Mak ayah sangat sayangkan kakak dan adik, hanya saya yang dibenci. Mereka tak pernah datang ambil kad laporan malah hari k0nvo pun mereka tak hadir. Tahun lepas disaat umur saya 40an, mak mendesak saya tukar ic. Dia tak mahu alamat rumahnya digunakan dan nama ayah saya digunakan dalam ic saya.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Saya Izah. Dilahirkan di Kota KL, bersekolah dan membesar di KL. Saya berasal dari keluarga yang biasa untuk orang KL. Bukanlah susah sangat. Ada masa susah juga. Bukanlah kaya sangat ada masa tu senang laa juga.
Saya kini berumur 42 tahun sudah berkahwin dan bahagia bersama suami tercinta. Walaupun sudah lama kahwin tetapi kami tiada zuriat. Alhamdulillah inilah ujian Allah buat kami. Selama saya hidup dengan keluarga sebelum berkahwin dengan suami memang mak ayah saya jenis berat sebeIah.
Saya ada seorang kakak dan seorang adik. Mereka memang amat – amat disayangi ibu bapa saya dan dijaga dengan elok. Masa kecik tu biasalah nakaI – nakaI. Tapi yang akan kena marah ialah saya. Salah saya akan dicanang – canangkan pada ahli keluarga lain. Bila dan sentiasa buat macam tu saya masa tu rasa betapa saya ini tak berguna sebagai seorang anak. Sampai tiada satu pun kebaikan yang dilihat pada saya.
Memang saya jadi putvs asa dengan Mak Ayah sendiri. Bila dah masuk sekolah pun begitu jugak. Mak ayah saya akan ke sekolah ambil report kad adik dan kakak sahaja. Saya punya saya bawa balik sendiri sebab sampai ke sudah mereka tak muncul – muncul.
Mereka selalu h1na saya ni b0doh sebab itu mereka tak nak pergi amik report card saya. Padahal, saya bukanlah b0doh sangat. Malah masuk ke kelas paling cemerlang. Dalam bab sukan pun selalu menerima hadiah dan pingat.
Bila saya dah besar dah masuk universiti. Sama saja. Sewaktu abis belajar, adik dan kakak saya diraikan sewaktu majlis k0nvo. Lain sungguh halnya dengan saya. Sewaktu malam k0nvo professor yang mengajar saya call pujuk untuk hadir ke k0nvo esok pagi. Kawan – kawan pun call. Mereka janjikan ada bunga dan hadiah agar saya tak keseorangan sewaktu k0nvo. Tapi hati dah jadi tawar.
Saya nekad. Saya tak akan pergi sebab saya tak nak nangis bila tengok orang lain sambut k0nvo masing – masing bersama keluarga. Saya grad keputvsan bagus tapi hati masa tu rasa sedih bila jemput mak ayah, mereka tak mau hadir.
Bila dah dewasa saya bawa haluan saya sendiri. Saya jadi penat dih1na oleh keluarga sendiri. Mak dan ayah saya akan berikan seribu satu alasan dan sebab untuk mereka marahkan saya. H1na saya. Jadi ahli keluarga yang lain sudah tentu percayakan mak dan ayah. Ada ke mak dan ayah yang suka – suka menipu tentang anak sendiri?
Pend3raan yang diaIami tu sampai saya bijak memberi alasan jika ada orang tanya tentang Iuka ke Iebam ke memang saya akan beri alasan saya jatuh ke Ianggar pintu macam – macam sebab. Alasan kena tukar – tukar supaya orang lain tak tahu masalah saya.
Muka saya pernah pecah. Mulut bengk4k. Tangan pernah patah semua ni tak ke kIinik. Letak minyak hingga pulih sendiri di rumah sahaja.
Saya memang hidup bersendirian dengan suami. Kami jarang bersosiaI dengan ahli keluarga yang lain. Malu dan serik. Alhamdulillah suami saya jenis memahami diri saya. Tahun lepas mak saya mendesak saya tukar ic. Tukar info pada ic tu. Dia tak mahu alamat rumahnya digunakan dan nama ayah saya digunakan dalam ic saya.
