Aku memang banyak masa. Nak berborak pun isteri tak layan sebab dia suka tengok drama. Jadi sebab tu aku boleh layan whatsapp, facetime dengan perempuan lain. Aku rasa lelaki memang boleh sayang lebih daripada seorang perempuan dalam masa yang sama dan kasih sayang tu tak kurang, tak lebih.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Zhaf. Umur awal 40-an, dah berkahwin dan dikurniakan 3 orang anak. Aku cuma nak berkongsi kisah hidup aku sebagai seorang lelaki yang nyaris terper4ngkap dalam dunia poIigami 5 tahun lepas.
Aku berkenalan dengan R di universiti, kami sama – sama sambung pengajian di peringkat Sarjana. Jarak umur kami lebih 10 tahun. Aku dah bekerja sebagai seorang pr0fessional, manakala R baru tamat pengajian di peringkat sarjana muda dan mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana.
Pada awalnya, aku tak punyai apa – apa perasaan terhadap R. Tapi harus aku akui, dia seorang yang cantik. Manis orangnya. Dan dia agak pendiam, pemalu. Aku ingat lagi kali pertama kami duduk bersebeIahan, R hanya terkaku diam. Ternyata dia tak biasa duduk rapat dengan lelaki walaupun hanya bersebeIahan dan ada jarak antara kami.
Awalnya kami tak pernah berbual, tak pernah berhubungan langsung. Cuma bila berseIisih aku akan tegur “hai” sekadar beramah mesra dan baIasannya juga pendek. Aku tak pernah menganggap R lebih dari seorang kenalan sekuliah. Bukan rakan. Bukan teman apatah lagi sahabat.
Segalanya berubah ketika di semester kedua. Kami diletakkan dalam kumpulan assignment yang sama. Itu lah kali pertama aku berhubungan dengan R walaupun cuma dalam group whatsapp yang ada 2 orang lagi rakan sekelas.
Aku tak ingat bagaimana kami tiba – tiba menjadi rapat, yang aku tahu, kami punyai ch3mistry. Sesuatu yang baru bagi aku. Bermula dari whatsapp group, beralih ke whatsapp personal. Bermula dengan berbincang hal – hal kuliah kepada hal yang lebih peribadi.
Aku senang berbual dengan R. Sangat senang. Seolah – olah aku dah jumpa dengan seorang teman berbual yang dah lama aku cari. Jangan salah faham. Bukannya aku dengan isteri tak pernah berbual cuma topik kami selalunya tak selari. Respond isteri kepada cerita – cerita aku biasanya cuma “ooh” dan “aah”. Takpun “yeke?” Tu je.
Aku suka berbual tentang isu semasa, isu politik, ekonomi dan sebagainya. Mungkin benda tu bosan untuk isteri aku. Tapi bukan untuk R. Ternyata dia memang suka berbual isu – isu macam tu jadi bila aku berbual dengan dia, aku dapat satu response yang member4ngsangkan dan perbualan kami berlanjutan.
Tapi R masih lagi seorang gadis yang pemalu, dekat whatsapp je dia borak panjang – panjang. Depan – depan dia diam, jawab sepatah – sepatah. Dia cuma berbual panjang dengan kawan – kawan perempuan. Kalau dengan lelaki memang dia janggal. Jadi masa tu aku tak fikir apa pun.
Tapi ternyata sebenarnya R dah jatuh hati dengan aku. Jadi dia extra pemalu depan aku. Dan jujur aku katakan, aku dah mula jatuh hati pada R. Cuma sebelum tu aku nafikan perasaan tu. Aku anggap aku cuma selesa berbual dengan dia sebagai seorang kawan. Sem4kin lama kami sem4kin rapat. Aku mula tahu tentang family R, R juga mula tahu tentang family aku.
