Keluarga suami tahu anak diorang ni tak bekerja kena tanggung dengan bini, tapi buat tak tahu. Siap tanya bila nak beli rumah, demand nak duduk rumah landed senang nak buat kolam ikan. Sekarang duduk rumah kondo pun suami duk merungut letih tunggu lift.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualakum semua. Aku nak minta pembaca tolonglah nasihatkan kakak aku sorang ni. Nasihatkan macam mana dia nak hadapi suami yang begini. Kakak aku luahkan yang dia tak tahu nak betulkan balik keadaan bila suaminya rasa macam tak ada apa – apa baginya. Kakak aku ni pembaca tegar dekat page ni, tapi itu dulu.
Sekarang dia curi – curi baca je. Sejak dia berkahwin, suami dia tak bagi dia baca kisah – kisah confession, KRT, tak bagi tengok drama TV, tak bagi layan movie dan yang segalanya berkaitan rumah tangga. Sebab apa? Sebab katanya banyak aura negatif, t0ksik dan boleh pengaruhi kakak aku dalam menjadi isteri taat dan solehah. Sebenarnya dia takut kakak aku tersedar yang kakak aku ada suami biawak hidup.
Kisahnya kakak aku baru dua tahun kahwin. Sebelum COVID-19, kami sekeluarga tak tahu pun yang suami kakak dah lama tak berkerja. Sebab apa dia dig4ntung tugas tu aku tak pasti, yang pasti sebelum pandemik lagi dia dah menganggur. Dia dig4ntung tugas yang tak bergaji tu. Aku pun tak faham lah. Katanya dia dip4ksa mengambil cuti tanpa gaji. Aku tak tahu bab kerja ni sebab aku pun masih study.
Yang boleh kant0i abang ipar aku tak berkerja bila selepas PKP yang pertama, kakak aku bersalin anak sulung. Jadi mereka pulang ke kampung untuk berp4ntang. Bila dah lama sangat di kampung, ayah mak aku pun peliklah apasal menantu diaorang ni lama sangat cuti. Nak kata WFH, kerja dia bukannya depan laptop boleh WFH. Tapi demi nak menjaga air muka dan perasaan anak menantu ayah mak aku diamkan aja.
Sampailah masanya kakak aku tamat tempoh berp4ntang, masih ada berbaki cuti bersalin sehingga bayi berusia 3 bulan. Jadi kakak meminta izin duduk di kampung. Bila dah lama sangat duduk depan mata, mulalah terkeluar per4ngai abang ipar aku yang pemalas. Isteri tengah sibuk dengan anak, dia duduk bersantai order itu order ini dekat kakak aku. Lepastu aku perasan tiap kali kakak minta belikan barang dapur, abang ipar akan ambil duit dan kad debit kakak aku.
Aku selalu melepak bilik kakak sebab nak main dengan baby, jadi aku selalu ternampak situasi memberi dan mengambil duit tu. Terlintas difikiran aku ‘Abang ipar aku ni tak ada duit ke? kenapa belanja dapur pun ambil duit kakak aku?’ Kadang nak beli goreng pisang RM10 pun kakak aku hulur duit.
Tapi aku tak berani nak tanya kakak sebab kakak aku garang. Dulu pernah kakak marah aku sebab aku tegur kakak, kakak belikan hadiah untuk mak guna duit kakak tapi kakak tipu mak, kakak cakap abang ipar aku yang bagi. Barang tu mahal giIa kot, mak aku nak terima pun takut sebab macam membazir dah lah menantu kerja gaji tak besar pun nak beli hadiah mahal.
Sebenarnya kakak aku yang belikan, motifnya nak bagi mak sayang kat menantu, gaji kakak aku cecah RM10k sebulan jadi dia saja mampu belikan. Aku tak suka dia menipu, itu je. Buat apa nak reka cerita kan? Ingat mak aku tu macam atuk Ahmad Albab ke sayang menantu sebab harta? Memang per4ngai kakak aku macam tu. Dia suka nak bagi nampak suami dia baik, penyayang, bertanggungjawab dan pemurah di mata keluarga sampai sanggup menipu.
Baguslah isteri tutup a1b suami, tapi yang tak bagusnya perbuatan kakak membuatkan abang ipar ambil kesempatan dengan tidak mahu berkerja. Rupanya sejak dari dulu dia berehat goyang kaki dirumah. Segala belanja, bil, dan hutang dia kakak aku bayar setiap bulan. Bila kakak aku mengandung, dia katakan,
“Nasib baik abang tak kerja kan, kalau tidak sayang sorang lah pergi check perut. Ada hikmah abang tak kerja tau. Boleh jaga sayang dengan baby.”
