Keluarga suami benci saya sebab saya hanya kerja kilang. Namun suami berjaya pujuk ayahnya untuk datang meminang saya. Ibunya serta adik beradiknya yang lain meminta ayahnya menceraikan ibunya kerana berpihak kepada permintaan suami, maka akhirnya mereka berpisah sehingga sekarang…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Di sini ada persoalan yang mungkin berlaku di kalangan isteri. Saya merupakan seorang menantu yang diIema di mana saya telah mendirikan rumah tangga bersama suami saya selama 5 tahun. Sepanjang tempoh perkenalan saya bersama suami (pada awal perkenalan) saya ini diterima baik oleh keluarganya kerana saya seorang penuntut universiti dan bakal memiliki ijazah.Selepas saya graduate saya tidak mempunyai pekerjaan dan bekerja sebagai seorang operater di sebuah kilang sehingga waktu itu ibunya telah berjumpa dan maklumkan kepada saya bahawa dia meminati seorang wanita yang bekerja dalam bidang kerajaan.
Lepas dari kejadian itu keluarga suami saya sem4kin men3ntang perhubungan kami ini dan membenci saya seadanya sebab seorang pekerja kilang. Dari kejadian itu, saya kuatkan semangat dan memohon jawatan terbuka dari HR dengan Ijazah yang saya miliki dan jawatan yang bersesuaian. Alhamdulillah rezeki serta doa saya dimakbulkan, saya dinaikkan pangkat mengikut kelayakan. Hati ibunya masih lagi tetap berkeras tidak akan menerima saya kerana saya seorang pekerja kilang, walhal anaknya yang saya berkawan (suami saya kini) juga seorang pekerja kilang. Kami terus berkawan dan mencecah 6 tahun, suami saya memutuskan untuk menerima saya sebagai isterinya walaupun ibu, ayah dan adik beradiknya yang lain tidak bersetuju.
Dengan izin Allah, suami saya berjaya memujuk ayahnya untuk memberi restu dan mengadakan rombongan meminang terhadap keluarga saya dan pada hari berikutnya ibunya serta adik beradiknya yang lain meminta ayahnya menceraikan ibunya kerana berpihak kepada permintaan suami saya ketika itu. Kejadian serta segalanya telah ditentukan olehNYA. Dengan sikap yang angkuh anak perempuan (kakak kepada suami) inginkan perpisahan berlaku di antara ibu dan ayahnya maka akhirnya mereka berpisah sehingga sekarang.
Masalah saya kini ialah sejak kami berkahwin tanpa restu dari ibunya, ibunya serta adik beradiknya ketika itu telah membuang suami saya dari senarai ahli keluarga mereka. Sehingga selepas saya bergeIar isteri saya sendiri pergi memohon restu dari ibunya agar dia dapat menerima saya sebagai menantunya tapi maIangnya dia tetap berkeras dan tidak menerima saya serta anak lelakinya sendiri (suami saya).
Ketika itu, suami saya berasa terlalu sedih dan betul – betul diIema dengan kejadian yang men1mpa dirinya selepas menerima saya sebagai isterinya. Dalam masa yang sama, saya sering dimesej oleh ibunya serta adik dan kakaknya dengan kata – kata kesat dan c4ci m4ki. Saya terus bersabar sehingga kami memiliki seorang cahaya mata. Kami cuba berbuat baik dan kembali memujuk supaya lupakan perkara yang lepas kerana waktu itu perkahwinan saya berusia 2 tahun dan ibunya kini telah mendapat cucu sulong.
Tetapi maIangnya beliau tetap berkeras hati. Suami saya sem4kin diIema apabila saya memesan kepadanya meskipun begitu sikap ibunya, berd0sa baginya sekiranya suami saya meny4kiti hati ibunya. Tetapi hati suami saya sem4kin rungsing apabila sikap ibu dan adik – adiknya terus meny4kiti hati saya dalam senyap sehingga membuatkan keadaan saya tertekan serta keadaan suami saya sendiri. Bak kata pepatah ditelan m4ti emak diluah m4ti bapak.
