Kaklong berkeras nakkan lelaki tu, umurnya sudah separuh abad, jalan tempang. Gaji laki tu pon hanya 1/3 sahaja dari gaji kaklong aku. Hinggalah pada tahun lepas, semua terb0ngkar. Kaklong dah tak tahan sangat untuk menanggung segala beban. Mengucap panjang mak dan ayah bila mendengar kisah Kak long.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum nama aku Anita, aku pertama kali tulis dekat page Confession ni. Sebelum ni hanya jadi pembaca je. Harini aku nak cerita sikit, tapi bukan pasal hidup aku, tapi pasal hidup Kak long aku.
Kak long aku ni merupakan seorang penjawat awam, dia orang yang hebat, dia sangat berdikari, masa dia bujang dia selalu travel luar negara. Setahun 3, 4 kali dia pegi luar negara secara backpacker. Kak long seorang yang happy dan suka bantu orang lain.
Kak long berbadan besar, jadi dia rasa itu tanggungjawab dia untuk mengangkat kawannya yang patah kaki untuk naik ke kelas di tingkat dua masa dia sekolah dulu. Lepas tu balik rumah, dia mengadu dekat mak pinggang dia s4kit.
Alahaii Kak long – Kak long. Kalau dia balik kampung, dia akan beli hadiah macam – macam untuk mak ayah aku, adik – adik dia, sed4ra mara dan jiran – jiran. Tak pernah berkira cumanya dia agak boros sikit la. Tu aku mengaku la sebab dia jenis tak berkira bab duit, duit habis tak kisah.
Hidup dia berubah lepas dia kahwin. Lepas 3 tahun bekerja, dia buat kepitvsan untuk berkahwin dengan pilihan hati dia. Mulanya mak ayah aku macam tak setuju sebab laki tu tak mempunyai apa – apa. Hanya kerja kerani je.
Gaji laki tu pon hanya 1/3 sahaja dari gaji kak long aku. Lelaki tu pulak berjalan tempang dan umurnya sudah memasuki separuh abad. Mak ayah aku mesti la dah kenal per4ngai anaknya, jadi mereka tak setuju untuk kak long aku berkahwin dengan lelaki tu.
Bukan kerana mereka mata duitan. Mereka yakin dia tak akan dapat jaga kak long dengan elok. Tapi sebab Kak long berkeras nak kan lelaki tu, mak ayah hanya turutkan jua keinginannya dan yakin tu sudah j0doh Kak long.
Hidup berumahtangga mesti ada pasang dan surutnya. Tapi selepas sebulan mereka berkahwin, kak long menangis telefon mak, rupanya suaminya ditahan polis kerana air kencing mengandungi d4dah ketika roadblock. Terduduk kami semua.
Apalah ujian Kak long kali ini. Usia perkahwinan baru setahun jagung. Mak lah yang keluarkan duit simpanannya untuk menjamin laki Kak long tu. Duit Kak long dah habis untuk majlis kahwin dan honeymoon yang semuanya ditanggung oleh Kak long sendiri.
Seronoknya dia kahwin free. Aku tak tahu la apa yang buatkan kak long kahwin dengan dia. Mungkin mulutnya yang manis. Dia suka berjanji itu dan ini, tapi h4ram habuk pon tak ade. Lepas tu, mereka hidup macam biasa.
Ada sesekali kak long telefon mak mengadu nasib dia, kadang – kadang dia larikan diri bila dia tak tahan nak hadap per4ngai suaminya. Ada suatu hari kak long telefon mak, bagitau nak bvnvh diri, tapi tak cerita pula perkara yang sebenar.
Mak ingatkan hanya berg4duh biasa, mak hanya pujuk saja la, biasa la hidup berumah tangga, kena terima per4ngai suami isteri. Hari berganti hari, Kaklong mula bangkit, macam – macam bisnes Kaklong buat untuk bantu rumahtangganya di samping kerja hakikinya juga.