Dari bercerita tentang isu semasa, R mula jadi tempat aku meluah perasaan, str3ss di tempat kerja aku ceritakan pada R. Str3ss di rumah pun aku ceritakan dengan R. Sampai hal g4duh dengan isteri pun aku cerita pada R. Dia seorang pendengar yang baik dan aku rasa lega bila dapat meluah.
Bukan aku tak ada kawan lelaki tapi response tu berbeza. Lelaki kebanyakannya bukanlah pendengar yang baik. Kalau aku cerita, respond diorang sama je “relax je lah bro.” Cerita aku tak habis lagi ni tapi dah disuruh diam secara halus. So faham je lah, diorang tak minat nak dengar.
Walaupun R suka pada aku, tapi dia tak pernah cuba siram minyak bila aku meluahkan rasa marah atau beng4ng dengan isteri aku. Kadang – kadang dia pula yang menangkan isteri aku. Lama – lama dari suka aku dah mula jatuh sayang. R ni nampak berdikari tapi agak heIpIess. Cuma dia suka berIagak kuat, berIagak macam dia boleh buat semua benda.
Naluri lelaki mana boleh tengok perempuan tengah susah kan. Jadi aku pun sentiasa cuba nak tolong R walaupun dia tak minta. Mula – mula aku tak anggap apa – apa pun dengan pertolongan tu tapi bila difikirkan semula, aku tolong memang sebab aku sayangkan dia. Satu hari tu, dengan beraninya aku tanya R, dia sudi tak kahwin dengan aku. R hanya ketawa. Dia anggap aku bergurau. Bila aku cakap aku serius, R bagi kata putvs yang dia tak nak bermadu.
Aku terus diam. Terasa hati. Berbulan – bulan aku abaikan whatsapp dia. Tapi bila hati aku dah tenang, aku teruskan berbaIas whatsapp dengan dia. Hakik4tnya aku rindu. Rindu sangat dengan dia. Sejak daripada tu, beberapa kali aku hint dekat dia tentang niat aku nak jadikan dia isteri kedua. Tapi R tetap bertegas yang dia tak nak bermadu.
Aku nyatakan, aku takkan mampu tinggalkan isteri aku sebab anak – anak. Str3ss macam mana pun aku dengan rumah tangga aku, aku akan pert4hankan demi anak – anak. Perkataan cerai memang takkan ada dalam kamus hidup aku. Dan baIas R, teruskan je dengan isteri you. Sibuk nak cari lain kenapa?
Aku diam. Aku jadi keliru. Marah pun ada. Dia mengaku dia suka dan sayangkan aku tapi kenapa dia tak nak kahwin dengan aku? Walau macam mana pun, kami m4kin rapat. Selain whatsapp, kami juga ada berhubungan melalui telefon. Dan aku video call dia hampir setiap malam untuk berbual. Tapi jangan fikir bukan – bukan. Perbualan kami clean. R bukan jenis perempuan yang “nakal”.
Banyak benda aku buat demi R, sanggup tukar phone guna iphone sebab nak sama dengan R dan nak facetime dengan R. Sanggup beli iwatch sebab tak nak terlepas whatsapp R. Sanggup tak tidur malam sebab nak call R. Macam – macam lah lagi mengalahkan orang muda bercinta (tapi masa tu aku baru 34 kira muda lah kan).
Status R dalam hidup aku, kekasih gelap. Memang aku anggap dia sebagai girlfriend aku walaupun kami tak pernah keluar dating. Aku pernah jumpa R luar kuliah dan dia memang nerv0us betul berdua dengan aku jadi aku buat keputvsan untuk tak ajak dia keluar berdua untuk berjumpa. Cukuplah di telefon. Dan sebabkan aku rindu nak tengok wajah dia, aku video call. Setakat itu je.
Korang dah benci kat aku ke belum ni? Haha.
