Sebelum kahwin suami berterus terang bahawa dia dah bercerai taIak 3 dengan isterinya tapi masih tinggal sebumbung demi anak – anak. Aku setuju lihat kesungguhan dia memujuk aku dan ibu bapaku. Tapi aku perasan, setiap kali cuti sekolah mesti dia akan cari g4duh supaya dapat ‘merajuk’ balik rumah bekas isteri dan anak – anak.
#Foto sekadar hiasan. Hi, nama aku Linda. Terima kasih admin jika confession aku tersiar. Sedikit pengenalan tentang diri. Umur aku pertengahan 30-an. Berpewatakkan menarik, dan berjawatan.
Aku sudah berkahwin dengan seorang duda yang sedikit berusia dari aku. Untuk pengetahuan smua, perkahwinan pertama suami aku dengan bekas isterinya gagal bukan disebabkan aku.
Biar aku memberikan singkatan S kepada suamiku dan X kepada bekas isterinya. S telah bercerai dengan X selama 2 tahun sebelum aku dan S berkenalan. Tetapi, mereka menyembunyikan perceraian mereka.
S pada masa itu juga menyatakan yang dia masih mempunyai isteri yang sah. Aku hanya berkawan biasa – biasa sahaja dengan S pada waktu itu, kerana aku juga mempunyai ramai kawan lelaki yang lain.
Hubungan aku dengan S menjadi sem4kin rapat apabila S kerap outstation ke tempat aku. Dalam diam, aku meminati S kerana susuk tubuhnya yang tinggi (kerana aku adalah perempuan yang tinggi).
Selama beberapa bulan berkawan, hubungan kami menjadi sem4kin akrab. Aku sem4kin risau memandangkan S ketika itu, masih lagi ‘suami orang’. S juga seperti tidak mahu kehilangan aku.
Kami ‘bercinta dalam diam’ memandangkan status yang masih ‘dipegang’ oleh S. Suatu hari, aku berkata jujur padanya yang aku tak mahu bermadu. Biarkan aku berundur dari hubungan ini. S menahanku dari berbuat demikian.
Aku memberikan kata dua pada S, ternyata S memilihku. Tapi aku masih ragu – ragu. Akhirnya, S berterus terang tentang status mereka. S menunjukkan aku surat perceraian mereka.
Perceraian yang tidak boleh dirujuk atau dinikahi semula, melainkan cina buta. Aku seakan tidak percaya kerana S dan X masih lagi tinggal di rumah yang sama. S menerangkan, itu demi anak – anak mereka yang sedang membesar.
Aku minta S memberikan aku masa untuk berfikir. Dalam masa yang sama, S tak henti – henti memujukku untuk menerimanya. Aku jadi keliru dengan perasaanku sendiri. Aku tak sanggup bermadu, S sudah mengakui, tapi kenapa aku masih sangsi?
S berjumpa dengan orang tuaku untuk merisik dan menceritakan hal yang sebenar. Aku nampak kesungguhan S di situ. Dipendekkan cerita, kami pun bernikah di kampung aku dan majlis sederhana dijalankan.
Selepas bernikah, S berterus terang kepada aku, bahawa X tidak mahu S bernikah lain, demi menjaga perasaan X dan anak – anak mereka. Aku terkedu. Masalah mulai timbul apabila S diuji dengan beban kewangan.
Masalah kemuncak, apabila S mula gagal menyediakan wang ringgit bagi tempat tinggal, makan dan pakaiku. Aku bertahan selama 2 tahun dengan menyediakan keperluanku sendiri.
Bila kami bertengk4r, S akan kembali ke rumah X. Aku juga mengakui silapku, aku selalu mengungkit bila timbul perbaIahan. Aku akan ungkit dari segi duit terutamanya. S pernah beberapa kali kant0i dengan aku tentang hubungan keIaminnya dengan X.
Tapi S menidakkan. Hingga suatu hari, X di dapati mengandungkan anak S. Tapi mereka mengambil keputvsan untuk menggugurkan kandungan tersebut, kerana mereka tiada sijil perkahwinan yang sah untuk mendaftarkan kelahiran di kemudian hari.
Sepanjang perkahwinan kami, aku sering dim4ki dih1na dengan kata – kata kesat oleh S disebabkan perkara – perkara yang kecil. S cakap aku salahkan dia, sedangkan aku hanya menjelaskan, tapi aku terus digeIar b**i, siaI, anak h4ram dan sewaktu dengannya oleh S.
Aku juga pernah dipukuI beberapa kali disebabkan perbaIahan. Aku akui silapku yang seringkali ‘prov0k’ S bila aku inginkan kepastian. Aku pernah meminta S untuk melepaskanku kerana aku rasa perkahwinan ini t0xic.
Ada masa kami gembira, ada ketika aku berduka. Aku perasan, setiap kali cuti panjang atau cuti persekolahan, aku dan S akan berg4duh dan semestinya S akan kembali ke X dan anak – anak mereka.
Aku rasa sedih bila berhari – hari S tiada di sisi aku, langsung tiada pertanyaan khabar dari S tentang diri aku seakan aku tidak wujud baginya. Bila aku ajukan pertanyaan tentang itu, S hanya jawab, “dah berg4duh, apa guna bertanya khabar?”
Sepertinya, S sengaja mencari jalan untuk kami berbaIah agar S dapat bersama X dan anak – anak mereka. Aku juga difitnah oleh X, bahawa aku adalah per4mpas suaminya.
Aku dimaIukan di media sosiaInya sedangkan yang sebenarnya mereka telah pun lama bercerai sebelum kehadiran aku. Bila aku minta simpati suamiku, S memarahiku kembali dengan mengatakan aku sengaja cari pasal mengintai media sosiaI X.