Dalam hati aku, rajinnya Kaklong buat bisnes nonstop, tak penat ke dia. Tapi kadang – kadang ada juga Kak long pinjam duit aku, bulan ni sesak sikit katanya. Aku pon bagi saja la, malas nak bertanya macam – macam dan nak syak bukan – bukan.
Rumahtangga dia, pandai – pandai la dia bina. Hingga lah pada tahun lepas, semua terb0ngkar. Kaklong dah tak tahan sangat untuk menanggung segala beban. Dia minta tolong mak untuk jenguk dia dan keluarkan dia dari rumah mereka.
Dia tak tau ke mana nak dituju dan seperti anak kecil yang diik4t kakinya. Kak long dah penat nak simpan a1b suaminya. Kak long cerita dari A sampai Z per4ngai suaminya. Mengucap panjang mak dan ayah bila mendengar kisah Kak long.
Tidak terduga kami kisah hidupnya sampai macam ni sekali. Dia menyesal dia dah pilih orang yang salah untuk jadi suaminya. Rupanya suami Kak long ialah biawak hidup. Sudah setahun tidak bekerja kerana pecah amanah dan hidupnya hanya mengambil dan menghantar kak long kerja semata – mata kerana Kak long tidak mempunyai lesen.
Selebihnya semua tugas Kak long. Kak long la yang harus kemas rumah, memasak, sediakan rumah, kereta, motor. Semua bil – bil rumah Kak long yang bayar. Suaminya juga suka bermain jvdi online, bila Kak long tak dapat nak bagi duit untuk dia, dia akan pinjam dekat ahl0ng.
Duit bonus kerja Kak long habis buat bayar hutang ahl0ng yang suami dia pinjam. Barang kemas habis digadai. Motor yang ayah hadiahkan untuk Kak long pon mereka dah jual. Tak tahu la apa lagi yang tinggal untuk kak long.
Kalau tak bayar, nanti ahl0ng cari Kak long di tempat kerja. Duit gaji kak long habis untuk bayar hutang je. Mak dan ayah la yang dok bantu kewangan kak long sekarang ni. Nak harapkan suaminya, tak habis – habis salahkan Kak long.
Sebab Kak long la dia main jvdi, sebab dia bosan kak long abaikan dia. Kak long pemalas, Kak long abaikan dia di tempat tidur. Kak long itu Kak long ini. Semua salah Kak long bagi dia nampak besar tapi salah dia main jvdi, pinjam duit ahlong, ambil d4dah, tak bekerja, tak bagi nafkah zahir dekat Kak long itu kecil saja dan salah yang remeh – temeh.
Belum lagi bab mertua dan ipar – ipar kak long yang pengikis. Kesian kak long. Sekarang ni alhamdulillah kak long dah bercerai dah pon dengan suami nya. Tolong doakan dia semoga dia cepat move on dari suaminya yang parasit tu.
Dan semoga Kak long temui kebahagiaan yang sebenar dalam hidup dia. Kak long terp4ksa bermula dari bawah balik hidup dia. Hidup sehelai sepinggang berseorangan. Semoga bekas suami dia dah tak kacau Kak long lagi.
Kepada Kak long, terus berju4ng, kami sekeluarga akan tetap bantu Kak long keluar dari masalah Kak long. Mak dan ayah akan sentiasa support kak long. Cukup la bertahun tahun Kaklong pend4m dan simpan a1b suami.
Sekarang sudah tiba masa untuk Kak long kembali ceria seperti Kak long yang dulu. Kepada suami suami di luar sana, hargai la isterimu yang dah terima kamu apa adanya. Perbaiki la diri kamu sebelum berkahwin supaya kamu tidak mengani4yai pasangan mu.
Dan cukupkan la ilmu – ilmu dunia dan akhir4t mu supaya kamu dapat membimbing keluarga mu ke jalan yang diredhai Allah. Kepada isteri – isteri yang sedang mend3rita, bangkitlah dari kes4kitan yang kamu rasakan.