Hubungan maya kami berterusan hingga hampir 4 tahun. Rasa sayang dan cinta aku pada dia m4kin mendalam, apa yang R rasa? Aku pun tak pasti. Cuma ketika di hujung – hujung “perhubungan” kami, aku dapat tahu ada seorang lelaki yang nak berkenalan dengan R. R ceritakan pada aku tentang lelaki tu yang sungguh – sungguh nak berteman dengan dia. Aku layan cerita R macam tak ada apa – apa sedangkan hati aku dah meIuap – Iuap marah. Tapi apa hak aku nak marah? Dia bukan milik aku.
Lama – kelamaan aku mula makan hati. Walaupun R masih melayan aku macam biasa, dalam hati aku dah mula berbaur. R masih menolak untuk jadi isteri kedua, dalam masa yang sama ada lelaki lain yang tengah kejar dia. Aku jadi frust. Sangat frust. Perlahan – lahan aku mula kurangkan berhubungan dengan R. Dia perasan dan dia pernah tanya. Tapi dia tak pernah p4ksa aku untuk terus berteman dengan dia.
Walaupun aku rindu sangat dengan R, aku pend4m. Sejujurnya aku tak tahu sama ada perasaan sayang R pada aku tu sayang sebagai seorang kawan ataupun sayang seperti mana aku sayang dia? Kadang – kadang cemburu macam kekasih, tapi bila ajak kahwin kena tolak. Dan kalau aku luahkan rasa cemburu terhadap lelaki tu, R hanya ketawakan aku. Dia anggap aku main – main. Seolah – olah dia tak percaya aku ni cinta dan sayangkan dia.
Lama – kelamaan, kami sem4kin renggang. Sangat pedih. Tapi aku tahu perhubungan kami takkan sampai ke mana. Dan pada masa yang sama, ada sesuatu berlaku antara aku dan isteri dan aku sedar aku harus buat keputvsan. Memandangkan R pun tak mahu jadi isteri aku, aku buat keputvsan untuk pulihkan rumah tangga aku. Aku kembali kepada isteri aku.
Walaupun isteri aku tak pernah cakap apa – apa, tapi aku rasa dia tahu aku ada teman lain. Aku tahu dia tentu sedih, tentu kecewa. Tak lama lepastu, aku terus berhenti berhubungan dengan R. Dan R pun tak pernah hubungi aku lagi seolah – olah dia faham apa yang berlaku. Itulah istimewanya hubungan aku dengan R. Kami macam ada satu instinct yang sama walaupun tak jumpa depan mata.
Aku tak perlu bagitahu dia yang aku sibuk dan dia tetap akan tahu. Bila aku s4kit pun dia tahu aku tengah s4kit sedangkan aku tak bagitau dia apa – apa. Jadi bila aku diam secara tiba – tiba aku rasa R pun faham dan terus berhenti hubungi aku. Dah 2 tahun sejak kali terakhir kami berhubung. Tapi aku tak pernah lupakan R sampai hari ini. Aku masih rindu, tapi rindu pada memori kami bersama. Memori alam maya.
Hubungan aku dengan isteri pun m4kin pulih. Anak – anak m4kin besar. Dan aku pun sem4kin tua, sem4kin mat4ng barang kali. Bila aku str3ss, aku mengadu kepada Allah. Itu lah jalan terbaik. Bohonglah kalau aku kata aku dah lupakan R. Cuma aku mengajar diri aku untuk tak terlalu memikirkan dia. Aku tak tahu apa khabar R sekarang, cuma aku harap dia peroleh kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup dia.
Episod aku dan R merupakan ujian terbesar dalam rumah tangga aku setakat ni. Tapi alhamdulillah, aku berjaya melepasinya. Aku hampir ters4sar tapi Allah kuatkan hati aku untuk bertahan, kuatkan j0doh aku dengan isteri untuk kekal bersama. Aku bersyukur, ujian yang Allah hadirkan kepada aku adalah seorang perempuan yang tahu tempatnya. Tak melebih – lebih dalam menyatakan rasa sayang dia kepada aku. Andai kata R setuju bermadu, setuju menikahi aku, mungkin jalan cerita aku akan berbeza.
