Masa tu kandungan saya 4 bulan, Allah sahaja yang tau perasaan saya masa tu dan syukur la Allah Iindungi kandungan saya. Saya bagi kata dua, dia pilih saya atau perempuan tu. Dia pilih saya yang konon dah berbelas tahun hidup susah senang bersama…
$Foto sekadar hiasan. Salam admin. Hide kan fb saya, terima kasih. Ada khabar angin yang saya dengar suami berhubungan dengan isteri orang. Saya tanya suami dan dia menafikan sekerasnya khabar angin tu. Kemudian perempuan tu mengandung dan selepas melahirkan anak dia diceraikan suaminya.
Terdetik juga naluri saya adakah hal ini ada kaitan dengan suami. Saya berdoa pada Allah dan mengharapkan agar semua ni tiada kaitan dengan suami saya. Sebab saya fikir takkan masih isteri orang sanggup buat macam tu.
Tapi tak, itulah namanya perempuan murahan. Pada satu hari saya buka wasap suami dan nampak gambar suami atas katil sama perempuan tu dan budak lelaki. Setelah didesak masa tu la suami mengaku tu anak luar nikah hasil hubungan mereka.
Bertahun dorang sembunyikan hubungan h4ram dorang. Pada masa tu kandungan saya 4 bulan, Allah sahaja yang tau perasaan saya masa tu dan syukur la Allah Iindungi kandungan saya. Saya bagi kata dua, dia pilih saya atau perempuan tu.
Dia pilih saya yang konon dah berbelas tahun hidup susah senang bersama. Tapi dalam diam dorang tetap juga berhubung. Saya dah jumpa dengan perempuan tu, nasihat elok – elok, m4ki dah, t4mpar pun dah. Semua sudah.
Satu hari perempuan tu pindah ke daerah lain, konon katanya nak jauhkan diri dari suami saya. Saya sangat berharap setakat tu sahaja hubungan dorang. Tapi. Suami ada membawa balik barang (rahsia) tertera nama perempuan tu dan naluri saya dapat rasakan sesuatu.
Saya mendesak dan minta dia berikan penjelasan dan akhirnya suami mengaku sudah bernikah dengan perempuan tu hampir setahun. Ya Allah. Betul – betul Allah menguji saya. Suami tidak pernah abaikan tanggungjawab dia bab belanja.
Semua gaji dia serahkan pada saya dan belanja dia dengan bisnes sikit – sikit yang dia buat. Suami saya ni kira jenis manusia baik la juga, tak pernah tinggikan suara atau naik tangan pada saya. Suami memang jenis pendiam tapi tu la orang kata, orang diam ni diam – diam berisi tapi bukanla semua macam tu kan.
Sejak kejadian tu hubungan kami m4kin renggang dan kurang bercakap dan hanya bercakap kalau ada hal – hal penting je. Kalau g4duh ke term4ki ke hanya dalam wasap je. Depan anak – anak kami macam biasa. Kena berlakon la jugakan.
Tiada lagi senda gurau gelak tawa antara kami. Saya rindu suasana seperti dulu, tapi apakan daya. Mungkin hati saya s4kit yang buat hilang rasa sayang pada dia. Selepas melahirkan anak suami langsung tak sentuh saya. Selalu tidur berasing, tidak mengapalah itu sudah tidak penting bagi saya.
Saya fikir yang penting dia tak lupa nafkah untuk saya dan anak – anak. Kami kerja kerajaan dan akhirnya dia bernikah tanpa persetujuan saya dan tanpa kebenaran majikan. Mungkin dia tak fikir masa akan datang, dia fikir seronok sangat dah tu dapat hidup dengan perempuan yang dikejarkan sangat.
Saya fikir masa akan datang kalau perempuan tu mengandung. Kalau suami m4ti memang lagi panjang cerita. Memang saya boleh undur diri sebab saya pun bekerja tapi berat untuk saya buat keputvsan macam tu sebab anak – anak masih kecil dan mereka memerIukan kasih sayang dari seorang ayah.
Lebih lagi si kecil manja sangat sama bapaknya. Saya rasa biar la dia dengan kehidupan dia nak buat apa pun. Kami tetap bersama demi anak – anak. Saya cari kebahagiaan sendiri bersama anak – anak saja la. Apa pun yang terjadi sekarang ni saya perlu kuat demi anak – anak dan apa yang rasa perlu dalam hidup ialah cari keredhaan Allah dan kumpul amalan untuk bekalan saya m4ti nanti.
Hati saya h4ncur luluh berk3cai, tapi apakan daya benda dah terjadi. berserah segalanya pada Allah. Allah maha adil maha kaya dan setiap apa yang juga terjadi pasti ada hikmahnya. Kepada suami andai kamu mampu berlaku adil atau tak, kamu mampu atau tak bimbing anak isteri kamu dunia akhir4t tu urusan kamu dengan Allah. Dia la yang akan menghitung segala baik atau buruknya perbuatan kamu.
