Waktu raya, aku balik kampung, jiran aku terk3jut, sebab aku dah lama tak balik. Aku plan nak raya kat rumah, walaupun tak ada sorang pun family aku yang balik beraya sama. Aku kalau boleh tak nak balik kampung..
#Foto sekadar hiasan. Aku anak bongsu dari 7 beradik. Ada sorang je perempuan, akak aku. Semua dah kahwin, kecuali aku. Mak bapak aku dah meninggaI dunia. Jadi, kehidupan aku lebih pada sendiri – sendiri. Secara jujurnya, aku sangat rindukan semua kenangan lama aku dulu.
Aku kerja di ibu kota, boleh dik4takan agak stabil. Aku selalu habiskn masa aku, sibukkan diri, sebab aku sebolehnya mahu melupakan nasib aku. Dulu, kami keluarga besar, ada ik4tan kekeluargaan yang kuat. Tapi sekarang…
Ingat lagi aku, sewaktu kecil, mak aku berniaga di bazar Ramadan. Tugas aku beli barang, abang aku bakar kuih akok, ada yang tolong mesin kelapa, akak aku buat rojak. Sungguh, happy, bahagia sangat – sangat. Bapak aku seorang yang kelakar.
Suka buat lawak, cerita dia tak pernah tak buat aku kering gusi. Dia suka mengajuk bahasa tamil bila dia acah – acah jadi b0m0h nak ubatkan Iuka aku. Kira j4mpi la. Hahaha. Dulu, arw4h bapak aku usaha sedaya upaya untuk cari durian, bila tibanya musim durian.
Sanggup pergi cari durian, nak bagi anak – anak makan, dia? Cukup sekadar tengok anak makan. Mak aku orang yang paling aku sayang, dia buatkan juadah sedap – sedap sebagai upah aku berpuasa. Boleh katakan menu setiap hari ditetapkan oleh aku.
Bab makan aku ada kuasa vet0 beb. Haha! Abang aku yang sulong, cool and steady. Aku tak ada sangat memori masa kecik dengan dia, sebab beza umur kami jauh. Aku baru start nak ingat, dia dah sambung belajar kat universiti.
Bagi aku dia seorang yang ada lucu dan kelakar. Sama macam karakter bapak aku. Abang aku no dua color metallic (if you know what i mean ) dia suka bawak aku jalan – jalan naik basikal. Bawak pergi mancing bagai. Benda – benda berat biasa dia yang buat.
Aku kecik lagi, jadi aku tukang tengok je. Kakak aku plak suka niaga, dari kecik tolong mak niaga. Duit dia yang paling banyak. Sampai sekarang pun dia masih berniaga. Kecik – kecik dulu dia tukang isi borang, sebab tulisan cantik dan semua nama dan ic surat beranak adik beradik dia ingat.
Abang aku no tiga lembut dan tegas. Dia suka masak, sebab suka tolong mak kat dapur dan dia paling cerewet. Benda simple pun dia memilih, kalau boleh semua benda nak sempurna. Abang aku yang ke empat paling pendiam dan suka menyendiri.
Tapi bila suruh buat, dia buat je. kecil – kecil dulu 0bses dengan pist0I, sen4pang. Kat tangan tak lekang dengan sen4pang. Yang ni kelakar, abang aku yang kelima, satu – satunya abang aku yang suka main sorang – sorang, dia punya imaginasi siap gaya macam dragonball super saiyyya, berlari depan cermin macam Watsom Yambek.
Kalau tinju hebat macam Sapok Biki. Aku suka tengok, kemudian gelak guling – guling. Yang akhir sekali, aku. Aku anak bongsu, sudah tentu yang paling manja. Tapi, tak semua yang aku nak, aku dapat. Ye la, family bukan senang, tapi aku sayang sangat keluarga aku! Tapi, itu dulu..
Bila ibu bapa dah tak ada, semua bawa haluan masing – masing. Semua pun dah kahwin. Jadi, diorang habiskan masa dengan keluarga diorang plak. Aku je yang masih single. Aku kalau boleh tak nak balik kampung, tak nak ingat kisah silam, sebab ia buat aku sedih.
Rindu dekat mak bapak aku. Waktu raya, aku balik kampung, jiran aku terk3jut, sebab dah lama tak balik. Aku plan nak raya kat rumah, walaupun tak ada sorang pun family aku yang balik beraya sama. Diorang semua dah cakap awal – awal, lagipun aku tak kisah sangat.
