Nama aku bIackIist dengan bank dan kali ni aku terj3rat pula dengan pinjaman berIesen yang berpuluh ribu. Sampai la satu tahap aku join satu bisnes ni dalam masa yang sama aku nak baIas dend4m dengan suami aku. Pada Nov 2020..
#Foto sekadar hiasan. Aku ada kisah yang nak dikongsikan. Ni kisah benar dalam hidup aku. Aku berkahwin awal pada umur 21 tahun dan suami umur 23 tahun. Kami masing – masing sudah habis belajar dan bekerjaya. Aku baru setahun kerja. Dan suami dah kerja dalam 2, 3 tahun. Jadi tiada masalah dalam kewangan. Dan kami teruskan perkahwinan kami atas sebab nak elak maksi4t sebab selalu sangat dating dan suami selalu balik kampung aku tidur kat kampung.
Jadi biasa la mulut orang kampung akan bercakap. Dan kami pun diijabkabulkan pada bulan 8/2015. Bermula lah kehidupan kami sebagai suami isteri. Pada awalnya kami duduk berasingan. Aku masih duduk menyewa dengan rakan – rakan lain di rumah sewa. Memandangkan rumah sewa dan tempat kerja aku dekat. Suami masih tinggal bersama keluarga dia. Dan dalam berapa bulan tu aku ajak suami pindah ke rumah sewa sebab aku dah jumpa rumah sewa lain untuk kami tinggal sama – sama lepas nikah.
Sebabkan aku teringat pesan orang tua aku dan arw4h atok aku kalau dah nikah duduklah asing daripada keluarga. Jadi bila bincang – bincang dan suami pun dah tanya dengan keluarga dia tapi mak mertua aku tak setuju. Kata dia kenapa nak bazir bayar sewa mahal – mahal. Baik duduk je rumah dia. Dan masa tu aku akur. Nak jadi isteri yang baik kena la dengar cakap suami. Dan aku pun berpindah masuk ke rumah suami.
Kemudian bermulalah kehidupan di rumah mertua. Biasa la, awal – awal tu semuanya baik, indah – indah dan wangi je sentiasa. Lama kelamaan terdengar mertua cakap kami duduk secara free tak bayar apa – apa. Dan aku pun ambil keputvsan dengan suami beli apa yang patut dalam rumah tu. Jadi setiap bulan kami akan belanja barang – barang dapur dan kadang – kadang ada beri duit pada mertua.
Dah berapa bulan tu tiba – tiba keluarga mertua ada bukak bisnes dan minta suami aku berhenti kerja. Aku sangat – sangat tak setuju dengan tindakan diorang. Aku dah la baru setahun jagung kahwin tiba – tiba suami aku kena berhenti kerja pulak. Jadi segala komitmen yang ada aku nak kena tanggung? Berniaga tak mudah. Diorang macam terbvru – bvru nak berniaga. Okay aku ikutkan jugak kali ni.
Setelah beberapa bulan bisnes, segalanya takde masalah pun cuma yang masalah aku kena tanggung perbelanjaan sendiri. Suami aku tak pernah bagi aku nafkah sepanjang perkahwinan. Aku pun amik tak kisah masa tu sebab aku pun ada duit aku sendiri. Sampai la ada satu kejadian yang menyebabkan suami aku berg4duh dengan keluarga dia dan dia tak jalankan lagi bisnes dia bersama keluarga.
Aku cukup marah masa tu sebab suami aku takde kerja, takde gaji, takde duit. Segalanya semua atas bahu aku. Aku dah str3ss tapi aku masih tanggung suami aku dan keluarga dia. Aku dah mula pandai buat personal loan. Ke mana – mana diorang nak pegi aku bawakkan. Nak makan apa aku cuba belikan sebab nak tengok semua orang bahagia. Aku ada pinjam pinjaman berIesen menyebabkan aku susah sehingga sekarang.
Setelah 3 tahun aku duduk di rumah mertua. Aku nekad untuk beli rumah. Masa tu suami aku masih belum bekerja dan tiada pendapatan tetap. Hanya duduk di rumah mengenangkan nasib. Kadang – kadang dia ada buat motor dan kereta untuk hobi dia sahaja. Aku beli rumah sebab aku fikir aku dah tak tahan nak duduk di rumah mertua dalam keadaan semua pulaukan aku dengan suami. Suami bantu segala urusan. Cuma kadang – kadang aku marah dengan dia sebab dia takut nak bekerja dan masih tak fikir keadaan aku yang menanggung semua benda.