Komen Warganet :
Rayyan Rayyan : Ya Allah.. sabarnya awak. 1 je nak cakap kalau nak anak masih berkasih sayang dengan bapa mereka redhalah suami poIigami, walaupun berat, semuanya dah berlaku, suami pun mampu. Itulah saham akhir4t awak.
Walaupun s4kit hati awak, segalanya dah pun berlaku tak boleh undur balik, teruskanlah. Sama ada nak brcerai atau terima poIigami. Betul anak – anak kecil kita faham perasaan mereka, tapi sebelum tu kena faham perasaan sendiri dulu, sebab keputvsan yang dibuat melibatkn anak – anak. Hanya mampu berdoa untuk awk temui jalan penyelesaian dengan mudah aminn.
Reham Zaedy : Buat confessor kalau awak baca komen saya tolong pertimbangkan. Ikut pengalaman saya, tak rugi berk0rban kasih bercerai. Sebagai anak penceraian bukan masalah kalau puan boleh surv1ve sendiri. Didik anak sendiri.
Lebih baik cerai daripada k0rbankan diri, kesihatan mentaI, d0sa pahala. Percayalah kalau puan teruskan perkahwinan tu ibarat atas kertas je. Bayangan masyarakat. Sedangkan puan, anak puan akan hidup tak bahagia. Mula langkah fasakh.
Keluar cari rumah sewa kecil stay sorang. Lepas cerai cerita hal sebenar kepada keluarga. Insya-Allah, Allah mudahkan. Ikut Islam berz1na dengan suami orang dan isteri orang d0sa besar sampai dapat anak luar nikah plak tu.
Puan nak bersekongkol sekali?. Nope undur diri. Ramai lagi laki baik kat luar. Stay dalam nikah T0xic amat rugi bahkan berd0sa sebab banyak nafkah dan tanggungjawab tak terjalan. Hari – hari dapat d0sa. Please pergi sendiri fasakh. Tak perlu minta izin. Kalau dia taknak cerai sekalipun talak akan jatuh sendiri nanti. Please keluar dari masalah mereka.
Puan R : Sama macam saya.. dulu sebelum tahu saya tak syak apa – apa. Ada orang call mesti dia jawab jauh dari saya. Akhirnya 2019 terbongkar semuanya.Rupanya dah ada anak luar nikah dengan perempuan tu. Sebab perkahwinan diorang tak sah.
Lebih s4kit lagi dah tahu tak sah masih jugak teruskn hubungan tu sehingga lahir yang kedua. Diorang berhubung sejak bila saya tak pasti. Mungkin 2015 – 2016 lagi. Lamanya diorang tipu saya. S4kit hati kecewa, h4ncur semua la.
Diorng kahwin pun wali perempuan tak tahu. Bila bagi kata dua suruh pilih yang mana.. alasan sama macam puan jugak.. Dia pilih saya sebab saya tetap no 1 di hatinya. Saya yang sanggup susah payah dengan dia. Saya la isterinya buat selama lamanya.
Yang isteri baru tu.. biar la dengan kehidupannya sebab dia dah sedar perkhwinan diorang tak sah. Mahkamah dah putvskn mau teruskn atau tinggalkan. Kalau mau teruskn terpk4sa kahwin balik. Dia pilih untuk tinggalkan tapi saya tetap waspada.
Ayat lelaki tak boleh dipercaya sebab kepercayaan saya sikit pun takde sudah untuk dia. Saya bersyukur jugak dapat keluarga suami yang terlalu baik dari ipar mertua makcik pakcik sepupu sepapatnya semua. Semua berpihak pada saya.
Mertua siap warning aanknya kalau jadi apa – apa pada saya, kalau saya diceraikn dia bukan lagi anaknya. Adik bradiknya pun warning camtu jugak. Doa hari – hari supaya hatinya takkan berubah untuk orang lain. Walaupun kepercayaan tu hilang tapi saya masih isterinya. S4kit kecewa takkan pernah hilang.
Yunn Fxzl : Yang pendiam ni lagi bah4ya sebenarnnya. aTk semua la segelintir. Tapi yang lagi peritnya sejenis suami yang tak sedar diri takde harta takde duit takde rupa tu pon masih ada hati nak curang and “makan luar” even isteri tu terima kekurangan dia. Ramai je jenis mcm tu. Sebab tu rezeki m4kin sempit akibat khi4nati dan menipu anak bini sendiri. Y’all knows kifarah, sampai anak bini sekali terpalit.
Nur Zahiella : Dah laa nikah lain. Tak sentuh dah pulak tu. Angkat kaki blah ja kak. InshaAllah kak kuat. Mungkin permulaan ni ja akan rasa beban dan berat. Simple ja benda ni, kalau rasa bawak mud4rat pada diri jangan dok tunggu. Tapi kalau rasa semua ok semua cukup, kena belajaqlaa untuk ikhlas dan redha.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.