Tapi kakak aku yang sarat mengandung tu jugak yang dia order nak itu nak ini sampai nak kena masak dengan perut b0yot dahlah letih balik kerja walhal dia yang patut layan kakak aku dah dia goyang kaki saja kat rumah. Ini kakak aku yang mengadu letih dekat aku ye bukan aku sk0deng.
Lepas dah bersalin, abang ipar aku cakap macam ni pulak “Allah tahu rezeki kita lepas kahwin terus dapat anak, sebab tu lah elok abang tak kerja. Abang boleh jaga anak, kalau hantar dekat pengasuh takut anak kita kena d3ra.. banyak kes anak kena d3ra pengasuh sekarang…”
Padahal kak long aku tinggal selang satu lorong saja dengan kakak aku, kakak aku dah cakap sebelum kakak aku kahwin lagi kalau dia dapat anak, kakak aku nak upah kak long aku jaga anak dia. Kak long aku dah lama kahwin tapi tak dapat anak, kak long aku siap dah buat bilik baby nak jaga anak kakak aku. Kak long aku dah berhenti kerja kilang sebab nak jaga anak kakak full time. Kak long berkerja pun sebab sunyi di rumah.
Tiba – tiba suami kakak aku nak jaga anak sendiri. Kesian kak long aku. Yang boleh kant0i suami kakak aku tak kerja sebab lepas 3 bulan, kakak aku WFH. Jadi walaupun masa tu dah boleh rentas negeri, kakak aku nak duduk kampung je. Kampung aku tak adalah kampung pun, bandar tapi sebab mak ayah aku ada sini aku panggillah kampung. Internet, kemudahan semuanya macam di bandar dan ada Starbucks, McD dan mall besar macam dekat KL sana.
Masa kakak aku suarakan nak stay lagi di kampung, mak aku tanya, “Habistu, suami kamu tu takkan nak duduk sorang dekat rumah?”
Kakak aku baIas, “Taklah mak, dia duduk sinilah” Ayah aku tanya direct dekat abang ipar aku “Kamu dah berapa lama tak kerja? Kamu dah kena buang kerja ke?” Tercengang abang ipar aku.
Macam biasalah kakak aku c0ver suaminya, memang baguslah jaga air muka suami tapi tak bagusnya bila si suami ambil kesempatan,
“Abang kena g4ntung tugas sebab COVID-19 ni, ramai yang kena buang kerja. Tapi Abang tak kena buang, kena g4ntung tugas tapi bila – bila saja diaorang panggil kerja nanti…”
Ayah aku seIamba saja tanya “Bulan – bulan dibayar ke?? Kalau tak bagi macam mana kamu bagi nafkah anak isteri kamu. Eloklah kamu cari kerja lain kalau tak ada gaji. Ayah boleh tanyakan kawan – kawan ayah…”
Abang ipar aku tak menjawab sepatah pun, kakak aku yang jadi jurubahasa dah macam bisu pulak abang ipar aku,
“Tak dibayar ayah, tapi itulah masih dalam kontrak tak boleh kerja tempat lain. Kalau Ianggar kontrak nanti kena bayar pulak dekat company tu…” Ayah mak aku terkedu, aku pun tak tahu menahu bab kontrak kerja ni. Jadi kami pun tak berkata apalah.
Terus kakak aku katakan “Takpe ayah, gaji saya cukup nak sara keluarga saya, lebih dari cukup pun. Sementara tak dipanggil kerja ni elok lah abang jaga anak, jaga saya, jaga rumah kami. Lagipun COVID-19 kan bah4ya nak keluar selalu.”
Semua orang diam je. Ayah mak berpandangan. Nasib baik baby kakak aku menangis, terus abang ipar dengan kakak aku berdesup masuk bilik. Sepanjang kakak dengan abang ipar di kampung. Yang menjaga baby masa kakak WFH bukannya abang ipar aku. Dia sibuk dengan laptopnya.
Bila mak aku tanya kakak aku apa yang abang ipar aku sibuk sangat depan laptop sampai anak menangis pun tak dengar, kakak aku baIas “Dia belajar marketing online mak… nak belajar meniaga katanya..”
Padahal aku jenguk laptop dia, sentiasa dok main game dan layan movie. Aku, mak dengan ayah yang jaga baby, masak dan mengemas rumah. Dia melepak je. M4kin s4kit mata aku ni tengok. Sedapnya dia santai – santai tak payah kerja, tak payah buat apa – apa ada orang sara, bayarkan hutang bank, masak jaga makan pakai semua lengkap.
Baru – baru ni company tempat kerja abang ipar aku panggil abang ipar aku masuk kerja. Abang ipar aku boleh reject dan minta sambung cuti. Katanya dia baru dapat anak, tak ada orang nak jaga kalau meng3jut panggil dia kerja. Kak long aku kan ada, saja cari alasan. Padahal abang ipar aku tengah dok sedap dapat duit i-Sinar tiap bulan.
