24 tahun saya pendam perasaan rasa pilih kasih mak ayah. Lepas luahkan rasa tak puas hati, mereka terus haIau saya dengan caci m4ki. Selepas 5 tahun, mak call kata rindu saya terus balik kampung. Mak terk3jut tengok saya bawak kereta BMW. Saya dengar dia bisik kat ayah, “ADIK??? b.. m…. w”..
Hai, nama saya Sir N. Saya seorang cikgu English di Sekolah Kerajaan dan juga buat side income as seller. Sebelum saya nak cerita ni, saya minta maaf la kalau saya ada salah eja or saya tulis ni korang tak faham ker. Jalan cerita saya ni berterabur ker. Walaupun saya ni warga pendidik, saya cikgu English. BM saya berterabur. Kepada Admin, terima kasih yer post confession saya ni.
Perkara ni sebenarnya dah berlaku lama, nak kata lama tu macam tak lama sangat.. baru berlaku tahun lepas.
Saya anak bongsu daripada 2 adik beradik. Yer tak ramai saya ada abang je. Dari kecik sampai sekarang berempat je dengan mak and ayah saya..
Dari dulu lagi saya taktau la.. saya ni kena pilih kasih ker apa ker entah la.. dari zaman tori lagi (bak kata orang pahang). Mak and Ayah saya tak pernah puji saya kalau saya ni dapat result cemerlang ke, dapat jadi murid contoh dan pencapaian pencapaian tu semua la.
Tapi abang saya.. even dapat 1A pun.. celebrate macam dapat straight A. Dapat hadiah phone baru, kasut baru, beg baru, macam – macam la..
Saya pernah terIuka banyak kali, ada masa tu saya dapat no. 2 dalam tingkatan tau bukan kelas. Tingkatan yang saya ni no. 2 antara beratus murid dalam tingkatan yang sama.
Dalam bas nak balik rumah senyum lebar tak sabar nak tunjuk kat mak and ayah. Sanggup pegang kertas result tu. Tak masuk dalam bag (padahal baru form 2 masa tu.. dah macam ambik result SPM)..
Sampai rumah, tunjuk dekat Mak dengan Ayah. Ayah kata, “Ni je ? Kenapa ada 1C (Math) ni ?”.
Mak pulak tambah lagi rempah ratus, “Kenapa tak dapat no. 1 ?”. Saya mampu senyum je dan terus masuk bilik..
Sampai la zaman Universiti. Result SPM saya nak kata cemerlang tu, saya dapat 6A (reaction mak ayah saya still sama dekat perenggan atas). At least saya dapat masuk IPTA.. cikgu BI kan? Saya ambik course TESL. Abang saya result SPM biasa – biasa je. Tak layak masuk IPTA..
Mak ayah saya sanggup habiskan duit berbelas ribu nak dia masuk IPTS. Amik course Aviation jadi pramugara.
Saya yang yuran Uni berapa ribu lah sangat pun saya kena bayar jugak dalam 30%. Kalau abang saya 100% mak ayah saya sponsor. Duit makan semua dapat, saya kena kerja part time cari sendiri duit.
Zaman uni dah berlalu. Zaman fresh grad.. zaman praktikal. Perkara ni lah yang saya tak boleh lupa. Saya g4duh besar dengan family.
Di sini lah bermula semuanya, dah 24 tahun saya simpan. Saya luahkan lah apa yang saya rasa selama ni dekat mereka.
Lepas luahkan.. saya.. saya kena halau dari rumah.. saya dicaci m4ki.. katanya tak reti bersyukur.
2014 saya start jadi cikgu.. berbekal gaji yang tak seberapa.. stay di bilik sewa.. pergi kerja pun tumpang rakan kerja.. setiap tahun Hari Raya.. sorang sorang dah macam yatim piatu..
2019… 5 tahun kemudian, Kehidupan saya sudah stabil… Saya dah ada rumah dan kereta.. boleh pergi kerja sendiri..
Pasal family.. dah bertahun putvs hubungan tak tahu khabar apa. Saya ada lah staIk Facebook mak saya kalau rindu mereka..
Tiba – tiba time dalam bilik guru menanda buku pelajar pelajar. Mak saya call (saya masih pakai nombor sama dari dulu).
“Hello… Adik ker ni.. ni Mak dik.. Adik.. Baliklah.. Mak dengan Ayah dah lama tak jumpa adik.. Mak rindu adik.. Ayah pun rindu adik sampai demam..”
Saya speechless.. makin kuat saya tahan.. air mata lelaki saya jatuh jugak.. saya nangis tak cakap apa terus end call.. saya taktahu nak react apa masatu.. saya tertanya,
“Kenapa baru sekarang?” “Kenapa takde keluar kata maaf?” “Kenapa lama sangat?”.
Takpela.. mereka dah rendahkan eg0 mereka cukupla. Saya nak itu je.. saya pun kenalah rendahkan eg0 saya jugak.. lepas habis mengajar saya terus minta cuti..
Esoknya, saya call balik.. “Adik balik harini ye.. Adik on the way ni” by the way.. saya di utara.. kampung saya di selatan.. sepanjang perjalanan tu.. saya asyik bertanya diri saya.. “betul ker apa yang aku buat ni?”
Sesudah sampai, lepas parking je kereta.. Mak dengan Ayah dah tunggu depan pintu.. mungkin cermin kereta tinted gelap.. mereka berdua ingat abang saya tapi sebenarnya saya.. tangan saya menggigiI.. saya kuatkan jugak diri saya..
