Semuanya bermula sejak PKP 2.0, suami ajak mak mertua duduk sekali. Aku dan suami memang kerja di rumah, freelancer. Setiap hari mertua suruh aku masak 3 kali sehari dan kena lauk yang berbeza. Akibat tak tahan suami aku buat keputvsan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warganet. Aku Awan, berumur akhir 20an dan baru – baru ini disahkan menghidapi tekanan perasaan yang teruk. Macam mana aku dapat “benda” ni?
Aku ceritakan seringkas dan semudah yang boleh untuk difahami. Semua bermula dengan PKP 2.0. Mertua aku diajak suami aku tinggal bersama kerana tak boleh merentas negeri.
Mertua aku sudah kem4tian suami dan suami aku adalah anak tunggal nya. Pada mula nya aku okey saja sebab aku pun tak risau kalau demam s4kitnya datang, sekurangnya kami boleh bawa dia ke kIinik atau hospitaI.
Maklumlah, orang berusia selalu saja tidak sihat. Untuk memudahkan pembaca aku kongsikan poin – poin utama punca tekanan perasaan yang aku hadapi di bawah.
1. Aku dan suami memang freelancer jadi memang dari dulu lagi kami WFH sambil jaga dua orang anak kami yang berusia 5 tahun dan 10 bulan.
Bekerja dari rumah sangat memenatkan lagi lagi kalau sambil menjaga anak jadi selalunya makanan untuk sarapan, tengah hari dan makan malam kami akan beli atau masak simple saja asalkan perut tak berbunyi.
Tapi sejak mertua aku datang hidup aku berubah 360 darjah. Hari – hari ibu mertua aku akan suruh aku masak untuk sarapan, tengahari dan malam. Pagi harus makanan yang berat dan wajib ada sekurangnya 1 jenis kuih. Tengahari dan malam lauk harus yang berbeza.
2. Mertua aku akan perlekehkan aku asyik menghadap handphone dan PC sedangkan memang kerja aku memang menggunakan handphone dan PC. Bila ada saud4ra mara telefon dia akan canang cakap “menantu kak mah ada je ni menghadap handphone dari tadi”.
Dia tak tau kalau aku tak hadap handphone dan PC ni maka kebuIurlah kami anak beranak. Sehabis mungkin aku cuba berborak ambil hati dia sambil buat kerja tapi dia yang selalu tak mahu berborak dengan aku.
3. Suami aku pula setakat ni ok, membantu juga tapi mertua aku akan bising kata yang semua kerja tu sepatutnya isteri yang buat, bukan suami. Jadi sebab malas nak dengar yang tak sedap aku mengalah dan pikul. Semua benda
Tipikal Melayu semua diserah pada perempuan sedangkan zaman sekarang ni isteri turut sama membanting tuIang cari rezeki. Jadi apa salahnya kalau bekerjasama dalam hal rumah tangga? Aku penat fizikaI dan mentaI dengan melayan anak, melayan mertua dan melayan pelanggan aku.
4. Cara aku memasak, cara aku p0tong ikan, cara aku masak nasi semua salah di mata dia. Sedangkan suami aku ok saja dan kata sedap. Pernah beberapa kali lauk yang aku masak dia buang dalam tong sampah sebab tak sedap. Bukan makanan manusia katanya.
5. Kain baju kami anak beranak selalu aku basuh 2 atau 3 hari sekali untuk jimatkan masa aku tapi hari – hari dia akan bising supaya aku basuh baju hari – hari. Sehinggakan aku tak ada masa untuk buat kerja aku kerana terlalu sibuk buat kerja rumah dan menjaga hati dia.
6. Untuk ke rumah ibu aku seminggu sekali pada hujung minggu yang jaraknya 15 minit perjalanan menaiki kereta pun dia perlekehkan. “Orang dulu dulu tau beradab kalau ada mertua datang rumah tak adanya nak keluar ke sana sini.”
