Sejak awal bersalin lagi ibu mertua desak nak jaga anak, sehinggalah anak kedua lahir pun dia mahu jaga jugak. Atas pujukan suami, dan jadual kerja saya yang tak menentu saya bersetuju. Sekarang anak – anak takutkan saya setiap kali saya balik bertemu mereka, mereka akan lari daripada saya.
#Foto sekadar hiasan. Memang pada awalnya saya tidak mahu bercerita masalah rumahtangga saya ini, tetapi saya tidak boleh menolaknya, kerana setiap hari hati dan perasaan saya sentiasa dihir1s piIu oleh perbuatan bekas mertua saya yang suka mengganggu rumahtangga saya dengan muka manis, tetapi penuh r4cun berbisa.
Bukan tuduh, tetapi itulah yang saya dapat lihat dengan jelas sekarang. Apa yang saya ceritakan ini semata – mata bertujuan mengingatkan kaum sejenis saya janganlah percaya pada janji manis suami dan mertua, kerana jika silap langkah akan memakan diri.
Memang mertua sama seperti ibu sendiri, tetapi cuma saya sahaja yang beranggapan demikian tetapi tidak kepada beliau. Walaupun saya sudah 5 tahun saya jadi ibu tunggal dah umur pun sudah lewat 30-an tahun. Tetapi saya rasa saya adalah wanita yang paling rugi dan maIang.
Tidak keterlaluan jika saya katakan perkahwinan saya idamkan tidak membawa kebahagian pada saya. Sebenarnya saya langsung tidak menyangka mulut manis keluarga mertua saya hanyalah pura – pura, sedangkan dalam hati mereka tersimpan dend4m kesumat dan bencikan saya sejak mula saya berkahwin dulu.
Puncanya kerana hasrat mereka untuk mengambil saud4ra mereka jadi menantu tidak kesampaian, kini saya jadi m4ngsa. Memang awalnya perkahwinan saya dengan suami, Ezam tidak disukai mertua, kerana mereka ada calon lebih sesuai tetapi disebabkan kuatnya desakan Ezam yang ketika itu amat cintakan saya, dan saya juga sayangkannya, maka ibunya mengalah dan terp4ksa terima saya.
Ketika itu saya memang tidak sedar bahawa kelembutan mereka terima saya sebagai menantu hanya sementara dan mereka menunggu masa sahaja untuk singkirkan saya. Perkahwinan saya dengan Ezam cuma bertahan selama 7 tahun sahaja.
Puncanya saya minta diceraikan setelah merasakan diri tidak berguna selain mertua saya mahu Ezam kahwin lagi. Kami sama – sama lulusan kolej, dan sama jurusan, tetapi agaknya saya bernasib baik, syarik4t yang ambil saya bekerja lebih kukuh dan lebih besar dari tempat Ezam bekerja.
Jadi secara tidak langsung pendapatan saya cuma lebih sedikit daripada Ezam dan saya mendapat bonus lebih daripadanya, selain peluang meningkat lebih banyak lagi. Alasan ibu Ezam tak mahu terima saya kerana dua sebab, pertama kerana nak rapatkan hubungan keluarga jika Ezam kahwin sed4ra, kedua takut sedikit sebanyak hartanya tertumpah kepada orang luar, jika kahwin dengan saya.
Akhirnya ibu Ezam terima saya kerana dua sebab, pertama takut Ezam merajuk tak mahu kahwin, kedua ibunya mahu bilangan keluarganya bertambah, kerana Ezam ada 4 beradik, dua meninggaI dunia semasa kecil. Yang ada abangnya kini berusia hampir 50 tahun masih belum kahwin.
Sebab itu Ezam dan abangnya jadi jantung hati ibunya. Dipendekkan cerita setelah setahun kahwin saya hamil tentulah ibunya gembira. Awal lagi ibunya pujuk mahu jaga anak saya sendiri. Katanya memang dia dah tua, tetapi dia akan ambil pembantu untuk bantu dia jaga anak saya nanti.
Dia tak percaya orang lain. Tetapi saya tak setuju, sebab saya nak jaga sendiri, saya akan cari pengasuh. Kalau ibu Ezam jaga takkan setiap minggu saya kena balik tengok anak, jauh tu! Habis berpant4ng di rumah ibunya, maka Ezam pujuk saya beri ibunya jaga. Saya tak setuju.
Tapi kerana terlalu sayangkan cucu, ibu Ezam ikut balik ke rumah saya. Katanya dia akan duduk dua bulan lagi biar anak saya besar sikit. Tetapi entah bila Ezam pula tukar fikiran, dia pujuk saya biarkan ibunya jaga anak kami, alasannya bimbangkan keseIamatan anak kami.
Ketegasan dan bantahan saya bagaimana pun Iuntur juga bila saya hamil anak kedua setahun kemudian. Saya terp4ksa ikut kehendak ibu Ezam mahu bantu saya. Katanya, dia terlalu sayangkan cucu dan tak mahu yang buruk berlaku, jika terjadi dia akan kesal sepanjang hayat.
Jadi kerana bimbang jugalah saya mengalah. Bila lahir anak kedua sekali lagi peristiwa sama berlaku, saya terus dipujuk, alasan Ezam kerana saya selalu kerja luar kawasan dan selalu berkursus, jadi daripada hidup anak tak tentu hala lebih baik ibunya jaga.
