Ayah kata nenek pilih kasih, balik dari hospitaI, dpn mata saya nampak ayah ter4jang nenek

Ayah kata nenek cuma bagi tanah pada anak perempuan, sebab tu ayah benci Maksu. Bila Maksu nak kawin, ayah boikot. Dia larikan diri, tak mahu jadi wali, sanggup menyorok dan sempat hasut orang kampung jangan pergi kenduri Maksu. Memang saya percaya kata ayah sehinggalah bila saya dewasa dah tahu apa puncanya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Saya selalu ikuti ruangan ini kerana dapat membaca pelbagai ragam manusia di samping dapat pengajaran. Nama saya Norsyuhada. Di rumah saya merasa amat terpinggir.

Saya sering rasa sedih dan menangis. Jadi sekolahlah tempat saya dapatkan ketenangan sambil berazam untuk belajar bersungguh – sungguh, tujuan saya nak masuk U. Nasib saya baik kerana dapat biasiswa dan seterusnya masuk asrama.

Tetapi setiap kali cuti saya rasa malas nak balik rumah, sebab geloranya terlalu kuat. Ayah saya tak pernah hormat dengan mana – mana wanita termasuk ibunya sendiri. Sebab dia kata nenek pilih kasih, cuma bagi tanah pada anak perempuan.

Masa kecil dulu bila ayah buruk – burukkan nenek saya percaya tapi setelah dewasa saya jadi sem4kin faham dan tahu sebabnya. Sebenarnya nenek dan datuk dah bagi tanah pada anak – anaknya sama rasa, bukan seekar dua, banyak dan ada dua tiga tempat nama ayah.

MaIangnya ayah jual kerana tabiatnya suka berjvdi akhirnya tanah terjuallah. Bila anak – anak sem4kin besar memerIukan banyak duit ayah minta pada nenek, mana orang tua tu nak cari duit, akhirnya dia marahkan nenek sebab bagi tanah dan rumah pada anak perempuan.

Oleh kerana marahnya nenek s4kit teruk dan masuk hospitaI ayah tak pergi lawat. Hinggakan nenek balik dari hospitaI bukan disambut, sebaliknya nenek kena ter4jang. Saya tak tahu puncanya, tapi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri ayah terajang nenek, sebab ayah bertengk4r dengan Maksu.

Tapi mak kata Maksu yang salah, suka salahkan ayah. Pada adik – adik mak boleh tipu, tetapi saya nampak, sebab masa tu umur saya dah 16 tahun. Masa tu mak baik sangat dengan ayah mungkin takut agaknya, sebab barang kemas emak pun habis tergadai.

Bila Maksu nak kawin, ayah boikot. Dia larikan diri, tak mahu jadi wali, dia sanggup menyorok kat rumah pen4gih d4dah kat simpang. Dalam perjalanan ayah hasut orang – orang kampung yang ditemuinya supaya jangan pergi kenduri Maksu.

Ayah s4kit hati Maksu dapat rumah sedangkan nenek dan datuk dah belikan kayu, simen dan batu untuk ayah buat rumah tapi ayah tak buat sebaliknya ayah jual barang tu semua. Habis siapa nak percaya ayah lagi.

Bila tak berduit ayah tak malu duduk rumah nenek jugak yang telah diberikan kepada Maksu, tapi ayah tak mahu bayar duit air dan elektrik, akhirya kena p0tong. Alasan ayah rumah tu bukan rumah dia, jadi buat apa dia bayar.

Sedangkan ayah anak beranak duduk rumah tu berbertahun – tahun, takkan Maksu nak bayarkan dia pun dah pindah selepas kahwin. Masa nenek dan Maksu ada mereka yang bayar. Bayangkan duduk dalam zaman moden sekarang ni bertahun – tahun kami pakai pelita dan guna air hujan, untuk mandi makan minum guna paip kerajaan.

Itu jenis ayah saya. Maksu memang terkilan tak dapat duduk rumah yang datuk dan nenek wariskan kepadanya, tapi dia tak sampai hati suruh ayah pindah sebab kesiankan kami adik – beradik mana nak pergi. Jadi ayah berlagaklah macam rumah tu dia yang punya.