S juga seringkali mengadu dan menceritakan perihal burukku kepada X. Untuk apa, aku tak pasti. Aku ada bertanya – tanya orang lain tentang X, mereka hanya memuji – muji X dengan kebaikkan dan kewarakkannya.
Sedikit sebanyak, aku berasa kecewa. S yang aku kenali dahulu terutamanya sebelum kami berkahwin, adalah seseorang yang sangat aku sayangi. S pandai ambil hati aku, r0mantik, dan membuat lawak.
S juga terlalu ambil berat pasal diriku, hari – hari mengucapkan kalimat cintanya padaku. Membuatkan aku sem4kin sayang padanya. Tapi segalanya berubah sedikit demi sedikit selepas kami berkahwin.
Pastinya, aku sedih bila teringat kembali diri S diwaktu yang dulu. Bila keseorangan, aku rasa sunyi. Aku inginkan zuriat aku sendiri agar aku tidak kesunyian bila S tiada di sisi. Tapi, Allah lebih mengetahui.
Aku pernah berdoa agar Allah tunjukkan aku jalan penyelesaian bagi masalah aku ini. Tapi aku masih lagi buntu untuk tindakan aku yang seterusnya. Aku pernah menyesal kerana tergesa – gesa untuk berkahwin, dan aku juga tak mahu menyesal kerana tergesa – gesa untuk menuntut perceraian dari suamiku.
Adakah aku menyesal menikahi S? Sejujurnya, tidak. Kerana aku juga mencintai S. Yang aku sesali, aku memberikan ruang untuk S kembali ke X atas sikap aku sendiri. Aku akui, terdapat banyak kesilapan aku sebagai seorang isteri kepada suami aku S.
Aku ingin menebus silap aku pada S, tapi aku tak tau bagaimana, kerana X akan sentiasa ada di hati S. Aku ingin S menceraikan aku secara baik, tapi S enggan dan tidak menyatakan sebabnya.
Aku buntu. Aku mohon para pembaca yang budiman dapat memberikan aku nasihat dan pandangan di sebalik kecaman. Jika ada keperluan, aku akan sambung lagi confession ini. Terima kasih dan assalammualaikum. – Lindaaaaa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Sumayyah : Ermm, lelaki yang dah berumur bersekedudukan dengan bekas isteri dan menggugurkan anak yang ko pilih untuk stay lagi sebagai suami ko.. Dan ko ada hati nak zuriat dengan dia.
Percaya la, dia tak punya hati pun dengan ko. Dia lebih sayangkn bekas wife dan anak – anak dia. Ko hanya pelepas nafsu yang ‘halal’ untuk dia.. Kalau dia tak ada ko pun, dia tetap boleh lepaskan nafsu dia dengan bekas wife dia.
Untuk apa ko tunggu dalam perkahwinan yang t0xic ni. Ko sendiri yang jer4t diri ko, ko yang pilih jalan derita.. Suami tu boleh ke bimbing ko dan bakal anak – anak ko nanti, kalau dia sendiri pun jalan ibarat ketam.
Tepuk d4da tanya iman. Ko punya pilihan sama ada nak hidup tenang, bahagia ataupun d3rita..
Puteri Pelangi : Maaf cakap, lelaki tu tiada pendirian apatah lagi agama. Buat solat taubat, tahajud, hajat mintak petunjuk dari Allah dan niatkan yang keputvsan yang dibuat kerana Allah dan agama islam dan tidak redha maksi4t yang suami puan lakukan.
Kalau dapat petunjuk melalui peristiwa – peristiwa negatif yang dilakukan suami, tinggalkan sahaja dan jangan fikir pujuk rayu. Yakinlah Allah dah bagi petunjuk, jalan terus ke depan walau akan tersungkur.
Tapi setiap kali tersungkur, ucap Alhamdulilah sebab yakin Allah akan ganti dengan yang lebih baik dalam semua perkara. Jangan takut, insyaAllah dipermudahkn urusan, aamiin.
Julaiha Shazmira : Puan, tak perlu terfikir untuk ada zuriat bersama suami. Suami jelasnya bukan orang yang bertanggungjawab dan tak mampu untuk menjadi contoh teladan yang baik sebagai suami dan ayah dalam perkahwinan terdahulu.
Dan sebagai suami puan, apatah lagi untuk tambah anak lagi. Langkah pertama, report dahulu pada pejabat agama semasa dia ada disana. Sekurangnya puan tak lagi bersubahat sama.
Mastura Zainal Abidin : Kalau masih sayang kenapa bercerai taIak 3 pastu tak boleh nak lupa dan akhirnya awak yang makan hati tengok per4ngai suami tu. Kalau ya pon sayang suami berpada – pada, takkan dia dah buat macam – macam pada awak, awak masih nak bertahan lagi. Kalau saya memang tak boleh nak hadap la benda – benda macam ni.
Faiqah Mohamad : Salam Puan, kes puan ni agak rumit untuk diselesaikan tanpa pihak ketiga. Nasihat saya, puan dapatkanlah khidmat nasihat kaunselor rumah tangga dan mengikut cerita Puan ini, perkahwinan ini sangat banyak kepincangan yang berlaku.
Seperti suami Puan berz1na dengan bekas isteri hingga mengandung, Puan dipukuI dan dikasari, did3ra secara mentaI dan em0si. Sebaiknya dapatkan la peguam untuk bantu Puan meminta fasakh.
Ini sekadar cadangan. Semoga Puan diberi kekuatan untuk menyelamatkan diri Puan sendiri. Dan semoga dipermudahkan urusan .