang sederhana.
Ditakdirkan Tuhan saya bertemu dengan seorang lelaki cinta pertama saya. Dia banyak menolong saya tapi rupanya bersebab. Kami terIanjur dan saya mengandung. Dia tahu kehamilan saya dan berjanji akan bernikah dengan saya.
Tapi janji tinggal janji. Dia lari maka tinggallah saya dengan perut yang ada baby. Jadi, saya tak tahu nak buat apa. Saya malu. Pada waktu itu saya hanya fikir bvnvh diri. Saya tak makan tak minum hanya menangis saja.
Bergerak – gerak baby dalam perut m4kin saya sedih m4kin kuat baby bergerak. Waktu itu saya sedang berfikir macam mana cara nak bvnvh diri. Terjun lombong kah.. g4ntung diri kah.. sebab saya rasa tak layak untuk hidup.
Keluarga saya sudah tahu mengenai kehamilan saya, kesian ibu saya. Terp4ksa menanggung malu atas perbuatan saya. Sampai pada satu hari, saya nekad nak bvnvh diri sebab tak sanggup nak tanggung malu pada hari mendatang.
Sudahlah saya tak dapat menghabiskan pelajaran dan ada hutang pendidikan yang perlu saya bayar. Berat sungguh masalah saya. Saya menangis sepuasnya dimeja bacaan saya. Pada waktu itulah saya terpandang sebuah tafsir Al Quran.
Saya tergerak untuk mengambilnya dan saya selak pada selakan yang kedua mata saya terpaku pada surah An Nissa di mana terjemahannya berbunyi, “Dan janganlah kamu membvnvh diri sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap kamu”.
Allahu rabbi terasa laju air mata saya mengalir. Allah tahu apa yang saya sedang fikirkan. Saya ambil wudu dan saya solat selepas sekian lama saya tinggalkan solat. Saya menangis semahunya dan saya minta ampun atas d0sa dan niat saya yang mahu bvnvh diri.
Saya minta dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk mengharungi masalah ini. Dan benar – benar Allah permudahkan urusan saya walaupun perit. Saya telah dimasukkan ke penjara atas kesalahan hamil di luar nikah.
Tapi saya telah dijamin oleh kawan arw4h ayah yang saya panggil Pakcik Mid (hubungan arw4h ayah dengannya terlalu rapat sehingga dah dianggap seperti saud4ra). Beliau lah yang menanggung kos bersalin. Pakcik Mid memilih di hospitaI swasta kerana mahu menjaga aib saya.
Banyak bantuan yang saya dapat dari keluarga dan saud4ra mara saya.. tilam baby dan barangan baby. (Semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Mid dan mereka yang menolong saya ini di dunia dan di akhir4t). Sampai waktu saya bersalin maka lahirlah seorang baby boy.
Sebelum lahir baby ni saya dah berjanji nak serahkan kepada seorang wanita kak Era namanya yang berasal dari Kedah untuk diambil menjadi ank angkat sebab dia dah lama kahwin tapi tiada anak. Bila lihat wajah baby saya tak sampai hati pula nak serah kepada kak Era.
Saya rasa sayang pada baby. Mujurlah kak Era faham dan kak Era tak jadi mengambil anak saya bila tengok saya meraung. Ibu saya pun tak sampai hati nak bagi cucunya pada orang lain. Sekarang saya perlu mencari kerja.
Allah mudah kan juga urusan saya. Saya dapat kerja yang berhampiran rumah dengan gaji RM350 sebulan. Terp4ksa saya ik4t perut sebab perlu membayar hutang ptptn. Anak saya alhamdullilah sihat dan sangat mudah menjaganya.
Sekarang baby boy tu dah berumur 19 tahun. Hutang ptptn yang berpuluh ribu mampu juga saya langsaikan dengan permulaan gaji RM350 pada tahun 2002 dan habis bayar pada tahun 2012. Kehidupan saya? Saya menjadi seorang “single mother”.
Bayangkan lah macam – macam yang saya tempuh dengan h1naan orang, menjadi bahan umpatan.. Kalau nak cerita memang tak habis. Tapi saya tak kisah. Sebab saya dah ambil tanggungjawab penuh atas kesalahan saya.
Orang nak mengumpat mengutuk biarlah saya hanya pekakkan telinga je. Alhamdulllilah saya mampu menjalani ujian ini tanpa bvnvh diri, tanpa buang baby. Allah dah kata dia takkan uji seseorang melebihi kemampuan seseorang.
Ye saya beruntung sebab family.. saud4ra mara.. jiran – jiran banyak memberi sokongan dan bantuan. Sebab itu lah jika ada masalah tak kira masalah apa pun rujuklah kepada Allah. Minta pada Allah permudahkan urusan.
Sekarang baru saya nampak hikmah atas semua ni.. Allah kurniakan kepada saya anak lelaki yang baik dan banyak menolong saya.. kalaulah dulu saya buang dia.. saya lah sejahat – jahat manusia. Kepada lelaki yang mengh4ncurkan hidup saya tu, mungkin sekarang dah berkahwin dengan seorang perempuan yang baik – baik dan dikelilingi anak – anak.
Saya tak boleh kata apa dan dapat apa – apa pun. Tapi suatu hari di sana pasti saya akan dapat keadilan dari Tuhan yang maha Adil. Semoga kau bahagia dan baik – baik ye. Terima kasih pada yang sudi membaca luahan saya yang saya pendam berbelas tahun ni. – Atun (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Wan Atira Wan Mohamad : Saya tak pernah komen di sini tapi hari ni saya nak komen. Tahniah buat akak berjaya harungi sesungguhnya akak seorang yang kuat lalui ujian di dunia ini. Dan saya percaye akak seorang yang sangat berhati mulia dan baik. Semoga Allah membaIas kebaikan disetiap ujian yang telah akak harungi.. keep postive.
Siti Rahmah : I feel wanna hug you now Atun. I envy u. Really. I mean In a good way. U have a good son. Some girls still looking for husband to have child, some people struggling with marriage to have a child. But you have one, and now your life are blessed with alots of love.. Alhamdulillahhh..
Ikeen AB : Alhamdulillah dik. Rasa menitis air mata membaca kisahmu. Semoga segala tohmahan yang di tanggung menjadi asbab Allah ampunkan d0sa- d0samu. Biar kita h1na di mata manusia asal jangan h1na di sisi Allah.
Tahniah sekali lagi. Kak doakan semoga Allah melimpahkan rahmatnya dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhir4t. Amin… Ingat.. semua orang pun tidak sempurna. Jangan rasa rendah diri. Semoga adik kuat.
Peah Peah : Ajarlah anak lelaki untuk menghorm4ti setiap wanita / gadis atas muka bumi ini. Jangan mainkan perasaan dan jangan rosakkan anak orang kalau tak de niat nak kahwin. Ingat wahai lelaki anda juga akan berkahwin dan bakal ada zuriat keturunan. Kifarah untuk anda juga tidak terlepas.
Nitrogen Bicarbonate : Atun sayang, kita mungkin nampak h1na di mata manusia. Tapi, bila kita dah taubat, darjat kita diangkat dan pandangan Allah pada kita mulia. Percayalah, manusia yang mengh1na lebih h1na dari yang dih1na.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.