Masa birthday anak saud4ra, diorang ajar mintak hadiah dari kami. Nak sambut birthday kat kampung tapi tunggu kami balik kampung baru nak sambut. Sebab bila kami balik, dorang akan minta kek mahal dan hadiah.
#Foto sekadar hiasan. Baru ni ada terbaca mengenai saranan berkongsi (tong – tong) duit sesama adik – beradik untuk apa – apa hari keraian. Ada yang menyokong tapi ada yang mengecam. Yang mengecam katanya buat apa nak berkira sesama adik – beradik. Ada betul dan ada tak betulnya.
Bagi pendapat sayalah. Buat yang pernah merasa, tentu faham perasaannya. Bukan berkira tapi jika setiap kali berkumpul ramai – ramai, tidak kira raya, kenduri, perjumpaan keluarga, bercuti, majlis hari jadi, anniversary atau hanya cuti hujung minggu, hanya satu keluarga sahaja yang mengeluarkan belanja, rasanya tidak kena. Tidak adil begitu. Boleh s4kit hati.
Alasan kami yang selalu kena keluarkan duit adalah kerana gaji kami kononnya paling tinggi antara semua. Tapi logikkah jika untuk semua acara, kami kena tanggung? Mungkin betul gaji kami lebih tinggi antara mereka tapi kami juga ada komitmen lain. Bayar kereta, bayar rumah, insurans dan lain – lain.
Kami anak beranak pon berjimat. Jarang makan besar di luar. Selalu masak. Bila membeli barang dapur, cari kat tempat murah atau harga yang berpatutan. Tidak beli pakaian berjenama, sentiasa jimat sebab tahu duit nak pakai untuk benda yang lagi penting. Anak – anak kami pon kami beli barang murah – murah, takde nak beli baju branded bagai. Sebab kami sedar kami perlu berjimat untuk masa depan.
Tapi sedih la bila kami berjimat anak beranak, tapi orang lain pula sibuk mengikis duit suami. Keluarga suami jenis yang suka belanja besar macam orang kaya tapi tak mampu. Maka selalulah mintak duit dari kami. Kadang – kadang katanya pinjam dulu, lepas tu buat – buat lupa. Kadang – kadang terus terang je cakap mintak sponsor. Kami bukan la kedekut tapi kadang – kadang s4kit hati juga. Duit hasil kerja keras kami digunakan sewenang – wenangnya oleh orang lain.
Kami pernah cakap ‘NO’, tapi nanti adalah yang mencuka. Tak pon perIi – perIi. Semua tak nak faham bila kami memilih untuk berjimat. Bagi dorang, gunakan je semua duit yang ada (tak saving). Tapi masalahnya dorang guna semua, kemudian takde duit nak makan, buat muka kesian mintak kat kami. Konon anak lapar, susu habis, pampers habis, seminggu laki bini tak makan dan macam – macamlah. Rimas!
Baru ni peti ais rumah mentua rosak. Dorang sibuk cakap sedih kesian itu ini dalam group tapi bila ajak tong – tong beli peti ais baru, masing – masing senyap. Dah semua senyap, suami aku pula kesian kat mama abah dia, jadi tawar nak belikan peti ais baru. Bawak la mereka ke kedai. Sibuk pula sorang kakak dia ni nak ikot. Dah ikot dia dan mama dia pilih peti ais yang dorang nak.
Kami dah bagitau bajet yang ada. Tapi dorang kata alang – alang nak beli, beli la yang paling berkenan, bukannya beli peti ais setiap tahun. Korang tahu dorang nak peti ais model macam mana? Nak yang boleh buat ais terus tu. Yang tekan – tekan kat pintu peti ais, keluar ais. Terkedu kami. Dah beli, sibuk menjaja cerita beli peti ais baru yang canggih kat sed4ra mara. Konon hebat.
Nak buat jamuan hari jadi anak dorang pon sama je halnya. Nak buat gah, siap nak sewa mainan inflatable, upah orang buat face painting dan macam – macam lagi. Part paling best, kakak dia letak dalam group family senaraikan kos satu – satu dan minta sponsor. Tepuk dahi. Pastu semua reply laju – laju pilih sponsor paling murah.
Dan sebabkan dorang mesej tu time bekerja, aku dan suami lambat respon sebab fokus kerja. Yang tinggal mahal – mahal je. Tapi terp4ksa bayar jugak. Dorang kata takpe, yang mahal – mahal suami aku dan aku boleh payung sebab gaji kami tinggi. Berhuhu je la kami. Birthday anak kami pon kami buat kecil – kecilan sebagai kenangan je.
Ada banyak lagi nak cakap tapi aku rasa serabut, geram, kecik hati, s4kit hati semualah. Aku confess ni dengan harapan dorang baca dan muhasabah diri. Yang tak berkenaan pula, refIek diri, jika ini perangai anda, berubahlah. Kasihanilah insan seperti kami.
Mungkin aku rasa macam ni sebab cara aku dibesarkan lain. Keluarga aku lain. Kami jenis berkongsi. Katakan kakak aku cakap nak buat makan – makan kat rumah mak dan ayah. Kakak aku cakap dalam group, nanti abang dan adik aku akan sahut dan menyatakan apa yang dorang akan bawa / sponsor. Tak perlu minta. Semua pandai bawa diri. Harmoni dan tenang je rasa. Kongsi – kongsi rezeki.
