Saya terper4ngkap pinjam duit dengan Ahl0ng sebab saya tak ada duit. Bila Ahl0ng cari, suami hantar saya balik rumah mak. Saya dipukuI sebab suami marah saya curi duit dia. Tapi saya tak ada duit nak beli susu anak..
#Foto sekadar hiasan. Berilah peluang kepada saya minggu ini untuk beri sedikit nasihat ataupun peringatan kepada pembaca semua. Khususnya kepada gadis – gadis yang ingin berkahwin, kalau boleh cuba elakkan diri dari menjadi teman hidup kepada 6 sifat yang ada pada kaum lelaki yang saya rasa cukup buruk boleh bawa pasangannya ke hospitaI giIa.
Pertama jangan cari bakal suami yang tidak solat, bersifat somb0ng b0ngkak, pemb3ngis, kedekut, kaki pukuI dan tidak suka kepada kaum keluarga kita. Jika tidak semua, tiga daripada sifat ini ada dalam diri teman lelaki itu, ia sudah cukup membuat anda mer4na dan mend3rita.
Nama saya Emelia Huda. Saya bercakap daripada pengalaman sendiri yang cukup tersiksa jika lama bersamanya pasti saya masuk Tanjong Rambutan. Bekas suami saya ini, Hus bukan sahaja k3jam, s0mbong, kedekut, tidak solat dan pemb3ngis, malah dia sanggup menjatuhkan maru4h saya di hadapan kawan – kawannya, semata – mata kerana dia sudah bencikan saya.
Kami berkenalan semasa menjalani latihan praktikal di sebuah syarik4t. Perkenalan pertama membuat hati saya terpaut. Saya tertarik kepadanya kerana saya lihat dia cukup baik, berbudi bahasa, mengambil berat, saling membantu dan suka senyum bukan sahaja kepada saya, tetapi orang lain.
Rupanya itu hanya sandiw4ranya, sifatnya sebaliknya dan amat buruk. Persahabatan berterusan selepas kami bekerja dan seterusnya bertukar jadi kekasih. Tetapi selepas setahun berkenalan, barulah saya dapat lihat siapa dia sebenar, bukan seperti yang dia tunjukkan selama ini.
Saya tahu dia sombong, suka mengh1na saya, m0ody dan paling kedekut. Tetapi entah mengapa saya terlalu sayangkan dia. Saya juga tahu dia panas baran, saya sering kena tengking, Tetapi memikirkan kami sudah lama berkawan, saya tolak tepi keburukannya, sebaliknya mengharapkan dia akan lebih sayangkan saya bila kami kahwin nanti.
Pendek kata sepanjang perkenalan kami beberapa kali dia lahirkan rasa benci, tak sukakan saya, tetapi saya yang b0doh ini terkejar – kejar, tercari – cari dan sentiasa merendahkan diri, tunduk kepada semua kehendaknya.
Contoh panas barannya, bila dia suruh saya tunggu dia di suatu tempat, dia datang lambat saya terp4ksa tunggu 2 atau 3 jam, tetapi dia tak datang, telefon pun tidak. Akhirnya saya balik. Tetapi dalam hati masih takutkan dia.
Tetapi kalau saya terlewat 5 minit dia m4ki saya depan orang ramai, dan pernah Iempang saya dan tuduh saya buat dia macam orang b0doh. Walaupun saya minta maaf minta ampun, tetapi dia tetap m4ki saya. Pendek kata sepanjang kami berkawan saya tak pernah senang hati, sentiasa takutkan dia, tetapi saya masih mengharap kami akan berkahwin juga satu hari nanti.
Dan bila sudah ada anak dia akan berubah. Saya masih ingat dengan kesalahan yang sedikit dia ugvt putvskan hubungan kami, saya punyalah takut, minta ampun, minta maaf. Saya semb4h kakinya, tetapi dia ter4jang saya sampai terIentang.
Peristiwa itu berlaku depan kawan baiknya. Bila saya bangun dia Iempang lagi. Itulah kemuncak akhir pengabdian saya pada Hus, dan saya kira episode percintaan kami sudah tamat. Tetapi lepas 2 bulan dia pujuk saya semula.
