PoIigami Memang Best, Tetapi Sebentar Sahaja
#Foto sekadar hiasan
Terima kasih admin kalau approve artikel ni.
Aku umur 16 tahun masa dapat tau bapa ada perempuan simpanan. Dan masa tu ibu bapaku dah dalam umur akhir 40-an mereka. Sepatutnya pada waktu itu mereka dah berfikir nak buat apa waktu pencen. Tapi bukan bapa aku. Dia terlalu cintakan kekasihnya sampai ingin nak buat dia isteri yang kedua. Tapi tanpa dia sedari, dia telah membuat keputusan yang akan membebankan dirinya dan keluarganya. Ini adalah cerita realiti poIigami pada usia tak berapa muda.
Bapa dan ibu seringkali turun naik mahkamah. Bapa mahu poIigami, tapi ibu membantah. Dan akhirnya ayah menang kes tu. Dia berjanji di depan hakim yang dia mampu dan akan berlaku adil. Sejak tu, hidup kami berubah. Bapa ada jadual untuk tidur di rumah yang mana. Dan kami mula nampak janji dia untuk berlaku adil memang langsung tak ditepati. Dia banyak belanjakan duitnya ke isteri ke-2.
Isteri ke-2 kemudiannya melahirkan 3 orang anak. Dengan isteri pertama pun ada 3 orang anak. Jangan tanya perbezaan umur. Memang 20 tahun beza umur kami dengan adik – adik kecil tu. Isteri ke-2 suri rumah dan menjaga ketiga anaknya. Bapa memang 100% tanggung keluarga yang keduanya.
Mereka selalu keluar berdua. Dan bila mereka keluar berdating, anak – anak mereka ditinggalkan dengan ibu, minta isteri pertama menjaganya. Tapi dengan ibu, bapa jarang sekali bawak pergi dating. Malam valentine bapa siap bawak isteri ke-2 dinner dan tinggalkan anak – anaknya di rumah isteri pertama. Di mananya yang dia janji akan berlaku adil semasa turun naik mahkamah dulu?
Bapa seringkali mengeIuh tentang masalah kewangan. Maklumlah, isteri ke-2 boleh tahan maintenance tinggi. Sewa rumah, bil dan sekolah anak – anak keluarga kedua semakin membebankan bapa. Seringkali dia mengeIuh dengan anak – anak dia yang dah besar ni untuk tolong dia dengan rumah keluarga pertama ni. Dengan kata lain, dia mahu lepaskan tanggungjawab dia pada keluarga pertama supaya dia boleh menjaga keluarga kedua. Dia semakin penat memikirkan duit dan semakin banyak mengeIuh. Umur untuk pencen pula semakin dekat. Dan itu buat bapa lagi runsing. Anak – anak hasil yang pertama semakin dewasa. Mereka dah mula berkahwin dan mempunyai anak mereka sendiri.
Bapa telah memilih jalan hidup yg bakal buat semua susah. Bukan saja dia telah bebankan dirinya, dia juga telah bebankan anak – anak pertamanya untuk memikirkan hal adik – adik kecil yang baru mula bersekolah sedangkan mereka sendiri baru nak mulakan keluarga. Bukan tu je, bapa akan susahkan anak – anak kecilnya juga. Bapa mungkin dah tak ada semasa mereka masuk sekolah menengah, atau semasa mereka masuk Uni. Siapa mahu membiayai semua tu?
Anak – anak yang pertama ni akan ada keluarga sendiri dan sudah kena fikir anak mereka sendiri. Bagaimana dengan hidup anak – anak kecil tu? Mereka akan rasa susah dikemudian hari kerana bapanya dah tiada untuk menyara mereka. Yang boleh tolong mereka hanyalah adik – beradik tuanya. Tapi persoalannya lagi, mampukah mereka sara adik – adik kecilnya sekali dengan keluarga mereka?
