Selama 10 tahun aku layan keluarga suami baik sama seperti keluarga sendiri. Aku bantu, beri pendapat, bergelak ketawa dengan mereka, hinggalah satu hari aku terbaca screensh0t perbualan mereka bercakap tentang aku. Betapa luIuhnya hati, aku terus berdepan dengan suami. MaIangnya, dia lafaz taIak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Benda ni dah lama. Selama ni aku pend4m saja sebab ia terlalu pahit untuk dikenang. Tapi kali ni aku nak kongsi. Laki aku ni anak sulung. Jadi dia ada adik – adik bawah dia. Masa awal – awal kahwin, dia selalu sembang dengan aku pasal adik – adik dia. Ada benda dia minta pandangan aku pasal masalah – masalah adik dia.
Aku masa awal – awal dulu, selalu simpan saja pendapat aku, sebab aku rasa aku ni kakak ipar je. Taknak lah beri pandangan lebih – lebih. Tapi laki aku tak suka aku ada pandangan macam tu.
Dia kata, macam mana dia anggap adik beradik aku macam adik beradik dia, macam tu jugak dia nak aku anggap adik beradik dia tu macam adik beradik aku sendiri. Kalau salah, tolong sama – sama tegur katanya. Aku adalah kakak mereka. Begitu katanya.
Disebabkan kesungguhan laki aku, maka aku pun mulalah take part dalam perbincangan perbincangan dalam whatsapp group family dia. Bila ada orang tanya soalan, aku jawab.
Bila ada isu, aku sama – sama bagi cara untuk selesaikan, bila ada benda tak kena, aku tegur. Ada benda baik aku puji, ada benda kelakar, aku gelak. Ha gitulah! Kira macam mana aku berkomunikasi dengan family aku, macam tu lah aku berkomunikasi dengan family dia.
Dia ni family beIah utara. Dan kebanyakan keluarga diorang ni semua kahwin dengan orang utara juga. Jadi, menantu dan ipar duai sepupu semua sebahasa dan sebudaya.
Aku ni saja orang central region. Jadi aku ni kira bukan di kalangan mereka lah. Dan aku pula ada pekerjaan yang mungkin langsung tak sama dengan kebanyakan mereka, jadi aku dianggap “lain”. Mungkin dengan jawatan aku ni, diorang ada persepsi aku ni level ‘boss’.
Tapi aku chill dan happy saja pada mulanya. Aku ke sana ke sini bercerita yang aku ada keluarga mentua yang baik. Boleh terima aku seadanya. Aku sump4h rasa sayang pada adik – adik dia, sama macam aku sayang adik beradik aku sendiri.
Setelah 10 tahun aku kahwin, Allah buka satu rahsia yang aku tak pernah sangka wujud. Kebetulan aku beIek – beIek gallery gambar dalam handphone laki aku, aku terjumpa gambar – gambar screensh0t conversation antara adik beradik laki aku dalam group secret yang tak ada aku dan laki aku dalam tu. Gambar tu adik dia screensh0t bagi dekat dia.
Rupanya, selama ni, adik – adik dia tak suka aku. Mak mentua pun tak suka aku. Aku dilabel pemalas, balik kampung tak banyak menolong (walhalnya aku sentiasa kat dapur kot). Adik – adik dia tak puas hati kalau aku balik kampung mak dia konon kena layan aku macam raja (dan mula lah nak konon kaitkan dengan status jawatan aku).
