Sekarang bila sekali lagi PKP dilaksanakan aku tak dapat hubungi suami. Aku call anak suami, ketika itulah anak suami bagitahu abah dan mama pergi hotel. Dengan gambar mereka berdua atas katil hotel berhias tuala angsa sambil cadar ditaburi bunga mawar tertulis, “Just Married”.
#Foto sekadar hiasan. Perkenalan aku dan suami, Aidil bermula di dating apps sekitar pertengahan tahun 2018. Masa tu aku tengah patah hati putvs cinta. Aidil pula duda anak satu yang telah bercerai setahun lebih. Dipendekkan cerita, lepas kenal, kami masing – masing memang serius tengah mencari pasangan hidup memandangkan masa tu aku dah menginjak 30 tahun dan Aidil pula dah lama kesunyian.
Aku tak pernah berkawan dengan duda namun apa yang buat aku tertarik, Aidil sangat mengambil berat. Cara dia layan anak, juga cara dia layan aku. Tak pernah sekali aku tengok dia tinggi suara and sangat sabar melayan kerenah aku. Aidil juga seorang yang rajin bekerja. Pagi kerja ofis, malam dan weekend pula sibuk berbisnes. Sebabnya punca penceraian dulu adalah faktor kewangan.
Aidil bekerja di Perak, manakala aku pula di Penang. Jarak kami hanyalah sejam setengah. Lepas berkahwin, kami ambil keputvsan untuk PJJ memandangkan Aidil tinggal dengan keluarga dan aku pula tinggal sendiri. Setiap Jumaat petang aku akan balik ke Perak dan balik semula ke Penang setiap pagi Isnin. Rutin ini berlarutan sepanjang kami kahwin sebabnya hak lawatan Aidil juga jatuh pada hujung minggu.
Memandangkan anak kecil Aidil tidur bersama setiap hujung minggu, aku terp4ksa tidur di bilik tetamu. Dapat la 2-3 jam untuk bermesra, pastu Aidil akan sambung tidur dengan anaknya. Sepanjang ber PJJ aku banyak berk0rban. Aidil tak boleh pindah ke Penang sebab anaknya di Perak.
Aku penah cuba tinggal di Perak tapi sangat letih ulang alik hari – hari dan kekok tinggal dengan keluarga mertua. Walaupun ketika aku tengah mangandung pun aku akan berulang setiap weekend sebab aku happy sangat jumpa Aidil.
Masa awal PKP tahun lepas, Iarangan rentas negeri menyebabkan aku dan Aidil terpisah beberapa bulan. Beraya lah aku berdua je dengan baby. Aidil dengan anaknya, aku dengan anak kami. Elok sempadan negeri dibuka, aku cuti 2 minggu balik Perak. Sepanjang di Perak, aku baru tau anak Aidil tidur di situ setiap hari atas alasan tadika tutup dan Aidil WFH.
Setiap hari mereka akan keluar berdua atas alasan kesian budak bosan kat rumah dan aku terp4ksa duduk di rumah sebab masih bah4ya untuk bawa baby berjalan di musim pandemik. Satu hari masa mereka keluar, aku sembang dengan mak mertua kenapa hak lawatan berubah. Terbukalah cerita bekas isteri dah diberhentikan sejak Mac lepas. Aku terus terdiam sebab Aidil tak cerita pada aku.
Cuti berbaki seminggu, sebab tak nak keruhkan keadaan aku simpan dalam hati sampai balik Penang. Mereka tinggal dalam daerah yang sama, hati aku kuat boleh rasa mereka jumpa setiap hari. Balik Penang, aku tanya Aidil secara baik. Aidil mengaku mereka berjumpa sepanjang aku bercuti di Perak namun tak timbul isu rujuk kembali sebab hanyalah urusan anak semata – mata.
Sump4h aku terasa teruk masa ni sebab Aidil tak pernah cuba nak luangkan masa untuk aku dan anak kami. Masa dibenarkan rentas negeri untuk pasangan PJJ pun Aidil tak melawat aku di Penang sedangkan dia WFH je. Sekejap je aku dan Aidil g4duh, tak lama lepas tu hubungan kami baik macam biasa. Aku teruskan rutin balik Perak setiap weekend macam dulu.
Pertengahan November 2020, daerah aku tertakIuk dalam PKPB yang mana rentas negeri kembali diIarang. Berlanjutan sehingga seluruh Penang dikenakan PKP sampailah seluruh negara PKP. Ini adalah PKP kedua sepanjang kami kahwin, jadinya aku anggap seperti biasa. Silapnya aku di sini, sem4kin jauh aku dengan Aidil, sem4kin dekatlah bekas isteri dengan Aidil.
Masa cuti CNY, sepanjang hari aku gagal contact Aidil. Aku segan nak contact mertua sebab tak nak mereka fikir bukan – bukan. Jadi aku VC anak Aidil dengan alasan anak aku rindu abangnya. Sekali lagi aku pelik sebab anaknya tido dalam bilik emak Aidil. Bila aku tanya mana abah, anak kecil ni jawab pergi hotel dengan mama.
Aku masih tak faham jadi anak Aidil cakap jap gi dia bagi gambar. Gambar yang dihantar adalah gambar mereka berdua atas katil hotel berhias tuala angsa sambil cadar ditaburi bunga mawar tertulis, “Just Married”.
Sepanjang malam aku tak boleh tidur. Lagi luluh hati aku bila dalam gambar, Aidil tak pakai cincin kahwin kami tapi cincin lain. Aku hanya mampu menangis sambil pandang anak silih ganti pandang gambar mereka. Esoknya aku demam, seharian aku tunggu Aidil contact. Malah family mertua pun tak tanya khabar aku sebab aku tau mesti mereka dah tau dari anak Aidil.
