Aku dah siap beli tali dan dah ik4t, tinggal sangkut leher je. Ya, tali g4ntung..

Waktu kecil mak kandung nak buang aku sebab ayah lari ikut perempuan lain. Tapi ibu angkat halang dan jaga aku sampai aku besar. Kami memang duduk berdua sehinggalah aku besar. Aku nampak ibu bersusah payah menjaga aku hinggalah aku kerja. Beberapa hari sebelum dapat gaji pertama ibu aku meninggaI dunia…

#Foto sekadar hiasan. Dari kecik aku membesar dengan ibu aku, ibu aku ni sebenarnya bukan ibu kandung aku. Ibu aku cerita waktu dia muda, kawan dia ni ( mak kandung aku ) nak buang aku sebab suami dia ni lari dengan perempuan lain. Tapi ibu aku halang dan nak jaga aku. Ibu aku ni anak yatim yang membesar dekat rumah anak yatim yang kena tinggal depan masjid waktu umur baru berapa minggu. Jadi dia taknak aku rasa benda yang sama.

Jadi kami ni hidup berdua tak saud4ra mara tak ada kenalan. Sebab lepas ambik aku jadi anak dia, mak kandung pindah ke negeri lain. Kami berdua duduk dekat rumah flat 4 tingkat dua bilik. Awalnya, setakat menyewa tapi lambat laun tu. Tuan rumah sebenar, dia terdesak nak duit perlukan banyak juga. Kebetulan ibu ada duit sejumlah tu. Jadi ibu pun beli rumah ni. Lepas beli rumah tu kami tak ada duit simpanan jadi memang kena berjimat cermat. Tapi yang penting setiap bulan tak payah bayar duit sewa. Jadi hilang sikit bebanan.

Rumah kami memang tak ada peti sejuk atau mesin basuh. Biasanya memang ibu atau aku basuh dan sental baju pakai tangan. Selalunya ibu yang basuh aku pula yang pulas baju tu dan jemur. Lenguh juga sebenarnya. Ibu pula kerja kedai makan. Subuh 6 pagi dah keluar dan balik 6 petang.

Biasa kalau cuti aku akan kerja. Kerja mudah, kedai runcit pasar tolong kedai jual goreng pisang. Dapat lah berapa ringgit. Kadang – kadang tu kalau ibu nak belikan sesuatu aku rasa takut, tengok harga mahal semua. Tapi ibu cakap tak apa. Aku selalu kalau boleh memang “takpelah bu” kalau kasut k0yak pun aku diamkan. Kalau ibu tahu nanti dia mesti nak belikan yang baru. Biasa kalau tapak k0yak tu aku pakaikan sahaja. Selalu aku tolong kerja nanti ada makcik pakcik cakap ada baju seluar sekolah dengan kasut dia nak buang, tapi tak jadi sebab nak kasi aku.

Nasib baiklah muat. Banyak kerja aku buat dan semua duit aku dapat tu aku simpan. Nak beli mainan macam budak lain payah juga. Setakat pinjam main sekejap je. Habis SPM aku ingat nak kerja terus. Tapi ibu marah, sebab result aku bagus jadi dia p4ksa aku sambung belajar. Aku waktu tu takut juga pasal hal duit semua ibu pula sorang.

Tapi dah ibu suruh aku pun pergi. Sambil belajar aku sambil kerja. Habis belajar aku terus kerja, waktu hari conv0cation aku cakap dengan ibu nanti kalau dapat gaji pertama tu kita pergi keluar makan seafood. Ibu tak makan ayam, tapi seafood dia makan. Selama kami hidup berdua cuma sekali je makan luar. Makan kfc ke mcd tu semua pun merasa sebab jiran kasi.

Tapi sayang, lagi berapa hari aku nak dapat gaji pertama ibu meninggaI. Waktu ni aku … Tapi aku teruskan hidup. Kerja siang malam balik office petang aku kerja malam aku kerja. Sabtu ahad cuti tu pun aku kerja, bab sosiaI tu memang aku kurang.