Walhal aku tak pernah terfikir langsung. Keluarga dia semua duduk dekat – dekat dengan mak, semua duduk utara. Setiap minggu balik rumah mak. Kami saja yang duduk di KL. Jadi kami dapat balik sebulan sekali je. Jadi mak tu, bila jarang jumpa anak dia dan cucu, dia memang akan exc1ted, sediakan bilik siap – siap sebelum kami sampai, tukar cadar baru,
Kami pula jenis suka bertolak jumaat malam lepas balik kerja, sampai utara subuh, jadi memang mak dah siap siapkan tempat tidur untuk kami. Aku tak pernah minta pun mak buat macam tu. Aku selalu cakap, eh tak pe mak, nanti saya ambil toto sendiri. Mak cakap, “takpe.. ngantuk tu.. penat tu.. gerak dari ofis kan tadi… pi tidoq dulu…”
Rupanya – rupanya, benda ni jadi isu, kata aku buat mak macam pusat servis. Sebab mak sambut kami balik macam tu. Walhal aku rasa, setakat sediakan bilik tu, sesiapa nak datang rumah aku pun, memang aku siapkan bilik dan tukarkan cadar. Kalau aku pergi rumah adik beradik aku pun macam tu. Aku rasa benda tu sangatlah normal. Tak sangka itu pun isu. Dah lah bukan aku yang minta dilayan sebegitu pun.
Adik – adik dia mengumpat aku dalam whatsapp tu kata kalau adik dia datang rumah aku, semua kerja rumah adik dia kena buat. Kena basuh pinggan semua. Aku tak buat apa. Lailahaillallah.
Aku ni balik kerja dah nak maghrib. Memang lepas makan, aku akan naik dulu. Mandi solat apa segala, dah rehat, dah tenang, baru aku akan turun kemaskan dapur. Itu rutin aku. Tapi bila adik – dia ada, adik dia pergi bersihkan meja dan sinki tu semua. Aku tak suruh pun. Aku selalu cakap, biar saja pinggan tu, nanti aku basuh.
Tapi kalau dah adik – dia nak basuh juga, takkan aku nak haIang beria ia pulak. Tapi tak sangka lah benda tu dim4nipuIasi sampai aku pulak jadi pesalahnya. Benda ni dia boleh cerita mak mentua aku dan buat alasan konon sebab tu dah tak nak duduk rumah aku time dia kena pergi interview kat KL ni dulu.
Sanggup lagi dia duduk rumah sepupu kawan dia. So mak dia pun kata, ada abang kat KL pun tak boleh bantu adik juga. Sampai adik tu nak kena duduk rumah sepupu kawan. Ya Allah.
Macam – macam lagi lah perkara yang aku dapat tahu daripada c0nversation whatsapp dia tu. Semua yang aku cakap dalam wassap group tu semua mereka salah ertikan. Aku bergurau, kata aku perIi. Aku bagi nasihat, kata aku salahkan diorang lah apa lah.
Pendek kata selama bertahun – tahun aku dok take part dalam whatsapp family dia tu, semua tu mereka anggap salah! Apa yang aku cakap, semuanya diorang salah ertikan. Bila mereka dah tanam persepsi terhadap aku, rupanya apa yang aku cakap semua salah!
Memang sedih h4ncur luIuh hati aku. Adik beradik sepupu sepapat dia semua kata dia takut bini. Sebab kononnya sebab tu kami balik sebulan sekali je.
Maklumlah, aku kan “boss”. Walhal aku yang selalu carikan tarikh yang sesuai untuk laki aku ambil cuti ke apa supaya setiap bulan dapat kami balik juga kampung walau nuuuuuu jauh kat utara nuu. H4ncurr hati aku.
Semua post aku dekat FB diorang staIk. Aku pergi mana semua semua diorang nak jadikan isu. Siap kata, pergi jalan boleh, balik kampung tak boleh. Lailahaillallah. Walhal aku pergi tempat tu balik hari je. Ingat nak balik KL-nuuuuuu utara tu boleh balik hari aje ke.
Bila aku dapat tahu pasal whatsapp tu, aku c0nfront laki aku. Aku bayangkan dia nak back up aku, sebab dia sepatutnya lebih tahu apa yang berlaku dan dia lebih kenal siapa bini dia.
Sekalinya, laki aku kata, dia dah lama ters3pit antara aku dan keluarga dia. Masa ni tanpa dia sedar dia terlafaz ‘taIak kinayah’ dekat aku. Dia kata dia dah tak nak jaga aku. Dia nak jaga mak dan keluarga dia sahaja.
Lailahaillallah. H4ncur hati aku. Disebabkan persepsi keluarga dia macam ni terhadap aku, sanggup dia nak tinggal aku dan anak aku. Aku tanya dia, Apa salah aku sebenarnya.