Itu yang diulang ulang setiap minggu. Jadi tak kan selama dia di rumah kami aku perlu abaikan ibu bapa aku? Selagi merentas negeri tidak dibenarkan jadi aku tak boleh berjumpa ibu bapa aku yang jarak rumahnya sek4ngkang kera dari rumah aku?
7. Kalau suami aku ada dia akan cakap pada suami aku yang aku jenis isteri tak boleh harap. Menyesal kahwinkan anaknya dengan aku. Aku sendiri dengar dari mulutnya dan suami aku sendiri ada ceritakan.
Macam – macam perkara dia adukan pada suami aku tapi semua suami aku tak pedulikan sebab dia sendiri tahu per4ngai ibunya. Aku dan suami aku memang selalu berkongsi masalah dan suami aku sendiri mengaku yang dia tertekan sejak ibunya ke rumah kami.
Pernah sekali dia ternaik suara pada ibunya sebab ibunya b0dohkan aku dan ibunya merajuk 3 hari tak bercakap dan m0gok lapar. Akhirnya aku dan suami mengalah dan minta maaf.
Hanya memikirkan dia orang tua yang entah berapa lama lagi ada di dunia ni dan malas untuk panjangkan perteIingkahan. Aku faham dia risau kalau ibunya sorang di kampung walaupun rumah rumah jiran yang merupakan saud4ra maranya sendiri ada berdekatan rumahnya.
Aku sendiri pada mula nya tak kisah jika ibu duduk dengan kami. Tapi akhirnya aku di rumah aku sendiri tapi aku rasa seperti menumpang. Semua apa yang kami nak buat, nak makan WAJIB minta kebenaran dia.
R4cun yang aku telan sem4kin lama sem4kin menghakis jiwa dan logik akal aku. Aku mula termenung, mula tak bercakap, mula tidak pedulikan keliling aku termasuk anak anak.
Susu aku drop sampaikan anak aku yang kecil terp4ksa minum susu tepung. Apa yang mertua aku cakap tak lagi masuk ke telinga aku sampai dia canang pada jiran keliling rumah aku yang aku menantu yang tak suka kan mertua.
Aku rasa kosong. Aku rasa tak dihargai dan dalam otak aku cuma fikirkan untuk bvnvh diri. Aku tak mampu lagi kawal perasaan aku. Aku tak mampu lagi jaga jiwa aku.
Suami aku sedar akan perubahan aku dan segera menenangkan aku. Aku tau dia rasa bersalah. Ditelan m4ti mak, Diluah m4ti isteri. Sikit pun aku tak salahkan dia sebab aku tau di mana syurganya. Sebaik mungkin.
Aku cuba jaga syurga itu tapi sesungguhnya aku tak mampu. Sem4kin lama aku sem4kin teruk tidak terurus. Dan setelah suami aku berbincang dengan aku, dia mengizinkan aku pulang ke rumah ibu dan duduk selama mana aku mahu sehingga aku betul – betul tenang.
Alhamdulillah sekarang keadaan aku beransur pulih. Sudah genap seminggu aku di rumah ibu. Hari – hari suami aku akan call dan video call. Dua tiga hari sekali akan datang tengok aku dan anak – anak.
Mak mertua aku? Hari – hari akan mer0yan kata aku isteri yang tak elok, menantu yang derh4ka tak beradab. Suami aku katakan pada aku yang aku tak perlu pedulikan ibunya. Biarkan ibunya begitu sendiri.
Semua yang berlaku suami aku sendiri ceritakan pada ibu bapa aku. Alhamdulillah ibu bapa aku bukan jenis yang menyimbah minyak pada api sebaliknya mereka banyak menasihatkan aku dan suami supaya bersabar.