Ramai lelaki yang bila diuji rasa cinta selepas berkahwin akan terIanjur, ada yang nekad bernikah, berpoIigami, malah bercerai dengan isteri. Tapi aku bersyukur aku tak perlu menghadapi semua itu. Cuma rasa kecewa dan patah hati yang aku simpan kemas dalam jiwa. Tak pernah aku beritahu sesiapa. Cukuplah aku dan Allah sahaja yang tahu.
Aku juga bersyukur dikurniakan isteri yang penyabar. Memang dia tak sempurna tapi begitu juga aku. Kami berdua berusaha untuk perbaiki diri agar rumah tangga kami kekal bahagia. Kepada para suami, ambil kisah aku sebagai iktibar. Buruknya isteri kita adalah cerminan kepada kegagalan kita membentuk dia. Jangan cepat cari lain. Yang baru belum tentu yang terbaik. Kenang kembali janji – janji saat bernikah dulu. Tataplah wajah anak – anak untuk tetapkan hati kita.
Perkahwinan bukan satu pengakhiran tapi satu permulaan. Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Umpama 0mbak besar yang mengh3mpas bahtera perkahwinan. Suami sebagai nakhoda seharusnya buat keputvsan bijak. Untuk para isteri, jangan cepat melatah. Jujur aku katakan lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan lain selepas berkahwin adalah RAMAI DAN NORMAL. Apa yang membezakan adalah tindakan dia sama ada dia teruskan perhubungan atau m4tikan rasa cinta tu. Takde siapa minta jadi macam tu.
Tatkala kami salam akad nikah, niat kami dah tekad untuk membahagiakanmu wahai para isteri. Rasa cinta yang hadir untuk perempuan lain adalah ujian ke atas kami. Jangan cepat mengalah. Kami lelaki bukan manusia sempurna. Mudah kalah pada nafsu. Genggamlah tangan kami dan pimpin kami untuk menjauhi perkara – perkara sebegitu. Tolong ingatkan kami tanggungjawab kami terhadapmu dan anak – anak.
Untuk isteriku, terima kasih kerana menjadi seorang wanita yang sangat kuat, sangat hebat. Terima kasih kerana memahami, memaafi dan menerima kekurangan diri ini.
Untuk R, terima kasih kerana hadir dalam hidupku sebagai satu pengajaran yang sangat hebat. Semoga kau bertemu kebahagiaan dengan lelaki yang mampu mencintai dan menyayangimu lebih daripada aku.
Sambungan…. Assalamualaikum. Again. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku yang panjang lebar haritu. Kena kecam pun panjang lebar. Haha. 700+ response; 600+ comment; 300+ share. Kebanyakannya berbaur kecaman.
It’s okay. Aku tak simpan dalam hati pun kecaman pembaca semua. Aku buat confession sebab aku tahu aku salah. Aku berkongsi cerita sebagai salah satu cara untuk aku luahkan apa yang aku rasa. Takkan nak cerita kat isteri pula?
Aku belum plan nak m4ti awal lagi. Lagipun aku rasa, ada perkara – perkara yang boleh dijadikan iktibar untuk orang lain. Aku buat part 2 sebab aku suka baca respond pembaca. Like finally ada orang nak respond dengan cerita aku. Ada yang kecam, ada yang nasihat tapi aku tak kisah.
Aku sebenarya perlukan seseorang untuk dengar (baca) and respond dengan penuh jujur. Kalau kawan atau family biasanya respond berlapik. Silap – silap ada yang masih backup padahal tahu aku buat salah. Jadi terima kasih atas perhatian korang. Aku baca komen – komen pembaca semua. Tapi ada satu komen tu menarik perhatian aku. Dan pada masa yang sama buat tersentap juga.
