Adik dan bekas suami dia kahwin sebab dah terIanjur dan ada anak luar nikah. Lepas setahun kahwin diorang berg4duh dan bercerai. Sekarang ni adik aku miang cari ‘papa’ baru dan mengandung Iuar nikah kali kedua. Bila tengok cara adik layan anak dia, aku nekad nak jadi ibu susuan mer4ngkap ibu angkat dia..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum wbt. Terima kasih admin approve confession ni. Hai nama aku Bunga (bukan nama sebenar), berumur pertengahan 20-an, belum berkahwin dan baru je tamat belajar.
Terlebih dahulu aku nak highlight kan, confession ini bukan berniat untuk menga1bkan sesiapa lebih – lebih lagi orang yang aku ceritakan ni adalah ahli keluarga aku sendiri.
Straight to the point, aku nak minta pendapat kalian akan kewajaran untuk aku jadi ibu susuan kepada anak buah aku sendiri. Untuk pengetahuan, anak buah aku ni berstatus anak Iuar nikah.
Ibu dan ayahnya telah bercerai ketika dia berumur 6 bulan. Mereka berkahwin pada usia yg sangat muda pun sebab nak tutup malu, adik aku dah mengandung sebab terIanjur dengan bekas suaminya. Malu tu tak usah cerita la sebab keluarga kami agak terkenal di kawasan perumahan.
Setahun kemudian, beberapa hari lepas ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, adik aku diceraikan selepas beberapa bulan berg4duh dan tak duduk sebumbung. Berg4duh sebab apa tu tak perlu la aku cerita. Sekarang anak buah aku tu dah berusia setahun.
Aku akui, adik aku memang agak Iiar sejak dari zaman sekolah lagi. Banyak sangat benda Iiar dia dah buat sampai mama dan papa kami malu nak hadap muka jiran – jiran. Bukan tak nasihat, dah pelbagai cara dari selembut – lembut cara sampai ke cara yang kasar.
Kami pernah bawa jumpa pergi pakar ps1kologi, tapi kejap je dia berubah lepas tu buat balik per4ngai lama. Kami dah jumpa ustaz untuk buatkan air dan doa, tetap sama. Macam – macam cara dah buat tapi belum ditakdirkan lagi untuk dia berubah. Walhal sekarang dah ada anak pun per4ngai kuat meIawan dan membentak dia tu m4kin menjadi – jadi.
Masa dia mula berg4duh dengan bekas suami dia pun, dia dah ada boyfriend baru, aku terpandang dia tengah buka apps omi dan tengah search for friend. Aku tanya nak buat apa pakai apps tu, seIamba dia kata nak cari papa baru untuk ni (anak dia) sambil ketawa macam orang miang.
Lepas bercerai dia dah start keluar dating dengan pakwe baru, siap bawak anak. Orang cantik la kata kan, mesti la ramai terpik4t. Tu la bezanya dia dan aku. Dia ada rupa paras yang cantik, manakala aku ni biasa – biasa saja.
Allah itu Maha Berkuasa, lepas je berapa bulan dari tempoh dia bercerai, DIA beri petunjuk. Kebetulan kawan kepada adik aku juga berkawan dengan aku.
Masa tu kami terserempak di sebuah pasaraya, kami borak – borak kosong. Tiba – tiba dia tanya aku “Kak Bunga, Daun (adik aku) pregnant lagi ye kak, kelmarin saya nampak status WhatsApp dia tunjuk pregnancy test, pregnant second katanya, tahniah la ucap kat dia”.
Aku terk3jut, berderau d4rah aku serta merta. Adik aku hide status Whatsapp dari aku! Tapi aku cepat – cepat cover “oh yaka, tak tau pulak dia tak bagitau akak lagi la tu”. Untuk pengetahuan, kawan – kawan dia tak tau pun yang dia dah cerai, cuma keluarga je yang tahu.
Macam mana adik aku boleh pregnant lagi sedangkan dia dah bercerai. Aku rasa nak menj3rit sekuat hati. Aku tak dapat tahan air mata. Aku kesian kat mama dan papa. Sampai hati kau dik malukan kami untuk kali kedua!
Sampai ke rumah aku buat biasa je. Aku rasa meluat tengok muka dia. Patutlah aku dah lama tak nampak kau peri0d, bila mandi je asyik munt4h. Anak mintak susu badan pun merungut payud4ra kau sakit.
Kenapa kau buat macam ni dik, kenapa!? Lepas kau dah malukan kami dulu, kami masih terima kau, dan kau ulang lagi silap yang sama!
Perkara ni aku cerita kat mama sebab apa – apa hal tentang adik memang kami saling bincang untuk cari jalan penyelesaian. Mama menangis semahunya, mama dah agak. Cuma mama tak bagitau aku je tentang perubahan yang dia nampak pada adik.
Mama tanya adik, adik tak mengaku, dia kata dia post gambar lama sebab saja – saja sebab nak tunjuk kat kawan. Mama meng4muk macam kena r4suk hantu. Kalau saja – saja kenapa hide status daripada kami!!!