Rasanya 6 tahun aku kerja non stop. Kecuali cuti raya. Hari yang lain kebanyakkan aku kerja.

Sampai sekarang aku menetap dekat rumah flat lagi. Kalau dulu rumah ni kosong. Sekarang aku dah letak mesin basuh peti sejuk tv, sofa. Kalau dulu setakat bentang toto atau tilam nipis tidur sekarang dah ada katil. Kalau dulu setakat ada satu kipas sekarang aku dah pasangkan penghawa dingin.

Lepas 6 tahun berkerja aku rasa penat. Aku berhenti kerja, bos aku terk3jut. Aku cuma kasi tahu yang aku ada masalah. Aku berhenti aku duduk rumah. Waktu siang aku kemas rumah dan masak. Malam pula aku berjaga, cuba resipi baru. Bil air api pun setakat berapa puluh. Kereta aku dah habis bayar rumah pula tak perlu bayar apa.

Aku duduk je rumah, kalau nak keluar pun tengah malam untuk buang sampah. Sebulan 2 kali aku belanja nak re-stock makanan dan benda penting. Aku rasa tak nak bercakap. Aku nak hidup dalam rumah ni, rumah aku ni dunia aku. Orang k3tuk rumah, bagi salam aku biarkan. Aku buat tak tahu. Kawan telefon aku biarkan. Aku tukar nombor telefon.

Sepanjang dua tahun aku duduk rumah sorang. Bab duit aku tak ada masalah aku ada simpanan. Lagipun sepanjang aku terperap dekat rumah tu, aku belajar cara buat duit gunakan iklan dan banyak lagi. Setiap bulan tu aku boleh 3-4 ribu. 2 tahun tu aku duduk rumah macam – macam resipi masakan kek kuih yang aku buat. Aku rasa dalam 2 tahun tu aku cuma bersosiaI dengan tempat cashier je.

Jadi lepas 2 tahun aku rasa makin penat. Waktu ni aku rasa macam sensitif, mudah menangis. Rasa macam sunyi sangat hidup. Waktu ni aku ada terfikir nak suic1de. Aku siap beli tali dan dah ik4t tinggal s4ngkut leher je. Tapi tak jadi, tali tu aku cuma biarkan. Makin hari aku makin penat. Rasa makin susah nak bernafas. Tak boleh tidur, siang malam asyik nak menangis. Pagi waktu bangun tidur badan aku berat. Aku tak boleh nak bangun.

Aku cuma mampu pandang syiIing dan sekeIiling aku. Tali g4ntung tu masih ada dekat situ. Aku pun bangun dan cuba s4ngkut leher aku dekat situ. Lepas beberapa saat aku turun dan keluar rumah. Waktu ni aku rasa macam tak betul. Aku turun bawah masuk dalam kereta buka enjin duduk dalam berpuluh minit dan drive sekeliling kawasan.

Aku drive jauh lepastu aku patah balik. Aku pergi satu tempat. Kedai makan. Kedai makan jual nasi campur ibu kerja dekat kedai makan ni bertahun – tahun. Kadang – kadang aku ikut ibu. Kedai ni tak berubah langsung. Tapi sekeliling dia ada rumah tinggi bangunan tinggi. Aku pun makan dekat situ.

Tengah makan ni, aku nampak macam ibu aku tengah ambik order. Aku apa lagi menangis dekat situ. Nasib baik tak ada orang. Akak dekat situ dah c0nfuse. “Adik okay tak, kenapa ni ?” Aku bayar dan balik. Malam tu aku cabut tali g4ntung tadi. Aku cari kerja baru. Dalam seminggu aku dapat kerja.

Waktu tu, aku baru rasa boleh bernafas. Bercakap dengan orang. Keluarkan suara. Berjalan, ketawa. Dan banyak lagi. Duit gaji aku yang pertama aku masih simpan. Aku simpan dalam sampul surat dan aku letak surat. Dalam tu aku letak gambar aku dengan ibu dan aku selitkan dalam buku 555 ibu.