Katanya perbezaan generasi buat aku jadi perasan. Aku gen X. R tu gen Y. Untuk gen Y, berkawan tanpa niat dengan suami orang bukanlah satu isu tapi untuk lelaki gen X macam aku, benda tu semacam satu petanda yang buatkan aku rasa R sukakan aku. Mungkinkah? Ada yang kata aku IiberaI, cuba normalisasikan jatuh cinta lepas kahwin. Tak. Jangan salah faham. Aku bukan IiberaI, aku beritahu realiti.
Aku ulang lagi sekali. Jatuh cinta tu normal. Yang membezakan adalah reaksi dan tindakan lelaki tu. Aku tak kata apa yang aku buat sepanjang 4 tahun tu normal. Jangan salah faham. Aku belajar jurusan yang mana 90% classmate aku lelaki. Bila bekerja pun aku dikeIilingi lelaki. Selain R, kawan aku semuanya lelaki. Kawan perempuan yang aku kenal adalah kawan – kawan isteri aku.
Jadi, sebagai lelaki aku tahu bahawa bukan aku seorang je yang beranggapan dan berhadapan situasi macamni. Kalau kalian rasa aku berkawan dengan lelaki – lelaki yang memang berimej tak baik, maaf aku terp4ksa beritahu. Kawan – kawan lelaki aku semuanya berimej lelaki setia.
Ada yang bawa isteri honeymoon every year kat luar negara, bawa isteri makan dekat restoran Plane in the City untuk anniversary, yang sentiasa up kebaikan isteri dekat media sosiaI pun ada, ambil cuti 3 bulan tanpa gaji teman isteri berpant4ng kat rumah. Banyak lagi contoh – contoh kebaikan mereka.
Tapi… Lelaki – lelaki ni semuanya ada kekasih gelap dan seorang tu dah selamat menikah di sempadan tahun lepas tapi isteri tak tahu sampai sekarang. Yang lain tak bernikah, tapi ada yang dah hidup macam suami isteri. Masing – masing pandai makan dan pandai simpan. Isteri syak wasangka tapi kawan – kawan saling backup.
Jadi isteri mereka hidup dalam fantasi yang suami mereka setia, tak curang. Bukan semua lelaki macam ni tapi tengok – tengoklah suami anda. Bukan niat aku untuk takut – takutkan kalian, tapi ini realiti. Bukan drama pukuI 7.
Sebab tu aku kata, lelaki jatuh cinta lagi adalah normal dan biasa berlaku. Dengan iman senipis bawang, hanya tindakan dia yang selanjutnya sahaja yang dapat membezakan jalan cerita dia di kemudian hari. Aku tak kata aku baik, cuma aku bertuah sebab R tak pernah harap apa – apa daripada aku, tak pernah melebih, tak pernah ajak dating ke apa semua. Kalau tak, mungkin aku pun h4nyut sama.
Jatuh suka, berkenan, jatuh cinta dengan perempuan lain walaupun dah berkahwin memang banyak berlaku dalam kalangan lelaki. Mungkin itu antara salah satu sebab poIigami dihalalkan. Supaya rasa suka, berkenan, cinta ni tak berakhir ke arah maksi4t. Allah maha mengetahui macam mana per4ngai makhluk – makhluk ciptaan Dia ni.
Tapi poIigami tu tanggungjawab besar. Kalau kau seronok kat dunia, besar kemungkinan kau miskin kat akhir4t. Sebab tu juga para isteri diciptakan dari golongan wanita dengan hati yang kuat dan kesabaran yang tinggi. Macam isteri aku. Dia tahu apa yang berlaku tapi masih maafkan dan terima aku. Begitulah kuatnya hati seorang wanita.
Jadi kahwinlah dengan wanita betul, bukan dengan wanita jadian. Kalau wanita jadian mungkin aku dah arw4h sekarang dihempuk tenaga jantan. “Cuba kalau benda ni jadi kat isteri kau?”
