Saya menghidap HlV dan datang dari keluarga yang bermasalah, emak bapa his4p d4dah. Saya telah berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat baik dan kami buat keputvsan untuk bernikah. Sebelum pergi buat saringan HlV, saya berterus terang dengan dia tentang status saya. Selepas itu 3 hari dia tak contact saya, hinggalah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong siarkan kisah saya ini. Saja hendak meluahkan mungkin boleh dijadikan pengajaran. Ok dipendekkan cerita, saya dulu asal usul dari keluarga bercerai berai. Emak bapa his4p d4dah. Emak kerja dekat cIub malam, bapa pen4gih tapi dulu. Sekarang alhamdulillah mereka sudah berubah. Apa yang saya hendak ceritakan dekat sini ialah kisah hitam hidup saya. Masa umur saya 15 tahun, saya sudah keluar dari rumah keluarga saya sebab saya tekanan. Masa tu saya bersekolah tapi saya mencari wang belanja sekolah sendiri.
Macam – macam kerja saya buat, basuh pinggan kerja hotel hendak dapatkan duit untuk belajar. Sed4ra mara? Memang tidak pandang anak pen4gih macam saya ini. Saya disisihkan dari saud4ra sepupu sepapat saya hanya kerana saya anak pen4gih d4dah. Lama – kelamaan saya sudah putvs asa. Saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A. A yang jaga saya, bagi saya makan har i- hari, sediakan tempat tinggal untuk saya. 8 tahun saya kawan dengan dia. Saya kenal dia, dia pun nasib seperti saya. Emak bapa becerai juga. Emak kahwin lain.
Bapak yang besarkan dia, bapak bawa lori, kurang beri perhatian dekat dia. Kami sama – sama sudah berhenti sekolah diusia yang muda. Jarak umur dengan dia 5 tahun. Dia baik dengan saya tapi perkerjaan dia adalah peny4mun dan jual d4dah. Duit yang dia dapat dia tolong saya dan bantu orang – orang yang susah. Dia sudah cuba minta kerja tapi kebanyakannya ditolak sebab dia tidak sempurna macam orang lain. Dia baik sebenarnya cuma salah pilih jalan hidup. Tapi semua itu sementara saja admin. Tidak lama lepas itu dari jual d4dah terus hisap d4dah min.
Sampai satu tahap main ubat. Main perempuan, dia keluar masuk lokap. Saya masih bertahan masih tunggu dia, keluar dari lokap buat per4ngai balik jual d4dah lagi, hisap d4dah lagi. Kami sudah terIanjur, kesudahannya saya dapat peny4kit. Peny4kit yang amat ditakuti oleh semua orang. HlV positive. Dunia saya gelap min. Saya tidak tahu apa akan jadi pada saya akan datang. Saya tanya pada si A, macam mana saya boleh kena s4kit ni? Sebab saya hanya bersama dengan dia. Dia m4ti – m4ti tidak mengaku, saya sudah tidak mampu hendak menahan kes4kitan ini seorang diri.
Keesokan harinya si A menghilangkan diri. Terk0ntang – kanteng saya seorang diri. Tidak tahu mana hala saya hendak tuju. Saya sudah buntu. Nasib baik masa itu saya bekerja. Saya cuba kuatkan diri. Cuba pergi hospitaI menjalani rawatan. Saya buang segala perasaan malu, perasaan h1na, rendah diri agak lama jugak saya hendak kembalikan semangat saya yang hilang. Bertahun – tahun lamanya dan saya pun sudah boleh terima hakik4t yang saya ini s4kit. Saya sudah bertaubat. Saya sudah bersump4h tidak akan lakukan perkara terkutuk itu lagi.
Saya takut. Saya takut m4ti. Saya pend0sa. Tidak lama lepas itu saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama B. Si B betul – betul suka dan sayangkan saya. Si B betul – betul serius hendak saya jadi isteri dia, sampai dia bawak saya jumpa keluarga dia. Saya lah orang pertama yang dia bawa jumpa family dia kata ibunya. Saya kembali tersenyum tapi saya tidak berani hendak terus terang pada B siapa diri saya. Saya takut si B akan buang saya. Dekat – dekat tarikh hendak nikah baru saya terus terang dengan si B siapa saya. (Sebelum buat saringan HlV).