Empat hari aku tunggu macam tunggul, masuk hari kelima baru Aidil hantar mesej. Satu ayat je “I’m sorry”. Aku baca je tanpa reply. Tu lah last mesej Aidil pada aku. Sampai saat aku menulis ni, Aidil masih tak contact aku. Hari – hari aku tunggu andai dia nak call atau mesej sebabnya setelah berhari macam ni, hati aku terbuka untuk berbincang.
Jujur cakap aku masih sayangkan Aidil tapi aku redha andai dilepaskan. Aku sedar aku siapa, nak kata isteri pertama pun bukan.. isteri kedua la kot. Kalau bermadu pun, aku tau keadaan banyak tak menyebeIahi aku. Family mertua pun macam seronok mereka berbaik kembali. Aku terbeban nak cerita kat family aku sebab ibu bapa aku dah ingatkan aku sebelum kami kahwin dulu.
Doakan aku kuat. Aku terima j0doh aku sampai di sini. Di sebalik apa yang berlaku Aidil adalah lelaki terbaik pernah hadir dalam hidup aku. Aku anggap dia pinjaman Tuhan untuk aku. Tiada Aidil, mungkin sampai sekarang aku masih sendiri. Perginya Aidil aku kembali sendiri bersama anak kami. – Melati (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Tee Zatee : Maaf, suami sis bukanlah yang terbaik. Tak kisahla bab dah, “dimadukan dan tak tahu siapa isteri pertama atau kedua,” tapi kalau dia baik, dia akan ambil berat call sis, sebab ada baby hasil perkahwinan korangkan? Tak ingatkah dia ada isteri lain yang menerima masa dia “duda” dulu. Tak faham sangat dengan lelaki spesis macam ni, tanggungjawab amanah tak settIe. Itu sebab dia tak adil dalam “berpoIigami”.
Cahaya Petunjuk : Hmm maaflah, pendapat saya sebenarnya Aidil, dia tak sayang awak pun sebab dia masih tak move on dengan bekas isteri. Dia hanya gunakan awak untuk hilangkan bosan dan kesunyian dia. Senang cerita awak takde harga kat mata dia. Move on jelah, laki macam tu kalau ditunggu memang takdenya pun dia nak pujuk. Sebab hati dia takde untuk awak. Kalau awak ada depan mata pun, dia akan buat buat tak nampak. Sebab apa? Sebab hati dia bukan pada awak.
Rosnani Abu Seman : Dia bukan lelaki yang terbaik dik oi. Kalau baik dia tak akan buat awak macam tu. Takde tanggungjawab, pentingkan diri sendiri dan pengecut sebenarnya. Dia gunakan awak sebagai reb0und je. Untuk lepaskan kesunyian dia akibat berpisah dengan bekas isteri dia dulu. Lelaki kalau putvs hubungan selalunya senang untuk cari reb0und supaya dia happy. Jahat dik oi lelaki macam ni.
Faezah Halidin : Maaf, kalau puan nak tahu sebenarnya suami tu pilih puan sebab dia sunyi je bukanlah sebab cinta ataupun suka. Puan hanyalah sand4ran waktu dia keseorangan. ALLAH. Andai suami puan lebih memilih di sana. Puan perlu bersedia dan redha jelah dia pergi. Cinta tak boleh dip4ksa, perkahwinan tanpa cinta akan jadi d3rita. Jadi wanita harus berani, berani hadapi masa akan datang. Puan kena kuat demi anak. InshaAllah kalau kita ikhlas akan ada j0doh yang baik – baik untuk kita kelak.
Nabihah Juhari : Aku ni bukanlah nak maroh tapi geram jugaklah dengan kau ni. Tak perlu nak merendah diri. Tapi yakin dengan kemampaun dan kelebihan diri. Penat ibubapa besarkan hantar sekolah untuk diperlakukan begini. Takde ke standard bab memilih suami sebelum kahwin. Banyak lagi laki bujang, yang duda hot jugak ko pilih. Kenal dekat dating apps plak tu.
Masa berkenalan tak pergi kaji dulu ke dia kerja mana, kau kerja mana. Sanggup ke nak hidup PJJ semua. Ko ingat kahwin ni semudah “i love u, u love me.” P4ntang dengar ayat manis terus nak perasan sampai ke bulan tak mau jejak bumi dah. Ni bukan drama korea. Jumpa 2 3 kali terus cinta abadi kononnya. OK lah. Malas nak komen panjang. Ko rasa nak teruskan silakan.
Ni jalan hidup yang ko pilih. Nak bIah, silakan. Sebab ni hidup kau bukan hidup aku mahupun orang lain. Bila orang dah buat dekat kita dik, dia tak fikir kesian jadi tak perlu lah hari – hari bertanya soalan pada diri kenapa aku diperlakukan begini. Manusia macam tu memang wujud dan masih banyak pun. Pentingkan diri, dia fikir diri dia je.
At the end of the day, kita sendiri kene kutip diri kita untuk bangkit dari tempat jatuh. Mujur ko ada family boleh la bagi sokongan moral. Ko pergi sendiri rumah laki ko dengan bini dia tu bawak la orang yang ko percaya, suruh dia keluar rumah dan explain nak bagi jiran dengar pun lantaklah..
Yang penting dia kena tahu kesan daripada tindakan dia tu. Apa yang terbuku di hati semua tu luahkan, jangan telan sendiri boleh jadi giIa ko dik. Ko kena berani kerana benar ok. Jangan takut. Dia tu yang patut takut sebab da buat salah. U can do it. Kemonnn. Jangan biarkan diri menjadi m4ngsa buIi! Laki ko tu apa baiknya, ko tu yang buta dik non. Aku memang p4ntang betul dengan orang kuat menipu dan tak jujur ni.