Sebenarnya 2 orang adik lelaki ayah pun macam tu kaki jvdi tik4m ekor, habis tanah pusaka dijualkan bila hutang keliling pinggang. Sebenarnya ada betulnya tanah pusaka diberikan kepada anak perempuan, selamat!

Masa saya dah bekerja, saya masukkan air dan elektrik semula, waktu tu baru saya tahu hutang bil air tertunggak sahaja berjumlah RM2,500 belum masuk bil elekrik. Bila saya minta tempoh sebab tak cukup duit emak meng4muk m4ki hamun saya.

Saya hairan mengapa emak tak tahu bersyukur kerana setelah bekerja sayalah yang sara adik – adik. Yang kat U seorang, tiga orang lagi kat sekolah menengah. Walaupun gaji permulaan saya amat kecil, kerana tak pilih kerja, ambil saja mana dapat, sebab tak suka duduk lama kat rumah, banyak masalah.

Tetapi saya tak bising, saya tak mahu mereka susah macam saya. Tapi, dua orang adik lelaki saya jadi kesayangan ayah sebab anak jantan. Lagi pun mereka tak pernah lihat per4ngai ayah sebab banyak masa dihabiskan di luar rumah dan mereka buat kerja sambilan untuk tambah duit poket.

Bila dah bekerja inilah masanya ayah kikis duit saya. Ayah minta saya belikan motor. Emak pulak kalau tak dapat barang yang dikehendakinya segera mulalah tulis surat penuh sindiran pada saya. Lebih dahsyat dia label saya anak derh4ka.

Setiap bulan orang dapat gaji suka tapi saya menangis, sebab kena tanggung satu famili hinggakan untuk diri sendiri tak cukup. Saya pergi kerja naik bas sebab tak mampu nak beli kereta sendiri. Setelah empat tahun bekerja, sampailah waktunya saya nak kahwin, masa tu ayah tunjuk taring.

Dia tak bagi saya kahwin cepat, dia nak buat saya macam Maksu, bila rombongan lelaki tiba dia menengking dan menghentak kaki. Malu betul, bincang tarikh kahwin banyak saja alasannya. Sampaikan buat kad jemputan pun ayah meng4muk!

Akhirnya makcik kata kadi fully book, dia tak boleh pilih tarikh lain. Masa saya kawin, gempar lagi, ayah buat hal, dia nak lari lagi macam dia buat kat Maksu, tapi ditegah oleh adik beradik mak yang tahu sangat per4ngainya.

Satu lagi per4ngai buruk ayah dia suka meng4muk bulan pada puasa. Waktu itu saya rasa duduk macam ner4ka, sebab dia tak tahan lapar, nak makan malu pada anak – anak. Bila hari raya tiga ekor ayam masak rendang ayah boleh makan seorang, kerana bab makan, ayah tak pernah fikir pasal anak – anak dia. fikirkan dirinya sendiri saja.

Kami cuma makan ketupat dengan kuah kacang sajalah. Bila saya ada anak, saya nak hantar kat nursery, dia marah. Nak ambil pembantu rumah, dia kata jangan. Dia suruh mak jaga. Maksu ingatkan saya, jangan, nanti susah belakang hari.

Tapi saya fikir tentu mereka dah insaf. Betul kata Maksu rumah saya jadi huru hara. Bukan je beban bertambah, ayah ikut pindah ke rumah saya. Akhirnya jadilah kami suami isteri seperti menumpang di rumah sendiri.

Ayah buat saya macam apa yang dia buat kat nenek. Saya beli barang makan tapi, mak masak untuk ayah saja. Tak ada makanan untuk kami, rumah bersepah, pakaian tak berlipat, rumah tak bersapu semuanya saya kena buat sendiri.

Di samping menjaga anak, sebab bila saya balik emak dan ayah masuk bilik dia tak peduli hal kami anak beranak. Kerana terlalu penat kami suami isteri makan kat luar. Selain beli semua keperluan rumah, saya kena bagi emak duit upah jaga anak, belanja dapur, tanggung adik – adik yang duduk dengan saya dan yang belajar kat kolej.