MaIangnya, hidup kami sem4kin porak peranda kerana ada berita telah disampaikan kepada seseorang kepada kami sekeluarga bahawa kami tidak akan hidup bahagia dan kami sekeluarga pasti akan berpisah juga dengan apa cara sekalipun. Hidup keluarga kami sem4kin bergolak apabila mereka sekeluarga datang menaburkan segala fitnah di kawasan perjiranan tempat kami tinggal sehinggakan semua jiran – jiran turut memandang serong kepada saya serta suami saya. Sehingga suatu ketika, saya memohon agar suami saya berjumpa ibunya agar memaafkan kesilapan kami dan lepaskan hidup kami dari semua fitnah ini dan akhirnya kami dapat tahu dari seorang ustaz bahawa hidup kami telah “disih1rkan” oleh mereka. Rumah yang kami duduki tidak boleh dimasuki dan kami sekeluarga terp4ksa tidur di stesen bas.
Sekiranya kami memasuki juga rumah yang diduduki itu, kami akan berg4duh dan suami saya sering memukI dan sep4k ter4jang saya seperti anjing dan begitu juga dengan diri saya untuk mempert4hankan keadaan. Ibu beliau juga, telah meminta semua anak – anaknya yang mana berkahwin dengan lelaki pilihan mereka sendiri agar menuntut cerai.
Kini anak perempuannya juga telah mengikut kehendak beliau. Dalam situasi yang tidak dapat dipertahankan lagi waktu itu di rumah saya yang penuh dengan “misteri” itu, saya telah diceraikan oleh suami saya tanpa disedari sebanyak 2 kali taIak berlainan keadaan selepas rujuk. Keesokkannya lepas keluar dari rumah itu barulah suami saya sedari ada sesuatu yang terjadi di luar kemahuan dia.
Mulai dari detik itu mereka terus mengganggu saya sekeluarga sehingga pergi ke tempat mengasuh anak saya (selepas 3 tahun) dan meminta agar pengasuh anak saya tidak mengasuh anak saya lagi. Mereka juga melakukan perkara “misteri” kepada anak – anak saya sehinggakan kejadian seterusnya terjadi dalam hidup kami.
Akhirnya suami saya sem4kin tertekan dan dia tidak pernah melawat, bertanya khabar, bahkan lagi menyukai ibunya kerana ibunya telah terpesong dan sering berjumpa dengan b0moh untuk memporak perandakan semua keluarga anak – anaknya yang berkahwin bukan dari pilihannya. Sehingga suatu masa emak saud4ra saya datang dan memberitahu ibu suami saya inginkan “kain tutup m4yat” untuk berubat kepada seseorang.
Tetapi saya tidak tahu kepada siapa. Kini saya mulai diIema apabila saya telah kembali menetap di kawasan yang hampir dengan keluarga ibunya semula. Di mana selepas kejadian suami saya telah menceraikan saya dulu di dalam rumah yang misteri itu, kami berdoa agar dapat berpindah lebih jauh dari tempat itu sehingga saya diposting ke Selangor.
Kini, selepas setahun berada jauh dan tak dapat dikesan oleh mereka, kami amat bahagia dan aman damai. Tetapi keputvsan suami saya untuk berpindah menetap di Kedah ini sedikit sebanyak muncul cerita – cerita lama dalam keluarga kami. Jadi dalam situasi ini apakah yang boleh suami saya lakukan sehingga sampai tahap ini suami saya telah berbeIah bahagi dan kadang – kadang punca perg4duhan di dalam rumah tangga kami hanya kerana ibunya dan bukan kerana masalah lain.
Suami saya dalam diIema dan dia telah pun berkata kepada saya sudah 5 tahun kami berkahwin ibunya tidak pernah melihat cucu – cucunya dan menerima suami saya sebagai anak lagi, sehingga suami saya lupa bahawa ibunya masih lagi IBU kepada dirinya meskipun tidak pernah menjengah dan bertanya khabar. Ibunya tetap tidak mahu menerima suami saya melainkan suami saya ikut kehendaknya untuk berpisah dengan saya sepertimana anak – anaknya yang lain yang telah mengikut kehendaknya.
Di dalam masa yang sama, bekas suami kakak ipar saya pernah berjumpa dan berpesan kepada saya bahawa keluarga suami saya ini adalah keluarga yang percaya kepada “ilmu hitam” dan dia hendak saya menjaga suami saya sebaik mungkin agar tidak terjebak dengan perkara mungkar ini, kerana nasib yang beliau aIami ialah isterinya mengikut kata ibunya dan memohon cerai kepada suaminya kerana ibunya tidak suka akan suaminya. Apa yang perlu saya lakukan dan juga terutamanya situasi suami saya sebagai seorang lelaki yang perlu taat pada “ibunya” yang sebegini rupa…