Dia juga seperti orang biasa, terk3jut beruk. Menangis dia, teresak – esak menangisnya. Saya pun sudah tidak mampu hendak tahan air mata. Malam itu kami sama – sama menangis, dia tenung saya. Dia hanya diam tidak bersuara. Saya nampak mata dia berlinang – linang air mata. Ya Allah Ampunkan aku. Aku betul – betul Insaf seinsafnya. Dan berjanji tidak akan berz1na lagi. Aku bertaubat Ya Allah, Terimalah taubatku. Berikan lah aku peluang memperbaiki diri yang h1na lagi jij1k ini.
Berikan aku peluang merasa apa itu kebahagian tapi jika si B tidak boleh terima diriku yang h1na ini, aku juga terima dengan hati yang terbuka. Aku paham dan tidak ada segelumit perasaan benci pun pada B (Doa aku dalam hati) dan kami pun balik ke rumah masing – masing. 3 hari si B tidak contact aku. Aku sudah boleh terima kenyataan yang si B tidak akan teruskan pernikahan ini. Sebab si B seorang lelaki yang baik, keluarga baik – baik. Siapalah aku, hanya wanita kotor. Sungguh pun aku bertaubat, mesti susah orang hendak terima.
Bukan setakat terIanjur malah berpeny4kit lagi tapi sangkaan aku salah. B call ajak jumpa dengan hati yang berdebar aku jumpa B. B cakap hendak teruskan pernikahan ini. Dia tidak mahu tahu lagi siapa aku yang dulu. Dia sudah pikir masak – masak dan akan teruskan pernikahan kami. Dia sayang sangat dekat aku, dia tidak kisah siapa pun aku yang penting aku dah insaf. Dah bertaubat dan berjanjilah akan jadi isteri yang solehah. Akhirnya kami diijabkabulkan. Sah sahaja nikah, bercucuran air mata ini tanpa henti. Suami aku hanya tersenyum dan memeIuk erat tubuhku.
Tidak aku sangka ada insan seperti B. Tidak aku sangka si B yang Allah swt hantar menjadi suami aku. Ya Allah ini Indah sungguh Perancanganmu. Nikmat apa lagi yang harus aku dustakan?? ?? Sekarang sudah 4 tahun aku aku berkahwin. Dari awal kami menjadi suami isteri, suamiku minta hendak berkongsi semuanya. Berus gigi, tuala bantal, makanan. Dia tidak mahu asing – asing dengan aku. Setiap kali itu juga aku sebak dan sekarang sudah 4 tahun perkahwinan kami.
Tidak pernah sekalipun suamiku mengungkit kisah silam aku. Sekarang kami dikurniakan 2 orang anak yang sangat comel. Alhamdulillah, jangan putvs asa jika selalu dalam kekecewaan, itu maknanya Allah Sayang kita. Sebab itu kita diuji, di sebalik hujan Allah hantarkan pelangi. Sesungguhnya Allah swt ada perancangan yang sangat baik untuk kita. Bersabarlah. Pada yang tidak boleh terima pasangan seadanya, belajarlah bersyukur. Suami saya boleh, insyaallah anda pun boleh.
Kita tengok pasangan kita banyak kekurangan, cuba tengok kisah saya serba serbi kurang. Tapi Allah pinjamkan saya seorang Lelaki yang saya sanjung tinggi iaitu suami saya. Sanggup menerima isterinya si pend0sa dan berpeny4kit tanpa sedikit pun mengeluh. Suami saya sampai sekarang negative, sebab saya patuh pada ubat. Saya tak nak menyusahkan suami dan anak – anak. Cukup hanya saya yang s4kit. Jangan suami dan anak – anak yang kena. Kalau diberi pilihan, saya minta Allah ambil saya dulu, bukan suami saya. Thanks admin.