Tapi family suami lain. Asyik nak gah tapi nan hado. Yang s4kitnya kami. Dorang anak beranak datang bawak mulut dan perut je. Cukup time mintak duit, time birthday ajar anak mintak hadiah dari kami. Nak sambut birthday kat kampong, tunggu kami balik kampong baru nak sambut. Sebab bila kami balik, dorang akan request kek mahal dan hadiah.
Tak banyak duit takpe, kami boleh hulur – hulur ringankan beban dan berkongsi rezeki. Tapi janganlah terlalu dan sentiasa meminta. Duit korang yang kononnya sikit tu pula korang habiskan untuk benda – benda yang tak perlu (makan dekat cafe hipster, beli baju branded sebagainya).
Tolonglah berubah. Salah satu sebab aku tak suka balik kampung pasal ni la. Selain korang rasa korang je betul, semua salah. Korang je pandai, korang je cantik, korang je kaya. Aku rimas! Jomla muhasabah sesama. Please. – Yang serabot (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Farah Che Lamin : Sump4h tak faham dengan perangai orang yang kebulur duit menantu perempuan dan ipar perempuan ni. Ramai je macam ni sekarang, alasan bantu suami, bantu keluarga suami sekali tu termasuk tanggungjawab isteri. Agama mana dia belajar ntah, jadi tegas sis! Peduli apa diorabg nak buat nak kata, itu hak awak titik peluh awak untuk keluarga. Jangan bagi muka sangat, tu segala jenis lemak – lemak naik tu.
Jashira Binti Jamin : Lepas ni majlis kahwin anak – anak sed4ra pon sis dan suami kena tanggung. Bagi ikhlas hati sudah. Yang mana berangan nak vouge the vass suruh tanggung sendiri. Guna la alasan apa – apa pon. Kena ingat ye sis, nanti kalau sis perlukan duit ade ke dorang nak tolong?
Ada la. Tolong gelak dan lari jauh – jauh je . Saya yakin sis dan suami orang bijak. Mungkin berjawatan besar, ada anak buah. Tak boleh nak puaskan hati semua orang ye sis. Belajar bertimbang tara mana yang perlu, mana yang tak. Good luck.
Zahra An-Nisa : Kalau macam ni la gayanya baik ko dengan laki left je group Whatsapp sebab dorang kalau nak apa – apa pun cakap dalam Whatsapp kan. Kalau diorang tanya kenapa left, cakap je tak tahu hp rosak kot left sndri.
Yang ko dengan laki pun cerdik sangat, duit sendiri pun tak reti bertegas. Ko manjakan orang dengan duit baru orang nak sayang ko. Bila ko tak ada duit ko nak gadai barang rumah pulak ke untuk bagi orang terus sayang ko kak? Jadi orang yang ada pendirian kak..
Rosmaini Binti Ibrahim : Kadang setiap kebaikan yang kita buat pada seseorang tu tak semestinya akan dibalas dengan kebaikan juga oleh orang tersebut. Tetapi setiap kebaikan yang telah dibuat pasti dibaIas dengan kebaikan juga. Mungkin tidak pada orang yang pernah kita tolong.
Tapi pertolongan Allah membaIas kebaikan kita mungkin datang dari orang lain. Boleh jadi orang yang tidak kita kenal. Bukan siapa – siapa. Mungkin tt boleh cari dan nilai semula. Rezeki yang tak pernah putvs. Bekerja dan bergaji besar. Dapat keluarga yang baik, suami yang penyayang. Anak – anak yang memahami. Jika ikhlas inshaAllah rezeki dari Allah berlipat kali ganda menanti.
Zulainiah Abdul Rashed : Pengalaman macam ni method dia senang jer. Buat kering. Dalam kes ni Puan patut biarkan suami puan bayar semua.. dalam masa yang sama suami puan perlu bayar belanja – belanja rumah puan dan anak – anak juga. Bukan tanggungjawab puan untuk bantu suami puan pun.
Kalau puan beli barang untuk rumah puan, itu dikira ikhsan puan kepada suami Puan. Kadang – kadang puan kena pressure husband Puan juga, and dari situ suami puan akan tahu peritnyer bila nak dia kena bayar sorang – sorang.
Dalam hal ni kalau saya jadi puan saya akan buat kering, tak tahu dan tak akan support certain perbelanjaan. Bila Puan selalu payung suami Puan, dia akan jadi isu seperti ini la. Mungkin keluarga suami puan ingat suami puan jer yang contribute semua, when in fact puan jugak keluarkan duit.
Puan kena ingat, bila berkeluarga, nafkah puan dan anak – anak terletak aras paling tinggi dan kemudian baru ibu bapa serta adik beradik suami. Jadi puan tak perlu risau, simpan sahaja duit Puan dan buat kering.
Pers3tankan semua apa ipar duai puan nak kata sebab at the end Puan nak hidup Puan senang. Tak perlu fikir masalah orang lain. Masalah kita sendiri pun banyak nak selesaikan. Jadi buat hati kering. Insyallah berjaya, lama – lama keluarga sebeIah sana akan faham – faham sendiri.