Dan lagi hubungan adik – beradik (anak – anak) saya akan jadi lebih rapat lagi, kerana mereka dibesarkan bersama oleh neneknya sendiri. Sekali lagi saya mengalah apabila tugas sering mengganggu jadual seharian saya yang selain tidak ada ketentuan waktu balik ke rumah.
Walaupun saya cuba mendapatkan khidmat pembantu rumah, tetapi suami pulak tak setuju, alasannya dia tak suka ada orang di rumah, dia tidak bebas, dan dia tak suka orang lain duduk di rumahnya. Nak ambil pembantu pulang hari saya pulak sering balik lewat.
Nak hantar ke rumah pengasuh, saya tak dapat pengasuh yang baik dan sempurna seperti yang Ezam kehendaki. Kerana kesibukan itulah juga anak kedua saya berpindah alamat duduk dengan tok nya. Memang tidak saya nafikan semasa tinggal dengan neneknya, hati saya senang dan tenang, saya tak risau tentang keseIamatannya.
Kerana ibu Ezam terlalu sayangkan cucu. Tetapi saya tersalah sangka, tidak menduga, ada orang mempunyai niat tersembunyi. Dalam masa saya sibuk dengan tugas, saya tak sedar Ezam sudah buat kira dengan emaknya, Ezam lemah dengan pujukkan emaknya yang mendesak dia kahwin lagi dengan saud4ra.
Kali ini alasan ibu Ezam isteri pilihannya bukan wanita sembarangan, dia bukan sahaja berpangkat, berkedudukan, tetapi cantik sesuai dengan Ezam. Kerana kesibukan tugas saya tak tahu Ezam sudah lembut hati dan sering balik lewat malam. Rupanya saud4ra tiga pupunya itu juga bekerja di daerah yang sama dengan kawasan tempat tinggal kami.
Mereka sering bertemu, makan tengah hari dan minum petang. Sesekali keluar makan malam ketika saya tidak ada di rumah. Nak jadikan cerita satu hari sepupu Ezam beritahu, katanya saya jangan terk3jut jika satu hari Ezam minta izin nak kahwin lagi. Terk3jut saya.
Memang saya tak menduga Ezam tergamak mungkir janjinya bahawa kami cuma akan terpisah jika salah seorang daripada kami pergi dahulu menemui penciptanya. Tanpa banyak bicara saya tanyakan Ezam kebenarannya. Memang Ezam menafikan, tetapi kerana takutnya dia meminta ibunya untuk berterus terang dengan saya.
Dengan seIamba ibu Ezam meminta kebenaran saya, katanya apa salahnya Ezam kahwin lagi, bukan orang lain, saud4ranya sendiri. Lagipun saya tak perlu bimbang sebab saya sudah ada anak yang bakal mengik4t erat hubungan kami bedua.
Mana ada isteri dengan senang hati izinkan suaminya kahwin lagi. Kalaupun tak berlaku per4ng besar, per4ng dingin pasti terjadi. Berbulan saya tak balik rumah ibu Ezam kerana s4kit hati. Kata kakak saya itulah sebenarnya niat ibu Ezam mahu ambil anak saya.
Memikirkan ada kebenarannya saya balik ke rumah ibu Ezam untuk ambil anak – anak saya semula. MaIangnya ketika itu anak – anak bukan sahaja tak mahukan saya, malah Ezam tak izinkan saya ambil mereka, alasannya anak – anak akan demam kerana rindukan Tok.
Berbulan saya cuba pujuk Ezam ambil anak – anak semula, tetapi dia tak izinkan. Pelbagai alasan diberikan. Tambah maIang, anak – anak takutkan saya setiap kali saya balik bertemu mereka, mereka akan lari daripada saya.
Kerana ibu mertua saya bimbang takut saya bawa lari anak. Dia nasihatkan Ezam jangan benarkan saya balik sendiri Ezam mesti ada sama. Kerana kejadian itu juga per4ng dingin saya dengan Ezam dan mertua sudah jadi per4ng air batu.
Ezam dan ibunya tidak izinkan saya ambil anak. Alasannya dia dah lama jaga, budak – budak akan s4kit jika ikut saya balik, dan saya tak ada pembantu. Kerana keadaan jadi sem4kin hangat akhirnya saya mohon cerai, alasan saya kerana tak mahu bermadu, kedua memudahkan Ezam kahwin dengan saud4ranya sendiri, ketiga saya mahu jaga anak – anak saya sendiri.
Kerana Ezam dan ibunya berkeras, dan proses perceraian jadi sem4kin rumit, tujuannya supaya saya tak boleh ambil anak – anak saya semula. Ding dong ding dong proses cerai memakan masa 2 tahun. Anak sem4kin takutkan saya.
Saya juga tidak boleh tengok anak jika Ezam tidak bersama. Lepas cerai proses hadanah juga memakan masa hingga kini saya masih tunggu keputvsan. Anak sem4kin besar tetapi saya tidak dapat bersama mereka, adakah ini adil?
Jadi nasihat saya kepada wanita jika ada anak tolong jaga sendiri, kita tak tahu hati budi suami apa lagi mertua. Jangan jadi seperti saya. Nasihat kawan bila besar anak akan cari juga emaknya, tetapi sekarang saya nak jaga anak – anak saya sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.