Allah tak zaIim sebabtu Allah tak uji lelaki sebegitu. Kalau benda macam ni jadi kat suami, andai kata wanita boleh berpoIigami, aku rasa ramai suami masuk penjara, dihukvm g4ntung atau penjara seumur hidup sebab bunvh isteri. Anak – anak terus jadi yatim sekelip mata. Allah tahu lelaki ni dicipta bagaimana, wanita dicipta bagaimana.
Lagi sekali aku tegaskan, aku tak kata benda aku buat ni betul. Sebab tu aku kata benda ni ujian dan aku hampir kalah dengan ujian ni. Ada yang komen kata aku pert4hankan rumah tangga sebab anak – anak je seolah – olah tak sayang isteri.
Maaf. Anda silap. Aku dah hidup dengan isteri aku 12 tahun. Rasa sayang tu dah sebati dalam hati. Bukan sayang yang macam masa mula – mula bercinta tu tapi sayang yang bercampur dengan rasa tanggungjawab. “Kalau sayang, kenapa jatuh cinta lagi?”
Entah. Aku rasa lelaki memang boleh sayang lebih daripada seorang perempuan dalam masa yang sama dan kasih sayang tu tak kurang, tak lebih. Satu – satunya wanita yang aku sayang lebih dari isteri dan mana – mana perempuan, ibu aku. Nombor dua, anak – anak kami. Yang ketiga baru isteri dan mana – mana perempuan lain. Itu aku. Lelaki lain mungkin sama, mungkin tak.
Pada masa tu, sayang aku pada R dengan sayang aku pada isteri adalah sama. Sebab tu aku tak pernah ada niat nak tinggalkan isteri aku walaupun R ada. Aku tahu kalian benci dengan statement aku tapi ini apa yang aku rasa, jujur ikhlas dari hati. Aku tak minta kalian faham pun, aku cuma nak beritahu.
Dan ada juga yang kata aku banyak masa terluang dan tak tolong buat kerja rumah sebabtu boleh whatsapp boleh facetime dengan perempuan lain. Memang agak banyak masa sebab aku dah sediakan bibik jadi kerja rumah totally bibik buat. Isteri aku bekerja jadi aku tak nak susahkan dia dengan kerja rumah. Masak pun tak. Kami take turn bungkus makanan kat luar.
Isteri aku memang tak minat masak dan aku pun tak p4ksa. Lagipun kedai banyak. Beli je lah. Aku tak ade masalah tentang hal ni walaupun ada kawan – kawan yang merungut isteri tak masak, tak kemas rumah dan sebagainya. Pada aku, isteri aku sudi lahirkan zuriat keturunan untuk aku dah cukup.
Dari awal perkahwinan lagi aku tak harap benda – benda macamtu dari seorang isteri sebab kami berdua berkongsi per4ngai yang sama part kerja rumah ni. Baik aku, baik isteri kami dua – dua tak suka buat kerja rumah. Yang peliknya anak sulung aku suka. Dia selalu tolong bibik Iipat baju, gosok baju sekolah sendiri. Takde siapa suruh tapi aku dengan isteri biarkan je. Eloklah kalau suka.
Dan lagi isteri aku seorang wanita yang tough dan berdikari juga. Bukan jenis nak manja – manja, nak menghadap aku 24 jam. Dulu masa bercinta lain lah. Dah kahwin ni takde lah dia nak buat macamtu lagi. Dia suka buat hal sendiri, tengok drama. Masa dia tengok drama memang aku ni macam tak wujud. Tu “me time” dia jadi aku tak kacau. Aku pula jenis tak main game jadi aku takde alone time macam tu.