Jadi saya ini setelah berumur 40+ baru otak pandai sikit. Rupanya itu bukanlah ibu bapa saya yang sebenar. Siapa Mak Ayah saya yang sebenar saya pun tak tahu. Mereka tak nak berikan info ibu bapa kandung saya. Tetapi dalam masa yang sama saya di sisi mereka tidak disayangi malah terbuang tersisih. Dih1na sentiasa.
Baru – baru ni masuk berita tentang seorang anak angkat yang m4ti sewaktu dijaga oleh ibu bapa kandungnya. Sedangkan ibu dan ayah angkat anak yang meninggaI itu amat menyayanginya. Sewaktu terima berita tu saya menangis. Kerana saya pernah berada dalam situasi seperti anak itu. Nak minta tolong pun tak tahu pada siapa boleh nak minta tolong. Benar – benar Allah sebagai peIindung diri ini.
Jika ada Mak Ayah saya yang kandung dan masih hidup. Saya amat amat Memerlukan mereka. Walaupun saya sudah berumur tetapi saya nak tahu di mana keluarga saya yang sebenarnya. Saya tak tahu nak jelaskan macam mana perasaan terbuang itu sunyi. Tetapi menghadap pengh1naan itu lebih pedih lagi.
Saya mengharapkan doa dari pembaca semua agar saya bertemu juga dengan Mak Ayah saya jika mereka masih hidup. – Izah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
سيتي نور مرضية : Sedihnya kisah, puan. Allahu.. Mungkin puan boleh mulakan dengan mencari keluarga kandung puan dengan berpandukan maklumat dalam sijil kelahiran puan. Kot ada dicatatkan siapa bapa kandung sebenar. Atau bertanya pada jiran – jiran, sed4ra mara atau ketua kampung. Tak must4hil dorang pon tahu sebab macam hairan tetiba kat rumah mak ayah puan ada anak lain. Apa pon, alhamdulillah walaupun disisihkan keluarga angkat puan, Allah berikan puan seorang suami yang sangat memahami dan sayangkan puan. Begitulah dalam hidup kita. Dalam satu sudut kekurangan, ada kelebihan dan nikmat lain yang Allah kurniakan. Moga urusan puan dipermudahkan.
Mas Isnani : Puan kahwin, ayah itukah yang jadi wali? Kalau puan anak angkat, diwalikan bapa angkat, puan kena betulkan balik perkahwinan, kahwin semula. Mungkin Itulah hikmah belum dikurniakan anak. Maaf kalau andaian saya salah. Tapi, puan tak berd0sa pun. Sebab puan tak tahu sebelum ni. Hugs
Zulkifli Azizan : Saya rasa awak lupakan saja mak bapak angkat awak. Tukar ic tak payah letak nama mereka. Lupakan dan move on. Masih ada banyak peluang dan masa depan sebab puan baru 40 tahun. Tak perlu pandang belakang lagi.
Nurul Fatin : Kita sama. Bezanya keluarga angkat saya sangat menyayangi saya. Sampai tak sanggup nak bagitahu siapa saya yang sebenar. Dan tak nak ikhtiar untuk cari keluarga kandung saya, sehinggalah tiba waktu untuk saya mencari wali perkahwinan.
Mawar Putih : Doa banyak – banyak moga jumpa ahli keluarga jika itu yang terbaik, namun jika sebaliknya, mudahan Allah kurniakan puan zuriat – zuriat yang soleh penyeri rumhtangga. Apa – apa pun selalu bersyukur di samping suami yang memahami.
Aura Maira : Macam mana nama boleh nasab ayah angkat? Ada kes keluarga kawan say, adik bongsu perempuan dia adalah anak luar nikah salah seorang saud4ra rapat ayah dia. Ayah dia ambik dan bintikan dengan nama ayah dia (Ayah dia kenal orang JPN dan dapat kelebihan tukar nama tu bukan Abdullah). Takut – takut la kes TT ni sama macam ni…