Aku cuma rindu suasana puasa yang dulu, meriah bersama. Nak makan ketupat mak, nak dengar celoteh ayah, ragam abang – abang dan kakak. Lepas sahur, aku duduk bersandar, kat tiang seri rumah aku, tiang cengal rumah kayu.
Dalam fikiran aku terbayang kami anak beranak suka ria. Bapa aku tengok berita, abang aku berlari depan cermin almari pakaian, abang aku pij4k belakang mak aku, urut mak aku sambil pegang kat almari, akak aku isi borang one off, abang aku dengan pist0Inya duk temb4k cicak, abang yang sulong buat kerja sekolah dan yang no dua duk makan nasi kat dapur.
Aku plak duk mengaji kat ruang tamu, sambil bersandar kat tiang feveret aku. Tiang cengal. Aku amati setiap inci rumah, menggamit kenangan silam aku yang tak akan aku lupa. Andai boleh diputarkan waktu, sudah tentu akulah orang yang paling happy. Kepada yang masih ada, janganlah lupa untuk hargai. Tiang cengal rumah kayu. Alfatihah mak.. Alfatihah ayah – Bongsu
Komen Warganet :
Mirzan Shaleh : Tolong kongsi and viral sampai adik beradik dia perasan. Aku faham sangat perasaan dia sebab aku pun dah tak ade ayah tapi alhamdulillah mak ade lagi tapi dia ni dua – dua dah tak ade. Akak dan abang sibuk dengan hal masing – masing walhal adik beradik ik4tan yang tak akan putvs. Kalau kita senang tapi adik beradik kita tak pernah merasa kesenangan tu jangan mimpi kita akan masuk syurga.
Radin Arishah : Nangis baca confession. Sayu sungguh bila disebut apa ahli keluarga dia buat sorang – sorang. Bercerita tanpa nada menuduh atau mengeluh. Semoga kebahagian menanti confessor yang berjiwa lembut.
Nurhaffiza Zakaria : Saya rasa apa yang awak rasa, saya pun sama. Saya pun lama kelamaan mungkin akan seperti itu. Saya anak bongsu daripada 8 orang dan semua ada yang dah kahwin dan bakal kahwin, Pada saya sekarang tinggal ibu dan ayah yang kesihatan tak menentu.
InsyaAllah, segala yang baik dari Allah. Mana tahu saya doakan awak dapat bertemu dengan zaujah awak yang mempunyai family yang happy dan ramai untuk bahagiakan awak nanti dan dengan izin Allah akan menyatukan semula ik4tan awak adik beradik. Aminn
Intan Liana T4hir : Al-Fatihah buat arw4h mak ayah confessor. Kita serupa, anak bongsu dari 7 orang adik beradik. Cuma aku ada 3 abang, 3 kakak. 4 dah kahwin, sorang bakal menyusul, tinggal 2 beradik perempuan yang tengah belajar lagi.
Alhamdulillah, mak abah aku ada lagi. Dan aku pon macam kau confessor, selalu gak terfikir bila mak abah dah tak ada nanti macam mana, mak abah plak selalu s4kit – s4kit. Pikir nak sambung belajar pon rasa macam susah hati, sebab abang kakak pon semua jauh – jauh kerja, dapat jod0h pon orang jauh, tak kisahlah tu rezeki masing – masing.
Memang diorang semua baik tapi bila dah ada family sendirikan, kita pon pahamkan diorang dah ada keluarga sendiri tapi tu lah, aku tak boleh nak bayang bila semua dah kahwin dan ada kehidupan masing – masing. Harap semuanya baik – baik aja. Semoga ko tabah dan diberi keberkatan dalam hidup ya confessor!
Aiyyu Aiyyuhal : Pendapat sayakan, cuba kumpulkan adik beradik. Kena ada sorang yang jadi master mind. Kalau tak dapat berkumpul masa raya pertama, mungkin raya seterusnya. Telefon semua abang dan kakak, bagitau niat kita, cakap je terus terang, rindu nak kumpul adik beradik. Mesti ada yang tergerak hati nak berkumpul sama – sama lepas ni.
Dina Suhaimi : Alhamdulillah, keluarga sebeIah mak walaupun tok dengan tokwan dah meninggaI, adik beradik mak masih balik rumah kampung masa raya, nak sambut awal puasa pon balik. Esok semua mesti balik nak sambut raya, sepupu sepapat semua balik.
Harap – haraplah benda ni kekal sampai bila – bila. Walaupun semua ada family masing – masing. Pantang ada cuti semua nak balik kampung, tak kiralah thaipusam ke, deepavali, CNW, Xmas semua balik. Bila kenang – kenang adik beradik la tempat kita nak mengadu masa susah pon.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.