Jadi, dia rasa tak payah kerja dah lah tiap bulan dapat duit ribu – ribu jugak. Duit ribu dia dapat tu dia buat belanja dia je, beli barang online, beli kopi mahal, beli kasut baju dia lepas tu sekarang dia ada hobi beIa ikan Iaga yang mahal tu.
Tiap bulan tambah ikan Iaga tambah aksesori lah apalah, dengan duit kwsp. Hutang, bil, barang dapur tetap kakak aku tanggung. Punya syok, selesa sampaikan company panggil kerja pun dia reject, suruh panggil lagi nanti. Macam company abah kau!
Kakak aku ni, walaupun mulut dia cakap dia boleh sara, dia redha dan dia bahagia hidup dengan suami dia. Tapi dia dok mengadu jugak dekat aku, dialah yang cerita semua pasal abang ipar aku. Tapi bila dia dah cerita luah perasaan dekat aku, nanti dia c0ver balik katanya nanti suami dia kerja balik gaji suaminya boleh jadi lebih banyak dari dia kalau tambah elaun.
Lepastu dia dok c0verlah dengan ayat “Suami orang lain gaji besar pun curang, lepastu kaki pukuI lah, d4dah lah ada yang s4mseng. Suami aku ni tak kerja je, dia solat semua cukup lepas tu tak pernah pukuI aku pun. Kalau aku ajak pergi mana pun dia ikut je.”
Halah kak, dah kau tu bank dia memanglah dia baik dia ikut cakap kau kak. Bagi akulah, lelaki kalau dah diajar jadi biawak dan dia dah selesa jadi biawak hidup, maka susahlah dia nak jadi manusia atau lelaki soleh yang bertanggugjawab mencari nafkah. Tak payah sembang lah solat 5 waktu ke, tahfiz ke, anak imam ke, anak bilal ke kalau bab tanggungjawab suami sediakan nafkah pun kau dah culas dah mengelak, tak payah sebutlah kau tu soleh.
Kalau abang ipar aku betul nak bagi nafkah, dia dah guna duit kwsp tu sara keluarga kalau tak cukup dia keluar dah kerja Foodpanda ke, Grab ke, meniaga online ke, jual burger tepi jalan pun okey ataupun ikut ayah aku ambil upah jaga dusun. Ini, dapat duit i-Sinar beribu, bil dengan barang dapur pun isteri tanggung lagi. Duit i-Sinar dia habis dekat dia sorang saja berjoIi.
Kalau kakak aku nak merasa duit suami, kakak aku sampai pernah buat – buat tertinggal purse dekat rumah, so dapatlah kakak aku merasa duit kwsp suami dia. Tapi nanti muka suami kakak aku masam mencuka lah. Kakak aku ni memang nak menj3rat diri, dia punya tolak ansur dan manjakan suami tu akan buat kakak aku menanggung biawak hidup sampai tua nanti.
Sepatutnya masa bercinta lagi dah tahu per4ngai taknak bayar makan minum masa dating tu ciri – ciri biawak. Bukan sentiasa kena tanggung awek, tapi kalau tiap kali keluar awek saja kena belanja memang jenis tak ada rasa segan makan duit perempuan lah maknanya. Sekarang anak dah hampir setahun, balik kerja kakak aku kena masak, mandikan anak, kemas rumah dan buatlah semua kerja rumah.
Kata kakak, suaminya tak sempat nak kemas rumah sebab anak tak mahu berenggang. Asyik nak berdukung saja. Masak pun tak sempat katanya, sarapan dan tengahari kakak aku orderkan Grab Food. Habis duit gaji kakak aku membeIa suami.
Cuba bayangkan diterbalikkan keadaan, suami yang berkerja isteri yang duduk rumah per4ngai sebiji macam abang ipar aku ni, mesti kena kutuk habis – habisan. Yelah, zaman sekarang isteri surirumah dik4takan menghabiskan duit suami, padahal dah macam h4mba abdi suami.
Kalau suami yang tak berkerja habiskan duit isteri, siap masih lagi isteri yang uruskan rumahtangga, tak ada pula mak ayah lelaki tu nak kutuk anak sendiri. Samalah dengan family suami kakak aku, tak ada pun dorang nak marah anak diaorang tak kerja. Semua tahu kot kakak aku yang tanggung dan bayar hutang piutang masa bujang anak diorang. Tapi relax je, siap dok tanya kakak aku bila nak beli rumah, sebab sekarang menyewa lagi. Kakak aku kena beli rumah pulak untuk bagi anak dia tinggal pulak.