Saya bukak saje pintu.. muka terk3jut saya tengok.. “ADIK???”.. mak saya bisik kat ayah saya tapi saya dengar juga.. “b.. m…. w” (yer.. kereta saya Bmw).
Saya terkelu sebab mereka lagi tengok kereta saya dari saya sendiri tapi saya tak fikir apa dah.. saya langkah sampai ke beranda.. saya beri salam.. terus mak dengan ayah peIuk saya..
“Ayah minta maaf.. ayah pandang adik ni macam orang b0doh yang akan memalukan keluarga.. jadi cikgu ni gaji kecik.. ayah dengan mak h1na adik macam – macam.. ayah dengan mak kata adik takkan berjaya.. Ayah dengan mak minta maaf dik..”
Saya terus rasa.. mungkin inilah orang lain rasa bila dengan family diorang.. saya bersyukur sangat.. ayah dengan mak dah tak pilih kasih.. saya dapat rasakan yang ayah dengan mak sayangkan saya..
Tak lama dalam 30 minit macamtu, ada kereta masuk dalam parking rumah.. keretanya Honda Jazz dan masa tu saya berdiri di depan pintu….
Abang saya la orangnya.. dia bersama isterinya dan seorang anaknya yang baru berusia beberapa bulan.. terus ters3ntak saya..
“Mereka tak jemput aku ker masa kahwin?” “Takpela.. benda dah lepas..” Abang pandang saya dengan muka terk3jut..
“Adik? Ke.. Kenapa adik baru balik sekarang??” terus berlari ke arah saya dan peIuk. “Abang banyak d0sa dengan adik.. Abang minta maaf dik..”
Saya mengelamun.. “Mungkin.. inilah masanya untuk tamatkan semuanya..” Saya kata dengan abang saya, “Takpela bang.. benda dah lepaskan ? kita mulakan hidup baru yer..”
Mungkin dulu.. penuh rasa dend4m pada diorang.. rasa nak baIas dend4m tu semua ada.. tapi lepas apa yang berlaku hari tu.. terus hilang semua rasa dend4m… rasa lega semuanya dah berakhir.
Betul lah orang kata, Air Yang Dicincang Takkan Putvs…. – Sir A (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Alyanie Rosli : Mengalir jap baca confession ni. D4rah daging tetap d4rah daging. Perkara lepas janganla dikenang. Jadikan ini asbab untuk kita jadi Ibu Bapa yang lebih baik untuk anak – anak kita. Semoga bahagia selamanya bersama keluarga Tuan. Saya respect keluarga ni. Mak Ayah dia turunkan eg0 mintak maaf dengan anak mereka. Si anak pulak seorang anak yang sangat baik. Terus apply cuti balik jumpa mak ayah. Manusia tiada yang sempurna. Kita semua banyak khilaf. Memaafkan adalah lebih baik. Saya doakan semoga keluarga ini dirahm4ti dan berbahagia selalu.
Khatijah Binti Ibrahim : Ibu bapa jangan pilih kasih. Masa depan anak kita pun tak tahu. Ada seorang kenalan, ada 3 anak, yang pertama dan kedua. Straight A’s. Dan dapat belajar di luar negara. Yang bongsu tu kurang sikit, SPM dapat 4 A, habis kena marah. Dengan family, emak ayah, abang dan kakak. Saya marah kawan Saya. Sepatutnya simpati dengan anak bongsu tu dikala dia juga sedang sedih dan perlu sokongan bukan dimarahi. Tapi sekarang terbalik yang bongsu lepas degree terus dapat kerja, sekarang menanggung ibu. Si kakak, yang walaupun straight A’s di U dan ada Masters masih tak dapat kerja dah 4 tahun. Si abang dah kawin, isteri tak bekerja, susah sikit.
Wan Saliina Wan Mamat : Yelah jangan jadi sayang semula lepas awak naik b.m.w. Realiti memang ada mak bapak yang sayang anak – anak kandung berdasarkan duit ringgit, darjat pangkat. Tak apelah dik anggap je ujian untuk mematangkan awak. Belajarlah untuk tidak jadi ibu bapa yang begini kelak ya! Ibu bapa tetap awak kena hormat.
Iera Azmi : Kenapa dalam fikiran saya, apa yang saya dapat dari cerita ni ialah, mak ayah dia berubah sebab nampak kereta BMW? Huhu. Mungkin kebetulan kot. Syukurlah dorang dah berubah. Tapi kalau saya, saya akan tanya jugak kenapa diorang buat gitu. Macam pelik rasanya.
Fie Zam : Dik, lain kali nak balik kampung tu bawak axia je, baru tau kasih sayang yang awak nampak hari pertama jumpa tu sebab betul rindu, sayang dan maaf. Atau sebab BMW. Kalau boleh, kot – kot nanti macam – macam permintaan dan belanja yang diminta, janganlah terlalu beria memberi sampai awak t0gel habis semata awak baru rasa bahagianya ‘disayangi keluarga’.
Maaf, akak bukan nak memerIi, cuma nak kamu berhati – hati. Jangan berdend4m, cuma tolong hati – hati. Akak doakan keluarga awak insaf dan dikurnia Allah hidayah dan keadaanmu baik – baik aja, dan dalam Iindungan Allah, dik. Kerdil dan bersyukurnya aku dikurnia keluarga seadanya. Menyayangi, tak memilih bulu. Kecik – kecik kuat g4duh, dewasa itu mengeratkan. Susah senang bersama.