Masa akan berlalu. Penyesalan mungkin akan berlaku. Tapi pada masa tu, semuanya dah tak boleh di ubah. Kita dah tak boleh kembali ke masa lalu. Semua orang terp4ksa juga harungi. Terp4ksa hidup dengan apa yang dah terjadi.
Wahai lelaki yang teringin nak kahwin lagi, fikirlah jauh terutamanya usia dah masuk 40 tahun. Waktu tu patutnya korang dah fikir nak relax umur 50 tu. Bukannya tambahkan lagi tanggungjawab dan beban. Sekejap je syok bercinta tu. Bila anak hasil yang kedua tu dah bersekolah, barulah korang akan rasa susahnya. Malah, korang juga akan tempiaskan kesusahan korang tu kat ramai lagi orang.
– JN
Perkongsian yang ditulis oleh penulis telah mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Rata – rata bersimpati atas apa yang terp4ksa dihadapi oleh ibu penulis yang menjadi m4ngsa dan kini terp4ksa menggalas ‘beban’ menjaga anak – anak yang bukan tanggungjawabnya. Apa – apa pun semoga kisah sebegini dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain di luar sana.
Komen Warganet :
Sameera Rahman
Banyak contoh, banyak tauladan, banyak juga yang masih buat. Sebab sikap manusia sentiasa lupa, sentiasa takbur kononnya mampu. Yang mampu hanyalah nafsu walhal tenaga lemah, kewangan pun lemah. Bila agaknya nak tambah amal ibadah bila sibuk pelihara anak. Kalau rasa tak mampu mengawal nafsu berpuasa la. Lain la kalau kaya raya dianjurkan untuk bantu ibu – ibu tunggal yang sedia ada anak bukan baru nak buat anak..
Effiza Muhammad
Saya pun nampak kejadian gini depan mata. Anak isteri baru membebankan anak – anak isteri pertama. Ayah dah berumur dan isteri baru asyik s4kit. Saya lama dah fikir siapa akan jaga anak isteri kedua kalau ayah dan ibu dia tak de nanti? Membebankan anak anak isteri pertama gak.
Noridah Idris
Sangat setuju dengan tajuk ni,perempuan nak bmadu ni nak tumpang senang si jantan tua, tapi tak tau berapa banyak bebanan kewangan jantan tua kena tanggung, tambah – tambah yang bini dah ada 2 3 orang. Silap – silap isteri beranak pun jantan tua tak boleh temankan. Az4bnya hidup bermadu ni. Dah tua sementara nak tunggu jantan mai melapor diri plak. Tak ke mer4na? Kalau ada yang gataI sangat nak kahwin dengan laki orang, fikirlah jauh – jauh dulu. Dah la kenduri kahwin buat kecil – kecil tak boleh buat meriah. Nak post gambar laki dalam fb pun tak boleh sebab dah ramp4s laki orang. Biasalah kahwin bermadu ni, yang indah – indah hanyalah bersifat sementara. Sangat setuju dengan tajuk ni.
Syazleen Shamsuddin
Anak – anak kena bertegas jangan bagi ibu korang jadi amah jaga anak – anak tiri pulak. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, pandai buat, pandai tanggung. Bukan hanya pandai menderma sp3rma sahaja. Maaf kalau terkasar tapi s4kit hati dengan manusia yang hanya pandai berkata – kata, tapi perIaksanaan poIigami ke laut semuanya.
Nurfarhana Ramlee
Hmm saya masih mentah asam garam rumahtangga, kahwin pun belum. Cuma nak cakap, bila ayah dan isteri ke-2 nak keluar dating tu, korang adik – beradik dan mak lari keluar jugak, jangan duk rumah. Bawa mak jalan – jalan jugak. Biar dia m4ti akal nak tinggal anak – anak kecik dia kat siapa. Jangan bagi muka sangat, mak korang dah penat makan hati naik turun mahkamah tu, dibuat pulak jadi pengasuh.