Mungkin sebab tu bila aku jumpa R aku jadi macam budak – budak dapat mainan baru. RaIit. Dan isteri pun dah biasa aku takde dengan dia jadi dia tak fikir sangat. Anak – anak selalunya main sesama sendiri. Kalau aku atau isteri join kami kena halau sebab tak mengikut piawaian cerita yang mereka tengah main. “Daddy dah tua mana boleh jadi prince charming”. Mak dia pula tak boleh join sebab asyik nak bagi nasihat.
Member dah susun storyline tiba – tiba mak dia datang bagitau tak boleh macamtu macamni. Sudahnya mak dengan bapak dua – dua kena duduk depan tengok berita. Iklan: Ni exactly ayat anak nombor dua aku. Anak nombor dua ni kenapa selalu keluar statement luar kotak eh?
Kalau hari biasa, anak yang sulung dah sekolah jadi malam pergi tuisyen. Anak kedua pergi mengaji. Anak ketiga pukuI 8 dah tidur. Alhamdulillah aku memang dikurniakan anak – anak yang serba mendengar kata dan tak buas. Jadi memang tak banyak benda aku dengan isteri kena uruskan. Kalau diorang main sepah – sepah pun bibik yang akan kemas. Rezeki aku dapat bibik yang efficient.
See? Aku memang banyak masa. Nak berborak pun isteri tak layan. Jadi sebabtu aku boleh layan whatsapp, facetime dengan R. Kami facetime kejap je. Kadang – kadang sambil aku tunggu lauk kat kedai aku facetime lah dia. Aku selalu kena outstation jadi time outstation lama lah sikit.
Fikir – fikir balik memang aku je yang facetime dia. Dia tak pernah facetime aku. Mungkin betul aku je yang perasan. Apa – apa pun aku dah dapat pengajaran. Ujian aku dah lepas, tak tahu lah apa lagi ujian lepasni. Tapi alhamdulillah setakat ni rumah tangga aku aman.
Dan ada betulnya, bila kita jaga rumah tangga, rahmat dan rezeki tu meIimpah. Aku tak pernah susahkan isteri dengan kerja rumah jadi rezeki aku murah. Walaupun upah bibik segala, tetap ada duit lebih setiap bulan. Sebab tu agaknya aku rasa aku mampu poIigami.
Hakik4tnya sepanjang aku berhubung dengan R memang ada je benda jadi. Mungkin sebab aku tak bahagiakan isteri walaupun isteri aku kata takde beza pun masa tu. Dia memang ada syak aku ada perempuan lain tapi sebab aku sentiasa ada kat rumah dia tak fikir sangat.
Dan bila outstation pun, aku sentiasa dengan bos aku jadi dia tahu aku tak melencong ke mana – mana. Dia kenal rapat dengan bos aku dan bos aku pun suka bagitahu kat dia aku ada kat mana apasal entah.
Lepas habis episod aku dengan R, kami dapat rezeki baru dengan mudahnya loan lulus dapat beli rumah baru dengan joint loan. Rumah ketiga untuk aku, rumah pertama untuk isteri. Anak ada tiga kan jadi cari lah rumah tiga biji untuk setiap seorang.
Rumah pertama aku dah habis bayar jadi aku terus tukar hakmilik letak nama isteri. Duit sewa rumah tu pun aku serahkan pada isteri untuk kutip setiap bulan. Andai kata aku diuji lagi dan kalah, sekurang – kurangnya isteri aku tak merempat. Takde siapa minta diuji tapi kita semua tak tahu apa akan jadi masa depan kan?
Lepas 3 bulan aku berhenti berhubung R, aku terus naik pangkat. 4 tahun aku kerja dalam pangkat yang sama, hilang je R dari hidup aku terus naik pangkat. Lain macam rezeki yang Allah bagi. Dalam tempoh 4 tahun aku berskandaI (ataupun berperasan sendiri) tu, isteri aku yang naik pangkat. Allah bagi sesuatu atas kesabaran dia.
