Duduk rumah mertua kena buIi, duduk dengan mak sendiri, mak pulak gataI nak dekat suami..

Mak mertua tiba – tiba baik buatkan saya segelas air, dia cakap air oren tapi saya tak sedap hati, bila saya minum sikit rupanya air nenas. Bila saya cakap tak boleh makan nenas, nenek p4ksa makan siap t0nyoh kat mulut. Saya terus masuk bilik kunci. Mereka ketuk pintu macam nak r0boh…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB, Admin, mohon hide profile saya ye, terima kasih. Masalah saya ialah saya tengah mengandung 7 bulan dan saya tak tahu nak berp4ntang beIah mak saya atau beIah nenek suami, Saya dan suami anak sulung dan anak yang saya kandungkan ni adalah cucu dan cicit pertama kedua beIah keluarga. Kalau saya pilih berp4ntang dengan beIah suami semuanya nampak mudah sebab nenek suami adalah bidan kampung. Tapi saya risau setiap kali bulan saya balik sana mesti saya makan hati dan dibuIi dengan nenek suami.

Mak mertua saya selalu juga balik rumah nenek suami walaupun duduk jauh, takdalah jauh sangat dalam 2 jam lebih sampai. Bila depan suami, nenek suami layan saya baik sangat tapi bila belakang suami, hanya Allah je yang tahu. Masa kandungan saya empat bulan nenek dan mak suami suruh saya kemas rumah, sapu sampah semua kemudian basuh baju guna mesin basuh tapi diorang tak bagi saya bergerak atau duduk, saya terp4ksa berdiri depan mesin basuh tu sampai baju tu siap.

Bagi orang yang tak mengandung perkara tu mungkin biasa ja tapi bagi saya yang tengah mengandung dengan pening kepala, alahan teruk, lapar lagi dah nak pengsan dah saya masa tuh. Dah siap basuh nak kena jemur, nak kena angkat bakul berat dari dapur sampailah ke halaman rumah. Masa saya lalu depan nenek dan mak suami, diorang boleh suruh angkat bakul betul – betul, ketawakan saya sambil diorang tengok tv makan kopok. Atuk suami bising cakap kalau suami saya tahu yang saya kena buat segala kerja rumah masa suami kerja, mesti suami tak akan balik dah rumah nenek dia.

Selepas siap jemur baju, masuk rumah baru nak duduk mereka dah suruh saya mop dengan basuh tandas pula. Dari pagi sampai ke petang saya tak sempat mandi dengan makan. Penat sangat. Bila muka saya dah pucat, munt4h tak berhenti tahu plak memasing takut sebab masa tuh suami nak balik kerja dah. Malam tu saya ajak suami balik, sepanjang perjalanan balik saya diam je. Hanya airmata je yang mampu meluahkan segala rasa. Saya cerita pada suami, suami tak marah saya.

Suami terk3jut dan tak nak balik rumah nenek dia lagi. Ada masa tu, mak suami balik rumah nenek pastu suami hantar saya rumah nenek dia. Mulanya suami tak bagi saya balik rumah nenek dia dah, tapi saya tak nak g4duh dengan nenek dan mak suami. Saya tak nak diorang terasa hati. Masa tu mak mertua tiba – tiba baik buatkan saya segelas air, dia cakap air oren tapi saya tak sedap hati, bila saya minum sikit rupanya air nenas bukan air oren. Saya tanya kenapa bagi saya minum air nenas, saya kan sedang mengandung, mana boleh makan nenas.

Tiba – tiba nenek suami marah saya dan pergi dapur bawa nenas muda yang dah siap p0tong p4ksa saya makan siap t0nyoh kat mulut saya. Allah, terk3jut saya, saya cakap dan terangkan elok – elok. ”Nenek, saya tak boleh makan nenas saya kan mengandung. Lagipun doktor cakap rahim saya tak kuat jadi saya kena hati – hati, kena jaga betul – betul.” Pastu nenek suami t3ngking saya cakap. “Doktor tu tuhan ke? Kau dah tengok ke pvki kau kuat ke tak? Mana kau tahu makan nenas boleh gugvr, mak mertua kau dulu mengandung makan nenas elok je.” Allah tak terkata saya.

Saya terus lari masuk bilik kunci pintu. Diorang ketuk macam nak r0boh pintu pun saya tak buka. Sedih saya bila teringatkan kejadian tuh, takut pun ada. Suami saya betul – betul nak anak, kalau apa – apa jadi pada anak tak tahu saya nak buat apa. Nenek suami siap pesan pada suami lepas bersalin terus balik sini tak payah singgah mana – mana termasuk rumah mak saya. Saya takut nak berp4ntang rumah nenek suami. Nenek suami siap cakap pada saya nanti jangan lupa beli nestum, baby seminggu dah boleh makan sedangkan nurse saya cakap baby bawah enam bulan tak boleh makan apa – apa selain susu ibu sahaja.

Satu lagi masalah, nenek dan atuk suami mer0kok 24 jam dalam rumah jadi saya takut apa – apa jadi pada baby. Suami dah pernah cakap dengan nenek dan atuk dia, nanti ada baby tak boleh mer0kok dalam rumah, jawapan nenek dia adalah, “b0ntot kau, lebih je.” Saya mengandung adalah mengidam makan itu ini tapi nenek dan mak suami cakap saya mengada. Sedangkan saya cuma nak makan rambutan kuning je pun . Mak mertua saya lagi dasyat dia punya ngidam. Saya yang mengandung dia pulak ngidam lebih – lebih nak makan asam muda jiran depan lah, nak makan siput lah, itulah, inilah.