Siap suami kakak aku demand nak rumah landed, ada halaman sebab dia nak buat kolam ikan. Sekarang duduk menyewa rumah kondo, suami kakak aku dok merungut letih nak tunggu lift katanya tak sabar nak duduk rumah landed. Macam manalah kakak aku boleh nak bersabar lagi dengan suami macam ni. Yang kadang aku menyampah dengan kakak aku sebab dia kalau datang alim terlajak dia, dia akan cakap,
“Takpelah, kalau isteri redha suami tak berd0sa pun tak bagi nafkah” Eh kak, kalau kau ikhlas dan redha kau tak mengadu lah dekat aku tiap minggu call aku nak mengadu nasib. Kalau kau ikhlas, kau patut diam saja sampai ki4mat. Aku pun tak s4kit hati nak pandang muka korang. Eh kak, tak bersuami pun tak apa lah kalau macam ni punya per4ngai suami. Aku pulak naik takut nak nikah.
Jomlah kita berdoa dekat Allah SWT supaya kita semua dij0dohkan dengan lelaki soleh yang faham agama. – Suri Seri Suis (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Elly Syaa : Dik, akak harap kau bagi kakak baca confession kau ni, dengan komen – komen sekali. Akak sendiri, ada beberapa kenalan lelaki yang tak bekerja makan gaji, house husband gittew. TAPI mereka – mereka ni mencari ilmu dan bekerja dari rumah. Buatlah freelance, grab, delivery, food panda dan lain – lain dan best part is, mereka – mereka ni yang uruskan anak – anak hampir 100%.
Ada yang isteri bekerja sambil sambung master tau. Maka fahamkan tahap kesibukan isteri? Dari suami yang langsung tak pandai masak, sampai dah boleh masak simple – simple untuk dia dan anak – anak. Malam je isteri masak di rumah. ada juga yg sampai boleh jual makanan, COD di kawasan terdekat. Itu baru kita claim suami jenis tak bekerja, anak – anak dia uruskan di rumah.
Macam langit dengan bumi beza suami – suami berkualiti ni, dengan abang ipar kau, dik. Mintak kakak tu buka mata hati untuk faham apa beza biawak hidup, pengikis duit dia.. dengan lelaki tak bekerja yang bertanggungjawab. Semoga abg ipar berubah.. atau kalau tak, moga terselamat kakak kau dari biawak hidup tahap dewa!!
Puan Zuera : Sekarang akak rela hati la.. Suami tak kerja, tak bantu hal rumah.. Nanti jika suami dah terjumpa perempuan lain, mesti dia menyesal.. Suami tak kerja tapi guna kan duit kakak untuk perempuan lain.. Jangan manja kan suami begitu.. Tak tahu tanggungjawab sebagai suami.. Suami tak kerja besar tak pe asal tahu tanggungjawab.. Itu lebih baik dari tak kerja, tak tahu tanggungjawab, semua hal letak di bahu isteri.. Tapi dah itu pilihan kakak awak, nak buat macam mana.. Doa je la dia sedar dari teruskan manjakan suami dia.. Semoga dipermudahkan urusan
Chik Yong Cik Lan : Perempuan ni kalau dah sayang sangat, dib0dohkan oleh suami yang biawak ni pun sanggup telan sampai m4ti. Dah diberi Jalan untuk keluar dari kehidupan yang teruk pun masih backup si suami biawak tu. Awak biarkan jer tanpa contact atau bIocked terus nombor kakak awak. Biar dia berfikir sendiri sama ada apa yang suami dia buat tu betul atau salah. Selagi dinasihati, dia anggap ada orang yang sanggup mendengar, so kita abaikan dia sampai dia sedar diri.
Marini Marissa : Satu yang sedih, kalau akak awak beli rumah, walaupun rumah tu dibeli dengan duit dia 100%, dan letak nama dia.. tetap kalau bercerai kelak, dikira atas harta sepencarian, dan laki yang biawak ni boleh tuntut hak dia. Kalau laki dia berani dah pasang angan – angan dengan rumah yang bukan dia nak beli, dah nampak yang dia akan anggap tu harta dia jugak. Perempuan – perempuan sekalian, silalah jadi bijak. Jangan jadi v1ctim di kala semua maklumat dan info di hujung jari hari ni. Sekian.
Noorfatin Izzatun Najwa : Harap kakak si confesor tu baca komen ni. Puan, sayang macam mana pun puan pada suami, jangan biarkan suami puan pij4k heny4k kepala puan. Puan bukan h4mba, bukan kuIi. Dari anak belum lahir takde kerja, sampailah anak dah setahun lebih. Kalau biar rasanya sampai berderetlah anak tu puan sorang kena tanggung. Kalau dia jantan sejati, dia dah tahu dia dig4ntung kerja. Terus usaha cari kerja. Bukan senang lenang alaa ewah sayang dekat rumah. Tapi, yela nak buat macam mana. Kadang – kadang tu cinta memang buta. Mungkin kena cucvk mata itu macam Kasim Selamat baru nak sedar.