– Rahman

Komen Warganet :

Athirah Zainal

Serius masa baca ni memang imagine confessor ni perempuan. Apapun, moga sentiasa tabah dan kuat. Banyakkan pergi masjid, majlis – majlis ilmu. Cari kawan – kawan yang boleh nasihat dan berkongsi cerita. Moga Allah permudahkan juga bertemu dengan pasangan hidup. Mungkin dah kahwin nanti hidup lagi bahagia dengan kehadiran orang baru.

Fatmawati Ahmad

Rahman..

Arw4h ibu Rahman dah usahakan beri segala yang ibu lain beri. Rahman tak ada kekurangan sebenarnya. Rahman dah ada kehidupan, yang arw4h ibu seIamatkan. Mungkin dah sampai hidayah untuk Rahman, berikan kehidupan pada insan lain juga. Pada bayi – bayi yang senasib, pada mereka yg memerlukan. Insyaallah Rahman akan rasa kehidupan baru yang Rahman rasa kehilangan tu..

Sheila Abdul Hisham

Bila akak baca perlahan – lahan dan menghayati setiap luahan yang kau tulis. Tak terasa airmata akak menitik, akak selami jiwa dan perasaan kau macam mana. Allahai.. Kosong, sunyi dan hampa di dalamnya.

Kesiannya…

Bangkitlah dik, buka pintu hati untuk lembaran baru, belajarlah bersosiaI dan hadirkan diri dalam majlis ilmu. Akak faham memang berat untuk kau bangkit apabila semangat hati dah jatuh dan tersungkvr macam ni, tapi ini bukan caranya kau mengakhiri kehidupan, kerana perjalanan kau masih panjang,

In’shaa Allah satu hari nanti akan hadir insan yg berhati mulia boleh menerima kamu yang seadanya..

Allah tak zaIim dik, kiranya Allah bagi kau ujian yang seberat ini, ini kerana Allah telah memilih kamu untuk menjadi insan yang istimewa yang mungkin ada syafaatnya di kemudian hari. Sabarlah dik, carilah di mana Nur Hidayah Allah tu yer!

Ikhlas akak doakan semoga Allah swt sentiasa meIindungi kamu. Ada duit pergiIah umrah dulu dik. Mana lah tau di sana nanti kamu akan peroleh ketenangan jiwa dan dapat Nur Hidayah Allah.

Nurul Izzati

Menangis baca cerita ni. Sebenarnya awak masih tengah sedihkan kehilangan seorang ibu? Yelah, ibu pergi pun meng3jut. Tak boleh bayang kalau diri sendiri ada dekat tempat awak. Pape pun, good job Rahman. Tahniah sebab berjaya keluar dari kesunyian tu. At least, sekarang u ada sosiaI life. Bukan senang nak keluar dari safe zone dan depr3ssion. Terutama sekali, dah dua tahun hidup macam tu. Hope u jumpa kebahagiaan lagi di masa akan datang.

Fazira Abdullah

Dear Rahman,

Carilah Allah, rindu yang teramat s4kit ialah, rindu kepada orang tua yang telah tiada. Rindu yang tiada penghujung.  Semoga terus tabah, jaga solat, jangan sesekali tinggal solat. Isi masa dengan baca Al-Quran, kalau tak pandai, pergi kelas dan belajar, isi masa dengan perkara yang bermanfaat dan hadiri majlis-majlis ilmu. Infaqkan harta, sebarkan kasih sayang. Cari masa ke rumah anak yatim dan orang tua – tua. SeIami hati mereka, sebarkan kasih sayang kepada mereka. InshaaAllah, Allah akan berikan kamu lebih lagi. Doa saya buat kamu, Semoga Allah kurniakan kamu kekuatan untuk terus menjalani kehidupan, semoga Allah kurniakan kamu hidayahNya, semoga Allah temukan kamu dengan ibumu di Syurga nanti. Aminn