Sehabis mungkin mereka tidak mahu masuk campur hal urusan rumah tangga anak – anak. Sangat berbeza dengan mertua aku dan itu diakui suami aku sendiri. Walaupun kami 8 adik beradik tapi masing – masing tak pernah nak masuk campur urusan rumah tangga adik beradik yang lain.
Benarlah kata orang. Dekat bau t4hi, jauh bau wangi. Tolong lah cepat – cepat tamat PKP. Aku dah tak sanggup lagi telan r4cun di rumah sendiri. – Awan (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Lyana Aziz : Mak saya dulu kena macam ni. Datang nenek mertua tinggal sekali, tuudiaaaa… Macam – macam dia merungut kat bapak saya. Tapi mak saya buat b0do ja. H4ng kata apa aku tak peduli.
Tapi betul la orang tua – tua ni, dia nak kita masak makan pagi tengahari petang, malam. Dia tak peduli kita kerja ke bz ka. Makan dia nak on time. Mak saya dulu kena belajar buat kuih untuk makan petang.
Saya pun pernah tinggal dengan mentua. Bab makan tu memanglah. Tapi saya jenis keras dan ikut kepala sendiri. Kalau sempat aku masak. Tak sempat aku beli. Kalau rajin mengomel itu ini saya akan suruh dia buat sendiri apa yang dia nak buat.
Memang menguji kesabaran. Orang yang hati dia suci murni baik sabar tahap dewa saja boleh tinggal dengan orang tua – tua. Lagi satu orang tua – tua ni masih berfikiran kuno. Perempuan kena layan laki.
Isteri kena buat semua kerja rumah. Suami? Dia dah pi kerja cari duit.. Kesiaannnnn… Dia letihhhhhh. Inilah penyebab konfIik bila duduk sekali anak menantu dia tengok cara urus rumahtangga tu lain dari dia.
Nur Abdullah : Ramai sebenarnya mertua yang macam tu, nak menantu sempurna di mata dia tapi dia sendiri ke laut. Anak perempuan dia pun bangun dah tengahari, masak tak reti tapi sibuk cerita buruk pasal anak orang.
Harap dah jadi mertua nanti saya boleh terima menantu macam anak sendiri dan menantu boleh terima saya macam mak dia, aamiinn
Siti Nor : Ada masanya kita perlu jadi manusia yang hati kering untuk kebaikan diri sendiri. Apa yang mak mertua cakap tu pek4kkan je telinga, buat je aktiviti anda satu family macam biasa.
Kalau dia burukkn kat orang luar, kalau ada peluang bagitau je kerjaya anda memang menggunakan hp dan pc. Pasal makan tu, kalau tak kena kat mata dia suruh je dia masak sendiri, dari membazir buang rezeki.
Penat nak hadap orang macam ni. Tak perlu tinggikn suara atau apa. Sebaiknya pek4kkan je telinga dan buat je apa kita nak di rumah sendiri.
Jamisah Jalaluddin : Bila duk bersama memang begitu. Ada jer yg tak kena. Telinga kena tebal hati kena kentaI. Esok lusa kita pun tua gak. Jangan buat per4ngai yang sama pada anak – anak sudahlah.
Suami kena main peranan, slowtalk bagitau mak tu. Zaman dah berubah biarlah anak – anak tentukan sendiri bagaimana nak kemudikan rumah tangga, beritahu dia keadaan kesihatan isteri dan solat jemaah bersama.
Ajar jaga mak mertua guna kemudahan Internet, ngaji online dan sebagainya supaya dia ada perkara yang dia boleh buat. Dia pun bosan tu. Mudah – mudahan beroleh bahagia akhirnya.
Lynn Ayein Zaidein : Nasib baik dapat suami yang tak menangkan mak sendiri dan biarkan isteri lagi str3ss dengan keadaan sekeliling. Sekurang – kurangnya dia comfort isteri dan dalam masa yang masa tetap jaga hati mak dia sendiri. Sabar lah TT. InsyaAllah semua nya akan pulih seperti sediakala.