Dia tak tau aku ada buat personal loan dan pinjam pinjaman berIesen. Sebab bila aku cerita semua mesti dia akan marah aku. Jadi aku diamkan dan buat keputvsan aku sendiri. Sampai la saat aku dah dapat beli rumah. Dan aku nekad nak pindah keluar dari rumah mertua. Dan suami pun nekad carik kerja. 3 bulan lebih aku dan suami macam orang asing kat rumah mertua. Dan akhirnya suami dapat kerja di tempat lama dan pada bulan puasa 2018 kami berpindah. Alhamdulillah masa tu aku ingatkan semuanya dah berubah. Tapii, ada sesuatu yang lagi dahsy4t berlaku pada perkahwinan aku.
4 tahun perkahwinan baru aku dapat rasa duduk di rumah sendiri. Tanpa ada gangguan. Aku dan suami masih tiada rezeki anak. Tapi bagi kami, kami tak kisah sangat pasal anak sebab tu semua rezeki Allah. Hari berganti hari, dah setahun aku duduk asing dengan keluarga mertua. Dugaan yang lebih hebat menanti kami. Suami kerap busy dan hari minggu kadang – kadang dia dengan hobi memancing dia dengan sed4ra dan keluarga lelaki dia.
Aku dah mula str3ss. Aku sorang – sorang kat rumah. Dengan takde anak. Aku jadi macam sangat str3ss dengan kehidupan aku. Aku marah dengan suami aku sebab dia sibuk dengan aktiviti dia. Dan kadang masa gaji dia tak bagi pun aku nafkah dan duit belanja yang lain – lain. Semua aku tanggung sendiri. Aku terbeban dengan hutang lama aku.
Sampai nama aku bIackIist dengan bank dan kali ni aku terj3rat pula dengan pinjaman berIesen yang berpuluh ribu. Aku tertekan sebab suami tak nak ambil tahu pasal rumah pasal belanja apa semua. Sampai la satu tahap aku join satu bisnes ni. Aku ada buat ig dan fb baru. Tapi aku dah tersalah langkah. Dalam masa yang sama aku nak baIas dend4m dengan suami aku.
Aku jadi sangat berdend4m dengan dia sebab dia langsung tak nak amik tau pasal rumah dan barang keperluan. Aku takde duit dan selalu pinjam kawan – kawan ofis dan kadang – kadang pinjam adik beradik dan sed4ra aku. Aku malu dan aku tutup a1b suami aku cakap gaji dia lambat, bulan ni short sikitlah. Padahal gaji suami aku banyak dia berhabis pada keluarga dia dan pada motor dia sahaja.
Sampai la pada bulan Nov 2020 aku kenal seorang lelaki ni. Dia seorang tentera. Aku yang mulakan langkah mengenali dia. Sebab niat aku cuma mahu baIas dend4m pada suami aku dan harap dia s4kit bila dapat tahu semua benda ni. S4kit yang aku rasakan sepanjang 5 tahun perkahwinan yang aku pend4m dan simpan sendiri.
Akhirnyaa, aku kant0i curang dan suami aku bersungguh – sungguh untuk berubah. Tapi dia dah lambat. Hati aku telah diambil oleh si dia. Si dia pada mulanya tak tau aku sudah berkahwin. Aku tipu dia kata aku belum berkahwin. Dan si dia bersungguh – sungguh nak dekat aku. Dan aku pun sebenarnya dah mula sayang pada dia. Saat suami aku selalu tinggalkan aku. Aku rasa kekosongan aku terisi bila dengan si dia. Aku curi – curi keluar rumah dan kadang – kadang aku lari dari rumah untuk keluar bersama si dia.
Suami aku menyesal atas perbuatan dia buat pada aku selama ni dan ingin berubah. Tapi apakan daya. Hati aku dah h4ncur dan aku tidak ada sedikit sayang pun pada dia lagi. Aku tak tau apa kesudahan cerita aku ni. Dan sekarang aku dah tidak berhubung lagi dengan si dia kerana suami aku ugvt jika dia atau aku masih berhubung kami akan ada tindakan dari mahkamah.
Sebab suami aku ada pasang Iawyer. Dan suami aku ada buat syarat taIak pada aku. 2 kali. Sekarang aku masih menunggu keputvsan mahkamah sama ada taIak itu jatuh atau tidak. Dan aku dah buat keputvsan sekiranya taIak tersebut tak jatuh aku sendiri yang akan minta cerai dari suami aku. Kerana aku dah kerap berg4duh dan aku dah tiada hati lagi pada suami aku. Suami aku kadang – kadang masih menuduh aku berhubung dengan si dia. Tapi tidak pun.
Lelaki tu dah tau status aku dan suami aku pun dah ugvt dia macam – macam. Tak mungkin dia masih berani. Suami aku berubah seratus peratus. Sebab dia masih sayangkan aku. Aku sedih bila hati aku dah tawar dia datang kembali pada aku. Keras sangat hati aku sebab tak mampu terima suami aku lagi. Dan pada si lelaki tu. Aku mintak maaf jugak. Sebab aku tipu dia yang aku ni masih belum kahwin. Dan sekarang aku tak tau ke mana dia pergi. Aku cuma nak pergi dari semua orang, nak jalani kehidupan aku tanpa memikirkan orang lain. Aku tak tau sama ada keputvsan aku betul atau tidak.