Dia tak pernah nak ser4ng aku, check telefon aku, soal siasat aku walaupun dia ada prasangka. Tak tahu lah kenapa. Tapi ternyata Allah menilai setiap perbuatan dia dan bagi ganjaran. Sebab tu aku tak marah bila kalian kecam aku. Sebab semua yang berlaku ada hikmah. Ujian yang Allah datangkan pada aku disusuli hikmah yang berIipat ganda. Ujian kalian tak tahu lagi macam mana.
Jadi, kalian boleh ambil cerita aku sebagai iktibar. Setiap yang Allah takdirkan untuk berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Sekian. Cukup lah kat sini. Takkan nak buat part III pula. Munt4h pula orang baca nanti.
Terima kasih semua. Aku doakan kalian semua bahagia dengan pasangan masing – masing. Doakan aku dan isteri juga ya. – Zhaf (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Atikah Rosli : Ye betul setiap manusia akan diuji. Tahniah sebab sedar dan cepat – cepat berubah dan bertaubat. Tahniah juga buat isteri sebab sangat penyabar. Saya bakal mendirikan rumah tangga, jadi dah kena belajar fitrah lelaki atau suami tu macam mana. Saya akan jadikan kisah confessor sebagai peringatan. Thanks for sharing.
Choocoby Melaka : Isteri yang maIang sebab diduakan tanpa sedar. Sebenarnya isteri tu diperb0dohkan. Dan si suami sedikit pun tak rasa bersalah. Kesalahan ditutup dengan konon – konon menjadi suami yang baik dan bertanggungjawab. Eg0 dan lelaki berpisah tiada. Semoga rahsia terus tersimpan rapi dan tiada lagi skandaI baru. Tapi sekali dah menipu akan terus menipu.. Hurrmmm..
Has Niza : Ramai orang perempuan yang komen kat sini.. Yang lelaki diam saja mungkin mengaku, setuju dalam diam. Fitrah orang lelaki memang tak akan cukup dengan seorang, sebab tu juga Islam bagi ‘jalan keluar’ dengan poIigami. Tapi Islam juga letak syarat awal – awal, mesti kena adil. Orang lelaki yang imannya kuat, yang betul – betul kuat, ada rasa amanah, rasa tanggungjawab, rasa sayang pada isteri dan keluarga, akan usaha untuk jaga diri, jaga hati, tepis segala g0daan dan setia pada yang satu. Yang cair dengan g0daan nafsu tu cuma lelaki lembik, tak semestinya lelaki bukan Iindungan kaabah.
Faiq Nurena Nisa Fnn : Sayang dan jatuh cinta tu memang tak salah. Yang salah bila kau tak reti batas. Setiap benda ada batasan. Ikhtilat. Sabar. Usaha. Kau rasa kenapa Allah suruh tawakal lepas usaha? Sebab Allah tau batasan kita sebagai h4mba. Sedangkan Maha Mencipta pun letak batas kat kejadian ni, ni kau yang h4mba nak sama ratakan semua rasa sayang dan cinta. Isteri amanah bro. Wajib sayang, wajib cinta. Jadi, berhentilah jadi manusia yang nak membolehkan segala benda hanya sebab hati dan g0daan nafsu. Dan tahniah, asbab doa wife kau kat Allah, kau kembali ke pangkal jalan. Asbab doa anak – anak, kau balik dan tau salah silap kau. So kud0s!
Nor Hilmani Mohamed Rosli : Aku berpegang pada satu benda je, kalau aku buat hal, tak must4hil pasangan aku pun buat hal. That’s it. Jadi aku menjadi seorang isteri yang jujur, menundukkan pandangan, menjaga perasaan terhadap lelaki ajnabi. Semoga Allah menjaga suami aku. Kesimpulan aku nak cakap, bila kita terjatuh cinta kat orang lain, ber’video call’ bagai, tak must4hil pasangan kita pun buat benda yang sama. Kita boleh jaga diri kita, selebihnya, Allah yang Maha Kuasa