Lepas dari kejadian tu, aku selalu tenung anak buah aku tu. Aku kesian sangat kat dia. Dia tak tahu apa – apa. Dia tak berd0sa. Aku nak dia jadi manusia yang berguna dan berjaya bila dah dewasa nanti.
Sementara tunggu dapat kerja, memang aku dan mama yang jaga dia. Setiap hari aku layan dia, suap makan, mandikan, walaupun hanya pergi beli barang dapur sekejap pun aku bawak dia.
Aku anggap macam anak aku sendiri. Mak dia kerja dari pagi sampai ke tengah malam. Waktu pagi bangun lewat sebab penat kerja semalam. Bangun tidur pergi kerja macam biasa. Tak sempat urus makan pakai anak dulu. Takpelah, kami uruskan anak dia. Kami tak pernah kisah pun pasal tu.
Aku rasa dia jumpa mak dia masa dah tidur je. Cuti seminggu sekali, tu jela waktu dia habiskan masa dengan mak dia. Tu pun kadang – kadang keluar tak bawak anak, balik lewat petang.
Sejak tu aku nekad nak jadi ibu susuan mer4ngkap ibu angkat dia, tapi aku kena makan ubat untuk ada susu ke? Apa yang aku perlu buat?
Aku tahu dia memang dah d4rah daging aku, tapi nanti kalau dia dah besar, macamana aur4t dia dengan suami aku, dengan anak – anak lelaki aku? Aku segan nak bagitau mama dan papa sebab aku anak d4ra lagi.
Wajarkah aku jadi ibu susuan dia atau pun tak perlu. Kalau aku jadi ibu angkat dia, berd0sakah aku pisahkan dia dari mak kandung dia?
Aku sangat perlukan pendapat kalian untuk buat aku berfikir secara rasional sebab aku hanya ada tempoh lebih kurang 11 bulan sahaja sebelum dia berusia 2 tahun. Aku buntu. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cik Puan Hafsah : Fikir semasak – masaknya sebelum nak jadi ibu susuan. Sis masih anak d4ra lagi, takut jadi fitnah pula pada masa akan datang. Dah menyusukan anak ni, fizikaI akan berubah tau, awak yakin ke bakal suami tu boleh terima atau faham? Tak semua lelaki faham tentang induce Iactation ni, lagi – lagi awak masih anak d4ra. Kalau saya, saya tak anjurkan sis induce Iactation nak susukan anak buah. BagiIah didikan yang elok je sis kat anak buah tu, jangan ambil semua tanggjawab mak dia. Kalau tak sampai ke sudah adik tu tak berubah nanti.
Amrah Zamani : Tak payahlah nak jadi ibu susuan, sedangkan awk muda anak d4ra lagi. Siap nak makan ubat pr0duce susu, takut kacau h0rmon. Lagipun anak buah dah setahun, cukup bagi susu formula. Tapi kalau awak memang tekad nak susukan juga, terpulanglah. Cuma awak kena tahu dan sedar apa kemungkinan yang akan berlaku. Antaranya nak jelaskn dengan baik pada bakal suami dan bakal mertua yang awak ada anak susuan. Takut mengundang persepsi negatif dan fitnah.
Rany Nasiet : Banyak lagi kaedah lain selain nak jadi ibu susuan. Susu formula banyak kot. Selain tu, cik d4ra lagi. Selalu kes ibu susuan ni timbul bila baby kecil lagi. Baby yang berg4ntung 100% dengan susu untuk hidup. Lepas tu ibu susuan ni memang dah ada susu untuk diberikan pada baby. Cukup 5x kenyang, jadilah anak susuan. Kes juga terjadi bila seorang wanita yang dah ambil keputvsan untuk tak bersuami tapi dia nak jadikan anak angkat tu ada d4rah dia.
Jadi dia ambil pil untuk hasilkan susu supaya anak tu bila besar nanti (kalau lelaki) tak ada lagi aur4t dengan dia. Tapi kes cik pula, dah sah – sah baby tu anak saud4ra yang memang muhrim dengan cik. Tapi bila cik nak juga susukan dia, kalau cik ada anak nanti anak – anak cik dengan dia dah jadi adik beradik susuan. Mean h4ram untuk mereka menikah. Zaman dah canggih. Dunia dah maju. So fikir masak – masak.
Yasmin Yusof : Cik, pergi ke kIinik kesihatan terdekat. Dapatkan nasihat doktor untuk INDUCE L4CTATION. Percaya lah. Banyak pahala, memudahkan kita bila kita sudah berkahwin. Tawakal. Jangan str3ss. Niat untuk susukan anak. Saya doakan yang terbaik.
Izzatul Amira Abd Samad : Pergi KIinik Kesihatan atau kIinik terdekat, dapatkan khidmat nasihat perubatan berkenaan jadi ibu susuan. Kalau betul niat nak jadikan anak angkat, elok berbincang baik – baik dengan adik (ibu kandung) dan settlekan proses pengangkatan ikut prosedur JPN. Sefaham saya, anak luar nikah bukan mahram pada confessor. Tapi bila jadi anak susuan, dia akan mahram dan aur4t tak perlu jaga di depannya.