Dia kata tak ada salah. Tapi dia dah tak larat nak ters3pit antara aku dan family dia. Dan dia mengaku memang family dia taksub dengan cara mereka, dan susah nak terima cara orang lain yang tak biasa dengan mereka.
Family dia memang jenis mereka saja betul, mereka saja bagus. Rajin macam mereka saja bagus. Tak serajin mereka terus jatuh level pemalas. Jadi memang semua benda yang aku buat, salah ke, tak salah ke, memang pada mereka, salah semuanya.
Lepas kejadian aku c0nfront ni, laki aku outstation 3 hari. Jadi dalam tempoh 3 hari tu, aku cerita habis – habis pada dia melalui WhatsApp betapa kecewa dan hampanya aku dia boleh pilih nak tinggalkan aku dan anak semata – mata nak puaskan hati adik beradik dan mak dia.
Walhal dia tahu betapa banyaknya peng0rbanan aku untuk family dia, adik – adik dia time diorang masih dekat U, dan semasa ayah dia s4kit dulu (sekarang ayah dia dah meninggaI). Semua peng0rbanan ni aku tak nak cerita sini. Biarlah ia jadi kenangan kami sahaja. Adik beradik dia pun tak tahu.
Masa ni, aku cakap, aku redha dah kalau lepas dia balik dari 0utstation ni, dia nak keluar dari rumah ni. Aku dah redha. Kalau itu yang buat dia rasa hidup dia boleh gembira, teruskan. Aku taknak jadi punca dia derh4ka dengan mak dan family dia.
Apabila suami balik dari outstation, the first thing dia buat bila masuk rumah, adalah mer4ung depan aku minta maaf, dan janji takkan tinggalkan aku sampai m4ti.
Dia minta maaf sebab terlalu ikutkan hati dan masa tu dia betul – betul buntu bila adik beradik dia asyik cakap benda yang diorang tak suka pasal aku.
Dia jadi lupa apa peng0rbanan yang aku dah buat selama ni untuk ayah, dan adik beradik dia. Dia peIuk aku sambil mer4ung sungguh – sungguh.
Sekarang, dah bertahun dah peristiwa ni berlalu. Aku dah kembali hidup bersama laki aku macam biasa. Cuma, tipulah kalau aku kata aku pulih 100%, Iuka tu walaupun boleh baik, tapi p4rutnya masih ada.
Untuk family dia, sampai sekarang aku tak pernah c0nfront apa – apa langsung sepatah pun dengan mereka pasal isu ni.
Aku tak tahu lah diorang tahu ke tak yang aku dah tahu pasal semua yang diorang cakap pasal aku. Tapi sejak dari hari itu, aku tak pernah muncul dah dalam whatsapp group family dia.
Aku langsung tak ambil tahu apa – apa pasal family dia. Facebook semua aku bI ock. Aku dah tak nak ambil tahu.
Bila berjumpa, aku buat macam biasa je. Tak adalah nak masam muka ke apa. Cuma kalau aku nak bercerita bergelak ketawa tu dah tak adalah. Tak ada. Tawar. Hati aku tawar. Dulu pun kita gelak – gelak juga. Rupanya, belakang aku korang cari setiap inci kesalahan aku rupanya.
Jadi, kalau aku boleh putarkan masa, waktu suami aku kata, anggaplah adik beradik abang macam adik beradik sayang juga, aku nak cakap dekat diri aku sendiri, “usah dengar”.
Pada dia memanglah, memanglah dia nak kita dan adik beradik dia macam keluarga sendiri, tapi tak bermakna adik beradik dia pun sudi nak terima kita macam mana kita terima mereka.
Walau sehabis baik macam mana pun aku mencuba, aku tetap akan jadi orang asing di mata keluarga dia. Aku adalah orang asing, dan itulah yang patut aku selalu lakukan. – Lara (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mudarrisah AmatulLah : Saya suka kem4tangan confessor. Tak perlu c0nfront apa – apa pun dengan orang – orang yang tak sayangkan kita. Just go with the flow. Kita bawa haluan hidup kita, mereka dengan haluan hidup mereka. Bila jumpa sekali – sekala, cukuplah menjelma depan mereka dengan staiIo. Tak perlu tarik muka, dan tak perlu juga mesra – mesra. Biasa – biasa sahaja. Saya rasa, inilah cara terbaik untuk membaIasnya. Tahniah dan All the best confessor!