Namun itu semua saya boleh sabar kecuali satu tentang per4ngai emak dan ayah yang suka memburuk – burukkan saya kepada jiran – jiran keIiling rumah. Satu lagi per4ngai buruknya ayah sanggup berg4duh dengan anak saya yang berusia dua tahun berebutkan remote control tv.

Itu buat saya kurang sabar. Nasib baik suami saya penyabar. Masa mengandung anak kedua, saya alah teruk, tapi ayah p4ksa saya pergi balai polis, tolong bayar saman adik lelaki yang kena tangkap. Saya cakap pada mak, saya tak larat.

Bila ayah dengar terus meng4muk. Saya dah tak tahan, saya cakap kat ayah, kalau nak meng4muk, jangan kat rumah saya. Saya dah ada anak, jiran – jiran dengar tak malu ke. Kat kampung rumah jauh dari orang, boleh la meng4muk.

Dia terus diam, tapi pergi kemas beg dia dan balik kampung. Mak menangis kerana ins1den tu. Mak salahkan saya. Mak mogok seminggu suruh hantar pulang. Masuk hari kelapan mak mer4ung kat luar rumah, habis jiran – jiran tengok, mak jerit – jerit maIukan saya, itulah per4ngainya sejak saya kecil.

Mak bagi tahu jiran saya anak tak baIas jasa, sedangkan dia dah habiskan barang kemas dan ayah habis jual tanah untuk sara dan sekolahkan saya. Tapi sebenarnya ayah habiskan duit kerana main ekor dan jvdi itu mak tak cerita.

Tapi saya malas nak Iawan, kalau saya cerita saya juga malu! Lepas kejadian itu ayah mengadu kat adik – adik lelaki saya konon dia terp4ksa keluar rumah saya sebab sengs4ra hidupnya saya buat. Penat ayah cakap emak pun sama dia ikut skrip yang ayah tulis suruh emak baca.

Adik – adik tanpa usul periksa ser4ng saya kat rumah. Itu per4ngai ayah saya. Tak cukup di rumah ayah ser4ng saya di pejabat bercerita yang memburukkan saya kepada rakan – rakan sepejabat. Cukup memaIukan. Mak pulak ayah suruh telefon mertua saya yang dia tak suka dulu, terk3jut mertua saya, kerana mak tak pernah telefon mereka.

Tujuannya hendak memburukkan saya, dia suruh mertua saya carikan gadis lain untuk suami saya supaya saya diceraikan. Lagi mertua saya terk3jut, tapi mertua saya rasional, dia kata buat apa maIukan anak sendiri dan meruntvhkan rumah tangganya, patutnya kita sebagai orang tua doakan kebahagiaan anak – anak.

Terasa malu agaknya, mak saya terus letak telefon. Sekarang dah lebih lima tahun saya tak balik kampung, adik perempuan saya pun tak balik kampung. dia lagi pandai minta kerja kat Sabah supaya emak dan ayah tak ganggu dia.

Dia dah masak dengan per4ngai mereka. Tapi anak lelaki tetap jadi kesayangan ayah walaupun mereka bantu ayah bila teragak saja. Tapi ayah tetap sayang mereka. Yang rugi tentulah Maksu. ada rumah dan tanah pusaka tetapi tak merasa duduk, sebab ayah kawal. Sedih!

Komen Warganet :

Berat sangat ni tt. Selalunya kalau luahan dari seorang anak, mesti salah seorang ibu atau ayah je yang buat hal nars1stik tapi untuk kes TT ni dua – dua sekali. Bila ayah buat jahat, yang si ibu pun menyokong siap join lagi.

Tapi nasiblah TT berjaya jugak harungi sampai ke besar. Tak payah la jumpa diorang buat masa ni. Setakat bagi nafkah semampu mungkin dan sentiasa doakan diorang sudah cukup. Selagi tak berubah, selagi tu diorang akan buat kacau. Bukan apa takut rumahtangga TT plak yang h4ncur.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.