Salah ke aku mengambil keputvsan ini? Ingin bercerai? Aku nak mulakan hidup baru dan nak pergi dari semua orang. Semua salahkan aku atas alasan aku curang. Tapi semua tak tau apa yang aku simpan dan pend4mkan selama 5 tahun perkahwinan aku dan suami. Biar la aku membawa diri aku sendiri. Dan semoga ada sinar baru dalam hidup aku. In sha Allah… – ANN (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Abell Nur : Curang tak akan selesaikan masalah. Dalam masa yang sama tt dah Iukakan hati tentera tu. Mungkin tentera tu betul – betul sayangkan tt. Ni bukan soal dend4m ni soal tt tak berfikir dengan bijak. Sepatutnya luah apa yang tak puas hati bukan pend4m sis. Kena berkomunikasi baru cari jalan penyelesaian. Apa – apa pun benda dah jadi. Banyakkan solat istikarah cuba bagi peluang dekat suami . Berbincang sis. Jangan nanti menyesal bila dah kehilangan. Tak dak manusia yang sempurna dalam dunia ni. Kalau suami sis dah laIai sis tegur la. Ajak bincang. Jangan terus tinggalkan suami macam tu.
Madamme Que : Dik. Masalahnya sebab u PEND4M. U tak luah, macam mana suami u nak tau yang u ada masalah kewangan? Yang u sunyi? Masalah utama sekarang ni adalah komunikasi. Apapun yang u rasa, perbuatan u still salah di sisi agama. Berd0sa ada bf sedangkan u masih isteri orang. Kenapa nak perhatian suami dengan cara kumpul d0sa? Lebih baik u minta cerai awal – awal dulu, kemudian baru cari cinta baru. Sekarang u dah buat ani4ya kat lelaki lain pula.
Nasihat saya, pergi AKPK untuk bantu urus hutang tu semua. Jangan duduk peIuk tubuh. Dik, tak guna bayar hutang dengan cara gaIi lubang tutup lubang. Tak jadi apa. Hutang bertambah lagi ada. Tambah pula dengan kes curang. Adui. Fikirla dengan m4tang dik. Tolong jangan rendahkan martabat seorang isteri.
Dhuha Imani : Maaf yea. Tapi bagi saya banyak masalah puan hadap ni berpunca dari puan sendiri. Kalau tak mampu nak belanja orang (keluarga mentua dan suami) jangan sampai buat pinjaman. Lagi – lagi pinjaman berIesen (har4m ada r1ba). Pastu puan pula pilih untuk curang. Kalau betul tak suka suami, mintak dilepaskan, baru cari yang baru. Tak kena pening kepala. Puan pun tak terpaIit d0sa curang dengan Allah dan suami. Hati abang tentera tu pun tak s4kit kena tipu dengan orang dia sayang. Apa – apa pun nasihat saya. Puan bertaubatlah dengan bersungguh – sungguh kemudian mintak jalan dengan Allah. Biar dipermudahkan hidup puan dunia dan akhir4t.
Asiahani Saari : Kenapa ye perempuan yang ada pengalaman dis4kiti lelaki tak guna, tapi masih berani nak hadap lelaki lain yang tak tahu baik ke tak, tak penat ke sis? Sama je selagi manusia selagi tulah diorang ada per4ngai pelik – pelik. Kenapa tak bahagiakan diri buat benda berfaedah selain pergi kejar lelaki. Dalam dunia ni punyalah banyak benda berfaedah boleh buat. Takpelah semoga awak jumpa benda yang boleh buat awak lupa masalah awak tapi curang tu memang salahlah.
Sepatutnya tak payahlah curang, pergi setel dulu dengan laki. Tak pun pi tanam pokok ke, menjahit ke sebelum awak fikir nak curang. Takpelah sis, belajar dari pengalaman. Semoga dipermudahkan dan move on. Jangan dok harap laki boleh bahagiakan awak. Ingat, yang paling sayang kita dalam dunia ni hanya Allah s.w.t je.
Nariman Ramli : Bertaubat, perbaiki diri. Jangan cari alasan buat salah sebab orang. Hidup ni kerana orang ke kerana Allah? Dunia bukan tempat mencari kesempurnaan. Dunia ini tempat untuk beramal, untuk bertemu dengan tuhan. Orang beriman sentiasa memikirkan apa yang dia nak beri supaya Allah suka, apa nak dibuat supaya Allah ‘pandang’ dia. Bukan semata – mata nak ambil kesempatan atas kelemahan orang. Setiap pemberian, kebaikan atau khidmat kerana Allah tiada kerugian. Allah akan baIas dengan SYURGA. Memaafkan bukanlah sifat yang lemah.