Saya kembali mencintai dan mengabdikan diri padanya. Ding dong, ding dong, 4 tahun berlalu, akhirnya dengan campur tangan emak ayah saya kami bertunang. Ketaatan saya pada Hus melebihi taat dan sayang saya kepada emak ayah saya sendiri.
Saya gambarkan kepada emak, Hus yang terbaik. Hinggakan beli kasut dan baju sendiri saya kata Hus belikan. Tetapi keburukan kelakuan saya sejak berkawan dengan Hus, saya jadi anak yang suka berbohong, balik lewat saya kata kerja, tetapi keluar dengan Hus.
Mak tanya dah banyak simpanan, saya kata banyak, sedangkan simpanan kosong saya habiskan untuk beli cinta dan kasih sayang Hus terhadap saya. Ketika berkawan dengan Hus emak melihat perubahan saya, dulu saya lah kakak paling baik, peramah dengan adik beradik.
Suka berbual, bergurau dan suka berjalan adik beradik, tetapi berkawan dengan Hus saya berubah suka mengunci diri dalam bilik, tak suka berbual, muka saya lebih banyak suguI daripada ceria. Emak amat bimbang dengan perubahan diri saya, tetapi saya sendiri tak pernah peduli keadaan diri saya.
Akhirnya kami berkahwin, cuma 7 bulan sahaja saya rasa kebahagiaan, selepas mengandung, sedikit demi sedikit per4ngai Hus kembali seperti dulu. Suka bersungut, cepat marah jika saya tak bersihkan rumah. Saya lewat balik kerja, dah maghrib baru sampai. kerana jarak rumah dengan tempat kerja terlalu jauh.
Sedangkan dia 20 minit ke tempat kerjanya, sebab itu dia beli rumah dekat tempat kerjanya. Dia bersungut kalau terlupa tutup air atau suis lampu. Cuci pakaian mesti guna tangan tak boleh guna mesin. Sebab tak mahu campur seluar dengan baju, atau baju kerja dengan baju rumah, seluar pun kena asing seluar kerja dengan jeans.
Banyak lagi syaratnya, kalau salah pasti kena marah. Kemuncak hilang sabar saya bila Hus tuduh saya sengaja bubuh garam lebih pada masakan. Dia berleter macam nenek kebayan. Kerana tak tahan saya menjerit – jerit, dia kata saya giIa.
Tetapi dia berleter tak pulak giIa. Ketika itu saya cari pis4u nak tet4k tangan saya, dia terk3jut suruh saya sabar. Katanya dia marah sebab saya degil, tak makan nasihat. Saya tak pernah terniat nak buat salah, tetapi kalau setiap kena marah, kena leter dengan kesalahan kecil, saya naik beng0ng dan takut nak buat kerja dalam rumah, sebab apa saja yang saya sentuh dalam rumah itu semuanya salah, sebab Hus sentiasa berleter b0dohkan saya.
Itu peristiwa sebelum ada anak, bila anak lahir dia jadi lebih kedekut, berkira nak keluar duit. Alasannya duit tak cukup kerana dia kena bayar ansuran rumah, bil utility dan minyak motor. Jadi semua benda lain dia suruh saya uruskan.
Dia beli rumah sebelum kami kahwin, sebaik saya masuk ke rumah itu dia buat ubahsuai rumah, jadi duitnya dah habis. Sedangkan saya kerja di KL kena naik komuter, LRT dan teksi, kalau tidak lambat ke tempat kerja. Dan saya kena bagi emaknya duit untuk jaga anak, beli susu, lampin dan makan minum kami, jadi mana saya ada banyak duit, gaji pun bukan banyak sangat.
Saya dibenarkan tengok anak seminggu sekali. Sebab balik lewat ke rumah. Tetapi bila anak s4kit, saya kena ambil cuti jaga anak. Gaji kena p0tong jadi macam mana nak uruskan belanja rumah. Hus tak membantu. Kerana selalu sangat cuti saya diberhentikan kerja.
Ketika itu saya benar – benar tertekan. Hus marah sebab dia tak ada duit nak ambil alih tugas saya, sedangkan tanggung jawab bagi makan anak isteri tugas dia. Jadi kalau anda di tempat saya apa anda buat. Bila anak sembuh saya cari kerja lagi tak berapa jauh dari rumah.