Che Sally : Baik macam mana pun kita dengan keluarga suami, ngam macam mana pun kena selalu ingat kita orang luar. Kena selalu berpada – pada. Jangan memandai – mandai untuk beri nasihat sebab kadang – kadang tak semua orang boleh terima nasihat kita. Kalau adik beradik sendiri, g4duh macam mana pun kita akan berbaik balik. Bagai air dic1ncang takkan putvs. Tapi kalau dengan ipar, biras, menantu, mertua better tak payah la sibuk – sibuk. Baik macam mana pun kalau ada cara kita tak kena kat mata dorang, habis segala baik kita sebelum ni orang tak nampak. Dorang takkan bercakap depan kita sebab nak jaga hati kita, tapi dorang akan bercakap jugak. Just berhati – hati bila nak bagi pendapat.
Cik Adiera : Haaa jadi macam saya. No telefon ahli keluarga suami takde sorang pun saya simpan dalam handphone. Sebelum ni pernah simpan, tapi sebab status whatssap pergi jalan, habis kena perIi. Media sosiaI apa semua saya dah bIock siap – siap. Dalam group whatssap tak pernah bersuara. Bukan tak nak bergauI rapat, cuma banyak perkara meIukakan hati saya dalam diam. Saya rajin jenguk phone suami especiaIIy bab dia berhubung dengan keluarga dia.
Sebab saya pernah terbaca akak dia cakap saya haIang dia balik kampung selalu. Hello kitaorang PJJ kot, saya ni mana nak bahagi masa rumah suami, rumah emak sendiri, rumah sewa, rumah mak dia. Kau duduk dengan suami, emak kau sebeIah rumah boleh sembang ke langit. So aku jadi pendiam. Aku selesa. Sebab emak aku tak ajar aku untuk menjawab. Balik kampung beIah dia aku ok je, layan macam biasa. Bukan ciptakan jarak, aku tak nak rapat depan baik pastu belakang kutuk aku.
Puan Zuera : Kesian nya.. Rasanya mak mentua awak baik tapi terhasut kata – kata anak sendiri yang cemburukan awak. Cemburu layanan mentua ke awak, jadi diorang buat cerita buruk, nak nampak awak buruk di mata mentua. Nak suruh mentua bencikan awak. Yang pasal rumah tu, mungkin cipta alasan awak tak layan dengan baik sebab nak tinggal di tempat lain. Bebas sikit dari serumah dengan abang. Kalau duduk rumah abang, abang akan tegur kalau buat salah, ada peraturan dalam rumah, tak sebebas duduk tempat lain..
Betul la apa yang awak buat sekarang, bIock dan tak rapat sangat dengan diorang. Hati tak s4kit, hubungan dengan suami pun sem4kin baik. Senang, orang layan kita dengan baik, beribu kali kita layan dengan baik. Kalau orang buat jahat dengan kita, layan lah berpada – pada. Tt ni m4tang. Tak putvskan hubungan suami dengan adik beradik walau hati s4kit dengan per4ngai adik beradik suami. Semoga dipermudahkan segala urusan
Nadya Namaku : Menantu adalah orang luar, selamanya. Ingat tu. Sebaik mana semesra mana pun, tetap kena ada sempadan. Berpada – pada. Memang tak perlu ‘berkawan’ dalam fb, tak perlu ada dalam group wasap bagai. Tak perlu k0rek cerita daripada suami awak pasal family dia melainkan dia bercerita. Awak akan 200% lebih tenang. I feel u confessor. Keep moving. Jaga suami dan anak – anak sebaiknya. Kita tak boleh p4ksa orang hargai kita, sayang kita. Yang kita boleh buat, ubah hati dan diri kita. Usah buang masa dan harta pada orang – orang t0ksik.