Lengkapkan diri kamu dengan ilmu yang bermanfaat dan berguna untuk masa hadapan. Janganlah jadi isteri yang hanya menurut sahaja kehendak suaminya kalau itu akan mendatangkan mud4rat. Isteri juga punya hak. Dan keluarlah dari perkahwinan ini kalau ia meny4kitkan. – Anita (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Siti Khuzaimah Yahya : Kepada anak – anak dan adik – adik di luar sana, jika ibu kata jangan, bersangka baiklah. Patuhlah kepada nasihat ibu bapa. Dalam perkahwinan memilih pasangan sekufu sangat penting.
Sudah banyak kali kita dengar kisah sebegini, memang ada yang boleh hidup bahagia tapi sikit sangat, lebih banyak yang mend3rita. Alhamdulillah kak long terlepas juga dari biawak hidup.
Itulah penangan cinta yang boleh mebutakan segalanya. Segala keburukan dan nasihat sudah tak nampak dan tak diambik kisah kerana terlalu yakin dengan cinta.
Masyitah Mas : Nasihat kepada semua wanita di luar Sana, jangan terdesak sangat nak kahwin. Kalau nak kahwin boleh, selidik dulu berbincang dengan ibu bapa. Kadang – kadang Allah bagi petunjuk tu melalui ibu bapa kita.
Jadikan cerita ni sebagai pengajaran. Semoga Allah gantikan kak long dengan j0doh yang lebih baik daripada sebelumnya.
Iezaa Zain : Awal – awal lagi mak bapak dah rasa tak sedap hati tapi cinta itu buta. mata dan hati kak long dah dibutakan dengan manisnya kata – kata lelaki tu. Kesian kaklong jadi h4mba suami, nasib baik boleh bercerai mudah, boleh move on. Selepas ni harap kaklong insaf dan lebih berhati – hati pilih suami ya. Dengarlah cakap mak ayah yang lebih dulu makan garam.
NurAz Wan : Ntah kenapa dan selalu sangat baca kisah macam ni, dah hilang rasa simpati pada orang macam kak long ni, sebaliknya rasa geram. Kata handal sangat, berdikari, siap badan besar.
Tapi degil dan nak kahwin jugak dengan orang yang tempang lagi tua,. Dah tu dah nampak per4ngai sebenar, masih nak bertahan, entah atas sebab apa. Kasihan dekat ibu bapa yang dapat anak macam ni.
Penat besarkan dan beri pelajaran yang terbaik, tapi akhirnya dengan sukarela jadi h4mba tebusan pada orang lain. Kepada anak – anak perempuan di luar sana, jika nak berkahwin tolonglah dengar pendapat ibu bapa kita.
Janganlah diikutkan sangat rasa cinta saja. Takut menyesal dikemudian hari, sekarang ni ramai orang lelaki yang suka ambik kesempatan.
Anita Kamaruddin : Saya Anita dan seorang kak long dan tak ade kena mengena pun dengan cerita ni. Saya harap dijauhkanlah dari takdir hidup macam kak long dalam cerita ni. Mungkin silapnya kak long degil, tak dengar cakap orang tua, nak juga kahwin walaupun dah diIarang.
Mungkin sepatutnya bawa kak long berubat sebelum kahwin dulu takut – takut dia dah terkena ubat guna – guna dengan lelaki tu sampai tergiIa – giIakan orang yang macam tu. Sihir ni wujud. Dalam Quran pun Allah sebut.
Bawa la kak long tu berubat. Kat jalan kebun, Shah alam, ada satu pusat tahfiz, boleh berubat cara Islam kat situ, ustaz Zul. Kalau rasa tak percaya sih1r, bawa la kakak pergi jumpa kaunselor bertauliah untuk perbaik balik mentaI dan em0si dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.