Terp4ksa pulak beli kereta sebab nak hantar anak, dan nak ke tempat kerja. Ketika itu saya terper4ngkap pinjam Ahl0ng sebab saya perIukan duit, Hus tak mahu keluar belanja. Bila Along cari saya kerana tak bayar hutang, Hus bertindak k3jam dia hantar saya balik ke rumah emak ayah saya, katanya dia tak sanggup jaga saya, tetapi dia ambil anak.
Emak ayah terk3jut, merekalah bantu selesaikan hutang Along. Mereka hairan mengapa saya boleh terlibat dengan Ahl0ng. Habis hutang Hus ambil saya balik. Tetapi dia tetap tak berubah, suruh saya uruskan makan minum keluarga dan anak.
Dia terlalu sombong sebab saya tumpang duduk rumahnya, dan kedekut kerana saya bekerja. Katanya saya mesti berbelanja untuk rumah bukan harapkan dia seorang sahaja. Saya fikirkan bila saya diambil semula tentulah Hus sudah berubah, tetapi tidak.
Saya jadi sem4kin tertekan. Kalau emak tak bayar hutang Ahl0ng tentu saya m4kin giIa. Kali ini perbuatannya banyak membuat saya jadi seorang yang meIawan cakap suami. Saya tanya apa tugas dia sebagai suami dan ayah.
Kerana meIawan saya pasti dapat peIempang. Pada saya dia jadi s0mbong kerana dia ada rumah. Dia kata saya isteri tak bersyukur dapat suami yang ada rumah masuk rumah cuci kaki. Saya kata saya tak kisah kalau duduk rumah setinggan pun kalau suami tahu tanggungjawabnya sebagai ayah dan ketua keluarga.
Oleh kerana persengketaan sering berlaku, badan saya jadi sas4ran dia melepaskan geram. Kemuncak kek3jamannya dia tumbvk mata dan muka saya. Selepas disep4k ter4jang semuanya kerana saya dituduh curi duitnya.
Kalau dia tahu saya tak ada duit, dan anak perlu susu dia sepatutnya pergi beli, bukan marahkan saya tuduh tak tahu jimat belanja. Nak jimat macam mana kalau ada suami tapi tak bertanggungjawab. Kerana ced3ra ditumbvk pada mata dan muka saya buat laporan polis dan pemeriksaan doktor.
Sebelum saya failkan kes ke mahkamah dia ceraikan saya dan tak dibenarkan ambil anak sebaliknya diberi pada emaknya. Katanya saya boleh lawat anak seminggu sekali, tak boleh bawa balik dan tidur dengan anak. Apa ni?
Sedangkan anak baru berusia 2 tahun lebih. Kerana tak puas hati, saya failkan kes ke mahkamah tuntut anak. Hakim putvskan anak kepada saya sebab bimbang anak akan diced3rakan. Suami dibenarkan melawat 4 jam seminggu.
Sudah pasti Hus bantah, tambahan saya tuntut nafkah RM500 sebulan. Kami guna peguam. Tetapi peguam saya dan peguam Hus berunding, akhirnya peguam saya pujuk saya terima RM300 sebulan. Saya tak setuju kerana upah pengasuh pun RM350 sebulan, tetapi peguam saya pujuk, “kan saya bekerja terima sajalah!” Boleh?
Kini sudah 3 tahun bercerai Hus masih tak mahu tambah duit nafkah, katanya saya kerja kenalah keluar belanja. Memang dia kedekut dan sombong. Namun saya tetap akan ke mahkamah lagi minta tambahan nafkah.
Pada kesempatan ini saya ingin nasihatkan gadis – gadis yang nak kahwin, kalau dah tahu teman anda itu ada 6 daripada 6 per4ngai buruk seperti di atas tadi tolong jangan kahwin dengannya. Tak pasal – pasal hidup anda akan mend3rita.
Macam saya, dah tahu Hus kaki pukuI pun masih nak kahwin juga, nasib saya bercerai awal kalau tidak pasti saya masuk Tanjong Rambutan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.