Tak nak pulak nenek suami cakap anak dia mengada, siap boleh cakap dengan saya kena tunaikan permintaan makan dia kalau tak nanti baby nangis lah, ngenc3slah. Saya mengandung, baby membesar l0giklahkan kalau perut saya besar memb0y0t ada diorang cakap perut saya banyak lemak. Eh, sabar je lah tapi boleh ke saya ngandung mak mertua saya yang banyak ngidam dari saya? L0gik tak?? Kalau saya pilih berp4ntang rumah mak saya sendiri pula lain masalahnya. Adik saya 2 orang sekolah rendah dan 2 orang sekolah menengah.

Mak saya ni muda lagi baru 38 tahun, nampak muda b0dy solid sebab kuat makan jamu walaupun doktor tak bagi makan dah takut 0verd0se. Mak dan ayah saya ada masalah dah dua tahun tak bercakap, tak tidur sebilik. Ayah saya sayang mak saya tapi mak saya dia perasan muda lawa jadi lelaki keIiling pinggang. Ayah kerja kat Terengganu jadi sebulan sekali baru balik. Suami saya ni suka join club kereta, event semua mesti suami masuk. Mak saya pun sama join atas sebab nak tolong member uruskan event kononnya.

Kalau kata ada 30 orang lelaki dekat situ, mak saya sorang ja perempuan, dia punya gedik sampai lupa ayah dengan adik – adik saya. Setiap kali saya balik rumah mak saya, mak saya berkemban pakai kain batik je depan suami saya, kadang pakai baju tidur sengkat atas peha dengan tak pakai baju dalam. Saya dah banyak kali nasihat marah mak saya tapi dia buat tak tahu je. Mak saya selalu cakap dengan saya, nak suami saya, pastu siap buka cerita dengan kawan – kawan suami saya yang dia sebenarnya bini no dua suami saya. Malu saya dan suami depan kawan.

Pernah sekali tu suami saya nak mandi, mak saya boleh cakap benda yang tak sepatutnya yang tak perlulah saya kongsikan di sini. Allah, bagi mak saya mungkin benda tu biasa kalau nak bergurau atau apa – apa niat lain, tapi tak biasa bagi saya. Mak saya cakap dengan suami saya kalau saya tak boleh tunaikan tanggungjawab saya sebagai isteri masa saya mengandung tak apa, dia ada dia boleh tunaikan. Mak saya cakap nanti p4ntang biar suami tidur dengan dia, biar saya b4by je.

Allah, h4ncur hati saya ni sebab perempuan yang cakap benda tu adalah mak saya. Mak kandung saya, saya risau mungkin hari ni suami saya teguh iman dia, tapi esok lusa macam mana kalau terus dig0da. Saya sedih dan str3ss pikir pasal ni. Nak berp4ntang rumah sendiri tak tahu macam mana sebab ini pengalaman anak pertama. Mohon bagi pendapat apa yang perlu saya buat. Terima kasih sudi baca kisah saya yang panjang ni.

Komen Warganet :

Normaizan Sahminan : Berp4ntang je kat rumah sendiri, suami ada kan, biar suamilah yang jaga. Dah tahu orang tak suka kita, buat apa nak terhegeh – hegeh lagi pergi hadap kat orang tu. Walaupun nenek tu bidan, belum tentu dia nak jaga ko. Ko mengandung pun dia dah buIi – buIi, ntah – ntah masa p4ntang nanti lagi teruk kena buIi dengan diorang. Duduk jer rumah sendiri, apa gunanya ada suami. Takkan masa sedap sama – sama, masa susah awak nak hadap sorang – sorang.

Syima Esmail  : Kalau macam ni sis, lebih baik p4ntang kat rumah sendiri je. Kalau awak ke rumah nenek suami tu berkemungkinan dia nak bvnvh baby awak. Yelah tengah mengandung pun dia nak bagi awak makan nenas muda bagai. Semua tu tak must4hil. Keluarga mentua memang tak suka awak mengandung. Tolonglah awak dan suami fikirkan tentang baby yang bakal lahir tu. Kalau berp4ntang rumah mak sendiri pulak dah gangguan s3ksuaI. Jadi lebih baik awak p4ntang sendiri. Tau ke tak tau ke, memang kena belajar. Tak susah pun.

Samad Awab : Pelik zaman sekarang ni, mertua, nenek pun turut sama tak mengerti perasaan terhadap kaum sejenisnya. Agaknya dia tak merasa mengandung atau melahirkan anak. Hidup dah sampai ke penghujung buat baiklah, tunjukkan sifat seorang ibu atau nenek. Tak guna pun nak jadi jahat dengan keluarga sendiri, d4rah daging sendiri.

Nur Kasih : Senang cerita awak upah c0nfin3ment lady, lepas tu p4ntang di rumah sendiri. Anak tu ko dengan suami yang punya, maka perlu bijak untuk jaga amanah Allah yang satu tu. Buat masa ni, jauhkan diri dari anas1r – anas1r jahat tu. Just enj0y ur moment with new baby.

Anje Osman : Semua nampak tak boleh harap, p4ntang kat rumah sendiri je la. Sebelum bersalin, tanya cara orang dalam p4ntang, senang bila nanti sis dah bersalin. Memang la kita teruk sikit tapi hati tak s4kit. Nanti kalau duduk dengan diorang silap – silap awak pulak yang mer0yan. Lain jadinya.